Hari cuti sepatutnya suci. ‘Holiday’ (hari cuti) datang daripada ‘holy day’ (hari suci). (Ya.) Orang harus tahu lebih. Tapi sebaliknya, mereka buat perkara lain yg bertentangan dengan apa yang Guru ajar mereka. Nabi Isa tak pernah minta sesiapa bunuh ayam belanda untuk meraikan Krismas. (Ya.) Nabi Muhammad SAW tak pernah minta orang bunuh haiwan untuk beri makannya. Tapi sekarang, setiap hari cuti, mereka bunuh berbilion-bilion haiwan hanya untuk meraikan hari keputeraan Nabi Isa, contohnya.
Adakah itu soalan kamu? (Ya, terima kasih.) Ada lagi? (Ada soalan susulan.) Ya. (Guru, tak lama lagi akankah tibanya waktu kesedaran orang membolehkan mereka mengenal bagaimana kehadiran dan kerja keras Guru selamatkan dunia kita? Bolehkah manusia suatu hari nanti sampai ke tahap memuja Tim Qo Tu, Dewata Semua Alam Tersayang?)
Mereka tak perlu memuja Tim Qo Tu. Mereka hanya perlu memuja Tuhan (Ya.) dan memuja sifat Tuhan inheren mereka sendiri. Jika mereka hanya Menjadi Vegan, Berdamai, maka perkara baik yang lain akan datang. Kemudian mereka akan berfikir dgn jelas. Mereka akan lebih ingat akan Tuhan. Mereka akan menjadi lebih toleran terhadap kepercayaan orang lain, kemudian Dunia Aman akan menjadi semakin berkekalan dan dunia akan sentiasa menjadi semakin baik disebabkan oleh tenaga kasih sayang, kemurahan dan kuasa belas kasihan ini. (Ya, Guru.) Kerana ini ialah kuasa Tuhan: belas kasihan, kasih sayang, kemurahan, belas kasihan. Ini ialah sifat Syurga. Jika kita adanya dalam diri kita, bayangkan betapa berkuasanya kita. (Ya.) Itu logiknya. Adakah kamu faham sekarang? (Ya, Guru.) Sebab itulah saya kata yang penting bukan haiwan tetapi yang penting adalah kita.
Kita perlu menuntut balik sifat mulia kita, status tinggi kita di Syurga dan di Bumi, bermula dengan di Bumi. Kemudian segalanya yang lain akan datang bersama. Kemudian kamu akan lebih ingati Tuhan dan lebih mempercayai Tuhan, memang. Bukan hanya cakap kosong, berkata, “Oh, Tuhan! Tuhan ini dan itu,” sentiasa berkata, “Berikan ini kpd aku, berikan itu kepada aku,” tapi tak benar-benar mempercayai Tuhan, memuja Tuhan atau mencintai Tuhan. Jika kamu mencintai Tuhan atau menyayangi Guru yang ada sifat tinggi, maka kamu akan ada sifat itu pada dirimu. Bukanlah Tuhan memerlukan kamu mencintai-Nya. (Ya.) Bukanlah Guru memerlukan kamu menyayangi Guru. Cuma kamu akan dipindahkan, sifat Guru kepada kamu. (Ya, Guru.) Dah tentu, kamu tak dapat adanya sekali gus. Tapi sekurang-kurangnya sentiasa bertambah baik dalam dirimu. (Ya, Guru.) Sebab itulah kamu menjadi orang yang lebih baik. Kemudian itu sebabnya, itu bagaimana kamu menjadi semakin dekat dengan Syurga, lebih dekat dengan Tuhan dan peringkat kebijaksanaan spiritual yang lebih tinggi. (Ya, Guru.)
Tim Qo Tu, memuja Tim Qo Tu, tak perlu. Jika orang sudah seperti Tuhan macam itu, tak kira sama ada mereka memuja atau tak memuja, (Ya.) ia akan menjadi seperti kebiasaan mereka. (Ya.) Maka mereka takkan rasa mereka memuja Tuhan atau mencintai Tuhan lagi. Mereka adalah begitu dengan sendirinya. Sama seperti jika kita ada anak, kita sayangi mereka. Kita tak berfikir, “Aku sayangi anakku. Bukan?” Jika kita jatuh cinta pada wanita atau lelaki, kita takkan mempersoalkannya. Kita tahu akannya. (Ya.) (Ya, Guru.) Kita sayangi anak. Kita tahu akannya. Kita sayangi anak. Kita tahu. Kita tak mempersoalkannya. (Ya, Guru.) Saya tak tahu sama ada saya jawab soalan kamu. (Ya, terima kasih.) Cukup? (Ya. Terima kasih, Guru.) Sama-sama, sayang.
