Media Report from WION – Jan. 11, 2024, Aditi Singh: Polis Nepal telah menahan Ram Bahadur, pemimpin spiritual dakwaan sendiri yang juga dikenali sebagai ‘Budak Buddha’. Sekarang pendeta itu menghadapi tuduhan menculik dan merogol pengikutnya. Pihak berkuasa berkata mereka telah menahan lelaki berusia 33 tahun itu dari sebuah rumah di pinggir ibu kota, Kathmandu, dan mereka juga merampas wang kertas berjumlah lebih AS$227,000. Sekarang pegawai juga menemui mata wang asing berjumlah AS$23,000.Testimony by a former victim of Ruma Trần Tâm: Guru yang dihormati dan pasukan Supreme Master Television yg dikasihi, Sudah 32 tahun sejak saya menerima inisiasi daripada Guru. Hari ini, saya ingin buktikan kata-kata Guru tentang syaitan Trần Tâm. Saya telah merahsiakan kisah ini selama banyak dekad kerana dia kata, “Reputasi pengutus berada dalam tanganmu.” Pada 1996 apabila dia pulang ke Âu Lạc (Vietnam), berpura-pura sebagai pengutus Quan Yin, saya menyertai kumpulan ajaran Guru. Pada masa itu, saya baru berusia 20 tahun. Pada tengah malam, dia memanggil saya masuk ke dalam bilik peribadinya dan lakukan pemerkosaan sama jantina terhadap saya. Saya patah jiwa kerana saya berfikir pengutus Guru seharusnya seorang santo yang mulia tetapi dia lakukan perbuatan duniawi yang begitu dahsyat. Namun, disebabkan oleh kepercayaan sepenuh kepada Guru, saya berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku dan terus bekerja dalam kumpulan ajaran untuk Guru. Banyak kali selepas itu, dia buat perbuatan yang sama terhadap saya dan arahkan saya supaya tak katakannya. Berkenaan dakwaannya bahawa Guru melantik dia sebagai pengganti, itu disebabkan oleh frasa yg diambilnya daripada puisi Guru ‘Wasiatku’ yang termasuk namanya: “Dunia ini tiada apa-apa utk ditawarkan kepada aku... (Rời cõi trần tâm...)”
(Nota Guru: Ini hanyalah SALAH SATU PUISI SAYA, tak berkaitan dengan dia. “Trần tâm” di sini atau mana-mana ditulis dengan huruf kecil, biasa, bukan nama, bermaksud: hanya alami duniawi, dunia ini. Jika itu nama, mesti tulisnya dengan huruf besar (Tr… Ta…)!! Saya tak pernah hantar dia ke Âu Lạc (Vietnam) untuk menjadi pengutus Quan Yin. Orang yang telah berkahwin, ada anak dan isteri tak boleh ada kedudukan ini. Hanya biksu atau biksuni boleh jadi itu. Dia memang seorang PENIPU, berpura-pura seperti itu adalah menyalahi undang-undang juga!!! Dia tak pernah tanya saya tentang ini. Tiada sesiapa yang pernah beritahu saya tentang nama ini dengan segala kekacauan yang terlibat!!)Wasiatku Puisi yang ditulis oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) pada 1979 di Jerman Pada asalnya dalam bahasa Inggeris. Diterjemahkan oleh editor Daripada koleksi puisi ‘Kenangan yang Hilang’ Dicetak oleh Syarikat Percetakan Jiahuang di Taiwan (Formosa)M berkata: Puisi ini ditulis ketika Beliau masih di dunia, bertunang di Jerman, lama sebelum Beliau tinggalkan rumah untuk mencari Makrifat. Tiada sesiapa yang tahu akan puisi ini sebelum Beliau dikenali sebagai Mahaguru Ching Hai – langsung tidak berkaitan dgn karya-Nya sebelum dan selepas itu, apalagi dengan guru palsu untuk untung seperti Trần Tâm!!!!! Dia pergunakannya untuk memanipulasi orang yang tidak tahu apa-apa, mudah terpengaruh oleh niat jahatnya!!!Jika aku mati esok, Semua hartaku menjadi milikmu. Engkau waris dekatku, Tiada orang lain di seluruh dunia!Di sini aku menulis wasiatku, Tanganku menggeletar, hatiku teruja! En. Si Polan... dengan nama ini Pewaris warisan. Cap jari pada segala-galanya yang aku miliki, Ditinggalkan dengan seksaan dan keghairahan.Di sini ialah senarai harta bendaku: Beberapa helai pakaian yang sopan, peti besi kosong, Puisi dan buku, tidak