Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

The False Master's Name the World Has to Know, Part 3 of 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam dekad-dekad ini, orang katakan banyak perkara ttg saya, mengenai saya. Saya tak pernah tahu apa yang dikatakan oleh mereka. Saya tiada masa yang mencukupi untuk pergi ke setiap rumah dan berkata, “Tolonglah, ini tak benar, itu tak benar,” kerana saya memang tak peduli juga. Saya serahkan segalanya kepada Tuhan. Orang, sesiapa yang buat salah terhadap saya, Mahkamah Syurga akan uruskan mereka. Saya lihat sesetengah drpd mereka dalam keadaan teruk di bawah sana (neraka). Saya ingin hulurkan tangan untuk menyentuh mereka tetapi kuasa karma melayangkan mereka ke arah lain. Saya tak dapat asyik mengejar mereka selama-lamanya. Jadi setiap makhluk, setiap manusia perlu menjaga diri, perlu memelihara dan melindungi standard moral sendiri. Saya hanya boleh ingatkan mereka tapi tak dapat lakukannya untuk mereka.

Orang ini (Trần Tâm) dilarang menggunakan nama saya atau gaya saya – apa-apa pun dengan sebarang cara! Bayang-bayangkannya pun, seperti ‘Ibu Lautan’ atau apa-apa pun seperti itu. Nama saya ialah Ching Hai, bermaksud ‘Lautan Jernih’. Jangan cuba bayang-bayangkan hanya untuk mendapat Berkat saya. Tiada Berkat sebegini yang masuk ke dalam diri syaitan itu yang hanya cuba mengalihkan orang dari Jalan yang betul dan mengheret mereka ke dalam alam syaitan untuk mempergunakan mereka sebagai hamba. Dia takkan memperlakukan mereka dgn baik, menghukum mereka atas sebarang perkara kecil yang mereka tak dapat buat dengan baik. Jadi dahsyatnya ini. Sebab itulah Tuhan beritahu saya, “Orang di dunia perlu tahu,” tepat-tepat kata-kata-Nya. Jika saya bohongi anda tentang ini, Tuhan akan menghukum saya di neraka selama-lamanya, maklumlah. Saya tak berani kerana saya tahu akan alam dalaman. Saya tahu akan Dunia Alam Semesta. Saya tak berani buat apa-apa yang tidak diizinkan oleh Tuhan, atau Diri Tertinggi saya, Guru, perlu membenarkan saya untuk membuat apa-apa.

Walaupun Tuhan sudah suruh saya supaya memberitahu anda, saya tanya secara berulang kali. Kemudian akhirnya Dia kata, “Orang di dunia perlu tahu.” Jadi saya di sini, duduk dalam cahaya malap dan cuba memberitahu anda dengan sepenuh hati bhw saya sangat bersimpati dgn sebarang cara mereka menganiayai anda, atau mereka mengambil tenaga anda, buat apa-apa saja yg salah terhadap anda, jika mereka malah memudaratkan anda dalam kegelapan waktu malam. Saya turut bersimpati. Saya diberitahu semua itu tetapi tiada sebarang bukti untuk ditunjukkan kepada anda kecuali apa yang dipakainya, apa yang dikatakannya, apa yg dinyanyikannya dan sebagainya. Ya Tuhan, dia memang berpura-pura dgn baik sekali, syaitan itu. Jika saya ada murid yang mengada-ada macam itu, saya akan rasa begitu malu, begitu malu, apalagi dia menjadi ‘pengganti’ saya. Anda tahu saya ada cita rasa yang lebih baik daripada itu. Jadi agaknya anda faham.

Saya cuma risau tentang orang lain, sesiapa saja yang mengikut syaitan ini dan mungkin dimudaratkan dgn sesuatu cara. Saya berdoa untuk semua orang supaya dilindungi. Jika anda benar-benar tak dengar dan mengikut syaitan itu, maka tak banyak yang boleh saya buat juga. Saya hanya boleh berdoa untuk anda. Kerana ini kehidupan anda, roh anda, pembebasan anda, makrifat anda.

Jadi jika anda ingin menaik ke standard yang lebih tinggi dan menjadi lebih bermakrifat, maka anda boleh memilih, tetapi bukan orang ini, bukan Trần Tâm. Dia ialah syaitan. Dia tidak benar. Sejak dia masuk lagi – mula-mula sekali dia ialah biksu saya, kemudian bohongi saya. Dia kata dia sakit teruk, hidapi penyakit yang diwarisi daripada DNA keluarga dan tidak dapat disembuhkan, jadi saya mempercayai dia. Dia kata dia tak nak berada di situ lagi, dia akan pergi dari situ. Saya kata, “Baiklah. Semoga sejahtera. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan, saya akan berikan kepada kamu. Jika kamu perlukan wang untuk ubat atau sesuatu, biarlah saya tahu.” Kali terakhir saya berjumpa dengannya, dia bersama isteri dan anaknya. Isterinya sentiasa menolak dia supaya mendukung anak, menolak di depan muka saya juga. Itu bagaimana saya ingat akan dia. Saya juga tak tahu bahawa dia bernama Trần Tâm. Mereka beritahu saya namanya ‘Thơm’. Thơm, macam perkataan nenas dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). Penyakit genetik yang dihidapinya memang dinamai ‘hormon’, kita boleh agak!

