Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 8 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Meskipun Tuhan muncul di depan mereka, mereka takkan menerimanya. Mereka akan cari alasan untuk memfitnah Tuhan atau cederakan-Nya dengan sebarang cara, malah bunuh-Nya, seperti apa yang dibuat terhadap Nabi Isa. Mereka semua menjadi buta, pekak dan bisu di planet ini. Mereka menjadi lebih baik, dah tentu, tapi bukan semua orang.

(Jadi yang terakhir, Guru. Hanya nak berkongsi suatu ramalan dari tahun 1980-an berkenaan dengan Presiden Donald Trump dan misinya.) Oh! (Ia nyatakan di sini: Seorang lelaki suci yang bernama Thomas Zimmer, juga dikenali sebagai ‘Pertapa dari Loreto’, meramalkan bahawa En. Donald J. Trump “akan memimpin Amerika Balik kepada Tuhan”. Beliau berkongsi ramalannya pada 1983 dengan seorang ahli psikologi Amerika yang membuat lawatan ke Loreto, berkata, “Sekarang di Amerika Syarikat, ada seorang lelaki yang ada tangan Tuhan pada dia. Dia ada IQ seorang genius dan pendidikan kelas satu. Segalanya yang diuruskannya, dia lakukan dengan kecekapan yang tinggi.”) Ya, benar! (“Namanya Donald Trump.”) Oh, dia malah beritahu namanya! (Ya!) Sangat bagus. (“Tangan Tuhan pada dia dan Tuhan akan menggunakannya pada masa depan.”) Ya. Wau! (Sebagai bukti ramalannya, En. Thomas Zimmer telah beli seketul bata untuk Pintu Suci di Vatican dengan nama En. Donald Trump padanya supaya beliau akan menerima berkat daripada banyak Misa di Vatican kerana beliau tahu bahawa En. Trump akan menjadi pemimpin Amerika yang agung dan membawa orang Amerika balik kepada Tuhan.)

Ya, secara tak langsung! Wau, bayangkan itu! (Ya.) Tapi tak banyak orang tahu akan itu. (Tidak.) Sekarang mereka tahu. Tapi mereka takkan banyak berubah. Jika mereka begitu mendambakan dan diracun oleh kemasyhuran dan untung, mereka takkan perasan itu dan takkan nak menerima itu. (Ya.) Meskipun Tuhan muncul di depan mereka, mereka takkan menerimanya. Mereka akan cari alasan untuk memfitnah Tuhan atau cederakan-Nya dengan sebarang cara, malah bunuh-Nya, seperti apa yang dibuat terhadap Nabi Isa. Mereka semua menjadi buta, pekak dan bisu di planet ini. Mereka menjadi lebih baik, dah tentu, tapi bukan semua orang. (Ya, Guru.) Jika mereka dikaburkan oleh kemasyhuran dan untung yang terdorong oleh jenis cita-cita duniawi ini, bukan demi semangat berkhidmat utk rakyat, maka mereka takkan berubah. (Ya.) Sekarang mungkin kita memaparkan ini di Supreme Master TV, kemudian semua orang akan ketahuinya tapi saya pasti tak banyak orang akan mempercayainya terutamanya pihak pembangkang. Sekurangnya mereka akan ketahuinya. Sekurang-kurangnya seseorang yang lain akan percaya. Tapi apa gunanya sekarang? Mereka ingin menyingkirkannya. Sudah tinggal sepuluh hari saja pun, mereka tak boleh tunggu. Mereka nak menyingkirkannya semalam lagi. (Ya.) Kononnya pemimpin negara kamu atau bakal pemimpin juga. Sudah halaunya keluar. Mereka tak boleh tunggu dua belas hari lagi pun. (Ya.) Tak sampai dua minggu pun dan beliau akan keluar. Sekarang beliau tak nak menimbulkan kesusahan lagi kerana beberapa orang mati di dalam bangunan Capitol. Jadi beliau tak mahu itu lagi, disebabkan itu. Beliau tak nak asyik berlawan macam itu. Mungkin beliau akan terus membantah tapi saya tak pasti berapa banyak orang akan menyokongnya kerana mereka semua buta dan takut juga. Takut pada majoriti, (Ya.) orang lain yang sudah menentangnya. Jadi jika mereka tak menentangnya juga, mungkin mereka disisihkan atau ditindas dgn cara-cara yg berlainan. Kebanyakan orang perlu menjaga diri sendiri. (Ya, Guru.) Kebanyakan orang adalah macam itu. Diri sendiri dulu, dan orang lain lepas itu. Jadi menjadi presiden seperti beliau adalah sangat sunyi, sangat mengecewakan dan berisiko.

