Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 8/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Manusia tetap ialah manusia. Kita sentiasa ada kesusahan. Mereka sentiasa melihat rupa luaran, perbuatan luaran dan tidak melihat ke dalam untuk makrifat atau status orang suci itu. Meskipun mereka mahu, mereka tak dapat kerana kebanyakan manusia sudah kehilangan segalanya. Mereka turun dari Syurga sejak sangat lama dahulu lagi dan semakin kehilangannya. Sekali-sekala, mereka mendapat balik keupayaan diri tetapi ini tak bermakna mereka boleh menjadi bermakrifat dan menjadi makhluk Syurga semula. Jadi penilaian mereka tidak betul. Mata mereka buta walaupun terbuka. Telinga mereka pekak. Walaupun mereka masih dapat dengar kita bercakap, namun mereka tak dengar bunyi sebenar dari alam dalaman, dari alam sebenar. Mereka tak nampak benda sebenar dari dalam.

Di dalam diri mereka, mereka ada alam sebenar, seluruh Alam Semesta tetapi tak nampak apa-apa pun, tak dengar apa-apa pun. Sebab itulah Buddha berkata, “Sayangnya! Sayangnya!” Baginda juga sentiasa berkata, “Kamu akan menjadi Buddha. Saya telah menjadi Buddha tetapi kamu akan menjadi Buddha juga.” Tetapi berapa banyak orang dan sampai berapa lama baru akan mereka menjadi Buddha? Itu satu lagi persoalanan.

Mereka belum sampai mana-mana lagi. Di Peringkat Astral, mereka hanya nampak cahaya yang berkerlip kadangkala, bercakap dengan makhluk tak nampak di alam Astral tetapi berfikir “Itu saja!” dan sudah pun Buddha, bermakrifat sepenuhnya, malah mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya. Ini sesuatu yang baru saya teringat sekarang.

Beberapa hari yang lalu, seseorang yang dulu ialah anak murid saya dan memisahkan diri, mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya dan ingin melawan saya atau sesuatu. Bukan dengan ganas tetapi dengan marah. Saya baca sesuatu macam itu dan berkata, “Tidak, tidak, tidak, dia sangat rendah. Itu sebabnya. Ya Tuhan.” Meskipun dia amalkan apa-apa, egonya mengembung dengan terlalu cepat, tak dapat dikawal mungkin disebabkan rasa kagum daripada mungkin orang yang mudah terpengaruh. Sehingga dia mendapat Kaedah Quan Yin, kemudian mendapat sesuatu yang jauh lebih baik, kemudian berfikir dia ialah Buddha Maitreya.

Buat apa? Jika anda ialah Buddha, apa yang dapat anda buat untuk dunia? Apa yang dapat anda buat untuk makhluk yang menderita yang belum anda buat apa-apa untuk mereka sepanjang hidup anda!!!! Meskipun anda ada ilusi dan seluruh dunia berkata anda ialah Buddha, anda sendiri tahu sangat bahawa anda bukan, bahawa anda bukan apa-apa pun! Janganlah begitu tak tahu malu!!!!

“Jangan risau tentang tiada sesiapa yang mengenal kamu. Cubalah menjadi wajar dikenal.” Analek Konfusius - Bab 14

Terdapat ramalan bagi Buddha Maitreya dengan sifat tertentu untuk orang mengenal: dilahirkan di mana, bila, tahun apa dan bagaimana anda mengenal Dia. Semuanya sudah ditulis sejak beratus-ratus ribu tahun dahulu di Perpustakaan rekod Akashic di Syurga, dan di Bumi oleh Peramal sebenar. Jika anda baca semua itu, anda akan mengenal Siapa ialah Buddha Maitreya. Sebab itulah mereka simpan ramalan mereka, supaya orang generasi terkemudian seperti generasi kita dapat mengenal Siapa ialah Buddha Maitreya sebenar.