Begitu banyak tahun, lebih 20 tahun saya tak dengar tentang dia. Saya langsung tak ingat akan dia. Baru-baru ini saja, seseorg beritahu saya. Kemudian saya malah menulis surat kpd dia, berkata, “Jangan melakukan ini. Kamu tak cukup berkuasa. Kamu akan diheret ke bawah dan orang yang mengikut kamu akan diheret ke bawah juga. Biarlah mereka bebas. Ini dosa sangat buruk yang kamu buat.” Meskipun dia itu manusia sebenar, bukan syaitan, dan meskipun dia tersilap, seseorang mengubah kata-kata saya atau memalsukan kenyataan saya, atau seseorang beritahu dia sesuatu bahawa dia ialah pengganti saya, namun selepas menerima surat saya, dia seharusnya tahu bahawa itu tak benar. Dia seharusnya berubah dan sudah mohon maaf, tetapi dia tidak. Jadi ini bermakna dia benar-benar nak menipu orang, memperdaya pengikut yang tak tahu apa-apa dan mudah terpengaruh untuk tujuan rendahnya, pergunakan status saya untuk memikat orang lain ke dalam kumpulannya utk kemasyhuran dan untung, di luar berpura-pura menjadi biksu dan membuat-buat untuk menutup identiti syaitannya!

Bukanlah dia tak menerima surat saya. Dia ada menerima surat saya dan kononnya pembantunya menjawab kumpulan saya yg bantu saya menyampaikan surat itu. Dia kata, “Dia tetap sama saja,” seperti saya – sesuatu macam itu. “Dia tetap buat secara sama.” Kelihatan dari luar mungkin serupa tetapi semuanya kosong. Dia tiada kuasa itu untuk memberkati orang. Dia ada jenis kuasa syaitan yang menyedut tenaga orang, memperdaya dan menggoda mereka untuk mempercayai dia dan berikan wang kepada dia, berikan badan kepada dia, berikan apa saja yg diingininya kpd dia, malah dalam kegelapan di belakang dan sebalik pandangan orang lain! Saya beritahu anda apa-apa saja yang saya nampak dengan jelas. Saya juga akan rasa terlalu malu nak kata lebih banyak lagi! Mungkin suatu hari nanti, segalanya akan terbongkar.

Seorang biksu sebenar takkan sentuh biksuni dan takkan memaksa pengikutnya berikan banyak wang kepada dia melalui biksunya. Mereka malah merungut tentangnya secara terbuka dalam salah satu syarahannya. Saya tak berminat. Saya hanya gerakkan jari secara tak sengaja, kemudian ia pergi ke sana. Kemudian saya terdengar wanita itu merungut, “Jika dia berkata bahawa wang hanyalah kertas, maka mengapa dia biarkan biksunya menjadi begitu tamak dan sentiasa minta wang daripada orang?” Sesuatu macam itu. Saya tutupnya selepas dia mengetepikan subjek ini dengan alasan seolah-olah itu bukan hal besar!

Saya beritahu anda semua ini, sedar akan keburukannya dan ini seperti iklan percuma untuk dia, tapi saya terpaksa buat begitu! Barangkali anda dapat carinya dengan lebih baik daripada saya. Saya tak tahu bgmn nak cari balik itu. Saya tak tahu akan segala teknologi tinggi ini. Jika saya kehilangan itu, maka saya kehilangannya. Saya tak tahu bagaimana nak dapatkannya kembali tetapi saya pasti anda dapat – di YouTube. Anda semua ada bakat teknologi tinggi. Saya tiada itu. Saya hanya dapat buat kerja Supreme Master Television yang sudah disusun dan disediakan untuk saya. Apa-apa lagi, saya tak tahu bagaimana. Saya tak dapat menulis e-mel pun. Saya tiada e-mel. Saya tak tahu bagaimana. Saya tak tahu bagaimana gunakan LINE (aplikasi komunikasi) pun. Suatu kali di Taiwan (Formosa), mereka ajar saya caranya. Saya gunakan LINE hanya untuk menguji beberapa kali, kemudian tidak gunakannya lagi. Biasanya saya lebih suka bercakap secara langsung, jadi orang itu boleh jawab secara langsung dan kita dapat saling mendengar. Itu lebih mesra. Saya tak tahu bagaimana gunakan LINE. Saya tak gunakannya, jadi tak tahu caranya. Hingga sekarang, saya masih tak tahu bagaimana gunakan LINE atau apa pun. Dalam tahun-tahun belakangan ini, mereka ada telefon baharu untuk saya tetapi saya tak tahu bagaimana menghantar mesej pun. Sebelum itu, saya ada telefon lain dan dapat hantar mesej kadangkala tetapi sekarang saya tak tahu bagaimana menghantar mesej pun. Jadi sesiapa daripada anda – kononnya orang saya atau orang luar yang bukan anak murid – dapat carinya dengan senangnya, yang orang merungut.