Jadi orang ini tinggal di mana? Adakah dia masih hidup? Thomas. (Tom Zimmer seorang veteran Perang Dunia II Amerika) Wau! (yg setelah kembali ke kehidupan awam, jadi penziarah tempat suci di Itali,) Ya? (“pada asasnya hanya menghabiskan sisa hidupnya berdoa untuk umat manusia”. Beliau juga telah menulis buku ‘Buku Doa Pieta’ yang terjual sebanyak “sepuluh juta buah”.) Wau! Okey. Sangat bagus. Dia telah meninggal atau masih hidup? Dia masih di dunia ini? (Beliau telah meninggal, Guru.) Itu apa yang saya rasa. Tak apa. Suatu kali sebelum saya pergi ke Jerusalem untuk berkhutbah, ada seorang lelaki Amerika, saya tertanya-tanya sama ada itu beliau. Beliau meramalkan... Beliau asyik memberitahu... Beliau di Israel, berkata bahawa beliau menunggu Messiah datang, Nabi Isa, kedatangan kedua Nabi Isa. Semua orang rasa beliau telah gila atau sesuatu. Kemudian pada suatu hari, beberapa hari sebelum khutbah saya, beliau berkata, “Nabi Isa akan datang. Dia akan datang.” Kemudian mereka halaunya keluar, (Oh, tidak!) hanya dua atau tiga hari sebelum saya datang untuk berkhutbah. (Wau!) Jadi saya tertanya-tanya... Wau, begitu banyak orang adalah terus mata. Tak banyak tapi sejumlah. (Ya.) Baik untuk dunia ini. Baiklah, bagus.

Jadi tiada soalan lagi sekarang? (Tidak, Guru. Itu saja.) Bagus, bagus, bagus! Soalan yang baik hari ini. Sangat bagus. Jika saya mendapat susah, maka kamu tahu, itu salahmu. Okey? Saya tak peduli. Ingat supaya berdoa untuk saya, Gurumu, (Ya, Guru.) agar dia boleh teruskan. Dan berdoa untuk kamu sendiri juga. Saya berdoa untuk kamu semua. Saya berdoa untuk semua orang (Terima kasih, Guru.) setiap hari. Jika saya boleh berdoa untuk binatang liar seperti skunk atau tupai, dah tentu saya akan berdoa untuk kamu, kan? Saya akan berdoa dengan sepenuh hati. Baiklah, sayang. Jika tiada apa-apa lagi, maka kita berhenti di sini. (Terima kasih, Guru.)

Terima kasih kerana bersama saya. Adalah bagus kita sentiasa boleh saling berbual pada bila-bila saja boleh. (Ya, Guru.) Tak perlu tunggu hingga hari Isnin atau Ahad. Kerana kadangkala saya nak bercakap dengan Ashram Alam Baru tapi terlupa, kemudian lepas malam Ahad, saya kata, “Ya Tuhan!” Apabila saya tahu itu waktu bermeditasi untuk Dunia Vegan, (Ya.) saya teringat, “Ya Tuhan! Dah berlalu.” Tapi tak apa, mereka boleh dengarnya. Lebih baik macam ini juga. Kamu tahu tak mengapa? Kerana kita ada semua sari kata (Oh!) supaya mereka boleh faham. (Ya.) Jika saya cakap dgn Ashram Alam Baru, maka saya berbahasa Cina. Saya tak begitu berilham. Saya lebih berilham apabila berbahasa Inggeris. Ia keluar dengan lebih cepat dan lancar. Jadi dengan kamu, saya tak perlu ada penterjemah atau kelengkapan. (Ya.)

Dan juga pada bila-bila saya rasa ialah waktu yang baik untuk bercakap, maka kita sentiasa boleh bercakap. Tapi dengan mereka, kita perlu tunggu, perlu mengatur, dan beberapa kali, apabila saya nak cakap dengan mereka, sentiasa ada sesuatu yang tak kena. Mereka beri saya nombor yang salah, sambungan yang salah, contohnya. (Oh!) Kemudian ia sentiasa pergi ke tempat yang sama, orang yang sama secara berulangan. Mereka berikan satu lagi kepada saya, kemudian ia pergi ke satu lagi. Atau kembali ke operator disebabkan sesuatu atau orang lain angkat gagang telefon, kemudian tak dapat cam siapa bercakap, letakkan gagang telefon. Atau dia sendiri asyik bercakap saja dan tak biarkan saya bercakap dengan orang ramai. Misalnya macam itu dan sebagainya. Atau mikrofon tak berfungsi. Karma, ya?

