Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 1 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, semua roh menawan yang turun ke dunia ini untuk beri manfaat kpd semua makhluk yg lain sebanyak yang anda mampu, mengikut Rahmat dan Kehendak Tuhan. Saya senang hati dgn anda di dunia ini. Saya kasihi anda atas itu dan berterima kasih kepada anda atas itu. Meskipun anda buat perbuatan baik yang kecil terhadap makhluk lain, walaupun anda rasa itu kecil, itu boleh bermakna segala-galanya bagi penerimanya. Sekurang-kurangnya jiwa anda murni, hati anda baik kerana anda memuja Tuhan, memuji semua Guru dan berterima kasih kpd semua orang mulia yang melaksanakan Kehendak Tuhan untuk manfaat semua makhluk.

Saya senang hati dengan anda di sini bersama saya. Jika tidak, barangkali saya telah berasa atau akan masih berasa sangat sunyi di planet ini kerana kita jauh dari Rumah. Walaupun tidak jauh, namun disebabkan oleh ruang fizikal, ia buat kita terasa jauh, tetapi asalkan kita bermeditasi di dalam, kita sentiasa dapat berhubung dgn Rumah atau membuat lawatan singkat ke kawasan kejiranan dekat dengan Rumah Syurga kita.

Saya ingin meminta anda, bantulah saya ucapkan terima kasih kepada Mahākāśyapa juga kerana saya tak rasa saya cukup berterima kasih kpd Beliau. Saya nak ceritakan kisah-Nya supaya sesetengah daripada anda yang tidak tahu siapa Beliau akan berasa bangga mengenal-Nya. Mahākāśyapa salah seorang anak murid terutama Buddha ketika Orang Sanjungan Dunia masih hidup. Beliau dinamai ‘Kezahidan Nombor Satu’. Buddha ada sepuluh orang anak murid terutama. Sesetengah drpd mereka ada gelaran, seperti Mahākāśyapa ialah ‘Kezahidan Nombor Satu’. Maudgalyayana ialah ‘Kuasa Ajaib Nombor Satu’ dan Ananda agung ialah ‘Ingatan Baik Nombor Satu’. Ada lebih banyak lagi. Sariputra ialah orang paling bijak, contohnya. Menurut sebuah legenda Buddha, Mahākāśyapa – biksu Mahākāśyapa yang sebenar, salah seorang anak murid terutama Buddha – masih hidup hari ini di Bumi dan bermeditasi di sebuah tempat, mungkin gua di gunung yang bernama Kaki Ayam.

Orang yang berikan śarīra Buddha kepada saya, saudara perempuan anda, mahu saya menukar foto yang mereka paparkan di (Supreme Master TV) pada mula-mulanya – ia bukan śarīra yang diberikan oleh Mahākāśyapa kpd saya. Jadi dia mahu saya tukarnya kepada gambar sebenar. Saya memang nak lihatnya (śarīra Buddha) sekarang tetapi saya berjauhan. Saya belum dapat pergi ke sana dengan cukup pantas. Lagipun, saya masih bersuluk. Saya tak nak pergi terlalu jauh. Saya tak harus.

Setelah kita bersuluk, kita harus sentiasa berada di satu tempat, sebanyak bertumpu mungkin di satu tempat. Mungkin kita boleh berada di halaman tetapi tidak lihat sesiapa pun dan tidak biarkan sesiapa pun lihat kita supaya kita dapat memanfaatkan semua kuasa kita untuk sesuatu tujuan khas. Banyak orang bersuluk hanya untuk mencergaskan semula tenaga dan memanfaatkan semua kuasa supaya dapat menyempurnakan sesuatu tugas.

