Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ambil Tindakan Berani untuk Dunia Vegan! Bahagian 5 drpd 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika mereka menjadi vegan, kehidupan kita akan menjadi lebih selesa. Kita akan ada semakin banyak teknologi tinggi yang luar biasa. Kita akan ada penyakit yang kurang atau tiada lagi. Kita takkan perlu meratapi kematian awal saudara-mara, kawan atau orang tersayang kita. Kita akan hidup gembira, sihat, panjang hayat, malah berhubungan dengan Tuhan.

Kita kehilangan segalanya jika kita kehilangan kasih sayang dan belas kasihan dalam hati kita. Jadi kamu cubalah bangkitkan sifat belas kasihan itu dalam manusia lain ke mana-mana pun kamu pergi, di mana-mana pun kamu, pada bila-bila saja kamu boleh dengan menunjukkan kebaikan diet vegan kepada mereka. Melalui televisyen kita, kamu ada banyak maklumat. Kamu ambil sesetengah klip dan tunjukkan kepada mereka. Tunjukkan klip penting bahaya arak, daging atau ikan, dan filem-filem itu, amalan yang menggerunkan, jahat, saya tak terkatakan, amalan buruk, saya perlu kata, amalan aniayai haiwan yang buruk, kejam dalam industri penternakan haiwan. Tunjukkannya kepada mereka. Berikan semuanya kepada mereka. Biar mereka tahu. Buat mereka tak jahil lagi dengan apa yang mereka makan, dengan bagaimana mereka memudaratkan diri sendiri, masukkan bangkai, daging mati, berdarah ini ke dalam badan mereka, serta bahan berbahaya yang lain juga yang memang tak perlu. Kamu perlu tunjukkan kepada mereka. Jangan rasa malu. Kamu boleh menderita disebabkan oleh paparannya tetapi kamu perlu tunjukkan kpd mereka. Kerana kata-kata ringkas, kata-kata lembut, kata-kata mudah tak berkesan. Buatlah sesuatu. Sesiapa yang boleh, lakukannya. Meskipun kamu dah tua, kamu takkan terlalu tua untuk menyaksikan filem itu bersama jiranmu atau sesiapa saja yang datang melawat kamu, ahli keluargamu yang tak makan makanan vegan, masih minum arak, memudaratkan diri sendiri, semua itu. Tunjukkannya kepada mereka. Jangan hanya tunjukkan khutbah saya. Biar mereka sedar. Biar mereka nampak realiti, hubungan antara potongan daging yang mereka masukkan ke dalam mulut dengan kesakitan, seksaan, penderitaan makhluk lain di sudut gelap, tersembunyi daripada pandangan. Tunjukkan semuanya kepada mereka. Terima kasih atas bantuanmu.

