Sila ambil perhatian: ada kandungan yang baru ditambah dalam episod ini.
Jadi jika anda masih nak terus mengkaji kitab Buddha, anda dapat perolehnya dgn senang sekali, atau sebarang kitab agama yang lain, sangat senang hari ini. Ia ada di hujung jari anda, dan saya dah bawa banyak daripadanya kepada pengetahuan anda. Saya telah ceritakan byk kisah Buddha. Saya telah jelaskan banyak kitab Buddha juga.Saya harap saya boleh ada lebih banyak masa untuk semua itu tetapi saya juga telah beritahukan banyak ajaran agama yang lain kepada anda. Saya buat apa yang boleh sebagai seorang wanita yang kecil, lemah. Itu bukan sahaja kerana saya rasa saya seorang Guru, ada kewajipan untuk berbuat demikian tetapi juga kerana rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan semua Guru yang telah begitu banyak berkorban – termasuk nyawa mereka – dengan cara yang menggerunkan, kejam, dengan perlakuan manusia di dunia ini.Tetapi ‘manusia’ ini tak benar-benar ialah manusia. Sesiapa yg perlakukan Guru dgn buruk atau berkata buruk tentang Mereka, ini kerana mereka telah dirasuk syaitan. Hari ini, oh, begitu banyak manusia dirasuk sebarang jenis syaitan atau hantu, bukan hanya hantu ghairah atau syaitan ghairah – kebanyakan daripada ini sudah diuruskan, cuma sesetengah daripada mereka masih berada di dalam badan manusia. Kita takkan tahu. Mereka boleh kelihatan seperti biksu, dan boleh kelihatan manis, senyum dan sebagainya tetapi mereka pun boleh dirasuk syaitan. Saya telah lupa nama kitab itu.“Selepas Ananda mengulangi soalan itu tiga kali, Buddha memberitahu beliau, ‘Selepas nirvana saya, apabila Dharma hampir hilang, Lima Dosa Besar akan mencemari dunia, dan cara syaitan akan berkembang secara melampau. Syaitan akan menjadi biksu utk rosakkan dan hancurkan Jalan saya. Mereka akan berpakaian seperti orang biasa juga dengan selempang bagi biksu. Mereka akan suka menunjuk-nunjuk selempang rukun warna-warni (kashaya). Mereka akan minum arak dan makan daging, bunuh makhluk hidup dgn nafsu terhadap rasa yang enak. Mereka tidak akan miliki minda berbelas kasihan, dan akan saling membenci dan mencemburui.’” ~ Kitab Kehilangan Dharma Akhirnya
Ada begitu banyak kitab yang saya kaji. Saya tak ingat nama-namanya kerana biasanya ia bertajuk bahasa Sanskrit dan tidak senang untuk ingat kecuali seperti Kitab Pintu Universal, Boddhisatva Quan Yin dan Buddha Amitabha kerana saya amalkannya sebelum menjadi bermakrifat, sebelum saya bertuah untuk menemui Kaedah Quan Yin semula. Atau Kitab Buddha Perubatan atau Buddha Kṣitigarbha dan banyak kitab yang lain. Dah tentu, ini lebih senang untuk diingati. Kitab lain lebih sukar untuk diingati tajuknya. Tetapi saya mengkaji banyaknya ketika masih muda. Sebab itu saya dah lupa sekarang. Sekurang-kurangnya – ya Tuhan, masa berlalu dengan cepat sekali – 40 atau 50 tahun dahulu?Saya belajar ketika masih sangat kecil, berusia 8-10 tahun lagi disebabkan nenek saya yang mengingatkan saya. Kemudian saya mengkaji kerana saya pergi ke tokong. Seperti hari Ahad, kami ada tokong... Tahu tak, seperti Pengakap Lelaki/Perempuan? Tetapi Pengakap Agama Buddha. Kami belajar dengan guru-guru tokong itu dan buat perkara. Saya ingin tahu ketika masih kecil. Dan nenek saya melafazkan Nama Buddha pada setiap waktu senja. Saya dah beritahu anda. Jadi saya berterima kasih. Saya berterima kasih kpd sesiapa saja. Sesiapa yang anda fikirkan di planet ini, saya terhutang budi kepada mereka.Saudara perempuan anda dari China itu kadangkala juga membuat banyak kerja amal di negara lain. Saya juga menyokongnya dengan bantuan kewangan, berikan sumbangan supaya dia dapat membuat kerja amalnya. Dia banyak bermeditasi. Saudaranya juga seorang biksu yang sangat berbakti, biksu yang baik.Ada banyak lagi biksu yang baik. Mungkin peringkat mrk tak begitu tinggi tetapi mereka baik hati. Mereka benar-benar bermatlamat untuk menjadi bermakrifat, pulang