Semalam saya berbual dengan orang-anjing saya. Kadangkala secara telepati saja, kadangkala jika boleh, melalui telefon. Orang-anjing pun tahu akan apa yang saya dedahkan kepada anda. Saya tak nak. Saya tak nak dedahkannya tetapi Tuhan buat saya lakukannya. Selepas saya dedahkannya kepada anda, saya tanya Tuhan tiga kali lagi sama ada itu perkara yang betul untuk dibuat atau tidak – dedahkan kpd anda identiti sebenar saya, atau jika tidak, tolong biar saya padamkan bahagian ini kerana saya tak tahu bagaimana orang akan bereaksi. Saya juga tak tahu bagaimana nak bereaksi terhadap reaksi mereka. Saya tak rasa begitu selesa bercakap secara langsung, terus terang ​​dan terbuka macam itu tentang siapa saya. Di dunia fizikal ini, saya hanyalah seperti anda tetapi saya berhubung dengan Diri Tinggi saya. Itu sesuatu yang berbeza. Jika tidak, saya tak dapat miliki bekalan Kuasa yang mencukupi untuk membuat kerja saya yang sangat banyak dan sangat berat.

Saya nak beritahu anda tentang Mahākāśyapa supaya anda tahu betapa agungnya Beliau – sebagai manusia, sebagai orang pun, belum kata lagi seorang Santo. Beliau benar-benar seorang Santo. Beliau mematuhi disiplin. Dalam agama Buddha, kita ada 13 disiplin yang sangat ketat yang perlu kita patuhi untuk dipanggil sebagai ‘orang zahid terbaik’,

seperti kita tak boleh makan selepas tengah hari dan makan sehari sekali saja. Kita ada tiga lapisan jubah biksu saja. Kita perlu kutip kain yang dibuang di jalanan, perkuburan atau kawasan sampah di mana orang membuang barang untuk sendiri membuat pakaian. Kita tak boleh pakai pakaian baharu. Kita tak boleh beli pakaian baharu. Kita tak boleh menerima pakaian baharu yang dibuat untuk kita. Kita sendiri membuatnya. Kita kutip pakaian di merata tempat, mana-mana saja boleh dan jahitnya menjadi satu helai pada satu-satu masa untuk buatnya menjadi pakaian yang baik, panas bagi menutup diri untuk maruah. Itu saja yang boleh kita miliki. Kita ada mangkuk sedekah untuk pergi minta sedekah dan jaga diri sehari sekali.

Hari ini masih ada pendeta Hinayana yang buat begitu atau mirip tetapi mereka makan apa-apa saja. Mereka tidak membatasi diri kepada veganisme yang merupakan diet berbelas kasihan. Oleh sebab pada permulaannya, sesetengah orang baru datang dan tidak biasa dengan diet vegan, jadi Buddha benarkan mereka makan tiga jenis daging orang-haiwan yang dibenarkan, seperti orang-haiwan yang dagingnya kita makan, kita tak dengar raungan mereka sewaktu mati, atau orang-haiwan yang kita tahu bukan disebabkan kita, dia dibunuh, atau orang-haiwan yang mati secara semula jadi, atau kecelakaan, atau usia tua di sesuatu tempat di hutan atau jalanan, maka kita boleh makan mereka. Tetapi kemudiannya Buddha bersabda, “Kamu tak harus makan itu lagi.” Baginda menekankan bahawa sesiapa yang makan daging orang-haiwan bukanlah anak murid-Nya dan sesiapa yang makan daging, Baginda bukanlah Guru orang itu juga.

“‘Pada masa itu, Bodhisattva- Mahasattva Arya (orang suci) Mahamati (Kebijaksanaan Besar) berkata kepada Buddha, ‘Bhagavan (Orang Sanjungan Dunia), saya lihat di semua alam, perayauan dlm kelahiran dan kematian, permusuhan yang terjalin dan penjerumusan ke dalam jalan buruk, semuanya disebabkan oleh pemakanan daging dan pembunuhan berkitar. Kelakuan itu menambahkan ketamakan dan kemarahan, membuat makhluk hidup tidak dapat terlepas daripada penderitaan. Itu memang sangat menyakitkan.’ […] ‘Mahamati, setelah dengar kata-kata saya, jika mana-mana anak murid saya tidak mempertimbangkan itu dengan jujur dan masih makan daging, kita harus tahu bahawa dia daripada keturunan candela (pembunuh). Dia bukan anak murid saya dan saya bukan gurunya. Oleh itu, Mahamati, jika sesiapa ingin menjadi saudara saya, dia tidak harus makan sebarang daging.’” ~ Kitab Laṅkāvatāra (Tripitaka No. 671)

