Media report from The Economic Times – Sept. 26, 2023, Nivedhana Prabhu: Penyakit X mungkin akan meletus. Profesional penjagaan kesihatan British sedang bersedia untuk Penyakit X yang mereka kata mungkin lebih boleh bawa maut daripada COVID-19 dan mungkin berikan kesan yang serupa dengan selesema Sepanyol. WHO menyatakan bahawa penyakit X mungkin menjadi ejen baharu, virus, bakteria atau kulat yang tiada rawatan yang diketahui. Seorang pakar, Kate Bingham yang telah mengeluarkan amaran menyebut bahawa virus ini berpotensi untuk menyebabkan 20 kali lebih banyak kematian daripada COVID-19.Excerpt from “Top Hong Kong scientist sounds alarm on next pandemic” by AFP News Agency – July 21, 2024, Dr. Yuen Kwok-yung: Anggaran atas ialah 100 juta kematian pada 1918 (daripada selesema Sepanyol). Kali ini mungkin 400 juta orang mati. Itu memang angka yang dahsyat.Excerpt from “This Prophet Actually Predicted Trump’s Assassination Attempt 3 Months Ago” by Capturing Christianity – July 15, 2024, Cameron Bertuzzi: Akankah anda percaya jika saya beritahu anda bahawa percubaan bunuh terhadap nyawa Presiden Trump sebenarnya telah diramalkan dengan terperinci sekali beberapa bulan yg lalu? Pada bulan Mac lalu, orang yg bernama Brandon Biggs ini sebenarnya telah meramalkan secara terperinci peristiwa yang baru berlaku ini.Reverend Brandon Biggs: Saya nampak Trump bangkit. Kemudian saya nampak percubaan terhadap nyawanya. Peluru ini terbang melalui telinganya. Ia datang begitu dekat dengan kepalanya sehingga pecahkan gegendang telinganyaTuhan menunjukkan kepada saya wabak yang mendatang dan 350 juta orang akan terkorban. by Last Days – July 4, 2024, Reverend Brandon Biggs: Saya ada kata-kata yg berat utk diberikan hari ini. Saya minta anda supaya bersabar dengan saya di sini. Tolonglah aku, Roh Kudus, menempuh ini. Tuhan membawa saya. Saya nampak keruntuhan masyarakat sepenuhnya di luar apa-apa yang dapat kita fahami, lagi teruk daripada 2020. Dia berfirman, “Ini, apa yang akan berlaku, sudah beratus-ratus tahun tidak berlaku.” Itu jenis dan bayangan Maut Hitam pada tahun 1300-an. Tiada vaksin untuk disuntikkan, tiada apa-apa pun. Tiada apa-apa pun untuk hentikannya. Sesiapa yang mendapat penyakit ini mati. Saya nampak 350 juta (kematian) di seluruh dunia. Kemudian saya nampak ‘30’ di atas Amerika Syarikat.