(Guru sering mengingatkan kami bahawa hati oranglah yang mesti berubah untuk bergerak dengan lebih cepat menuju dunia vegan sepenuh dan aman damai. Guru, akankah hati orang menjadi lebih reseptif dan berubah melalui Doa Sedunia untuk Dunia Vegan pada hari Khamis dan Ahad? Atau adakah ini suatu hal yang memerlukan jagaan dan pengaruh khusus?)
Bersama. (Ya, Guru.) Apabila orang berdoa, ia memberikan kesan. (Ya.) Dalam agama, mungkin Kristian dan juga agama Yahudi, ada hari pengikut berkumpul atau berseorangan di rumah bagi berdoa untuk seseorang, sesiapa saja, sama ada mereka tahu atau tak tahu. Ada orang yang tiada sesiapa pun berdoa untuk mereka. (Ya.) Thương khó. Saya tak tahu macam mana kata itu dalam bahasa Inggeris. Hari kita berdoa untuk roh-roh yang tersesat, tiada sesiapa pun, tak mempercayai Tuhan atau langsung tak buat apa-apa yang baik yg menyebabkan sesiapa ingati mereka, berdoa untuk mereka. Kebanyakan orang, apabila kita berbuat baik terhadap seseorang, maka seseorang itu rasa berterima kasih kepada kita. Apabila kita meninggal atau alami kesusahan, mereka berdoa untuk kita. Kemudian kita akan mendapat manfaat daripada itu. Jika kita tak dapat, kerana sesetengah orang mungkin terlalu berdosa atau pelupa, dalam hidup mereka tak memuja Tuhan atau ingat akan Tuhan, tak tahu bagaimana berdoa, tak berdoa pada waktu susah, jika seseorang berdoa untuk mereka apabila mereka berada dalam keadaan lemah, maka mereka mendapat kesan itu. Sebab itulah kamu lihat dalam banyak agama, apabila kita meninggal atau orang meninggal, atau pada waktu meninggal atau hari meninggal, mereka menjemput paderi atau biksu datang untuk berdoa. (Ya.) Tetapi sesetengah orang tiada kenikmatan itu. Sesetengah orang tak tahu apa-apa tentang agama pun. Maka pada hari itu, orang dalam agama Kristian atau agama Yahudi berdoa untuk jenis orang ini sama ada mereka kenali mereka atau tidak. Tapi jika mereka kenali kita, berdoa untuk kita, itu lebih baik untuk orang yang berdoa serta orang yang dibaca doa. (Ya, Guru.) Kedua-duanya mendapat manfaat. Tapi orang yg berdoa dapat lebih banyak manfaat daripada orang yang dibaca doa. Kitab Buddha menyatakan begitu. Jika kita berdoa dan mendapat pahala daripada doa untuk seseorang, maka kita mendapat dua pertiga. Si mati atau orang yang dibaca doa mendapat satu pertiga daripada manfaatnya. (Ya, Guru.) Jadi kedua-duanya mendapat manfaat. Bagus macam itu. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama. Tapi agama Kristian tak menyatakan begitu. Agama Buddha menyatakan itu. Buddha hidup lama. Dia hidup sehingga usia lebih 80 tahun, jadi berjalan untuk banyak hari, banyak khutbah.
Nabi Isa menyatakan banyak juga tetapi lepas itu pihak berkuasa Rom suruh mereka potong banyak bahagian seperti pemakanan daging. Jadi sekarang kita hanya ada saki-baki tentang vegetarianisme/veganisme dalam Injil. Dulu Nabi Isa bercakap dengan banyak tentang itu, malah tentang kelahiran semula dan sebagainya. Mereka potong semuanya. Mereka tak mahukannya. Jadi pada masa itu, paderi terpaksa melakukannya. Jika tidak, mereka tak dapat meneruskan keturunan mereka di bawah pihak berkuasa sebegini. (Ya, Guru.) Ini suatu paradoks. Adalah ironik sekarang ibu kota agama Kristian adalah di Rom. (Ya.) Dulu mereka ialah orang yang menindas orang Kristian tapi sekarang ibu kotanya adalah di negara mereka. Kamu tahu tak Vatican? (Ya, Guru.) Ia di Rom, (Ya.) Itali. Adakah saya jawab soalanmu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Mungkin lebih, mungkin kurang. Baiklah. Seterusnya.