Jangan cemburui saya kerana Guru kata 53% disebabkan usahanya. Saya ingin kata 100% disebabkan usaha saya supaya saya boleh bercakap besar dengan kamu, “Saya tak perlukan kamu. Saya tak perlukan kamu. Saya sendiri buat segalanya.” Mungkin jika saya tiada kamu, jika kamu tiada di sana, jika kamu bukan anak murid saya, maka mungkin saya boleh kata 100% disebabkan usaha saya. Mana tahu? Namun, saya perlu buat banyak kerja pada masa yang sama. Saya perlu mencari wang. Kamu bukan sahaja ada keistimewaan, berkat dan manfaat. Kamu ada kewajipan juga. Lakukannya bersama saya, bekerja bersama saya, menyokong saya dari segi mental, fizikal walaupun bukan dari segi kewangan, saya tak minta. Tapi kamu gunalah kekayaan yang Tuhan berikan untuk diagihkan bagi membantu orang miskin, membantu menyokong Supreme Master Television, menyedarkan orang melalui berita kita, melalui rancangan kita dan bantu membayar untuk filem yang kamu biar mereka saksikan, okey? Atau kamu bayar untuk filem itu, kemudian muat turun dan hantarnya kepada mereka. Meskipun mereka tak datang kpd kamu untuk saksikan, hantarnya ke ruang tamu mereka. Kamu hantarnya ke komputer mereka supaya mereka ingin tahu dan saksikannya. Kamu hantar filem tentang bahaya produk haiwan, arak, dadah, rokok, segala jenis benda yang merundung saudara kita di planet ini. Kamu berkewajipan untuk bantu mereka. Saya tak berseorangan dalam siapa yang nak bantu. Kamu juga nak bantu. Bukan? (Ya, memang!) Ya, pasti! Maka lakukannya! Maka lakukannya! Buat lebih banyak. Dah tentu, kamu bermeditasi. Itu penting. Dan kamu sediakan makanan vegan untuk sesiapa saja yang datang kpd kamu. Itu penting. Tetapi kamu juga tunjukkan realiti industri penternakan yang jahat, kejam, buruk. Saya tak memperhalus kata-kata saya lagi. Saya tak nak memperhalus kata-kata saya lagi. Kita tak memperhalus kata-kata kita lagi. Kita tak memperhalus perbuatan kita juga. Kita terus terang sekarang. Dah tiba masanya. Kita perlu lakukannya dengan lebih berani sekarang, lebih terus terang sekarang kerana dah kesuntukan masa sekarang. Kuasa Guru, Kuasa Syurga boleh bantu menyelamatkan planet ini untuk suatu tempoh masa bagi mendapatkan masa untuk kita. Tapi kita perlu ambil tindakan sekarang. Semua kerajaan di dunia mesti ambil tindakan. Jika tidak, kita semua akan punah. Meskipun planet ini tidak musnah, ia akan menjadi seperti neraka yang membakar. Saya tak rasa mana-mana ibu bapa yang baik ingin membayangkan anak atau cucu mereka dibakar dalam neraka macam itu. Jadi jika mereka sayangi anak, cucu-cicit mereka, mereka perlu bertindak SEKARANG! Mereka perlu jadi vegan SEKARANG! Kerana ia sudah secara rasmi diketahui oleh semua kerajaan di dunia.

Saya berdoa, berharap, merayu kepada mereka agar bertindak sekarang. Ada cara yang sangat senang. Ada banyak cara untuk hidup. Kita tak perlu makan daging, ikan atau apa-apa pun yang bergerak untuk hidup. Kita ada begitu banyak protein daripada semua sumber. Hari ini, mereka malah akan membuat protein daripada udara, masih ingat? Ya! Wau! (Ya, Guru.) Dunia sentiasa menjadi lebih baik. Cuma orang di dunia perlu mengikutinya, kemudian ia akan sentiasa menjadi semakin baik. Kamu perlu memanjat satu anak tangga dulu, kemudian boleh semakin menaik. Itu sesuatu yang logik untuk dibuat. Jika mereka menjadi vegan, kehidupan kita akan menjadi lebih selesa. Kita akan ada semakin banyak teknologi tinggi yang luar biasa. Kita akan ada penyakit yang kurang atau tiada lagi. Kita takkan perlu meratapi kematian awal saudara-mara, kawan atau orang tersayang kita. Kita akan hidup gembira, sihat, panjang hayat, malah berhubungan dengan Tuhan kerana Syurga akan dapat menunjukkan tanda ekspresif kasih sayang dan hubungan Mereka dengan kita.

Sekarang, manusia, banyak, majoriti atau sekurang-kurangnya separuh, masih buta, pekak dan bisu dengan Diri Agung mereka, Kuasa Maha Besar dan semua Syurga. Hanya kerana mereka menganiayai diri sendiri, menghancurkan diri sendiri dengan makan daging makhluk lain dan mengambil intoksikan yang sangat memudaratkan semua aspek diri kita. Bukan sahaja penyakit badan tetapi juga gangguan mental, kehancuran psikologi, kerosakan jiwa, gangguan mental dan mudarat spiritual. Saya tiada kosa kata yang mencukupi untuk menggambarkan apa kesan buruk yang manusia alami dengan mengambil bahan seperti daging, wain, arak, dadah dan sebagainya.