pernah diterbitkan, Tiada berlian, apalagi barangan kemas!Tetapi puisiku adalah penting! Tolonglah sayang, simpan semuanya. Untuk engkaulah ia dibuat, Daripada malam yang tidak dapat tidur dan mimpi yang hancur!Maka engkau boleh pasti, aku gembira. Meninggalkan dunia ini, hatiku tiada rasa sesal (*asal) Dunia ini tiada apa-apa pun untuk ditawarkan kepada aku, (*perhatikan bahawa tiada Trần Tâm dlm versi puisi bahasa Inggeris yg asal) Sejak hari engkau pergi dari situ; Hidup, merangkak menuju lembah maut.Aku tahu, ini gila dan tidak berguna, Ini karut dan bodoh, aku tahu! Tetapi hatiku ini, Milikmu juga!...Engkau boleh simpannya bersama warisan, Jika aku mati esok, tidak lama lagi, Apa bezanya, satu hari lebih atau satu tahun kurang? Peduli apa jika aku mati esokPuisi ini dan banyak lagi oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) boleh dimuat turun secara percuma di SupremeMasterTV.com/Poems & SMCHBooks.comTestimony by a former victim of Ruma Trần Tâm: Semasa Tahun Baharu Qamari pada tahun itu, dia (Trần Tâm) adakan perjalanan bersama sekumpulan lelaki dan wanita muda yang menunggang sebanyak lebih 20 buah motosikal dari Long Khánh ke Delta Mekong. Apabila mereka tiba di wilayah Long An, dua orang gadis terlanggar lori yang datang dari arah yang bertentangan dan mati dengan serta-merta. Namun, dia kekal tidak ambil peduli dan meneruskan perjalanan. Hari ini, saya bersumpah dengan sungguh-sungguh bhw semua ini benar. Guru mengajar kita supaya tak berkata buruk tentang orang lain tetapi sekarang Guru kata, “Orang di dunia mesti tahu,” jadi saya menjadi saksi untuk dedahkan lebih banyak ttg syaitan ini. Semoga Guru hidup selama-lamanya di Bumi yang indah ini. Semoga anggota pasukan Supreme Master Television sihat dan dicurahi Rahmat Tuhan. Anak murid-Mu, (…) dari Âu Lạc (Vietnam)
Apabila anda diinisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin oleh Guru Bermakrifat, anda hanya ada jumlah kuasa tertentu untuk menaikkan anda, melindungi anda dan beberapa generasi anda. Jika anda baik, dah tentu, kesemua sembilan generasi akan mendapat pembebasan. Tetapi itu hanya untuk anda dan orang tersayang, kawan anda, malah haiwan peliharaan anda, mungkin, bergantung kepada berapa besar keluarga dan suku tetapi tak cukup untuk anda keluar dan mengisytiharkan diri sebagai Guru serta menginisiasi orang lain dan membebaskan mereka. Tidak! Anda mesti ada Izin dan Pelantikan Tuhan. Maka Tuhan akan beri kuasa yang cukup kepada anda untuk bebaskan orang lain.Anda tak boleh ada terlalu banyak kuasa di dunia ini sebagai orang baharu, sama seperti bayi tak boleh makan makanan orang dewasa dan badan fizikal tak dapat serap semua itu sekali gus. Jadi semua orang tahu bahawa anda adalah palsu. Jangan jatuhkan maruah anda sendiri. Seluruh Alam Semesta tahu. Tuhan tahu, dan anda tahu! Anda tahu bahawa anda orang kecil saja. Jadi cuba bertenanglah, bermeditasi untuk diri sendiri, keluarga dan suku anda. Itu dah pun kerja yang banyak.Menjadi Guru, anda perlu ada Kuasa yang mencukupi daripada masa, amalan dan hubungan dengan Tuhan selama bereon-eon serta perlu diizinkan oleh Tuhan dan seluruh Hierarki Alam Semesta. Anda tak boleh bermain dengan Kuasa Tuhan, penilaian Alam Semesta. Anda tak boleh menipu. Anda tak boleh berbohong kepada seluruh Alam Semesta. Pada waktu inisiasi, kami dah kata tentang itu, bahawa anda harus berdiam. Anda tak harus dedahkan apa yang anda pelajari kepada orang lain kerana arahan lisan saja adalah tidak berkesan. Kuasa Gurulah yang menaikkan anda, bersihkan anda dan membantu anda meningkat lagi dari segi rohani.Photo Caption: Buatan Alam Kasih Sayang yang Sangat Indah!