Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

The False Master's Name the World Has to Know, Part 2 of 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang merungut kepada saya, bertanya mengapa saya buatnya macam pengganti. Mengapa saya buat begitu? Mengapa saya beri kedudukan pengganti kepada Trần Tâm? Dia tak pernah saya sendiri hantar ke mana-mana untuk memberi inisiasi pun tetapi dia meniru. Dia juga meniru Hadiah daripada saya yang berasal dari atas Peringkat Spiritual Kelima. Dia tak dapat mengetahui itu dan ia tak sepatutnya diberitahu kepada orang lain jika anda tahu kerana anda akan kehilangan kuasa itu dengan serta-merta, dan memudaratkan diri dan orang lain juga. Saya ada biksu dan biksuni yang lebih cemerlang tetapi mereka tak dapat lakukan kerja pengganti pun, apalagi dia – syaitan ghairah sebegini. Hanya kerana dia ada badan, masih sukar untuk diuruskan.

Saya tanya Raja Mara sama ada Dia yang hantar syaitan ghairah di bawah nama badan ‘Trần Tâm’ ini utk ganggu saya, alihkan perhatian orang dan goda orang yang mudah terpengaruh. Raja Mara mengakui bahawa Dia yang hantar syaitan bawahan yg bernama Trần Tâm, juga dikenali sebagai Ruma!

Oleh sebab dia ambil banyak wang daripada orang, mereka merungut kepada saya juga. Mungkin dia tak berkelakuan baik, sebab itu Tuhan beritahu saya bahawa saya perlu beritahu anda: “Orang di dunia perlu tahu.” Jika tidak, saya rasa saya telah katakan sesuatu dan orang yang bijak akan dah faham siapa yang saya katakan walaupun saya tidak sebut nama penuhnya. Cuma kerana kali ini Tuhan beritahu saya bahawa saya perlu: “Orang di dunia perlu tahu. Engkau perlu beritahu namanya, Ruma.” Dia malah sebut nama itu. Jadi saya tak boleh ingkari perintah Tuhan. Saya perlu memberitahu orang. Saya perlu memberitahu anda.

Guru spiritual palsu yang lain juga, sesiapa yang saya tahu, saya tidak beritahu nama mereka juga. Saya berikan maruah kepada mereka untuk berubah. Orang lain tak kata apa-apa pun, tetapi yang ini, Trần Tâm malah biarkan orang tahu, berfikir dan umumkan bahawa dia ialah pengganti saya dan bahawa saya malah ada ‘chúc thơ’, dalam bahasa Inggeris itu macam wasiat yang nyatakan bahawa saya telah bersara dan dia ialah pengganti saya. Saya tak pernah buat perkara sebegini. Saya masih bekerja, mengapa saya harus bersara?

Saya tak boleh bersara. Ini bukan kerja yang boleh kita berhenti meskipun saya mahu. Saya belum dapat cari pengganti. Saya harap saya dapat cari seorang bagi bersedia untuk sambungan kerja saya pada masa depan. Hanya jika kita bertuah baru dapat kita temui seorang. Orang kata jika mana-mana Guru bertuah sepanjang hayat-Nya, Dia akan temui seorang anak murid yg baik, belum kata lagi tentang pengganti. Jika saya nak cari pengganti, oh, bukan orang ini! Tidak sama sekali. Anda boleh tahu. Anda tahu akan itu.

Tetapi dia boleh gunakan kuasa Mara yang bosnya suruh, kemudian dapat mengaburkan orang dan gunakan trik kuasa kecil untuk membuat orang percaya bahawa mereka mendapat sesuatu daripada dia, atau gunakan sihir hula-hula-hoop, memalsukan Kuasa dan Berkat. Tetapi semua ini, sesiapa yang ikut dia perlu tanggung kesannya. Meskipun mereka mendapat bantuan daripada dia, Trần Tâm atau Ruma ini, mereka perlu tanggung kesan besarnya kerana semua ini daripada maya, daripada kuasa Raja Mara. Ia tidak benar, bukan daripada Buddha, bukan daripada Tuhan, jadi mereka semua perlu tanggung kesannya. Mereka perlu menjadi orang bawahan mereka, pekerja mereka. Malang menimpa mereka jika mereka bekerja untuk mereka kerana mereka orang baharu, masih muda, orang baharu. Mereka tiada sebarang kuasa. Mereka akan menjadi hamba dalam banyak hayat.

