Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mahaguru Ching Hai dilahirkan di Âu Lạc (Vietnam) dan belajar di Eropah. Selepas itu, Beliau bekerja di Palang Merah Antarabangsa. Melalui kerja-Nya, Beliau nampak banyak penderitaan manusia di luar apa yang dapat sesiapa kurangkan atau hapuskan. Beliau baca Kitab yang nyatakan, bagi membantu umat manusia dengan cara sebaik mungkin, seseorang mesti menemui Kebenaran, memahaminya dengan jelas dan bersifat baik. Jadi Beliau membuat keputusan untuk banyak membuat perjalanan ke negara-negara yang berlainan bagi mencari Kebenaran. Akhirnya, di pergunungan Himalaya, Beliau menemui Makrifat melalui amalan Kaedah Quan Yin. Selepas itu, Beliau buat perjalanan untuk mengamalkan meditasi di pelbagai tempat. Suatu kali, ketika Beliau bermeditasi di Taiwan (Formosa), pada suatu malam, sekumpulan orang menempuh hujan ribut untuk mencari Guru dan minta Beliau memberi inisiasi kepada mereka. Beliau beritahu mereka bahawa Beliau tak dapat beri inisiasi kepada mereka. Mereka merayu kepada Guru supaya beri inisiasi kepada mereka, menyebut tentang mimpi di mana Bodhisattva Quan Yin beritahu mereka dalam mimpi bahawa seseorang akan beri inisiasi kepada mereka. Kemudian Guru berkata, “Biar kita buatnya macam ini. Jika kamu mahu saya beri inisiasi kepada kamu, kamu mesti amalkan diet vegan dan mematuhi rukun moral selama enam bulan.” Orang-orang itu ada keazaman sebenar, buat seperti yg diminta oleh Guru selama enam bulan dan kembali semula utk jumpa dgn Guru. Oleh itu, Guru memberi inisiasi buat kali pertama pada hari itu. Setelah mengalami manfaat yang diperoleh daripada mengikut ajaran Guru, mereka meminta supaya Guru tidak berdiam saja dengan Kebenaran. Ia harus diajarkan supaya lebih banyak orang boleh mendapat manfaat daripada Kaedah Quan Yin. Beliau mula memberi khutbah dan pergi ke negara-negara yg berlainan, berkhutbah di mana-mana saja minta, dan dipimpin oleh orang lain. Hingga kini, Beliau telah pergi ke lebih seratus buah negara dan ada lebih seratus ribu orang anak murid. Selain memberi ceramah dan khutbah Dharma serta menjawab soalan tentang ajaran spiritual, Guru juga berikan bantuan material bagi meringankan penderitaan di mana-mana saja ada krisis, sama ada banjir, kemarau, letusan gunung berapi, tempoh sejuk atau gempa bumi. Perbuatan Guru telah mendapat pengakuan daripada banyak negara. Di Amerika Syarikat, Guru telah dianugerahi Anugerah Keamanan Dunia, Anugerah Kepimpinan Spiritual dan Anugerah Kepimpinan Kemanusiaan Dunia serta diberi hormat sebagai warganegara kehormat Amerika Syarikat. Mereka juga membuat patung gangsa Guru dan letaknya di tempat awam, dan 25 Oktober diisytiharkan sebagai ‘Hari Mahaguru Ching Hai’ untuk disambut setiap tahun.