Buddha betul-betul adalah vegan. Anda boleh lihat petikan yang saya jelaskan kepada anda beberapa tahun yang lalu tentang Buddha ialah orang vegan kerana Baginda menyebut sutera, bulu kapas, susu, telur, but kulit atau apa-apa saja yang berkaitan dengan orang-haiwan, anda tidak harus gunakan kerana ia menyebabkan penderitaan.

“Bodhisattva dan biksu suci yang berjalan di denai desa tidak akan memijak rumput hidup pun, apalagi cabutnya. Maka mana boleh ini berbelas kasihan, melahap darah dan daging makhluk lain? Biksu yang tidak akan memakai pakaian sutera dari Timur, sama ada kasar atau halus; yang tidak akan memakai kasut atau but kulit, atau pakaian bulu, atau pakaian bulu kapas burung dari negara kita sendiri; dan yang tidak akan memakan susu, dadih atau minyak sapi, telah benar-benar membebaskan diri dari dunia. Apabila mereka telah langsaikan hutang dari hayat lampau, mereka tidak akan merayau di tiga alam lagi. Mengapa? Memakai bahagian badan makhluk adalah melibatkan karma seseorang dengan makhluk itu, sama seperti orang menjadi terikat ke bumi ini dengan memakan sayuran dan bijirin. Saya boleh mengesahkan bahawa orang yang tidak makan daging makhluk lain, tidak memakai mana-mana bahagian badan makhluk lain, tidak berfikir hendak memakan atau memakai benda ini pun, ialah orang yang akan mendapat pembebasan. Apa yang saya katakan ialah apa yang diajarkan oleh para Buddha. Mara, Orang Jahat mengajarkan sebaliknya.” ~ Kitab Śūraṅgama

Meskipun orang-haiwan itu bukan dibunuh disebabkan anda, jika anda makannya, orang akan perlu membunuh satu lagi orang-haiwan untuk dijual kepada orang lain yang nak beli kerana anda telah makan bahagian orang-haiwan itu. Jadi ada satu bahagian yang kurang, satu orang-ayam yang kurang. Jadi jika seseorang nak beli, mereka perlu bunuh satu lagi orang-ayam untuk dijual kepada anda atau kepada mereka.

Buddha ajarkan belas kasihan dalam semua kitab yang dikhutbahkan-Nya dalam hidup selama banyak dekad. Jadi jika biksu mengikut Buddha, dia harus berpegang teguh pd belas kasihan. Itu normal. Anda buat apa yang Guru anda buat. Lagipun, ini perkara yang tak harus dibuat. Anda tak harus bunuh makhluk lain untuk memelihara nyawa anda, sama seperti anda tidak mahu dibunuh untuk memelihara nyawa makhluk lain. Anda tidak sanggup dibunuh supaya harimau boleh menjadi kenyang – tidak. Jadi sama juga, orang-ayam, -lembu, -babi, -kambing tidak mahu dibunuh untuk memelihara nyawa anda, untuk mengisi perut anda.

Photo Caption: Dari Gurun Tandus, Kering ke Bandar Sibuk. Syukur kepada Tuhan, Kami Dapat Menyesuaikan Diri dengan Gaya Baharu Menakjubkan dgn Seronok!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/10)
1
2024-07-23
6170 Tontonan
2
2024-07-24
4670 Tontonan
3
2024-07-25
4568 Tontonan
4
2024-07-26
3926 Tontonan
5
2024-07-27
3840 Tontonan
6
2024-07-28
3498 Tontonan
7
2024-07-29
3459 Tontonan
8
2024-07-30
3412 Tontonan
9
2024-07-31
3531 Tontonan
10
2024-08-01
3497 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android