Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Buddha atau Messiah yang Kita Nantikan Ada di Sini Sekarang, Bahagian 2 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tinggal dekat dengan tokong itu. Banyak biksu dan biksuni yang lebih tua daripada kumpulan saya tahu akan itu. Kami tinggal di sebuah rumah kecil. Biksu dan biksuni tinggal di rumah. Saya tinggal di bangsal kecil yg lebih jauh sikit dari halaman belakang. Seluruhnya telah rosak dan buruk, jadi saya baikinya. Saya tinggal di sana. Biksu dan biksuni tinggal di rumah yang kami sewa dengan pendapatan yg tak seberapa daripada menjual sayuran, tauge dan sebagainya. Semua biksu… banyaknya masih hidup dan tahu akan itu. Mereka masih ada di Taiwan (Formosa) sana. Sesetengahnya mungkin telah pergi ke sesuatu tempat yang lain, negara lain, tetapi mereka tahu akan semua kisah ini kerana mrk tinggal di sana bersama saya. Kemudian selepas itu rumah itu pun dijual dan kami terpaksa keluar, berkhemah di mana-mana saja dan dihalau keluar dari tempat ini, tempat itu, atau kami berkhemah di jalanan, bermakna jalanan terbiar. Kami juga tinggal di rumah berhantu di mana orang tidak diami. Dulu ada banyak daripadanya di Taiwan (Formosa) dan sesetengah biksu dan biksuni berasa sangat takut.

Rumah yang kami pertama kali sewa, dah lama sangat tiada orang yang tinggal di sana. Saya tak tahu dah berapa tahun, dan rumput yang besar, tinggi, malah kelihatan seperti tebu kecil, bertumbuh di seluruh jalanan. Kami perlu potong semuanya untuk masuk ke dalam rumah itu. Tetapi kami bayar sewa, lebih kurang, lebih murah. Kemudian selepas segalanya telah siap, segalanya baik, telah dibersihkan, mereka jualnya! Seseorang belinya. Jadi kami terpaksa berpindah keluar dan tiada tempat untuk pergi. Jadi kami pergi ke merata tempat di Taiwan (Formosa) dengan kereta tangan kelima yang sentiasa ‘tidur’ di jalanan pada bila-bila saja kereta itu nak ‘tidur’. Sekurang-kurangnya kami ada itu. Kami letak barang di dalamnya, banyak menolaknya dan kami berkhemah di mana-mana saja atau tidur di mana-mana saja.

Jika kami jumpai sesuatu tempat yang ada air, kami berkhemah buat sementara waktu untuk hari itu atau malam itu. Tetapi kami sering dihalau keluar kerana pemiliknya datang menghalau kami keluar. Kami tak tahu siapa pemiliknya. Kami berada di padang untuk seketika. Tetapi jika mereka nampak kami, mereka akan memanggil polis. Kemudian kami terpaksa berpindah kadangkala pada waktu malam. Kadangkala kami berkhemah di tepi jalan dan kadangkala kami tiada air minum yang baik atau apa-apa.

Dengan itu pun, saya berani marahi pengunjung tokong itu. Dia pasti besar untuk berbuat demikian, menggoyang-goyangkan badan di depan Buddha macam itu dan menunjukkan seluruh badan, hampir seluruh badan di depan Buddha, punggung dan bahagian depan juga. Saya begitu marah. Mungkin saya tak harus tetapi saya masih muda dan tak berpengalaman dalam cara untuk menangani situasi sebegini. Saya menjadi makin hari makin pandai, memikirkan itu, Saya harap lelaki itu maafkan saya. Kita telah cakap dengan terlalu panjang.

Bercakap tentang biksu, biksu memakai jubah, jubah mulia untuk melambangkan ajaran Buddha dan cara berbelas kasihan. Jadi dah tentu, mereka akan bangkitkan penghormatan dan kepercayaan orang. Kadangkala penganut melakukannya secara berlebih-lebihan. Mrk timbulkan terlalu banyak kesusahan atau begitu banyak memanjakan biksu, jadi kadangkala biksu lupa apa tujuannya dia menjadi biksu. Tetapi disebabkan itu, jangan memfitnah mereka atau buat hidup mereka seperti neraka. Apa-apa yang mereka katakan, mereka tak maksudkan apa-apa yg buruk. Mereka katakannya terus daripada hati kerana sekurang-kurangnya mereka ajarkan prinsip Buddha dan mematuhi 250 rukun. Jadi pada asasnya sekurang-kurangnya mereka ada kebaikan. Dah tentu, mungkin ada sesetengahnya yang buruk, sama ada secara sengaja atau mrk sakit atau biasanya mereka orang yang tak benar-benar baik atau tidak diajar dengan baik. Tetapi sesiapa yang secara ikhlas ingin menjadi biksu atau biksuni, mereka ada impian ini dlm hati mereka, impian mulia. Mungkin mereka tak dapat lakukannya, kemudian keluar atau tidak buat dengan baik. Tapi tolonglah, jangan ganggu mereka.