(f): Seluruh keluarga saya mengikut kamu. Menurut apa yang saya tahu daripada apa yang ahli keluarga saya kongsi, kamu tidak mementingkan wang dan benda material selama ini. Setiap kali pemeditasi datang ke pusat meditasi, jika sesiapa menawarkan wang untuk menyokong kamu, kamu tidak menerimanya. Pada matamu, wang adalah seperti sehelai kertas saja. Kadangkala apabila tiada satu sen pun di dalam kocek, kamu tetap berpuas dengan senyap. Kamu suruh mereka berikan wang kepada pengelola atau biksu kamu untuk disimpan dan gunakannya untuk kerja agama Buddha. Lepas seketika, pelajarmu menjadi tamak. Mereka ambil segala-galanya. Saya nak tanya sama ada kamu dah tahu terlebih dahulu bahawa kejadian ini akan berlaku. Tidakkah kamu? Jika kamu tahu, mengapa kamu biarkan pelajarmu menjadi pendosa abadi, bangkitkan ketamakan mereka, nikmati benda material, hidup dengan wang titik peluh penganut? Mrk datang kpd kamu dgn kepercayaan dan kasih sayang kepada kamu, jadi tidak teragak-agak untuk membuat tawaran wang dan benda kepada kamu. Tetapi akhirnya mereka dieksploitasi oleh pelajarmu yang manipulatif, tamak dan mementingkan diri. Mungkinkah kejadian ini berlaku kerana kamu tidak tegas dengan biksumu, biarkan mereka terpikat oleh benda material, kemudian tersandung dan jatuh. Jika surat saya dengan sebarang cara kurang sopan, maafkanlah saya. Tetapi tolong jelaskan dengan lebih jelas supaya kami dapat lebih memahami isu ini. Terima kasih.

(m): [...] Ke mana kita dapat lari dari dunia ini. Faham? Kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Apabila pergi, kita akan bertangan kosong juga. Ini hanyalah benda material. Mengapa saya harus risau tentangnya? Setiap orang ada ketamakan. [...] Jangan risau tentang sesiapa pun, apa-apa pun yang berlaku kepada hidup sesiapa pun. Faham? Ke mana kita dapat lari dari Tiga Alam ini? Ke mana kita dapat lari dari hati nurani kita? Biarkannya saja, okey? Terima kasih atas keprihatinan kamu. Tiada apa-apa yg nak dijelaskan kepada kamu. Bagi saya, tiada apa-apa pun. [...]

Sesetengah orang malah tanya saya mengapa saya buat begitu. Saya kata, “Saya tak pernah buat apa-apa. Saya tak pernah umumkan bahawa saya ada pengganti. Saya tak pernah umumkan bahawa saya berhenti kerja.” Ini bukanlah kerja yang boleh kita bersara daripadanya. Saya harap saya boleh. Saya harap saya boleh bersara. Maka saya tak perlu makan di depan kerja saya. Saya takkan perlu lari di dalam rumah kerana masa saya begitu singkat hingga saya perlu jimatkan begitu banyak masa – saya buat beberapa kerja pada masa yang sama.

Saya tiada masa. Kadangkala saya lapar lagi Kadangkala saya lapar lagi selepas makan tengah hari yang sedikit tetapi saya tiada masa untuk makan meskipun saya mahu kerana ada kerja dalaman untuk saya buat, ada meditasi, ada orang yang meminta tolong di merata tempat di dunia, belum kata lagi di neraka, atau planet-planet lain di Alam Semesta. Saya seorang wanita yang agak sibuk. Saya beritahu anda itu supaya anda tahu bahawa saya seorang wanita yang agak sibuk. Saya makan sambil bekerja. Saya ada tuala basah di sebelah saya, jadi sementara sedang makan, jika saya nak menulis sesuatu, membetulkan sesuatu, mengedit sesuatu pada komputer, saya perlu mengelap tangan, kemudian sentuh tetikus dan papan kekunci.

Apa-apa pun yang saya buat, saya perlu hampir seperti lari, tetapi itu bagus. Saya menenangkan diri bahawa ini seperti senaman di dalam bilik dengan tingkap kecil terbuka. Sesetengah tingkap tak dapat dibuka luas, jadi apa-apa yang saya ada ialah apa yang saya ada. Terdapat ruang yang sangat kecil untuk segala-galanya di sini. Jika anda berjalan ke dalam bilik saya, anda perlu berzigzag kerana ini bukanlah bilik yang besar dan dihiasi dengan cantik atau apa-apa.

Photo Caption: Ah, Seronok Mengalu-alukan Semua Orang Penyayang!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/5)
1
2024-08-02
7588 Tontonan
2
2024-08-03
4568 Tontonan
3
2024-08-04
4055 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-09
480 Tontonan
2024-11-09
238 Tontonan
2024-11-08
598 Tontonan
2024-11-08
548 Tontonan
2024-11-08
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android