Saya memang rasa bersimpati. Tetapi apa yang boleh saya buat? Nabi Isa pun ada orang yang khianati Baginda juga. Anak murid Milarepa khianati dan meracun Beliau. Sepupu Buddha, Devadatta, juga cuba membunuh Buddha banyak kali dan suatu kali berjaya memotong jari kaki-Nya dengan batu besar yang bergolek dari gunung tinggi apabila Buddha berlalu di situ. Jadi banyak Guru dikhianati, diracun atau dibunuh oleh kononnya anak murid sendiri, tetapi ini bukanlah anak murid sebenar, sesiapa yang khianati Guru. Adalah begitu jelas seperti Matahari bahawa mereka tak mungkin ialah manusia sebenar dan anak murid sebenar. Mereka daripada Raja Mara.

Saya memang harap pada masa depan, Dia akan menjadi Raja Mulia. Saya beritahu Dia, “Apa gunanya Engkau menentang aku dan lakukan segala sejenis kemusnahan di planet ini? Kerana jika planet itu hilang, rosak atau dimudaratkan dengan sebarang cara yang dahsyat, banyak saudara-mara, kawan, anak dan cucu-Mu juga memakai badan manusia dan mereka akan dimudaratkan; akan dibakar; akan dibinasakan dengan dahsyatnya atau dipunahkan sepenuhnya oleh Hukum Alam Semesta, jadi lebih baik Engkau berdiri di sebelah aku dan bantu aku melaksanakan kehendak Tuhan. Engkau akan menjadi Raja juga tetapi dengan cara yang begitu mulia, dalam jenis kedudukan yg bermaruah.” Tetapi Dia beritahu saya bahawa manusia begitu jahat, banyak manusia yang lain begitu jahat. Jika mereka jahat, maka Dia tak boleh memperlakukan mereka dengan baik.

Saya kata, “Tolong pertimbangkan semula demi aku. Jadilah kawanku dan bukan penentangku. Kau tak mendapat banyak daripadanya. Aku akan berikan Kerajaan kpd Engkau, jauh lebih baik daripada kerajaan yang Engkau miliki sekarang. Aku boleh cipta Kerajaan untuk Engkau. Atau kita boleh cipta sebuah Kerajaan sebagaimana yang Engkau mahukan dan Engkau memerintah dgn cara mulia. Orang, seluruh dunia akan hormati dan sayangi Engkau juga. Kemudian Engkau akan berasa lebih selesa, lebih baik daripada Engkau pergi ke sana sini dan memudaratkan orang lain, tidak kira apa sebabnya. Tuhan tidak mahukan itu, dan aku pasti Engkau tidak mahukan itu. Jadi tolong berfikir semula.”

Namun begitu, sementara itu, Dia telah buat sesuatu yang baik dan saya berikan gelaran ‘Raja Mara Mulia’ kepada Dia. Jadi jika anda ingin menggelar Dia, gelarlah Dia macam itu, dan berharap Dia benar-benar jadi begitu, Raja Mara Mulia yang bantu makhluk lain dan bukan memudaratkan mereka.

Sekarang saya ulang kpd anda sekali lagi: sesiapa pun kononnya bekas anak murid saya mendakwa bhw saya berikan kedudukan pengganti kepada mereka – itu tak pernah berlaku, tak pernah. Entiti ini, Trần Tâm, berpakaian seperti saya. Walaupun seorang lelaki, namun pakai pakaian yg kelihatan macam baju wanita, seperti pakaian yang dulu saya pakai, cuma kelihatan macam tiruan murah. Memang seperti yang Buddha katakan, “Biksu syaitan itu suka memakai pakaian orang di dunia dan suka menunjuk-nunjuk, juga memakai selempang biksu rukun yang berwarna-warni. Jubah biksu sebenar, walaupun ditampal, satu warna saja.