Jadi macam ini bagus dan lebih natural. (Ya, Guru.) Terutamanya saya tiada sebarang telepandu atau apa-apa macam itu. Jadi jika saya boleh bercakap apabila dah sedia atau berilham, maka itu lebih berkuasa. (Ya, Guru.) Tenaga yang lebih baik, kan? (Ya.) Kemudian dalam masa beberapa hari, seminggu atau sesuatu, kamu sentiasa boleh menterjemahkannya dan buatnya menjadi pemandangan yang indah di belakang saya kadangkala, kemudian semua bahasa untuk semua orang lihat. Itu lebih baik. (Ya, Guru.) Saya rasa macam itu, saya tak perlu bercakap secara langsung dengan mereka lagi. Macam ini hampir secara langsung. (Ya.) Dalam masa beberapa hari, mereka akan nampak saya, kan? (Ya, Guru.) Memandangkan kita semua satu entiti, jadi jika kamu lihat saya, ini seperti mereka lihat saya, kan? Betapa mudahnya. Kamu boleh makan utk mereka juga, kan?

Kerana jika kamu buatnya menjadi rancangan, ia lebih cantik juga. Kamu tambahkan lebih banyak gambar, jenis klip yang berikan gambaran. (Ya.) Sama seperti sebelumnya, banyak kali, mereka ambil gambar saya di mana saja, kemudian apabila mereka buatnya menjadi foto, oh! Atau menjadi video. (Ya.) Saya hanya berdiri di atas lantai kosong dengan hanya dinding di belakang saya atau sesuatu, kemudian apabila ia menjadi video, wau! Saya ada cerobong, dengan api yang bernyala. (Ya, Guru.) Dan bilik cantik yang ada sofa mewah dan kerusi di sebelahnya atau apa-apa saja, rumah yang dihiasi dengan cantik seperti bilik mewah. Sekurang-kurangnya dengan jendela Perancis yang cantik dan entah apa lagi. Atau jika saya duduk di taman sederhana, tiada apa-apa pun di sekelilingnya, hanya beberapa batang pokok, kemudian apabila mereka buatnya menjadi foto, saya ada bunga di sekeliling dan burung mencicip, apa-apa saja.

Bercakap tentang itu, semalam saya ternampak beberapa ekor burung di luar, sangat kecil. Begitu kecil hingga... Saya akan berikan foto itu kepada kamu. Ada sekeping fotonya semalam di atas sebatang buluh terlentur yang sangat halus di luar tingkap bilik mandi saya, tingkap bilik mandi yang kecil dengan kasa nyamuk padanya. Oleh itu, foto itu ada jenis corak jaring padanya, tapi tak menjadi hal, kamu masih dapat lihat burung itu padanya dan mereka begitu kecil. Jadi mereka boleh bertenggek dan berada di atas ranting buluh kecil yang sudah terlentur dalam angin. Semalam begitu berangin dan begitu sejuk. Saya lihat mereka dan berkata, “Ya Tuhan, aku harap aku boleh beri makan mereka dengan sesuatu.” Tapi saya tak rasa mereka tahu apa itu. Pada kali yang sebelumnya, saya beri makan burung. Saya letak roti di luar. Tiada burung yang makan. Sama juga di rumah Ashram Alam Baru. Banyak burung tapi mereka tak pernah turun ke taman untuk makan roti. Mereka tak biasa dengannya.

Sama juga dengan tupai. Saya letak banyak kekeras di luar di dalam jar yang besar supaya mereka boleh makan sehingga habis, kemudian saya tak perlu tukar setiap hari. Mereka hanya melaluinya, hanya berjalan di atas balkoni saya, melalui kekeras yang banyak itu, segala jenis kekeras mewah, tak lihatnya pun. Banyak hari. Kemudian saya gantungkan batang jagung segar. Mereka tak lihatnya juga. Jadi suatu hari saya tanya mereka, “Kenapa awak tak makan kekeras yg aku letak di luar?” Saya juga buat begitu sebelumnya di rumah lain di balkoni dan di luar. Mereka tak sentuhnya. Saya tanya tupai, “Kenapa awak tak makan? Aku letaknya untuk awak.” Mereka beritahu saya, “Kami tak biasa dengannya. Tak biasa.” Mungkin kerana tiada orang yang pernah beri makan mereka sebelumnya. Tetapi di gunung lain apabila saya beri makan, tupai faham. Mereka datang makan setiap hari, sepanjang hari sehingga habis, kemudian saya letak yang baru. Saya letak di tempat-tempat yg berlainan, segenggam di sini, segenggam di sana supaya mereka tak perlu saling berlawan atau berbaris menunggu. Mereka seronok menikmatinya dan rasa amat berterima kasih. Mereka beritahu saya itu, kemudian malah bantu saya menunjukkan siapa ialah orang yang buruk untuk saya. Saya malah beritahu orang itu di depannya dan orang itu beritahu saya, “Oh, terima kasih, tupai! Ya Tuhan, tupai, kenapa awak katakan perkara sebegini?” Tapi itu benar. Benar. Sesetengah orang ada jenis sifat yang berlainan dan juga afiniti yang berlainan. Jika mereka ialah musuh kita dalam hayat silam, sangat sukar nak bekerja bersama. Kita boleh memaafkan mereka tetapi ini tak bermakna hubungan kita akan menjadi lancar. Mereka akan terus membuat apa yang perlu mereka buat untuk mengganggu, menyusahkan saya, buat mudarat kecil atau mudarat besar di sesuatu tempat, boleh bawa maut juga. Jika orang itu tak baik untuk kita, tak serasi dari segi rohani atau karma, ia boleh membawa maut, boleh buat kita sakit, tercedera atau sesuatu. Seperti cerita yang saya kisahkan tentang seorang lelaki dan ular. (Ya.)

