Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ketika saya masih kecil, sebelum sekolah rendah, di kawasan kecil kami, kami ada seorang biksu saja tetapi dia sering datang ke tokong. Semasa perayaan seperti Perayaan Vu Lan, dia juga membuat drama untuk dilakonkan oleh penganut bagi ingatkan orang supaya menjadi baik dan vegetarian, vegan. Saya juga temui pendeta Tao di rumah. Mereka tidak pergi ke tokong dan mencukur rambut atau apa-apa – biksu bercukur, biksu Buddha bercukur, tetapi sesetengah penganut Tao menyimpan rambut panjang dan tinggal di sebelah rumah ibu saudara saya, contohnya. Barangkali mereka tidak ajar saya apa-apa secara peribadi. Saya masih kecil ketika itu. Tapi mana tahu? Barangkali mereka mengajar saya sesuatu di dalam daripada roh, daripada jiwa, daripada hati, daripada tenaga mereka.Jadi sejak kecil lagi, saya tak dapat minum susu pun. Saya muntah dan alami banyak masalah perut kerana rumah saya tak sentiasa ada makanan vegetarian. Saya makan apa saja sayuran yg dijumpai dan makan apa-apa saja buah di kebun. Sebelum ia jadi masak sepenuhnya pun, saya makannya. Itu bagaimana saya hidup. Bapa saya sentiasa mengetawai saya, berkata jika beliau berikan 10 dolar kepada saya, saya akan pergi beli semua pisang atau jagung. Beliau tak pernah berkata bahawa saya akan pergi beli ikan, daging orang-haiwan atau udang kerana beliau tahu.Hanya berterima kasih kpd semua biksu pada masa lalu, sekarang dan masa depan Mungkin anda bertemu dengan mereka, mungkin anda perasan mereka atau mungkin anda tidak tetapi mereka ialah sesuatu untuk mengekalkan keseimbangan di dunia ini yang ada segala kerisauan duniawi dan segala cita-cita rakus terhadap untung duniawi yang menelan orang. Anda tak tahu sama ada biksu itu baik atau buruk. Anda tak tahu sebelah dalam mereka. Meskipun dia makan tiga hidangan sehari ada kereta untuk dipandu ke sana sini, janganlah berfikir terlalu banyak. Ini hanyalah benda material. Dia tak boleh buat banyak dengannya. Dia tak boleh mudaratkan sesiapa pun dengannya. Dia tak mencuri apa-apa pun. Dia minta derma. Buddha juga berkata, “Derma kepada tokong, kepada biksu adalah baik untuk kamu.” Jadi dia (biksu) tak katakan apa-apa yang salah, misalnya macam itu. Sayatelah beritahu anda bahawa saya derma kpd pendeta. Saya masih derma – bagi bina pondok untuk pendeta di India. Selepas itu, saya berikan lebih banyak wang supaya mereka dapat beli lebih banyak makanan (vegan), lebih banyak selimut dan sebagainya – bukan sahaja wang awal untuk membina pondok. Jadi apa-apa yg saya katakan kpd anda, saya sendiri lakukan. Bukanlah saya cuba membimbing anda membuat sesuatu tapi saya sendiri buat secara bertentangan Anda tak perlu lakukannya. Saya cuma berkata tetapi anda tak perlu buat apa-apa jika anda tak nak. Ini pilihan anda, hidup anda – memilih untuk menjadi baik atau tidak. Anda ada Tuhan di dalam diri anda – Sifat Buddha atau Sifat Tuhan di dalam diri anda. Itu satu saja dan yang sama. Jika anda memilih untuk menjadi seperti Tuhan semula atau seperti Buddha semula, maka anda lakukannya. Itu baik untuk anda, baik untuk dunia, baik untuk planet