Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Nikmati apa-apa saja yang kamu ada dan yang ditawarkan kepada kamu, kemudian kamu akan sangat gembira. Sebenarnya, jenis sifat berserah dan tumpuan spiritual itu banyak membantu kamu, dan tidak alihkan perhatian kepada hal remeh. Kita sentiasa bertumpu dan makan seperti tidak makan. Itu gaya Zen. Makan seperti tidak makan, buat seperti tidak buat. Mati seperti tidak mati. Bukan, bukan. Hidup seperti tidak hidup.Ada sebuah kisah ttg seorang biarawan. Saya rasa di Amerika, seorang biarawan Amerika. Saya dah tak ingat namanya. Dia telah menulis sebuah buku tentang pengalamannya sebagai biarawan di sebuah biara sebelumnya. Dia dah tinggalkannya sekarang kerana dia kaji banyak perkara yang lain. Dia tak rasa Gereja Katolik ada segala jawapan untuk dia dan umat manusia. Itu pendapatnya. Saya tak maksudkan nak kata apa-apa yg lain. Tetapi begitu pun, ketika dia seorang biarawan di biara itu, dia mematuhi peraturan tempat itu yang ketat. Itu seperti bila nak buat apa, berdoa, kemudian bekerja di taman, kemudian masa untuk makan, berdoa dan tidur semula. Sebarang jenis aktiviti, dia mematuhi peraturan yang ketat.Dia sentiasa tumpukan perhatian dan tidak berfikir atau merungut dan ingin mengubah dasar mazhab itu. Apabila makan, kadangkala dia tidak biasa dengan makanan di biara. Itu jenis makanan yang sederhana. Kadangkala biarawan biasanya orang bujang dan muda, tak tahu bagaimana memasak. Jadi makanannya teruk, dia mesti mengakuinya. Tetapi kemudiannya apabila dia tinggal lebih lama di sana, dia cuba menyesuaikan diri, kemudian makan tanpa berfikir. Dia makan apa-apa saja yang diletakkan di depannya dan itu bagaimana dia rasa lebih tenang dalam hatinya.Kemudian dia benar-benar alami peningkatan spiritual walaupun tiada inisiasi, guru atau apa-apa seperti itu. Mungkin itu bagaimana banyak mazhab rahsia Katolik atau Kristian mendapat makrifat sampai tahap tertentu. Jadi mereka capai peringkat santo sampai tahap tertentu dengan berserah sepenuhnya kpd Tuhan dan menerima sepenuhnya apa-apa saja yg takdir bawa kpd mereka. Oleh itu, mindanya tidak berfikir tentang sama ada ia baik atau buruk, sama ada nak ubah tabiat biara, peraturan, apa-apa seperti itu. Dia benar-benar alami pengalaman yang sangat baik. Jadi saya cuma nak beritahu kamu bahawa kemurnian hati adalah sangat penting kepada amalan spiritual. […]Photo Caption: Menua Secara Anggun dengan Kebijaksanaan dan Kasih Sayang