Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 6 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
‘Pintu’ yang akan kita cuba buka ialah pintu yang paling penting. Itu Pintu Pembebasan, Pintu Kebebasan, Pintu Hidup. Tanpa Pintu ini terbuka, kita akan sentiasa lahir semula di dunia ilusi yang menyeksakan ini. Adalah sangat senang untuk mengetahui Syurga dan Nirvana asalkan kita buka pintu yang penting ini. Jika tidak, Pembebasan, Nirvana atau Syurga hanyalah sejenis cerita pari-pari bagi kita dan kita takkan mimpikan kita dapat capai atau mengenali Syurga.

Banyak agama dan pengamal yang berlainan sejak zaman dahulu memanggil Pintu ini dengan nama-nama yang berlainan. Sesetengah orang panggilnya Mata Ketiga; sesetengah orang panggilnya Mata Syurga; sesetengah orang panggilnya Mata Buddha; sesetengah orang panggilnya “Pintu tanpa pintu”; sesetengah orang panggilnya Mata Kebijaksanaan dan sebagainya. Tetapi itu satu saja dan setiap daripada kita ada keupayaan untuk buka Pintu ini dan melangkah ke dalam alam di luar dunia ini untuk memahami sesuatu yang melangkaui hidup ilusi dunia ini, sesuatu yang melangkaui pengetahuan duniawi.

Sejak zaman dahulukala, orang-orang yang berlainan dari negara, latar belakang, bangsa, kepercayaan dan agama yang berlainan cuba membuka Pintu ini untuk mengenali Mata Kebijaksanaan. Untuk mencari Pintu ini, banyak orang mengorbankan kehidupan, keselesaan, gaya mewah, malah keluarga, hubungan cinta kasih seperti dengan bapa, ibu, suami, isteri, anak, kawan untuk cuba pergi ke tempat yang dikatakan ada Guru bermakrifat atau kawan bermakrifat bagi membimbing mereka. Kerana orang-orang ini tahu bahawa tanpa Pintu ini terbuka, tanpa pengetahuan tentang kebijaksanaan mereka akan menderita selama-lamanya, tidak kira berapa kayanya mereka, berapa banyak keselesaan yg mereka ada atau berapa tingginya kedudukan mereka dalam masyarakat. Seperti Putera Siddhartha, sebelum menjadi Buddha, Baginda juga perlu meninggalkan segala keseronokan, kedudukan-Nya sebagai bakal raja serta isteri dan anak-Nya yang menawan untuk menjadi pendeta supaya Baginda dapat bebas untuk mengejar pengetahuan spiritual. Dan selepas telah menjadi bermakrifat, Baginda malah memberitahu anak-Nya datang menjalankan amalan spiritual dan tidak jalani kehidupan duniawi untuk menjadi raja. Sangat banyak lagi orang penting dalam sejarah buat begitu juga dan telah memperoleh kebijaksanaan tertinggi.

Banyak ribu orang mati setiap hari di dunia tanpa mengetahui dulu ke mana mereka akan pergi dan tiada kawalan atas destinasi mereka pada waktu peralihan dari dunia ini ke alam seterusnya. Banyak orang yang berakhlak mulia kadangkala mati untuk seketika dan alami pengalaman alam selepas mati, kembali dan ceritakan kisah mereka. Kebanyakan drpd orang ini, jika mereka sangat mulia dalam hidup atau sekurang-kurangnya dalam hati, sangat rendah diri, takut kepada Tuhan dan ingin mengenali Sifat Buddha, pada waktu meninggal, atau meninggal untuk seketika, mereka akan alami banyak visi yang menyeronokkan serta Cahaya dan Muzik Syurga.

Tetapi kita tak perlu tunggu sehingga mati atau hilang kesedaran utk seketika daripada dunia ini baru mengetahui visi ini dan menemui Syurga atau Nirvana. Kita dapat lakukannya sementara masih hidup dan sihat. Kebanyakan orang yang mati untuk seketika, atau apa yg doktor panggil “mati secara klinikal” dan bangkit semula, mereka mengisahkan perasaan girang dan jenis perubahan kegembiraan spiritual selepas mengalami Syurga dan Cahaya dari Syurga semasa meninggal dunia untuk seketika.

Excerpt from “NDE: EVERYTHING WAS SO CLEAR, VIVID & REAL” - Mar. 19. 2024: “Oh, tidak, aku dah mati!” Apabila saya ada tanggapan itu, saya mula nampak angkasa lepas di mana saya berada pada masa itu. Itu memang angkasa lepas dan saya dapat lihat Bumi secara samar-samar di latar belakang, tak terlalu jauh. Saya tak dapat lihat dengan jelas dan tak terlalu dekat di mana saya dapat lihat perinciannya. Kemudian di sekeling itu ialah galaksi, bintang dan Kosmos. Keterangan itu menarik perhatian saya. Ia begitu menarik pada masa itu sehingga saya tak dapat memikirkan keluarga saya pun. Saya tak dapat memikirkan anak, bekas isteri saya pada masa itu, saudara kembar saya dan semua orang yang saya sayangi ini. Itu kelihatan macam hanya kenangan lama bagi apa yang dulu saya tahu. […]