Agaknya saya penuh emosi sekarang. Saya tak dapat menzahirkan diri dgn baik maafkanlah saya. Impian itu, saya nak adanya untuk diri sendiri dan anda. Saya akan buatnya. Saya nak buatnya menjadi kenyataan. Berjuanglah bersama saya. Berjuang bersama saya. Anda tak perlu ada senjata. Anda tak perlu pergi bunuh sesiapa pun untuk menang. Menangilah diri anda sendiri. Menangi diri anda sendiri.Hentikan apa-apa saja yang berkaitan dengan pembunuhan. Berhenti membunuh supaya anda tidak dibunuh dengan cara yang sama. Itu saja, sangat mudah. Bertaubat kepada Tuhan. Bersumpah kepada diri sendiri bahawa anda akan berpatah balik supaya suatu hari nanti kita akan pulang ke Syurga bersama-sama, atau satu demi satu. Saya akan menunggu anda untuk mengalu-alukan anda di Kediaman Syurga saya yang Tuhan izinkan saya cipta untuk anda. Rumah saya bukanlah di Bumi sini tetapi Rumah saya di Syurga di mana ia tak dapat dimusnahkan. Anda takkan disingkirkan, diganggu, dicabul atau ditindas dengan sebarang jenis cara. Anda akan hidup sebagai diri sendiri, seperti dalam impian yang saya tulis dalam puisi itu ketika saya masih muda.Photo Caption: Sertailah Aku utk Meraikan Hidup Suci!Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 1/19
2024-09-01
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua kawan saya yang dikasihi. Semoga Tuhan berkati, kasihi anda, dan tunjukkan Kasih Sayang-Nya kpd anda. Semoga anda juga tahu akan Kasih Sayang and Berkat-Nya.Hari ini, sementara saya sedang sediakan sedikit hidangan untuk diri sendiri, secara kebetulan saya terdengar salah satu puisi terdahulu. Ia pasti ditulis beberapa dekad yang lalu. Saya berasa begitu terkejut, terpukau mendengarnya. Ia dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). Apabila saya baca terjemahannya, saya berfikir, “Oh, ada beberapa perkataan yang tertinggal, tidak diterjemahkan dengan betul – maksudku, dengan terperinci. Rasanya aku perlu menyemak, memeriksa terjemahannya dan tambahkan beberapa perkataan lagi untuk buatnya menjadi lebih lengkap dan sempurna.”Tak apa, itu bukan perkara utama. Perkara utama adalah saya begitu rindui kampung halaman mendengar itu. Saya tak dapat ingat seluruh puisi itu sekarang dengan begitu cepat dalam kepala saya. Banyak puisi saya tulis secara spontan, natural dan saya tak sentiasa ada masa untuk semak dan betulkan atau membuat tambahan. Saya perlu ucap terima kasih kpd anda, pasukan kita, orang yang memikirkan puisi itu dan masukkannya ke dalam jadual kita untuk disiarkan.Screaming Out Loud (Thét Gào) – Poem composed and recited by Supreme Master Ching Hai (vegan):Aku tidak dapat hidup di dunia terkurung ini, Di mana orang merebut dan mengawal! Aku ingin melangkaui Segala ikatan dan had ini! Aku perlu menyedut Udara wangi syurga. Aku perlu pergi Ke tempat angin bertiup lembutBiarlah aku hidup, Biarlah aku membesar. Biarlah aku menjadi AKU! Berapa berbeza Berapa ganjil nampaknya Bagi engkau pun. Tapi hidupku adalah milikku. Aku harus hidup sebagaimana yang aku suka!Jika engkau tidak dapat beri kedamaian janganlah bangkitkan laut bergelora. Biarlah aku bebas! Aku akan terbang bersama burung, Aku akan bangkit bersama matahari Aku akan bermimpi di atas permukaan bulan Dan aku akan menulis puisi untuk ranggi anggerik liar.Aku akan mandi sambil bernyanyi dalam hujan dingin hari pertama musim panas, Aku akan memanjat pokok hutan dan mengapung di atas ombak lautan besar, Aku akan melukis helaian lembut rumput musim bunga!Aku akan lari bersama rama-rama padang dengan berkaki ayam, Aku akan main sorok-sorok Bersama ikan di dalam sungai. Aku akan nyanyikan lagu rakyat pada lewat malam musim luruh. Aku akan berjalan-jalan di denai hutan yang mesra! Aku akan nikmati buah-buahan masak yang banyak jusnya di kebun, Ia akan gugur dari pokok untuk aku!Aku akan buat perkara Yang engkau anggap bodoh dan gila. Tetapi aku akan sangat sukainya!Biarlah aku bebas