(Guru, musim hari cuti ialah waktu orang bersatu dalam jiwa, rasai lebih banyak kesatuan daripada masa selebihnya dalam setahun, lebih banyak harapan dan kemurahan disebarkan dalam kalangan orang. Guru, adakah tradisi menyatukan orang atau ada juga tenaga peningkatan istimewa yang wujud dalam hari besar dan perayaan yang diraikan?)
Ya dan tidak. Hari cuti sepatutnya suci. ‘Holiday’ (hari cuti) datang daripada ‘holy day’ (hari suci). (Ya.) Orang harus tahu lebih. Tapi sebaliknya, mereka buat perkara lain yg bertentangan dengan apa yang Guru ajar mereka. Nabi Isa tak pernah minta sesiapa bunuh ayam belanda untuk meraikan Krismas. (Ya.) Nabi Muhammad SAW tak pernah minta orang bunuh haiwan untuk beri makannya. Tapi sekarang, setiap hari cuti, mereka bunuh berbilion-bilion haiwan hanya untuk meraikan hari keputeraan Nabi Isa, contohnya. (Ya, Guru.) Mana-mana, banyak agama macam itu. Mereka memutarbelitkan segalanya. Apabila sesuatu yang suci turun ke dunia ini, ia diputarbelitkan mengikut kesukaan mereka, (Ya.) tabiat mereka. Kemudian ia tersebar, kemudian orang lain ikut dan inti pati agama tak wujud lagi. Sekarang hanya simbolik saja. Dan lagi teruk, dengan nama Tuhan, dengan nama Nabi Isa, mereka bunuh terlalu banyak makhluk. Saya tak tahu sama ada Syurga... Adalah tidak logik mana-mana Syurga boleh mentoleransi jenis penderitaan ini, boleh mentoleransi jenis seksaan terhadap ciptaan Tuhan yang lain anak Tuhan yang lain (Ya, Guru.) dalam bentuk yang berbeza ini.
Kamu dapat lihat itu di Supreme Master Television kita. Haiwan ada roh, ada kecerdasan, ada kasih sayang, ada rasa simpati. Mereka saling menyelamatkan, saling menyayangi, malah daripada spesies yang berlainan, daripada mereka yang tak dikenali. Seperti anjing menyelamatkan rusa, kemudian mencium, menjilatnya sehingga ia menjadi kering dan sedar semula, misalnya macam itu. Atau kucing pun memeluk anak ayam, biar mereka tidur dengan panas. Harimau pun memeluk anjing. Ya Tuhan. Mereka tepat-tepat seperti manusia, tak lebih, tak kurang. (Ya, Guru.) Saya telah berhubung dgn banyak haiwan. Saya tahu itu dengan pasti, bukan pada foto saja.
Saya dah ceritakan kepada kamu, kisah-kisah tentang haiwan liar yang saya temui. (Ya, Guru.) Mereka begitu baik hati, ada rasa simpati, begitu baik dan begitu cerdik. Kamu dapat lihatnya. Kita lihatlah lebih banyak klip haiwan yang kita ada setiap hari (Ya, Guru.) dan kamu dapat lihatnya. Haiwan tepat-tepat seperti kita jika tak lebih baik. (Ya, Guru.) Jika orang menjadi vegan, maka dah tentu, itu lebih baik untuk semua orang. Mereka akan menjadi lebih reseptif seperti soalan terakhir kamu. (Ya, Guru.) Orang semakin menjadi vegan hari ini. (Ya, Guru.) Trend vegan telah berkembang dengan lebih pantas. (Ya.) Itu berita baik tapi terlalu lambat bagi saya. Saya mahukannya semalam lagi. Musim hari cuti...
Jika mereka nak beritahu kita sebarang doktrin agama pada musim hari cuti, itu hanya kerana mereka nak mengheret kita masuk, menjadikan agama mereka lebih sesak dengan orang. Jika mereka bukan vegan, jika mereka tak bermakrifat, itu satu-satunya tujuan mereka. Atau hanya daripada ego, rasa seronok dengan mereka telah mengubah kepercayaan satu orang lagi, kemudian boleh berasa bangga, memberitahu paderi atau ahli keluarga mereka, “Ya, orang itu menjadi penganut Katolik disebabkan saya.” Atau, “Orang itu menjadi penganut Buddha disebabkan saya.” Hanya ego saja.
Jika mereka menjadi vegan disebabkan oleh doa kita, itu lebih berkesan (Ya, Guru.) kerana mereka benar-benar menyedari ertinya, erti menjadi vegan. Mereka benar-benar akan kembangkan kasih sayang dan belas kasihan mereka. Jika tidak, tak berguna. (Ya, Guru.) Tak berguna, sama ada hari cuti atau tidak. (Ya, terima kasih, Guru. Terima kasih.)