Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 8 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebab itulah saya berniaga untuk menjaga biksu saya dan apa-apa saja perbelanjaan saya. Buat masa ini, perbelanjaan saya sangat sedikit kerana saya makan sehari sekali. Atau sekali-sekala mungkin beberapa minuman sup (vegan) atau sesuatu yang sederhana. Tetapi biasanya macam itu saja. Sehari sekali, kita dah rasa kenyang, cukup bagus. Jika pada waktu senja anda rasa lapar sikit, anda hanya minum sedikit air – air suam atau air sejuk, bergantung kepada iklim atau kesukaan anda – kemudian anda baik-baik saja. Itu sekejap saja. Mungkin anda berasa lapar selama beberapa saat saja, kemudian anda sibuk, membuat sesuatu yang lain – anda pergi bermeditasi, bersujud kepada Tuhan, Buddha dan Guru untuk berterima kasih kepada Mereka, maka anda tak rasa lapar lagi – itu hanyalah ilusi, memang.

Jika saya dibenarkan untuk hidup tanpa makanan, saya akan lakukannya dgn serta-merta. Itu lagi baik, kurang menyusahkan, kurang membebankan. Kita lebih bebas. Saya rasa begitu bebas ketika saya seorang breatharian. Saya berjalan seperti di udara. Tetapi saya sentiasa bekerja di tokong. Saya buat kerja yang sama seperti semasa saya makan. Jadi Ketua Biksu tokong, semoga rohnya diberkati, risau tentang saya. Beliau kata, “Kamu langsung tak makan. Mengapa kamu masih bekerja? Kamu tak apa-apa?” Saya kata, “Saya baik-baik saja. Saya tak pernah lebih baik daripada ini.”

Cuma saya tak dibenarkan untuk berbuat demikian lagi kerana saya perlu ada lebih banyak afiniti dengan sebelah masyarakat ini – makanan dan industri yang berkaitan tetapi bukan industri daging (orang-haiwan)! Daging, ikan, telur, susu, hasil berkaitan dll tak boleh dimakan! Buddha pun berkata begitu. Jangan kata saya bersifat diktator atau apa-apa. Buddha berkata, “Sesiapa yang makan daging bukanlah anak murid saya.”

Baginda katakan itu dalam Kitab Laṅkāvatāra – anda pergilah lihat. Baginda memuji sesiapa saja yang tidak gunakan pakaian bulu kapas; tidak gunakan pakaian bulu; tidak gunakan but kulit pun; tidak gunakan susu; tidak mengambil apa-apa daripada mana-mana orang-haiwan. Orang itu adalah bebas, dibebaskan oleh Berkat kata-kata Buddha. Dia akan menjadi begitu.

“Bodhisattva dan biksu suci yang berjalan di denai desa tidak akan memijak rumput hidup pun, apalagi cabutnya. Maka mana boleh ini berbelas kasihan, melahap darah dan daging makhluk lain? Biksu yang tidak akan memakai pakaian sutera dari Timur, sama ada kasar atau halus; yang tidak akan memakai kasut atau but kulit, atau pakaian bulu, atau pakaian bulu kapas burung dari negara kita sendiri; dan yang tidak akan memakan susu, dadih atau minyak sapi, telah benar-benar membebaskan diri dari dunia. Apabila mereka telah langsaikan hutang dari hayat lampau, mereka tidak akan merayau di tiga alam lagi. Mengapa? Memakai bahagian badan makhluk adalah melibatkan karma seseorang dengan makhluk itu, sama seperti orang menjadi terikat ke bumi ini dengan memakan sayuran dan bijirin. Saya boleh mengesahkan bahawa orang yang tidak makan daging makhluk lain, tidak memakai mana-mana bahagian badan makhluk lain, tidak berfikir hendak memakan atau memakai benda ini pun, ialah orang yang akan mendapat pembebasan. Apa yang saya katakan ialah apa yang diajarkan oleh para Buddha. Mara, Orang Jahat mengajarkan sebaliknya.” ~ Kitab Śūraṅgama