Meskipun biksu meminta penganut Buddha supaya dermakan banyak wang untuk tokong, dia tak dapat makan semua itu. Dia makan maksimum tiga hidangan sehari, apa-apa pun yang anda berikan kepada dia di tokong. Dia memakai beberapa helai pakaian, tak banyak. Tiada apa-apa yang mahal. Meskipun seseorang berikan kereta kepada dia daripada wang derma atau berikannya kepada dia, itu untuk dia atau hanya untuk menjaga badannya yang letih, berjalan ke bandar untuk bertemu dengan mungkin penganut yang sakit bagi berdoa untuk mereka atau pergi ke perkuburan bagi berdoa untuk roh. Dia tidak buat apa-apa yang buruk dengan kereta itu. Jangan berfikir bahawa anda berikan beberapa dolar saja, kemudian berhak untuk mengkritik biksu macam itu. Hidupnya sudah paling kurang selesa. Dia tiada isteri, tiada anak, tiada cinta kasih, tiada cinta kasih peribadi yg sebenar lagi. Jadi dia telah tinggalkan segalanya untuk mengikut ajaran Buddha dan percaya dalam hatinya bahawa mungkin oleh sebab menjadi biksu, dia akan menjadi bermakrifat, mungkin mendapat pembebasan. Mungkin, mungkin tidak, dah tentu. Bukan semua orang yg merupakan biksu adalah bermakrifat.

Dah sangat sukar untuk hidup di dunia ini, apalagi hidup sebagai biksu. Semua orang sentiasa memerhatikannya. Jadi tolonglah memahami itu. Jika anda tak nak menderma, usah menderma. Jika anda menderma, maka jangan memfitnah biksu hanya disebabkan derma anda. Anda tak berhak untuk berbuat demikian. Anda hormati mereka. Jika anda baik, maka dia akan menjadi baik. Meskipun dia tak begitu baik, namun dia akan berkelakuan baik. Jika anda datang kepada dia, anda hanya tanyakan Dharma (Ajaran), kebaikan, dan bagaimana menjadi insan baik dalam masyarakat. Anda jangan tanya dia segala jenis perkara karut atau bawa suami anda kembali kpd anda, gunakan kuasa ajaib untuk bawa isteri anda kembali kpd anda, kawal isteri anda untuk anda, apa-apa saja. Perkara macam ini bukanlah hal biksu.

Seperkara lagi: Jangan kaitkan nama saya, ajaran saya dengan mana-mana biksu atau sebarang jenis pendeta. Saya tak kenali mana-mana drpd mereka atau sama ada mrk baik atau tidak baik. Saya tidak mahu mereka berfikir bahawa saya gunakan nama mereka untuk menjadi terkenal. Saya dah terlalu terkenal. Saya harap saya tak dilahirkan untuk menjadi terkenal macam ini. Saya akan ada lebih banyak ketenangan, kerja yang kurang. Baiklah. Itu tak menjadi hal. Kita semua dilahirkan di dunia ini, kita semua perlu menahan sesuatu yang kita suka atau tak suka. Tetapi maksud saya, jangan timbulkan kesusahan yang tidak perlu untuk saya. Jangan kaitkan saya dengan biksu yang terbaik di dunia, paling dihormati, paling banyak diikut, atau biksu buruk atau biksu sederhana, atau mana-mana pendeta lelaki atau pendeta wanita mana-mana agama.

Saya di luar segala jenis sistem agama. Saya hanya mengikut Buddha, Nabi Isa serta banyak Guru dan Buddha serupa yang lain – ‘Guru’ bermakna Buddha – sehingga saya pulang ke Rumah Guru, bermakna Alam Buddha. Saya akan pergi ke sana. Sama ada anda pergi ke sana atau tidak ialah pilihan anda. Saya hanya tunjukkan jalan dan bantu anda dgn sebarang cara yang boleh dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Kerana kadangkala orang gunakan nama saya untuk buat perkara lain yang saya tak dapat kawal. Seorang bekas penetap ashram saya pun keluar, bercabang dan menggelar diri sebagai guru. Bukan satu saja, mungkin beberapanya – saya tiada masa untuk meninjau tetapi saya tahu beberapanya kerana mereka (anak murid sekarang) melaporkannya kepada saya. Saya tak peduli. Saya cuma harap mereka tidak buat perkara buruk dan memudaratkan orang lain disebabkan oleh ketamakan dan peringkat rendah mereka.