ini.Dunia kita berada dalam bahaya teruk sekarang. Pada bila-bila saja, ia boleh binasa. Saya beritahu anda sekarang kerana saya juga tak pasti sama ada saya dapat terus hidup. Saya masih belum cukup sihat untuk bekerja kerana di dalam saya masih belum cukup selesa. Jadi saya perlu pulih. Hanya kerana banyak daripada anda begitu risau, jadi saya beritahu anda satu atau dua perkara untuk terus mengingatkan anda pada bila-bila boleh. Saya tak cukup sihat untuk bekerja habis-habisan utk Supreme Master TV, contohnya.Biksu, seperti yang saya dah kata, ialah manusia juga. Mungkin mereka belum berada di peringkat yang sama (dengan Buddha) tetapi mereka cuba. Mereka bermatlamat untuk capainya. Itu penting juga. Tenaga ingin ini, ingin menjadi Buddha semula – bersatu dengan Yang Asal semula, bersatu dengan Tuhan semula – itu tenaga yang sangat baik untuk mengimbangi dunia kita. Lihatlah, seperti ketika anda masih kecil, anda hanya belajar ABC tetapi anda ingin belajar untuk pergi ke kolej kemudiannya. Itu sangat baik.Sekarang seperkara lagi, bercakap tentang Tuhan, banyak orang akan rasa bahawa pengikut Buddha tidak percaya kepada Tuhan. Itu tak benar. Kerana contohnya di China, bagi segalanya yang tidak baik, mereka kata, ‘我的天啊’ (‘Wǒ de tiān a’), bermaksud, “Ya Tuhan!” Ia sama seperti kita katakannya dalam bahasa Inggeris, cuma ungkapan yang berbeza, bahasa yang berbeza. Di India, ke mana-mana pun kita pergi, hanya seorang petani wanita miskin, tak berpendidikan pun akan menyapa kita dengan ‘Ram Ram’ atau ‘Hare Krishna’. Itu nama Tuhan. Itu apa yang mereka percayai. Krishna ialah salah seorang Guru, seorang Wakil Tuhan, dan Ram juga, atau ‘Rama’. Ada terlalu banyak perkara, saya tak harapkan anda tahu akan semua ini. Tetapi jika mahu, anda boleh. Sangat senang hari ini – layari internet dan anda akan ketahui banyak perkara tentang agama, banyak buku yang dulu tidak boleh didapati dengan senangnya oleh semua biksu dan biksuni. Saya hanya cakap tentang agama BuddhaSaya tahu bahawa banyak orang yang dulu mengikut Buddha untuk menjadi biksu berada di sisi-Nya setiap hari kerana tiada cara lain mereka dapat dengar ajaran Buddha. Sebab itulah mereka keluar untuk minta sedekah sekali pada waktu pagi, makan pada waktu tengah hari, kemudian pada waktu petang, mereka sedia untuk dengar khutbah Buddha. Begitu juga dengan Buddha. Baginda makan macam itu. Jadi mereka semua akan ada masa untuk keperluan yang lebih besar – Dharma (Ajaran) sebenar. Jadi jika anda rasa Buddha tak percaya kepada Tuhan, itu tak benar. Itu tak benar.Semua agama sebut tentang Tuhan. Apabila seseorang tanya Buddha, “Adakah terdapat Tuhan?” Buddha berkata, “Saya tak dapat kata sama ada terdapat Tuhan atau tiada Tuhan tetapi ada Sesuatu dari mana semua benda wujud dan ke Mana semua benda akan kembali.” Jika itu bukan Tuhan, maka beritahulah saya apa itu? Dalam agama lain, mereka katakannya secara lebih terus terang. Mereka kata Tuhan mencipta kita dengan Imej-Nya sendiri. Itu Asal kita. Kita ialah anak Tuhan dan kita akan kembali kepada Tuhan itu.Jadi jangan bertikai dengan saya lagi tentang sama ada terdapat