“Selepas Ananda mengulangi soalan itu tiga kali, Buddha memberitahu beliau, ‘Selepas nirvana saya, apabila Dharma hampir lenyap, Lima Dosa Besar akan mencemari dunia, dan cara syaitan akan berkembang secara melampau. Syaitan akan menjadi biksu utk rosakkan dan hancurkan Jalan saya. Mereka akan berpakaian seperti orang biasa juga dengan selempang bagi biksu. Mereka akan suka menunjuk-nunjuk selempang rukun (kashaya) warna-warni. Mereka akan minum arak dan makan daging, bunuh makhluk hidup dengan nafsu terhadap rasa yang enak. Mereka tidak akan miliki minda berbelas kasihan, dan akan saling membenci dan mencemburui.’” ~ Kitab Kelenyapan Dharma Sepenuhnya

Dulu saya perlu mencipta semua itu. Sebelum itu, saya tidak. Saya menciptanya bagi membuatnya utk diri sendiri supaya saya boleh keluar bertemu dengan orang penting seperti raja, presiden dan sebagainya. Selepas itu, orang sukainya, jadi saya buat lebih banyak dan berikan kepada mereka, atau/dan jualnya pada harga yang sangat berpatutan. Macam itu, saya juga ada sedikit urus niaga untuk menampung segalanya yang lain. Saya buat barangan kemas, lampu dan benda lain juga supaya saya dapat menjaga biksu dan biksuni saya. Sesiapa yang masih bersama saya adalah yg baik.

Saya masih ada banyak biksu dan biksuni baik yang berada di peringkat tinggi – Keempat dan Kelima. Saya beritahu mereka itu tetapi saya tak nak sebut nama mereka kerana saya tidak mahu mereka dihancurkan oleh anak murid lain dan buat ego mereka wujud dan ‘bunuh’ mereka. Hanya apabila biksu dan biksuni itu telah meninggal baru kita letak gambar dan gelaran mereka di dewan santo supaya orang tahu, supaya saudara-mara dan kawan mereka juga tahu dan perlakukan mereka macam itu.

Biksu dan biksuni yang telah menjadi Santo ini – Peringkat Keempat atau Kelima – sangat rendah diri. Mereka benar-benar buat kerja dgn baik. Jadi jika mereka pun tak boleh menjadi pengganti saya, mengapa syaitan peringkat rendah yg begitu kecil, tidak buat apa-apa yang baik, mencuri benda saya, gaya saya dan sebagainya, malah paksa orang berikan banyak wang kpd dia untuk kemasyhuran dan untung – mana boleh dia menjadi pengganti saya? Dan bernyanyi macam itu – ya Tuhan, apabila saya dengarnya dgn tak sengaja. Saya rasa terlalu malu dengan dia! Kerana saya ada telefon tanpa kad SIM dan dulu seorang ahli pasukan saya buatnya menjadi Supreme Master TV untuk saya memeriksa, lihat kadangkala apabila saya tak nak hidupkan seluruh komputer. Kemudian apabila saya buka Supreme Master Television, kadangkala secara tak sengaja saya tersentuhnya dengan jari dan paparan ditatal ke atas. Begitu banyak benda terpapar.

Saya secara tak sengaja tahu akan dia dan namanya, ‘Ruma’, beberapa hari yang lalu saja, kerana saya tidak layari internet sebelumnya. Saya tak berpeluang. Saya terlalu sibuk di dalam, menjaga seluruh Alam Semesta dan banyak bermeditasi, dan di luar perlu uruskan Supreme Master TV, perniagaan saya dan surat-menyurat, segala jenis kerja. Saya tiada masa,

dan juga dalam fikiran saya, saya tak pernah terfikir sesiapa boleh mencuri benda saya dan mendakwa bahawa itu milik mereka sendiri, dan berkata bahawa saya berikan gelaran ‘pengganti’ kepada dia – saya tak dapat bayangkan itu. Saya ada dengarnya di sana sini, sekali-sekala, sedikit, tak begitu jelas. Saya tak pedulikannya. Baru-baru ini saja Sebelumnya saya langsung tak tahu namanya dan hal ‘pengganti’!! Beberapa kali anak murid sebenar memberitahu saya tetapi saya ketepikannya saja. Saya kata, “Oh! Tak apa. Manusia memang macam itu. Mereka mahukan kemasyhuran dan kekayaan. Mereka tak tahu bahawa neraka menanti mereka kerana berbohong – bohong terbesar dalam seluruh Hukum Alam Semesta.”

Photo Caption: Sayangi Jiran Kami, Saling Mempertingkatkan!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
1
2024-08-02
7588 Tontonan
2
2024-08-03
4568 Tontonan
3
2024-08-04
4055 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-09
480 Tontonan
2024-11-09
238 Tontonan
2024-11-08
598 Tontonan
2024-11-08
548 Tontonan
2024-11-08
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android