Di Asia, mungkin Âu Lạc (Vietnam) dan China, negara-negara sebegini, orang sangat berhati-hati semasa memilih isteri. Di India juga, mereka perlu memilih keserasian. Mereka tak saling mengenali. Mereka tak perlu saling mengenali, kebanyakannya diatur. Mereka masih buat begitu di India hari ini. Mereka mengatur perkahwinan. Lelaki dan wanita itu tak sentiasanya saling mengenali sebelumnya. Hari ini, mereka boleh menolak, dah tentu. Pada masa dahulu, mereka tak boleh. Mereka tak boleh menolak. Jika ibu bapa mengatur, mereka terpaksa. Ibu bapa saya juga diatur. Mereka tak saling mengenali. Saya dah beritahu kamu, kan? (Ya, Guru.) Ibu saya malah beritahu ibu bapanya, “Dia begitu gelap!” Bermakna kulitnya. Kulitnya tak begitu cerah. Di Asia, di Âu Lạc (Vietnam), mereka suka orang berkulit cerah. Kerana kami tak berkulit putih. Jika orang suka sering berada di bawah matahari, maka kulit tak begitu cerah seperti orang Eropah. Jadi sesiapa yang berkulit cerah, dia ialah kegemaran orang. Macam itu, ya. Di Eropah, sebaliknya. Jika kulit kita kelihatan perang sikit, mereka lebih suka. Mereka menghabiskan banyak wang berjemur di bawah matahari, alami derita segala kepanasan itu atau apa-apa saja, hanya supaya kelihatan perang. Kemudian balik dan semua orang akan kata, “Oh, kamu bercuti!” Keperangan kulit yang unggul. Okey, itu saja.

Baiklah! Semoga kamu selamat sejahtera (Terima kasih, Guru.) supaya kamu sihat, ceria, boleh berkhidmat utk dunia dengan lebih baik. (Ya.) Okey, jumpa lagi. Kasih! Kasih! (Terima kasih, Guru.) (Kasihi Guru.) Tuhan rahmati kamu. (Tuhan rahmati Guru.) Selamat Musim Suci! (Terima kasih, Guru.) Jagalah diri. (Terima kasih, Guru.) (Jagalah diri, Guru.) Kasihi kamu! (Kasihi Guru.) Tuhan rahmati kamu.

(Hai, Guru!) Kamu dapat lihat saya sikit sekarang. (Seronok berjumpa dengan Guru.) Ah! Seronok berjumpa dengan kamu juga. Wanita, dapat lihat saya tak? Tidak. (Belum lagi.) Dapat lihat saya tak, wanita? Tidak? (Kami dapat lihat Guru sekarang.) Lihatlah sepuas-puasnya untuk seketika. (Terima kasih, Guru.) Oleh sebab kadangkala soalan dan jawapan tidak jelas melalui telefon, jadi mereka paparkan soalan untuk saya lihat. (Ya, Guru.) Jika soalan ada di sana, saya tak dapat sentiasa lihat kamu. Maka tak apa. Maka jumpa lagi lain kali. Jangan risau. (Guru kelihatan cantik hari ini.) Ya ke? (Ya. Guru kelihatan elok hari ini.) Hari ini saja? (Setiap hari, Guru.) Betapa mengecewakan! Betapa mengejutkan! Tak apa. Mungkin hari ini kerana lampu di belakang saya atau mungkin disebabkan pemegang kamera yg kamu beri kpd saya? Ia memang membantu. Saya dapat lihat lebih banyak di depan. Jadi tak apa. Tak perlu sekarang. Kita dah habis. Jumpa lagi lain kali. (Okey, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Kasih, kasih.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-09
480 Tontonan
2024-11-09
238 Tontonan
2024-11-08
598 Tontonan
2024-11-08
548 Tontonan
2024-11-08
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android