Tuhan atau tiada Tuhan, atau memuja Tuhan bukanlah agama Buddha. Tetapi dalam semua agama, biasanya mereka mengikut Guru yang merupakan Wakil Tuhan – apa-apa saja agama yg nyatakan bahawa mereka ada Tuhan atau ajaran Dharma Sebenar di sana. Mereka hormati Guru. Mereka mengikut Guru. Mereka memuja Guru. Mereka percaya kepada Guru. Sesetengahnya malah menyatakan, “Jika Tuhan dan Guru berdiri di sebelah saya, Siapa yang harus saya sembah? Siapa yang harus saya ikut? Saya mengikut Guru. Kerana Guru ialah orang yang mengajar saya, menaikkan saya supaya keluar daripada kesengsaraan, kitaran lahir dan mati.”Mereka menekankan itu dlm kebanyakan agama, sekurang-kurangnya di India. Di India, mereka sangat hormati Guru. Jadi mereka memanggil Buddha sebagai ‘Orang Sanjungan Dunia’, ‘Maharaji’, ‘Guru’, apa-apa saja. Ini kerana mereka hanya nampak Guru. Mereka tak sering nampak Tuhan. Bukan semua orang begitu bertuah, nampak Tuhan. Jadi ketika Nabi Isa masih hidup pun, Baginda khutbahkan Tuhan dan beritahu orang supaya percaya, memuja Tuhan tetapi mereka juga mengikut ajaran Nabi Isa. Mereka mengikut Baginda. Begitu juga ketika Buddha masih hidup. Mereka semua pergi memuji dan mengasihi Buddha. Begitu juga dengan Guru-guru lain dalam agama Sikh, agama Islam, agama Hindu atau agama Jain. Mereka semua pergi memuja Guru perwakilan agama mereka sendiri pada masa itu. Semuanya macam itu. Jadi pengikut sentiasa memuja Guru pilihan mereka pada zaman mereka. Tetapi dalam fikiran mereka, mereka semua tahu bahawa ada Tuhan.Saya beritahu anda sekarang, saya hanya mengkhutbahkan agama universal. Kita ada Tuhan, kemudian ada Guru. Jadi walaupun Guru ialah orang yang secara peribadi mengajar kita, bawa ajaran dan berkat kepada kita serta bantu kita dengan sebarang cara, namun ada Tuhan. Sama seperti ibu bapa anda. Mereka sangat kaya dan berkuasa tetapi perlu bekerja dalam bidang-bidang yang berlainan. Atau di rumah, mereka ada pembantu. Mereka malah ada ibu susu untuk menjaga anda sejak kecil lagi. Dah tentu, anda suka akan ibu susu itu kerana dia habiskan banyak masa bersama anda. Dia bermain dengan anda, manjakan anda, sayangi anda dan buat apa-apa saja yg anda mahukan. Tetapi itu disebabkan oleh kuasa ibu bapa anda, disebabkan oleh prestij ibu bapa anda, disebabkan oleh gaji ibu bapa anda. Jadi anda perlu taat kepada ibu bapa, tidak kira apa pun.Jadi apa-apa pun agama yang anda ikut, anda mesti ingat bahawa ada Tuhan di sebaliknya. Kerana sebelum Guru turun ke Bumi, siapa berikan hidup Guru itu? Jadi jangan sesekali lupa akan Tuhan Yang Maha Berkuasa – Asal segala-galanya, dan hidup anda juga. Di Âu Lạc (Vietnam), apabila kami berdoa – orang biasa, mereka tak perlulah penganut Buddha atau apa-apa pun, atau tak perlu tahu banyak tentang ajaran Buddha – kami kata, “Oh, Tuhan dan Buddha, tolong berkati saya.” Atau, “Tuhan dan Buddha mengetahui apa yang saya buat.” Mereka sebut Tuhan juga. Orang Cina juga. Saya tak tahu banyak tentang negara lain kerana saya tak tahu bahasa mereka tetapi saya pasti mereka akan buat begitu juga.Photo Caption: Kecil atau Besar Kita Bantu dan Saling Meningkatkan