Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 6/19

2024-09-06
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda amalkan cara meditasi Quan Yin dengan saya, ini bukan permintaan yang besar, hanya minta anda menjadi vegan dan bermeditasi dengan satu persepuluh daripada masa anda setiap hari. Itu zakat. Tuhan tidak maksudkan wang saja. Zakat bukanlah sumbangan wang saja. Itu sumbangan masa anda supaya anda dapat terus menampung diri di dunia yang begitu menyusahkan, supaya anda dapat imbangi hidup anda dan tidak terjerumus, supaya anda dapat pulang ke Rumah sebenar di Syurga selepas anda selesaikan tugas atau misi dalam hidup ini, atau hanya untuk seronok mengalami hidup di dunia ini.

Anda perlu mematuhi peraturan agar dapat hidup dengan baik di sini dan pulang ke Rumah selepas itu. Seperti jika anda berduit, ada masa cuti, anda boleh memandu kereta atau pergi dengan pesawat. Anda boleh menginap di dalam khemah atau menginap di hotel, pergi ke pantai dan nikmati semua itu, tetapi sementara anda ada segala hak dan keistimewaan yang orang hotel tawarkan kepada anda ini dan melayan anda seperti raja dan ratu, anda tak boleh rosakkan harta benda mereka di sana. Mungkin mereka ada orang-nuri di hotel – anda tak boleh bunuh mereka. Anda tak boleh rosakkan pantai, pokok kelapa, mana-mana kerusi baring pantai atau apa-apa pun yang dimiliki oleh mereka. Anda berhak untuk gunakannya, berkongsi dengan orang lain tetapi tak berhak untuk merosakkannya. Apa yang anda rosakkan, anda bayar. Jika anda tak berduit untuk bayar, maka anda mesti masuk penjara.

Sama juga, di dunia ini, anda bercuti di sini. Anda perlu berkelakuan baik. Sesetengah orang tak nak pergi ke negara besar, hotel hadap pantai mewah atau apa-apa tetapi nak pergi bercuti sendirian – main bot, berbasikal, mendaki gunung atau berjalan di denai hutan dan sebagainya. Mereka berhak untuk buat begitu tetapi tak boleh rosakkan apa-apa pun dalam perjalanan. Jadi sama juga, sesetengah orang turun ke dunia ini, menjadi kaya, menjadi terkenal; sesetengah orang turun ke dunia ini dan menjadi ahli keluarga kelas menengah saja atau malah ahli keluarga yg lebih miskin. Ini kerana itu sesuatu yang mereka pilih yang buat mereka macam itu.

Bukan semua orang yang turun dari Syurga memilih untuk menjadi kaya, terkenal dan dikasihi, atau menjadi presiden – dunia ini ada 200, 300 buah negara saja. Kita ada berbilion-bilion orang. Bukan semua orang boleh jadi presiden. Bukan semua orang boleh menjadi kaya, dilayan dan miliki segala bot atau kapal pesiar di pelabuhan. Di mana kita dapat letak semuanya? Jadi kita hanya perlu bersetuju sesama kita sebelum turun ke sini bahawa kita nak melakukan ini, melakukan itu tetapi tiada sesiapa pun yang kisah. Mereka boleh pilih apa yang disukai, malah pilih pekerjaan yang akan dibuat kerana setiap orang perlu buat sesuatu. Jika semua orang kaya dan hanya belayar di atas kapal pesiar sepanjang hari, siapa yang akan melayan, menjaga enjin dan bersihkan kapal pesiar untuk jutawan, bilionwan?

Siapa yang akan menjaga pantai? Siapa yang akan menjual atau uruskan bahan api yang akan dipam ke dalam kapal pesiar supaya kapal pesiar dapat berfungsi? Segala jenis kerja. Siapa yang akan bersihkan pantai supaya apabila mereka datang, suasana menyeronokkan? Dan siapa yang akan bersihkan jalan supaya mereka dapat berjalan apabila meninggalkan kapal pesiar untuk mendarat? Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah untuk mereka pergi beli? Siapa yang akan buka restoran dan bekerja di dalam restoran untuk mereka makan? Setiap orang perlu buat sesuatu. Jika kita buat semua itu utk sesama kita, dunia ini seharusnya menjadi syurga yang bersih, baik utk orang dewasa dan kanak-kanak juga miliki tempat yang baik, persekitaran yang bersih, udara yg sihat dan benda yang cantik untuk dinikmati dan dilihat.

Anda tak tahu. Menjadi orang kaya dan terkenal tak sentiasanya nasib yang baik. Lihatlah berapa banyak presiden dibunuh atau cuba dibunuh oleh orang lain. Hanya perlukan satu atau dua orang, atau mungkin sekumpulan kecil orang untuk membunuh presiden atau raja/ratu.

Hari ini, kita ada terlalu banyak benda, dan lupa akan Tuhan. Itu masalahnya. Kita boleh nikmatinya tapi jangan lupa akan Tuhan. Jangan lupa akan Tuhan yang bekalkan semua ini kepada kita dan menjaga kita sejak hari lahir lagi. Kita lupa akan Tuhan, jadi lari ke segala jenis arah yang bertentangan – apa-apa saja yang bertentangan dengan Tuhan yang kita ikut kerana kelihatan seronok atau berbeza dengan pandangan dekat. Tetapi ia tak begitu seronok seperti jika anda kenali Tuhan dan tahu akan dunia di dalam sementara hidup di dunia di luar.