ke Alam Buddha atau menjadi Buddha semula. Jadi jangan singgung perasaan biksu atau memfitnah mereka kerana kadangkala gosip tak sentiasanya benar.Orang banyak bergosip tentang saya. Saya tiada masa untuk pertimbangkan bagi mempertahankan diri pun. Hidup adalah singkat. Saya cuba buat sebaik boleh utk bantu, bukan terlalu bersusah-susah untuk bertikai, mempertahankan diri atau membersihkan nama saya. Apa-apa pun, biarkannya saja. Bayangkan Buddha kehilangan jari kaki, Nabi Isa dipaku pada salib. Siapalah kita ini berfikir bahawa kita akan mengajarkan Dharma dengan tidak bercacat cela dan sempurna di dunia ini? Ia penuh dengan syaitan dan hantu, malah dalam bentuk manusia.Saudara perempuan ini bawa kpd saya hadiah yang serupa dengan śarīra Buddha dari China. Saya kata, “Kamu tak perlu tawarkan apa-apa kpd saya. Mengapa? Tawarkanlah kepada tokong kerana mereka lebih memerlukannya.” Jadi dia kata, “Tidak, tidak. Orang ini khususnya bertemu dgn saya, sesuatu keadaan, dan Beliau beritahu saya bahawa ini utk kamu saja.” Saya tanya dia, “Bagaimana dia tahu siapa saya? Saya tak pernah bertemu dengan dia, dan dia tidak kenali saya. Dia tak pernah bertemu dengan saya.” Jadi dia kata, “Tidak, Beliau tahu akan namamu.” Dia beritahu saya nama saya. Nama itu bukanlah nama yang orang di seluruh dunia tahu. Beliau tahu akannya. Saya tidak kenali Beliau Beliau kata namanya Mahākāśyapa. Oh, bulu roma saya masih meremang sekarang! Beliau kata namanya Kāśyapa dan nama saya ialah ini dan itu.Beliau sebut nama itu. Ini sepatutnya salah seorang anak murid Buddha pada zaman Buddha. Seluruh dunia tak tahu akan nama yang saya ada itu. Saya tak nak beritahu anda. Buat apa saya harus beritahu anda apa-apa nama? Macam mana anda tahu? Mana dapat saya buktikannya kpd anda? Saya amat berterima kasih kepada Beliau tetapi terlupa ucapkan terima kasih kepada Beliau selama ini. Saya berasa terperanjat dan terkejut, dan dia bercakap tentang halnya, visi dalamannya dan hasil meditasi, memuji saya dan berterima kasih kpd saya, semua itu. Saya hanya kata, “O ya, o ya, ya?” Macam itu. “Begitu ke?” Kemudian saya perlu pergi buat kerja saya sebagai pengajar suluk di pusat meditasi itu di Menton, di Perancis. Jadi saya pergi dari situ. Saya perlu pergi buat kerja saya, bercakap dengan anda pada masa itu. Kita ada banyak suluk. Hampir setiap hari, saya muncul untuk bercakap dgn anda. Kita ada suluk juga, jadi kita tak boleh banyak bercakap.Tetapi saya hanya ingat dia kata, “Namanya Kāśyapa, dan namamu ialah ini dan itu.” Kāśyapa – apabila dia beritahu saya, saya hanya mendapat tahu tetapi tak terlalu banyak berfikir kerana sibuk. Tadi saya sebut tentangnya, bulu roma saya meremang. Kerana sekarang saya berfikir… Saya perlu berterima kasih kpd Beliau, sesiapa pun Engkau, Kāśyapa, kerana berikan hadiah yang berharga, bererti kepada saya.Guru yang dikasihi, Seorang saudara yang hubungi saudara perempuan yang menyampaikan peninggalan Buddha kepada M itu menghubungi kami dan hantar mesej berikut kepada kami selepas menyaksikan FN (Berita Selitan) baru-baru ini: Kami tambahkannya pada FN untuk Guru dan semua penonton untuk Berkat bertuah mereka! Pasukan FN dengan kasih sayang.“Peninggalan yang didedikasikan oleh Mahākāśyapa kepada M ini bukanlah peninggalan biasa. Ini ialah śarīra Buddha Shakyamuni. Ini bermakna Mahākāśyapa mengakui M sebagai Buddha Maitreya. M juga ucapkan terima kasih atas hadiah yang bererti ini. Jika anda terus mata, anda dapat lihat peninggalan ini memancarkan berbilang Cahaya dengan banyak lapisan, Buddha terbang ke Syurga dari dalam. Orang terus mata dapat lihat perbezaannya daripada foto pun. Jadi anda boleh gantikannya dengan foto yang betul yang saudara itu berikan kepada saya. Saya percaya penonton dapat menerima berkat daripadanya. Penonton yang bijak dan bermakrifat tahu akan maksud Mahākāśyapa dan sebabnya M diberi ini.”
