Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kitab Bodhisattva Simpanan Tanah: Bertafakur pada Keadaan Karma Orang, Bahagian 1 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kamu dah ada apa yang utama. Apa yang utama, berharga dah pun ada di dalam dirimu. Kamu adanya. Kamu telah terima inisiasi. Kamu dah ada hubungan dengan Syurga. Segalanya yg lain adalah kurang penting.

 

Bagus. Kamu telah menjadi biksuni. Tak perlu pakai pakaian ini. Saya tak biasa dengannya lagi. (Wau!) Apa! Saya dah letih, jadi saya pakai sesuatu untuk buat saya berjaga sikit. Ia membantu. Baiklah. Kamu suka jenis gaun ini? Ya, Guru! (Sangat suka.) Tiada masalah! Berapa banyak orang sukanya? (Semua orang.) Tidak, tidak. (Kami suka, Guru!) Saya tak sukanya. Saya hanya pakainya kerana saya sepatutnya pakai ini hari ini. Saya sepatutnya, itu saja. Rahsianya adalah macam itu. Mereka pilih pakaian untuk saya. Kalau ada yang lain yang lebih baik, mungkin mereka telah pilih untuk saya. Maksud saya, Dewi Pakaian. Jadi lebih cepat bagi saya. Saya tak perlu berada di sana dan, “Eenie, meenie, miney, moe, ini untuk seseorang, ini untuk kamu.” Jadi saya kata, “Bantulah aku. Terlalu banyak gaun di sini, pilihlah sehelai.” Mereka kata, “Yang ini.” “Okey. Terima kasih banyak-banyak. Bagus. Sangat bagus!” Baiklah. Ini siaran langsung sekali lagi, kan? (Ya.) Okey. Jadi berhati-hati dengan apa yang kamu katakan, okey? Semua orang dengarnya. Seluruh dunia dengar. Saya ingat terlepas daripada Supreme Master Television, tapi sekarang saya duduk di sini, siaran langsung sekali lagi! Sekurang-kurangnya ini bermakna saya masih hidup.

 

Semalam seorang saudaramu berkata bahawa jika kita pergi ke Afrika Selatan dari Eropah, kita tak perlu memvaksin anjing kita. Adakah dia masih di sana? Ya, ya. Dia kata begitu, kan? Jangan mempercayainya. Bukan macam itu. (Oh!) Itu tak benar! Macam kita boleh bawa anjing kita, kemudian pergi sekarang juga. Tidak, bukan macam itu! Kita perlu memohon dan menunggu kebenaran. Oh! Ah… (Oh!) Tak hairanlah. Jadi kita belum nak pergi ke Afrika Selatan. Jangan gegas ke sana bersama anjingmu dan menyalahkan saya. Maksud saya, setiap orang berikan maklumat yang berlainan. Tak sentiasanya betul. Sebab itulah saya beritahu dia supaya meninjau di internet. Itu pun dia. Bukan macam itu. Ia rumit. Bukan macam itu. Tak begitu senang. Jadi lupakan saja Afrika Selatan buat masa ini. Jangan memikirkannya. Saya tinggal di Eropah kerana lebih senang. Kita tak perlu melalui tempat pemeriksaan lagi dan boleh bawa anjing sejauh mana pun yang kita pandu. Eropah tak begitu besar. Pandu ke sana sini bersama anjing saya. Segalanya lebih baik macam itu.

 

Kita dah habiskan ini, kan? Kita ada sebuah lagi kisah. Kamu suka tak? (Ya, Guru.) Ya atau tidak? Saya tak dengar apa-apa pun. (Ya!) Ya? (Ya!) Saya bergurau saja. Saya ada dengarnya. Saya tak pekak! Cukuplah! Mana boleh saya tak dengar? Meskipun kamu tak bercakap, kamu orang yang sangat bising. Saya dengar kata-katamu siang dan malam, 24 jam setiap hari. Bukan hanya 7-Eleven tetapi 24/7. Saya lihat berapa panjang ini sebelum kita mulakan. Adalah bagus apabila kita ada kisah atau bab yang pendek saja, kemudian kita pergi ke yang seterusnya. Mungkin ini pendek. Ada dua bab yang bersambungan. Satunya adalah mengetahui keadaan karma. Yang seterusnya adalah mengetahui balasan. Jadi bercakap tentang karma atau balasan dulu? (Karma.) Karma. Satu demi satu, kan? Ya. Jika kita perlu bersurai, maka kita baca yang selebihnya mungkin 10 tahun atau sesuatu kemudiannya. Kamu benar-benar nak dengar kitab Buddha? (Ya, Guru.) Saya ada banyak lagi. Ini hanyalah Kitab Bodhisattva Simpanan Tanah. (Wau!) Dan begitu banyak. Ada Buddha Ubat, Buddha Amitabha, Buddha Shakyamuni, banyak. Dia sendiri dah sangat banyak kerana dulu Dia hidup di sini selama lebih 20 tahun, tidak, lebih 30 tahun, tidak, lebih 50 tahun. Dan tiada orang menghalang-Nya semasa Dia berkhutbah. Dia buat perjalanan dari negeri ke negeri, bebas seperti burung, dan katakan apa-apa saja yang diingini. Tiada raja yang datang menyusahkan-Nya. Tiada datuk bandar yang datang mengancam untuk menghalau Dia atau anak murid-Nya. Kamu dah ada apa yang utama. Apa yang utama, berharga dah pun ada di dalam dirimu. Kamu adanya. Kamu telah terima inisiasi. Kamu dah ada hubungan dengan Syurga. Segalanya yg lain adalah kurang penting.