Tetapi meskipun anda buat begitu – anda tinggalkan segalanya yang disebut oleh Buddha dan jadi orang vegan tulen yang sebenar dan makan satu hidangan sehari pun – jika hati anda tak benar-benar mengikut ajaran Buddha, maka anda tidak wajar disanjung dan akan dirasuk syaitan juga. Kemudian bercakap besar, menunjuk-nunjuk, biar orang berfikir bahawa anda seseorang yang hebat, Santo atau sesuatu. Tidak, tidak. Itu bukan, tolonglah. Semua Buddha, semua Syurga, Dewa tahu akan hati anda. Jadi pastikanlah hati anda murni. Tak kira apa yang anda buat di luar untuk menunjuk-nunjuk, berwarna-warni, apa-apa pun perbuatan yang anda buat untuk membuat orang perasan anda dan memuji anda, anda hanya wujudkan karma yang paling dalam, paling berat di seluruh Alam Semesta.

Jika anda membuat orang ingat anda ialah Buddha kerana melakukan semua itu, maka… Ya Tuhan. Oh! Tolonglah, Tuhan bantu anda. Tolonglah, neraka melepaskan anda. Itu saja yang boleh saya katakan. Anda ingat anda hidup berseorangan di dunia ini dan tiada sesiapa yang tahu akan anda – apa cita-cita rakus anda, apa rancangan rahsia anda untuk memperdaya orang? Oh, Tuhan tahu! Semua Buddha tahu, semua Guru, Bodhisattva tahu, dan ANDA tahu. Itu yang penting.

Suatu kali, seorang pegawai yang sangat bersih diberi rasuah oleh seseorang dan dia menolaknya. Jadi perasuah itu berkata, “Mengapa kamu risau? Saya takkan katakan apa-apa dan sekarang dlm kegelapan malam hari. Tiada sesiapa yang tahu akannya.” Jadi dia berkata kepada perasuah itu, “Kamu tahu akannya. Saya tahu akannya. Mana boleh kamu kata tiada orang tahu?” Anda nampak tak itu?

Orang suci yang sebenar perlu mengenali diri sendiri. Itu dalam hati anda. Anda tak boleh bermain teater di dunia ini. Anda tak boleh membuat diri kelihatan perihatin dengan melakukan atau memakai apa-apa atau mengatakan apa-apa, atau senyum dgn manis dgn sebarang cara hanya untuk memperdaya orang supaya mempercayai anda, memuja anda untuk ego anda sendiri, untuk kepentingan anda sendiri dgn sebarang cara yang anda mahukan. Itu sangat buruk untuk anda. Saya beri amaran kepada anda semua, jangan buat apa-apa seperti itu. Hanya beramal dengan senyap. Anda tahu anda adanya. Itu yang penting. Sentiasa ingat akan Tuhan serta semua Santo dan Orang Suci dan sentiasa berterima kasih kpd Mereka. Pada bila-bila ingat, anda berikan beberapa saat, seminit untuk ucapkan terima kasih kpd Mereka, berterima kasih atas apa-apa saja yang dapat anda capai di dunia ini dan lebih-lebih lagi di alam spiritual. Itu saja yang perlu anda buat.

Jika anda tak nak bantu saya menyelamatkan dunia, maka saya tak memaksa anda juga. Tetapi jika anda buat sesuatu, sedikit kerja seperti keluar untuk mengedarkan risalah kepada orang atau membawa hidangan vegan kepada seseorang, itu tak banyak. Jangan bercakap besar tentangnya. Orang luar yang bukan kononnya anak murid saya pun keluar utk bantu pertubuhan-pertubuhan yang berlainan secara sukarela, menggunakan wang sendiri, peluh dan air mata sendiri untuk membantu, serta derma sendiri juga, atau masa mereka yang berharga tetapi tiada orang yang memuji mereka atau apa-apa. Mereka tidak wujud di TV pun. Banyak wira yang tidak dipuji membuat kerja cemerlang. Mereka banyak membantu, bukan sahaja secara sukarela tetapi juga dlm kehidupan harian. Hanya menjaga keluarga mereka sudah pun kerja yang susah. Dan berurusan dengan rakan sekerja dan dengan bos di tempat kerja hanya untuk hidup, itu sudah pun kerja yang susah.