Jika kamu ada soalan, tanyalah saya dan barangkali kalendar saya akan dipanjangkan sikit. Terima kasih atas perhatian penyayang kamu. (Terima kasih, Guru.) Dan tepukan gemuruh kamu. Ia baik untuk ego saya. Itu bagus, terus lakukannya. Itu bagus, supaya minda saya akan membenarkan saya terus membuat kerja saya, tak merungut. Soalan? Atau semua orang dah bermakrifat?

( Saya ingin berikan laporan kepada Guru hari ini. Ada tiga subjek, bermakna tiga pencapaian dalam laporan ini. Sebelum memberikan laporan, saya ingin berkongsi dengan Guru pengalaman saya pada Hari Mahaguru Ching Hai kali ini. ) Cakaplah. ( Pertama sekali, sewaktu bersidang dengan Guru, apa yang paling menarik hati saya adalah Guru berkata bahawa meditasi adalah seperti bernafas, dan itu sebabnya dalam dua hari ini, saya dapati masuki samadhi sebaik saja saya bermeditasi. Ini sangat baik. ) Bagus. Kamu berazam, bersiap sedia untuk bermeditasi. ( Ya. Semasa persembahan perayaan dibuat, saya nampak badan cahaya Guru muncul. Saya amat tersentuh. ) Bagus. Kamu akan mendapat hasil yang baik asalkan kamu berazam. ( Ya. ) Yang penting adalah sini. Kamu perlu sangat berazam.

( Ada getaran yang sangat kuat semasa persembahan dibuat kali ini. Saya tepuk tangan sepanjang masa. Ia luar biasa. Sekarang benarkanlah saya melaporkan tiga pencapaian. Yang pertama: Saya dijemput oleh datuk bandar ke ekspo pertanian antara Taiwan (Formosa) dan China yang diadakan di dalam bangunan besar untuk pameran pertanian. Tujuannya adalah untuk mempamerkan pencapaian saintifik dalam pertanian, termasuk ucapan tetamu. Saya orang pertama yang berucap. Ia menerima banyak respons lepas itu. Banyak pemilik ladang meminta bantuan saya dalam pembaikan tanih. Datuk bandar yang menjemput saya ke sana berkata, “Apa yang kamu katakan semuanya sangat praktikal. Ini kali pertama saya dengar tentangnya.” Dia ingin mengambil tindakan. Dia kata, “Mana-mana bandar saya menjadi datuk bandar seterusnya, saya akan amalkan segalanya yang kamu katakan.” Sebenarnya saya hanya memetik arahan utama dalam buku Guru ‘Dari Krisis ke Keamanan’. Tapi dia rasa begitu kagum. ) Tahniah.

( Perkara kedua yang ingin saya laporkan ialah bahagian utama cadangan yang pasukan pakar kami kemukakan kepada Jawatankuasa Perundingan Negara adalah berdasarkan ‘Dari Krisis ke Keamanan’. Ia tentang pembinaan komuniti mesra alam. Kami membawa pemimpin Jawatankuasa Perundingan Negara ke hospital kami yang merupakan hospital vegetarian dan kami menawarkan kajian teliti kepada mereka. Mereka sangat kagum kerana di hospital kami, tiada apa-apa yang ada bahan haiwan dan rawatan kami berkesan. Banyak pesakit sembuh daripada penyakit serius. Semua orang di hospital kami mengamalkan diet vegetarian termasuk pesakit dan kakitangan. Mereka kagum dengan orang vegetarian boleh begitu sihat. Kami jemput mereka makan tengah hari di restoran dalam hospital kami dan mereka kata, “Makanan vegetarian enak dan bermanfaat kepada kesihatan.” Apa yg penting, saya juga bawa mereka ke stesen uji kaji kami di kampung-kampung yg berlainan di China dan membuat banyak demonstrasi. Syarat kami adalah tiada racun perosak, baja kimia atau racun herba yang digunakan di kampung. Setiap kampung perlu melakukan pengasingan sampah. Semua baki tumbuhan perlu dikembalikan ke tanah ladang dan melalui pengubahan biologi, menukar bahan buangan menjadi sumber berharga yang sangat baik untuk alam sekitar. Semua hasil tuaian tanaman perlu diperiksa di pusat ujian yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan tiada kesan 50 jenis racun perosak dan logam berat dalam hasil tuaian. Oleh itu, sewaktu mereka melawat stesen uji kaji kami, mereka memetik sayuran dan makannya di situ juga. Saya kata, “Tak apa. Langsung tiada pencemaran dalam sayuran ini. Selain itu, ada vitamin B12 dalam tanih yang boleh menambah pengambilan harian kamu.” ) Mengagumkan. Kamu telah melakukan kerja baik. ( Mereka sangat gembira. ) Apa yang telah kamu buat, datuk bandar menjemput kamu ke sana? ( Saya bekerja dalam biokejuruteraan, bermakna pembaikan tanih. ) Bagus. Tiada datuk bandar yang pernah jemput saya. ( Saya pergi sebagai wakil kumpulan kita. Ia sangat berjaya. ) Tahniah. Bagus. ( Terima kasih, Guru. ) Tahniah. Syabas.