 

Bertafakur pada Keadaan Karma Orang. Oleh sebab kamu lihat saya, jadi saya sibuk lihat kamu. Saya lupa akan segalanya. Ya, sepanjang hari saya memikirkan segalanya kecuali kerja, apa-apa saja kecuali kerja. Saya lupa akan anjing saya. Ia mengekori saya di belakang. Ia nak datang. Kita perlu menempatkannya berdekatan. Kerana jika ia bersendirian di sana, saya takkan tahu apa yang berlaku kepadanya. Saya tak peduli jika rumah hilang tapi anjing saya tak boleh hilang. Jadi kita menempatkannya berdekatan, lebih selamat. Bukanlah ia perlu berada di pondok saya dan menjaga pondok itu. Tidak. Ia perlu datang ke sini pada bila-bila saya di sini, berdekatan, di tingkat bawah rumah. Lebih baik. Lebih dekat dengan kita, kan? Apa-apa berlaku, kita tahu. Saya melindungi anjing saya. Tiga ekor anjing yang lain berada di sana sepanjang masa tetapi hanya anjing besar datang semasa saya di sini. Semalam saja... Saya tak ingat apa yang berlaku. Hujan atau sesuatu? Saya tinggalkannya tapi kemudiannya pembantu membawanya ke sini juga. Semua ini, sentiasanya. Terlalu menyusahkan bagi anjing, maka okey. Cuma mengambil masa untuk mencari tempat lain. Eropah adalah kecil tapi tak begitu kecil. Ada tanah yang luas di sesuatu tempat. Cuma kita perlu cari tempat yang indah.

 

Baiklah. ‘Bertafakur pada Keadaan Karma Orang’. “Pada masa itu, ibu Buddha, Permaisuri Maya...” Tak bermaksud maya tetapi namanya Maya. Apa maksudnya, Maya dalam Hindu? M-A-Y-A. (Y-A.) Ya. Tak bermaksud apa-apa pun? (Ia bermaksud wang.) (Kekayaan, wang.) Kekayaan dan wang. Oh, bagus! Tak hairanlah dia seorang permaisuri. Siapa boleh lebih kaya? Siapa boleh ada lebih banyak wang, kan? Mungkin kita semua tukar nama kita. Ya, lihatlah semua orang besar. Mereka ada nama yang hampir sama dengan wang. Kamu semua lelaki bertukar ke Bill. Jika tak pasti, kamu hanya kata ‘Bill Bill Bill’. Nama pertama Bill, nama tengah Bill, nama keluarga terakhir Bill. Itu begitu pasti. Ya, lawak. Baiklah, dah cukup dengan itu. Jika tidak, mereka ingat kita cuba meniru mereka dan berlaku secara serentak atau sesuatu.

 