Jadi jika anda kononnya pengikut saya keluar untuk buat kerja kecil atau bantu Supreme Master TV dengan sesuatu cara, jangan ingat itu hebat. Saya tahu kebanyakan drpd anda tidak. Saya hanya kata kalau-kalau. Kerana anda amalkan meditasi, ada visi dalaman Syurga dan Bumi, dan anda tahu begitu banyak tentang karma, tentang akibat perbuatan buruk. Jika anda benar-benar beramal, anda sudah tahu akan itu, jadi takkan buat apa-apa perkara bodoh.

Saya hanya mengatakan itu kalau-kalau sesiapa daripada anda yang masih berada di peringkat rendah jatuh ke dalam jenis perangkap ini. Mereka yang sudah jatuh, sudah dibawa pergi oleh syaitan dan hantu ghairah, saya tahu akan mereka semua tetapi tak dapat buat banyak dengannya. Itu pilihan mereka. Walaupun saya rasa bersimpati dengan mereka, mungkin itu apa yang mereka mahukan. Jika karma buat mereka macam itu dan mereka kekal macam ini, maka itu pilihan mereka. Tak banyak yang boleh saya buat dengannya. Saya hanya menangisi mereka, risau tentang mereka dan hidup selepas mati yang menggerunkan tetapi saya tak dapat buat banyak.

Tuhan pun biarkan semua manusia ada kemahuan bebas. Siapalah saya ini nak halang sesiapa? Saya tiada masa yang mencukupi juga dan tak dapat pergi dari pintu ke pintu untuk beritahu mereka, “Oh! Kamu tak harus lakukan ini. Kamu tak harus lakukan itu. Itu karma buruk bagi kamu. Neraka menanti kamu.” Saya tak dapat buat begitu. Jadi anda jagalah diri. Sesiapa yang masih percayai saya, jagalah diri. Merendah diri, bersyukur, rajin dalam amalan spiritual dan baik terhadap orang lain pada bila-bila boleh, jika anda boleh.

Sejak anda mengikut saya dan menerima inisiasi daripada saya, saya tak pernah minta anda buat apa-apa. Anda berkumpul dan sendiri buat perkara. Meskipun anda tidak bantu saya membuat kerja Supreme Master TV, saya juga tak kata apa-apa pun. Saya tak pernah marahi anda kerana tidak buat begitu. Sekurang-kurangnya anda vegan; sekurang-kurangnya anda bermeditasi, terputus-putus; sekurang-kurangnya anda tak memudaratkan sesiapa pun – saya dah bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan. Jadi jangan risau. Buat apa yang anda boleh, cuma jangan bercakap besar tentangnya. Jangan terlalu bermegah dengannya. Anda akan kehilangan pahala jika terlalu megah diri kerana itu ego yang berfikir, “Saya buat ini, saya buat itu.” Jauhilah diri dari ego. Maka semua dosa atau karma akan meninggalkan anda juga.

Semoga anda semua banyak diberkati. Semoga Tuhan buka tempat simpan Belas Kasihan dan kurniai anda lebih banyak kekuatan, lebih banyak kebijaksanaan dan lebih banyak belas kasihan untuk meneruskan hidup singkat yang kita ada di planet ini. Ia malah boleh hilang secara tiba-tiba. Anda tahu akan itu. Jadi jadilah bendahari masa berharga anda, tuah besar anda menemui kaedah yang baik untuk beramal, seperti Kaedah Quan Yin. Tiada apa-apa yang lain adalah penting.

Baiklah. Syukurlah, Tuhan. Terima kasih kepada semua Guru, Buddha, Bodhisattva, Santo, Orang Suci dan semua orang baik, mulia yang melaksanakan Kehendak Tuhan untuk bantu makhluk lain di planet ini, semua makhluk di planet ini – berperasaan atau tak berperasaan. Saya sentiasa terhutang budi kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Saya berterima kasih kpd anda semua. Semoga anda semua diberkati. Semoga anda semua dikasihi, rasainya dan amalkannya. Amin.

Photo Caption: “Sekarang, Katalah Keju-Vegan! …Untuk Foto Kenangan!”

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android