Maaf, saya tak tahu di mana itu sekarang. Saya tiada masa. Kadangkala saya perlu lari untuk keselamatan diri. Saya tak dapat ada apa-apa pada saya. Kadangkala saya ada sehelai pakaian saja pada saya apabila saya perlu lari. Saya dah lupa di mana hadiah ini sekarang. Saya harap seseorang yang menjaga apa-apa saja tempat akan menjaganya.Tapi saya ucap terima kasih kpd Beliau sekarang kerana saya tak berpeluang untuk ucapkan terima kasih kpd Beliau. Saya tak tahu siapa Engkau. Kita tak pernah bertemu. Tapi terima kasih kerana percayai saya macam itu dan sebut nama saya sebagai salah seorang anak murid terutama Buddha. Saya amat berterima kasih, kepada Engkau. Semoga Buddha di semua arah berkati Engkau. Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa kurniakan segalanya terbaik kpd Engkau dan juga orang tersayang-Mu. Semoga Engkau capai apa-apa saja matlamat mulia yg ingin Engkau capai.Nama-Mu buat bulu roma saya meremang kerana Kāśyapa ialah salah seorang biksu yang sangat dihormati dan pengganti Buddha. Beliau sempurna dari semua segi. Jadi saya ucap terima kasih kpd Engkau kerana beritahu saya nama itu sekali lagi walaupun Engkau pilihnya sebagai nama-Mu disebabkan rasa hormat. Sama seperti dalam agama Kristian, orang memilih nama mereka, Jesus, Paulo atau Simon, hanya sebagai penghormatan kpd Santo yang mengikut Nabi Isa. Semoga Engkau kekalkan nama suci itu selama-lamanya. Semoga Buddha kurniakan begitu banyak berkat dan kebijaksanaan kpd Engkau sebagaimana yang Baginda lakukan terhadap Bodhisattva Mahākāśyapa. Terima kasih.Terima kasih juga, saudari. Kita tiada banyak masa untuk bercakap tentang itu pada masa itu kerana saya sentiasa sibuk. Saudari sentiasa datang semasa kita bersuluk, dan itu sebabnya saudari datang. Kita tak pernah ada banyak masa untuk bercakap tentang itu. Saya berterima kasih kepada saudari kerana jadi pengikut Kebenaran yg baik. Saya berterima kasih kpd saudari kerana bawa kpd saya hadiah yg saya hargai itu. Saya bawanya ke negara-negara yang berlainan untuk seketika masa, tetapi sebelumnya saya perlu lari dan tak dapat bawanya bersama saya. Mungkin ia berada di sesuatu tempat di gua lama saya sebelumnya. Jika berpeluang, saya akan carinya semula. Jangan risau. Yang penting bukan peninggalan itu. Itu lambang Buddha, lambang Kesucian dan Belas Kasihan-Nya kepada dunia. Saya sudah ambilnya ke dalam hati saya, jadi takkan kehilangannya. Terima kasih.Jika saudari berjumpa dengan orang itu lagi, sembahlah Beliau utk saya, seolah-olah saudari menyembah Mahākāśyapa. Satu sembah, dua sembah, tiga sembah, sebanyak sembah yang saudari mahu untuk berterima kasih kepada Beliau atas hadiah yang berharga ini. Walaupun ia tak bermakna apa-apa dari segi wang, namun ia lebih berharga daripada barang kemas yang terbaik di dunia bagi saya. Saya ucapkan terima kasih kpd saudari. Terima kasih, dan amat, amat berterima kasih kepada Beliau. Beritahulah Beliau itu jika saudari berjumpa dengan Beliau lagi.Saya terhutang budi kpd semua manusia, haiwan, malah pokok dan segalanya di planet ini. Sebab itulah saya cuba berbakti kepada anda semua.Photo Caption: Musim Bunga Ingatkan Kita supaya Raikan Peningkatan Spiritual Baru Kita.