Biarlah aku bernafas!Oh Syurga, Oh Tuhan Dengarlah kata-kataku! Oh semua Malaikat, Naikkanlah aku!Puisi ini dan banyak lagi oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) boleh dimuat turun secara percuma di SupremeMasterTV.com/Poems & SMCHBooks.comOh! Ia memang begitu banyak menyegarkan fikiran saya, menyegarkan hati saya dan buat saya rasa nostalgik sikit kerana puisi itu indah – bukan kerana saya buatnya tetapi kerana ia indah. Barangkali ia berkata kepada banyak penonton terutama anak murid Tuhan yang berada di bawah jagaan saya. Kadangkala saya terlupa atau tak tahu bagaimana utk ungkapkannya, jadi saya kata ‘anak murid saya’ tetapi mereka semua anak murid Tuhan. Saya hanyalah wadah rendah diri untuk menyampaikan apa yang sudah dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka dalam hati mereka. Sekarang saya terpukau oleh puisi itu walaupun saya sendiri yang tulisnya. Tetapi dah begitu banyak dekad. Masa berlalu dengan cepat sekali. Sekarang baru saya sedar bahawa masa saya begitu berharga kerana ada begitu banyak perkara yang boleh saya buat, telah buat, masih boleh buat dan akan buat dengan masa saya, cuma saya terasa macam masa saya begitu singkat.Puisi itu memang begitu menyedarkan bagi saya walaupun saya yang tulisnya dan tahu akan sebahagian daripadanya, masih ingat sebahagian daripadanya sekarang apabila saya dengarnya. Sebelum itu, saya tahu akannya juga tetapi tiada masa untuk memikirkan masa lalu – hanya masa sekarang dan masa depan dunia. Ini perlukan terlalu banyak, segala perhatian saya, semua masa saya, semua tenaga saya. Saya perlu sentiasa membaharui diri saya, membaharui tenaga saya supaya dapat mengikuti kerja yang diberikan kepada saya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa serta semua Buddha, Santo dan Orang Suci di semua arah pada semua zaman.Puisi itu ada ungkapan yang memang masih menyentuh saya dan menyedarkan hati saya. Lihatlah, ia buat emosi saya, impian saya hidup kembali. Sesuatu macam, “Aku ingin menjadi diriku saja dan buat perkara yang aku benar-benar suka. Meskipun orang lain rasa ia gila dan bodoh, aku akan sukainya.” Dan, “Aku akan bermimpi di atas permukaan Bulan,” “Aku akan bangun bersama Matahari pada waktu pagi.” “Aku akan menulis puisiku pada daun anggerik liar dan melukis pada helaian rumput.” Bayangkan betapa bebasnya: boleh betapa bebas tanpa runsingnya itu, kita menulis puisi dan tidak berfikir atau peduli sama ada ia akan dicetak atau akan kekal berada pada daun anggerik atau tidak. Bayangkan daun anggerik boleh berapa lemah, sangat sedikit, sangat kecil, sangat mudah rosak tetapi kita menulis puisi padanya dan tawarkan kepada Alam Semesta, Tuhan Yang Maha Berkuasa, semua orang yg dpt berhubung dgn kita – atau tidak, atau tak mengapa sama ada mereka nikmatinya atau tidak. Kita tulisnya hanya kerana kita mahu.Dan melukis pada helaian rumput. Bayangkan, itu boleh tahan berapa lama? Tetapi ini impian saya – maksud saya, jenis ungkapan puitis, impian hidup bebas tanpa runsing, hidup tanpa sebarang rancangan, sebarang fikiran terancang, atau sebarang pengaturan konkrit untuk masa depan, atau untuk sesiapa pun di sana utk lihat, atau untuk apa-apa pun. Kita lakukannya hanya kerana kita nak lakukannya. Itu sesuatu yang baik. Ia menyedarkan saya semula dan menyebabkan saya menangis kerana itu kehidupan yang saya mahukan untuk dunia ini. Saya masih mengusahakannya. Saya masih memperjuangkannya.Anda telah lihat banyak ramalan tentang masa kita sekarang di Bumi, malah seperti tentang 2022, 2023, terutama sekarang, lebih kuat, masih lebih kuat, 2024 hingga 2027. Kita ada terlalu banyak – terlalu banyak pergolakan, terlalu banyak bencana, terlalu banyak kedukaan, penyakit. Serta segala jenis bencana dan penyakit baharu muncul, atau yang lama muncul semula – jenis penyakit pandemik yang boleh bawa maut, menggerunkan yang kita rasa telah terkawal atau diatasi.