Excerpt from “Woman Dies, Sees Astral World & Says The Other Side is Beautiful!” - June. 4. 2024: Dia kata, “Adakah engkau nak pergi ke arah Tuhan?” Saya tahu apa yang dimaksudkannya. Saya berasa teruja. Saya… Roh saya segera terbang dari situ ke arah Cahaya besar yang kelihatan seperti Matahari ini tetapi saya tahu ini ialah Tuhan. Sementara saya terbang ke sana, saya terasa doa orang menarik saya balik, dan saya dapat dengar setiap perkataan yg mrk katakan. Saya masih ingat saya menembusi doa itu, berfikir, “Okey, apa-apa pun, aku perlu pergi bertemu dengan Tuhan,” macam tak menjadi hal. Saya tahu itu kedengaran sedih bagi orang yang berdoa untuk seseorang yang disayangi, seseorang itu mungkin sebenarnya terbang melepasi ini, tetapi mungkin itu beri harapan juga. Orang rasa begitu teruja untuk bertemu dengan Tuhan. Mereka mula rasai Kasih Sayang itu, Kesempurnaan itu yang jauh lebih baik daripada dunia ini. Itu apa yang saya mula rasai. Saya rasa begitu selesa. Ini apa yang saya sentiasa mahukan. Ini ialah segalanya yang saya sentiasa mahukan.

Sementara saya bergerak ke arah Tuhan, segala kedukaan zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa awal menjadi sembuh. Saya tidak rasa seperti orang yang sama pada setiap detik. Itu seolah-olah orang sekarang melakukan meditasi, penyucian dan muat turun. Saya terasa macam kita tak dapat mengatasi Itu. Itu paling baik, tahu? Hanya Kasih Sayang Murni Tuhan yg memancar menembusi setiap bahagian roh kita dan mengingatkan kita bahawa kita ialah sebahagian daripada Tuhan, bahawa kita ialah kasih sayang, bahawa kita dikasihi, bahawa kita selamat, dan bahawa segalanya baik-baik saja. Lagi dekatnya saya dengan Tuhan lagi kurang saya nak kembali ke sini. Pada saat saya mula ada fikiran itu, itu seolah-olah tembok tenaga roboh dan saya terlanggarnya. […]

Menurut kajian banyak doktor di negara-negara yang berlainan, orang-orang ini alami perubahan positif yang paling besar semasa mati untuk seketika. Mereka dapat lihat Cahaya (Syurga dalaman) dan dengar Muzik (Syurga dalaman) dari alam yang lebih tinggi di Alam Semesta. Jenis Cahaya (Syurga dalaman) atau Ajaran muzik ini ialah Sifat Buddha kita sendiri, kebijaksanaan kita sendiri yang setiap daripada kita miliki dan boleh sentiasa digunakan dalam kehidupan harian dan untuk Pembebasan kita.

Bagi menyedarkan orang di dunia ini untuk mengenali Cahaya (Syurga dalaman) dan Ajaran daripada Tuhan atau Buddha, banyak Guru telah datang ke dunia ini dan berkati planet kita dengan ajaran abadi dan kasih sayang tanpa syarat Mereka. Disebabkan oleh pengorbanan dan belas kasihan Merekalah kita ada ajaran baik yang ditinggalkan hari ini dan itu sebabnya planet kita berevolusi dan menjadi tempat yang lebih baik untuk semua orang diami. Guru-guru bijak agung masa dahulu dan kadangkala masa sekarang sentiasa beritahu kita tentang Kemegahan agung, tak terperikan sebelah dunia yang lain, sebelah hidup yang lain. Kita boleh panggilnya dimensi keempat, kelima, ketujuh, kesembilan dalam istilah sains.

Untuk terus memelihara planet kita, meningkatkan suasana spiritual dan kebijaksanaan orang di planet ini, kita mesti amalkan cara Guru, cara Buddha. Iaitu menjadi insan baik dan mulia di dunia ini. Kita juga mesti belajar untuk buka kebijaksanaan kita, buka pintu ilusi yang memisahkan kita antara hidup fizikal ini dan alam spiritual.

Photo Caption: Tanah Impian yang Lebih Baik di Tempat Lain? Oh ya! Bukan di Bumi. Tapi Cubalah, Anda akan Jumpainya.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/12)
1
2024-09-16
1977 Tontonan
2
2024-09-17
1234 Tontonan
3
2024-09-18
1224 Tontonan
4
2024-09-19
1189 Tontonan
5
2024-09-20
1273 Tontonan
6
2024-09-21
1893 Tontonan
7
2024-09-23
1246 Tontonan
8
2024-09-24
1192 Tontonan
9
2024-09-25
1047 Tontonan
10
2024-09-26
1052 Tontonan
11
2024-09-27
1055 Tontonan
12
2024-09-28
1083 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android