“Pada masa itu, ibu Buddha, Permaisuri Maya, menyusun sepuluh jari dengan penuh hormat dan tanya Bodhisattva Simpanan Tanah, ‘Pendeta Besar, boleh Kau beritahu kami tentang jenis-jenis karma berlainan yang orang di Jambudvipa wujudkan dan balasan yang mereka alami?’” Ini bermakna dari dunia ini, dari Bumi. Itu nama untuk planet ini. Mereka panggilnya Saha atau Samsara. Kita panggilnya Bumi, sebuah Planet Biru. Ini nama yang sama. Dua orang ini, kamu mesti ingat, mereka semua di Syurga sekarang. Di Syurga Kedua, kesedaran Peringkat Kedua yang bersempadan dengan Peringkat Ketiga. Hampir di Peringkat Ketiga, jadi kamu juga boleh kata itu Peringkat Ketiga. “Jadi Bodhisattva Simpanan Tanah jawab, ‘Ada berjuta-juta dunia dan alam yang ada atau tiada wanita, ada atau tiada neraka, ada atau tiada Buddhadharma,’” bermaksud ajaran Kebenaran Orang Bermakrifat. Dan sebagainya. “‘Ada atau tiada Pendengar Bunyi (Syurga dalaman)...’” Quan Yin. Pendengar atau pentafakur adalah sama. Pentafakur Bunyi (Syurga dalaman), Pentafakur Bunyi (Syurga dalaman), Pendengar Bunyi atau Pertapa Bunyi, sama saja. Bunyi (Syurga) dalaman. Bunyi (Syurga) dalaman. Kerana jika Buddha maksudkan pendengaran bunyi dari luar, muzik dan sebagainya, maka Dia takkan melarang orang yang bersuluk bersama biksu, yang menerima Lapan Cara Penyucian, tak pergi menari, tak dengar muzik. Faham? (Ya.) Saya hanya buatnya jelas kepada kamu bahawa ini memang Bunyi (Syurga) dalaman yang Buddha maksudkan. Kerana pada zaman Buddha juga, cara hidup bagi biksu dan biksuni, mereka tak harus dengar muzik. Mereka tak harus pergi lihat lakonan teater. Mungkin sekali-sekala pada hari istimewa semasa Buddha ada di sana dan mereka adakan majlis, sedikit muzik untuk-Nya. Tapi mereka tak secara khas pergi beli muzik, lihat persembahan muzik seperti kita atau pergi lihat nyanyian pop dan sebagainya. Jadi jelasnya ini ialah Bunyi (Syurga) dalaman. Cukup buktinya? (Ya.) Percayai saya sekarang? (Ya.) (Sentiasa.) “‘...Ada atau tiada Pendengar Bunyi (Syurga dalaman) atau Pratyekabuddha. Oleh sebab dunia berbeza-beza, balasan di neraka berbeza-beza juga.’

Maya berkata lagi kepada Bodhisattva, ‘Boleh Engkau beritahu kami tentang kesalahan yang dibuat oleh orang di Jambudvipa yang menyebabkan balasan takdir buruk?’ Simpanan Tanah jawab...” Jadi dia hanya menyatakan dunia ini kerana begitu banyak dunia berbeza-beza, dan dia dari Bumi. Dia baru meninggal dunia dan pergi ke Syurga. Jadi dah tentu dia lebih berminat dengan dunia ini. Dia menanyakan itu demi orang di Bumi kerana ini ialah kediamannya sebelumnya. Anak, cucu, suaminya dan lain-lain lagi masih di sana. Dah tentu. Kita bertanya demi negara kita sendiri, kan? Kerana begitu banyak alam yang tak terkira dan planet yang tak terkira, permaisuri tak boleh duduk di sana selama-lamanya dan minta Bodhisattva melapor kepadanya semua itu. Dan tak menarik bagi kita juga. Dia tanya kerana dia dari sini. Disebabkan dia, kita ada ini. Kami berterima kasih, Ibu Buddha. Baiklah. “Simpanan Tanah jawab, ‘Ibu Wajar Disanjung, dengarlah aku berkata secara ringkas tentang itu.’ Ibu Buddha jawab, ‘Pendeta Besar, beritahulah kami. Kami dengar.’ Kemudian Bodhisattva Simpanan Tanah berkata kepada Ibu Wajar Disanjung, ‘Balasan yang disebabkan oleh kesalahan yang dibuat di Jambudvipa digambarkan macam ini: Orang yang tidak taat kepada ibu bapa, malah sampai tahap mencederakan atau membunuh mereka, akan jatuh ke dalam Neraka Tak Berhenti. Selama berbilion-bilion eon, mereka akan cuba melepaskan diri tetapi sia-sia saja.’” Bermakna mereka tak boleh keluar dari sana. Neraka Tak Berhenti tak bermakna hukumannya tak berhenti tetapi bermakna selama-lamanya. Ia berterusan selama-lamanya. Bermakna ia tak pernah berhenti, jenis neraka itu, tak berhenti. Tak berhenti, ada waktu rehat atau sesuatu tetapi berterusan selama-lamanya. Satu lagi dosa. Itu bagi ibu bapa. Jika kita tidak taat kepada ibu bapa... Adalah bagus juga kamu tahu. Kalau kamu masih ada ibu bapa, hormati, bermurah hati, lindungilah mereka. Taat kepada mereka. Itu dosa pertama.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android