Sebenarnya, Buddha sudah beri amaran kepada anda bahawa jika anda ada cita-cita rendah dalam hati anda, semua syaitan, hantu di alam halus akan mengetahuinya. Mereka akan cuba datang kepada anda untuk menipu, memperdaya anda, gunakan kuasa ajaib mereka untuk dipinjamkan kepada anda, membuat segala jenis benda palsu, seperti mereka membuat orang nampak badan anda ada keajaiban ini dan itu, kemudian sesuatu berlaku kepada mereka dan mereka juga anggap anda yg lakukannya padahal itu tidak benar. Jika anda ada cita-cita rendah dalam hati terhadap kemasyhuran dan untung duniawi, maka anda akan berada di bawah pengaruh syaitan. Saya tahu sekurang-kurangnya beberapa drpd mereka (anak murid) yg tinggalkan saya, bercabang dan dirasuk makhluk berkuasa ajaib di alam syaitan.

Ada banyak jenis syaitan. Buddha mengajar kita supaya tahu akan banyak nama syaitan dan hantu yang berlainan seperti ‘yaksa’, contohnya. Banyak jenis syaitan dan hantu ada kuasa, bukanlah mereka tiada. Maya – elemen yang bertentangan dengan Buddha – ada kuasa yang lebih besar (daripada syaitan dan hantu). Dia ada kuasa yang hampir sama dengan Buddha kecuali dia tiada belas kasihan. Itu satu-satunya perbezaan antara Buddha dan maya. Dulu kita telah bercakap tentang itu. Jika anda tak ingat, cubalah mengkaji kitab atau sesuatu.

Mereka malah mengugut Buddha – salah satu syaitan, Mara (Raja syaitan), salah satu syaitan yang berkuasa beritahu Buddha bahawa pada Zaman Penghujung Dharma, dia akan biarkan semua anak, cucu-cicit dan saudara-maranya keluar untuk menjadi biksu dan gunakan rupa biksu untuk hancurkan ajaran Buddha pada Zaman Penghujung Dharma, iaitu sekarang.

“Selepas Ananda mengulangi soalan itu tiga kali, Buddha memberitahu beliau, ‘Selepas nirvana saya, apabila Dharma hampir hilang, Lima Dosa Besar akan mencemari dunia, dan cara syaitan akan berkembang secara melampau. Syaitan akan menjadi biksu utk rosakkan dan hancurkan Jalan saya. Mereka akan berpakaian seperti orang biasa juga dengan selempang bagi biksu. Mereka akan suka menunjuk-nunjuk selempang rukun warna-warni (kashaya). Mereka akan minum arak dan makan daging, bunuh makhluk hidup dgn nafsu terhadap rasa yang enak. Mereka tidak akan miliki minda berbelas kasihan, dan akan saling membenci dan mencemburui.’” ~ Kitab Kehilangan Dharma Akhirnya

Tetapi ada banyak biksu yang baik, saya tahu akan itu. Ini tak bermakna mereka bermakrifat atau bermakrifat sepenuhnya atau telah menjadi Arahant, Buddha atau sesuatu. Buat masa ini, kita tiadanya. Saya berasa kesal untuk berkata begitu. Sesetengah daripada anda akan tahu jika mata spiritual anda ini terbuka dan dapat lihat. Dah tentu, anda ialah orang saya, sangat berkuasa. Anda dapat pergi ke planet-planet, Alam-alam Buddha yang berlainan. Anda malah dapat pergi ke Alam Buddha Ubat dan sesetengah daripada anda pergi ke Alam Buddha Amitabha. Sesetengah daripada anda nampak Bodhisattva Quan Yin, sesetengah daripada anda sering nampak Nabi Isa. Lawak betul penganut Buddha nampak Nabi Isa. Hingga kini, macam itu. Sesetengah orang Kristian pula nampak Buddha dan pergi ke Alam Buddha, atau nampak Bodhisattva Quan Yin dll. Itu tak menjadi hal. Mereka semua ialah jelmaan Kemuliaan dan Belas Kasihan. Mereka berada di apa-apa Alam pun sekarang, Mereka hanyalah Belas Kasihan, Kasih Sayang, Kemuliaan & Kemurahan.

Tiba-tiba segalanya keluar dengan begitu banyak. Saya tak tahu apa lagi nak beritahu anda. Jadi anda hanya beramal. Beramal dengan baik, senyap dan bersyukur. Bersyukur.

Photo Caption: Jangan Cuba Apa-apa Pun Jika Isi Perut Anda Berkata Tidak, Meskipun Ia Kelihatan Mirip dengan Kegemaran Anda.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android