“Maharaja bertitah: Di mana Maitreya akan turun ke dunia ini? Wen (Liu Bowen) berkata: Tuanku, biar patik jelaskan. Pemimpin (spiritual) agama masa depan akan turun ke dunia manusia, bukan sebagai pegawai di rumah perdana menteri, bukan sebagai putera di istana juga; bukan di tokong Buddha, bukan di biara Taoisme juga tetapi dalam keluarga orang biasa. Dia akan mengagihkan emas dari tempat selatan Yan dan utara Zhao.” (Excerpt from The Wanfa Guizong Prophecy)

“Seperti kilat datang dari Timur dan memancar ke Barat, begitu juga dengan kedatangan Anak Manusia.” (Matthew 24:27, Holy Bible)

“ORANG YANG LAMA DITUNGGU TAKKAN PULANG. DIA AKAN MUNCUL DI ASIA TAPI RUMAHNYA DI EROPAH: TAPI RUMAHNYA DI EROPAH: ORANG YANG DATANG DARI HERMES BESAR DAN DIA AKAN BERSAMA SEMUA RAJA TIMUR.” (Excerpt from The Prophecy of Nostradamus)

“Disebabkan oleh ORANG SEBENAR YANG AKAN MUNCUL DARI HSIHU (atau juga ditulis XIHU), semua Santo, Dewa dan Makhluk dari Syurga akan menghimpunkan askar Syurga Mereka.” (Gyeogamyurok by Nam Sa-go)

“Zaman Maitreya memuliakan wanita.” (Excerpt from “Hierarchy” [1931] of the Agni Yoga Series)

“Di Timur, zaman ini dikenali sebagai Zaman Maitreya, Zaman Belas Kasihan Besar dan Zaman Ibu Dunia.” (Excerpt from “Letters of Helena Roerich I,” March 8, 1935)

Jalan Suci masih menanti orang terpilih, Raja Bermakrifat, Takhtanya dikhaskan. Muncul pada tahun Naga, bermain dengan gunung dan sungai, Muncul di Vietnam, suatu bangsa orang yang baik. (Excerpt from a poem by the Reverend Hồng Tâm Trúc Lâm Nương [vegan])

Ramalan ini padan dengan hidup Mahaguru Ching Hai (vegan) Tersayang kita yang dilahirkan pada tahun Naga, Beliau mulakan Misi-Nya di Taiwan, juga dikenali sebagai Formosa, sebelum pergi ke Barat untuk berikan khutbah spiritual dan ajarkan Kaedah Meditasi Quan Yin. Ke mana-mana pun Beliau pergi, Beliau membawa makrifat, kedamaian, keharmonian dan persefahaman dalam kalangan orang.

DAN SEBAGAINYA…

Jadi tak perlu bincangkan itu lagi. Anda membodohkan diri sendiri, ialah bahan ketawa bagi orang lain di sini dan di luar. Kadangkala saya lihat sesetengah orang dan berfikir, “Oh, saya begitu hormati dia,” sehingga mereka buka mulut dan mendakwa diri sebagai ini dan itu dan orang lain. Saya hanya boleh mengeluh dengan rasa sedih dan malu untuk mereka.

Tetapi begitu pun, saya tak berapa peduli tentang menjadi Buddha atau tidak, cuma kita perlu menjadi apa yang perlu kita jadi. Di dunia ini, kita ada tugas untuk dijalankan, seperti Nabi Isa ialah Nabi Isa, Buddha Shakyamuni ialah Buddha Shakyamuni. Tiada sesiapa yang boleh mengubah itu. Tiada sesiapa yang boleh melompat masuk dan merampas status Mereka dengan semua Syurga memperhatikan!! Syaitan pun memperhatikan!

Okey, maklumlah, saya tak benar-benar pedulikan semua ini, bunyi bising bodoh anda. Biarlah saya bekerja saja. Saya tak peduli sama ada saya ialah Buddha atau bukan. Biarlah saya bekerja untuk selamatkan orang dan segalanya yang boleh. Jangan terlalu banyak ganggu saya – maka mungkin kita kehilangan semuanya. Jika dunia ini hilang, ke mana anda nak pergi, Buddha atau syaitan?

Photo Caption: Tiada Misteri, Hanya Bersinar dengan Kasih Sayang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android