( Ya. Pencapaian ketiga ialah: Saya beri banyak cadangan kpd mereka tentang bagaimana mengubah tamadun industri menjadi tamadun ekologi untuk menghidupkan semula pertanian tradisional dan mempromosikan pendidikan ‘tiga kemurnian’ yang bermula dari tadika. Kami sembuhkan semua pesakit di kampung. Pertama sekali, saya berikan pemeriksaan kesihatan yang teliti di hospital kami. Semua penduduk kampung datang ke hospital kami untuk pemeriksaan kesihatan. Mereka yang didapati sakit menerima rawatan perubatan di hospital kami, hampir percuma. ) Wau! Okey. ( Mereka semua sangat gembira. ) Syabas! ( Terima kasih, Guru. Banyak orang hidapi penyakit serius atau yang tak diketahui. Sesetengah daripada mereka tak dapat kembali bekerja di tanah ladang mereka. Tahun ini, selepas menerima rawatan perubatan kami, petani kembali bekerja dan dapat mengutip semua buah berangan di ladang. Dia begitu gembira. ) Okey. Syabas! ( Terima kasih, Guru. Ada pencapaian ketiga. Pasukan kami akan bina komuniti mesra alam. Taman industri bioteknologi itu sangat besar dan saya telah bercakap dengan ketua di sana. Mereka juga telah sedia untuk mengimplementasikan nasihat kami yang saya petik daripada garis panduan dalam ‘Dari Krisis ke Keamanan’. Itu bagus. Terima kasih, Guru. ) Bagus. ( Itu penghujung laporan saya. ) Okey, terima kasih. Saya ada dengar semua perinciannya. Laporanmu sangat lengkap. Saya ada dengar semua perinciannya. Terima kasih.

Okey. Bagus. Baiklah. Dah berapa lama kita bersama? Mungkin hampir dua jam, kan? (Ya.) Itu dah cukup bagus. Terlalu banyak perkara baik, kita tak dapat cernakan, jadi lain kali. Saya memang perlu pergi dari sini. (Terima kasih, Guru.) Saya memang perlu pergi menjaga anjing saya, menguruskan dokumen cemas dan bermeditasi untuk seluruh dunia. Jumpa lagi lain kali jika boleh. Tuhan rahmati kamu. ( Terima kasih, Guru. ) Tuhan jaga kamu dan saya kasihi kamu. ( Kami kasihi Guru. ) Saya begitu juga. Saya juga kasihi Gurumu. ( Kasihi Guru! ) Kasihi kamu. (Kasihi Guru!) Jumpa lagi. (Terima kasih!) ( Kasihi Guru. ) Kasihi kamu. (Kami kasihi Guru!) Jagalah diri baik-baik. Jagalah diri dan bantu orang lain, okey? (Ya!) Bermeditasi dan bantu orang lain. (Terima kasih!) Jumpa lagi! (Terima kasih, Guru!) Kasihi kamu.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/5)
1
2020-07-29
5686 Tontonan
2
2020-07-30
3925 Tontonan
3
2020-07-31
4123 Tontonan
4
2020-08-01
6181 Tontonan
5
2020-08-02
6238 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-09
480 Tontonan
2024-11-09
238 Tontonan
2024-11-08
598 Tontonan
2024-11-08
548 Tontonan
2024-11-08
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android