Anda dapat hidup di dua dunia, Syurga dan Bumi, dan nikmati kedua-duanya jika anda tahu caranya. Itu tak begitu sukar. Contohnya, jika anda amalkan Kaedah Quan Yin, bermeditasi selama dua jam setengah sehari – tak perlu semuanya sekali gus, mungkin pagi seketika, petang seketika, senja seketika dan malam seketika sebelum tidur, dan anda hanya tinggalkan semua produk bunuh, produk makhluk dibunuh seperti daging orang-haiwan atau daging orang-ikan – apa saja yg berkaitan dgn makhluk hidup. Tuhan telah izinkan dan mentoleransi kita makan segala jenis sayur dan buah walaupun sesetengah buah dan sayur memang berasa sakit. Tetapi itu hukuman yang minimum, hampir tiada. Jika kita amalkan diet vegan, tak memudaratkan makhluk lain yang bertenaga, hidup, bernafas, maka anda baik-baik saja. Apabila telah tamat riwayat, anda akan pergi nikmati Syurga dan mungkin tak nak kembali ke dunia ini lagi. Meskipun dunia ini akan dibuat menjadi Firdaus, jika anda tahu bahawa Syurga sebenar di dalam ialah dunia sebenar, anda takkan nak menjejakkan kaki ke sini lagi.

Sebab itulah saya suruh anda ucapkan terima kasih kepada semua Guru – bermakna Buddha, Imam, Guru, Mullah dan sebagainya. Di negara-negara yang berlainan, mereka memanggil Guru dengan nama-nama, gelaran-gelaran yang berlainan. Seperti dulu, apabila Nabi Isa dilahirkan, namanya ialah Jesus tetapi gelaran-Nya ialah ‘Christ’. Buddha, sebelum dilahirkan… Gelaran ‘Buddha’ adalah utk Baginda kemudiannya, bagi orang seperti Baginda yang telah memperoleh makrifat penuh dan dapat bantu orang lain. Bukan semua orang yang memperoleh makrifat penuh dapat bantu orang lain disebabkan oleh afiniti. Seperti Buddha yang telah menjadi Buddha selama… kita tak dapat kiranya dengan mesin komputer yang paling hebat pun. Tetapi Baginda perlu kembali secara berulangan ke dalam dunia manusia atau sesuatu jenis alam Syurga pun sebagai Raja Pemutar Roda Dharma Syurga, dan turun ke sini sebagai manusia biasa untuk menjalin afiniti dengan manusia lain yang masih terbenam dalam kejahilan supaya dapat terus berhubung dengan mereka, dengan roh mereka. Kemudian apabila masa-Nya tiba, Baginda dapat menjadi Buddha, Santo atau status yang lebih rendah daripada Buddha untuk bantu mereka melalui afiniti ini.

Jadi bukanlah anda kata anda ialah Buddha dan anda rasa anda ialah Buddha, maka anda ialah Buddha. Ya Tuhan! Tiada apa-apa yang lebih sukar dipercayai daripada itu – tiada apa-apa yang lebih karut, tiada apa-apa yang lebih bodoh drpd itu. Jadi tolong hentikannya, siapa pun anda. Sama ada anda diinisiasi oleh saya atau mana-mana Guru yang lain, hentikan apa yang karut ini.

Sesiapa menjadi Guru, itu dengan Pelantikan Tuhan, dengan Kehendak Tuhan dan akan diumumkan oleh Tuhan dan semua Syurga. Seluruh Alam Semesta akan ketahuinya dan anda akan mengetahuinya! Seperti Buddha mengetahuinya, seperti Nabi Isa mengetahuinya, seperti banyak Guru yg lain ketahuinya – seperti Guru agama Bahá’í, seperti Guru Zoroaster, seperti Guru-guru Jain. Mereka semua perlu beramal dengan bersungguh-sungguh dulu dan Mereka telah menjadi Buddha dan Guru sejak zaman dahulukala lagi. Jika Mereka menjadi Bodhisattva dalam satu hayat, maka itu pilihan Mereka, seperti Buddha juga malah menjadi rusa Suci tetapi Baginda bukanlah rusa, rusa Suci pun. Baginda sudah pun Buddha sangat, sangat lama dahulu – sejak Alam Semesta mula wujud.

Sebab itulah saya beritahu anda bahawa anda perlu berterima kasih, memuja dan memuji semua Guru, kerana Mereka mengorbankan status Suci, hidup gembira Suci untuk turun ke sini dan bergaul dengan orang yang menderita di dunia ini bagi membantu mereka. Kita tak dapat berterima kasih kepada Mereka dengan secukupnya. Mereka lebih besar daripada gabungan mana-mana Alam Semesta. Saya tak dapat berterima kasih kepada mereka dengan secukupnya Tetapi lagi banyak anda beramal lagi banyak anda akan menyedari itu. Saya tak menyalahkan anda jika anda belum faham lagi apa makna sebenar menjadi Guru, menjadi Buddha. Itu tak seperti diploma, semua orang pergi ke satu kolej dan mengumpulkan mereka. Dan meskipun kita mendapat diploma, ada A, B, C, D atau F – gagal.

Majoriti manusia yang turun ke sini, dengan niat baik pun, akan gagal kerana anda bukan di Syurga, dan kerana anda dalam bentuk manusia dan tidak dilatih hayat demi hayat seperti Buddha Shakyamuni, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Guru Sikh Nanak, Guru Jain, Nabi Mahavira, contohnya. Maka anda akan gagal dengan cepat, dengan teruk sekali. Sebab itulah kita sentiasa ada semakin banyak manusia dan semuanya terjerumus bersama-sama macam itu.

Mana-mana Guru yang datang, sesiapa yang berbuat baik, akan difitnah. Anda tak tahu berapa banyak saya telah difitnah selama ini, secara peribadi atau secara terbuka. Tetapi Guru dah tahu – perlu menahannya. Belum kata lagi peringkat Guru atau apa-apa.

Photo Caption: Perbezaan Boleh Meningkatkan Tarikan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android