Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Seruan Cemas Mahaguru Ching Hai untuk Menyelamatkan Dunia Kita dan Berdoa untuk Dunia Vegan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita kesuntukan masa sekarang. Dunia kita memang dalam kecemasan. Ada beberapa bom yang berdetik, tak perlu perubahan iklim pun. Syurga dah marah. Bumi dah marah. Alam Semula Jadi dah marah, menunggu kita kembali ke sifat asal yang penyayang, pemurah seperti yang Tuhan hendaki untuk menyelamatkan orang lain, diri sendiri dan keluarga. Semua tenaga marah, derita ini, semuanya diarahkan kepada kita. Berbanding dengan ini, bom atom hanyalah seperti mainan kanak-kanak. Jadilah wira. Ubah cara hidup kita. Jadilah wira. Bantulah planet ini. Selamatkan haiwan. Selamatkan dunia kita. Kita berdoa bersama-sama. Meskipun anda tak dapat menjadi vegan sekarang, berdoalah agar segera menjadi begitu. Mendoakan Dunia Vegan. Bersamalah kami untuk bermeditasi pada setiap Ahad, pukul 9 malam, masa Hong Kong. Doa kita adalah berkuasa kerana ia disokong oleh Syurga, Santo dan Kuasa Tuhan. Ia ada kuasa yang besar, tak pernah diketahui sebelumnya, terutamanya sekarang kita lakukannya bersama-sama, dan anda menjadi vegan, berdoa untuk menjadi vegan, akan menjadi vegan dengan segala sifat belas kasihan dalam diri anda. Ia sangat berkesan. Beritahulah ahli keluarga, kawan, kenalan anda, sesiapa saja yang anda kenali supaya berdoa bersama kita untuk dunia vegan. Ia baik untuk mereka juga. Kita BERDOA, BERMEDITASI BERSAMA-SAMA selama kira-kira setengah jam, teruskan PADA SETIAP AHAD sehingga Dunia Vegan wujud di sini. Ikhlas selama lima, 20 minit pun, semua itu bantu membersihkan dunia kita, menyelamatkan kanak-kanak, dan menjalani kehidupan yang mulia, wajar, sesuai dengan anak Tuhan. Sertailah kami untuk menyelamatkan makhluk tak berdosa. Sertailah kami untuk menyelamatkan dunia kita. Tolonglah! Moga Tuhan rahmati anda berlipat ganda dalam hayat ini dan di akhirat.

Halo! Halo, dalam Kasih Sayang Tuhan. Apa khabar? Saya berterima kasih kepada kamu kerana hadir bersama saya hari ini. Minta maaf atas kecemerkapan kerana ini adalah spontan. Saya tak boleh tunggu lagi, jadi saya ingin bercakap dengan kamu semua hari ini. Terima kasih kerana bersabar.

Apa yang mendorong saya bercakap dengan kamu hari ini, saya rasa banyak drpd kamu tahu sangat. Itu cara yang tak berperikemanusiaan di ladang haiwan cara kilang. Tiada orang, sesiapa yang lihatnya, akan rasa senang dengan diri sendiri. Saya tak nak mengutuk. Saya akan teragak-agak untuk buat begitu kerana saya tahu bahawa kamu tak tahu. Banyak daripada kamu tak tahu apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup di kononnya ladang haiwan cara kilang. Saya tahu bahawa kamu tak tahu, banyak daripada kamu tak tahu atau tak benar-benar sedar realiti kekejaman di dalam dinding terlarang dan pintu tertutup itu. Sama seperti saya tak tahu sebelumnya. Di tanah air saya atau dulu ke mana-mana pun saya pergi, contohnya India, Burma atau Thailand, saya lihat haiwan adalah bebas. Mereka buat kerja, membantu pertanian tetapi mereka bebas.

Saya tahu kamu sayangi haiwan. Itu satu perkara yang saya tahu. Kamu cuma tertanya-tanya apa yang nak dibuat untuk bantu mereka. Syukurlah, kita ada kuasa doa. Kita akan berdoa untuk Dunia Vegan dan kamu akan berdoa bersama saya. Kerana hanya menjadi vegan adalah tidak cukup, hanya berdamai adalah tidak cukup. Kita perlu melindungi nyawa dengan secara berterusan mempromosikan veganisme dan mengekalkan keamanan melalui proses dan cara hidup berbelas kasihan ini. Ini dapat dilakukan jika kita ialah vegan yang yakin atas sebab belas kasihan, keamanan mampan, planet mampan, dunia mampan melalui gaya hidup harmoni.

Jadi saya akan minta kamu, penonton yang menawan, mulia, sesiapa pun kamu dalam masyarakat, bermakna kedudukan, ideologi, pendapat, kepercayaan agama kamu, tolonglah, ikut hati penyayang kamu. Kamu tak nak mati dgn menggerunkan, jadi tanyalah diri, “Adakah kamu nak mati dengan menggerunkan, terseksa, di sudut gelap yang tiada orang tahu tentang nasib kamu, tiada orang dengar jeritan kamu meminta tolong?” Kamu bergantung kepada belas kasihan sesiapa saja yang menyeksa kamu, membunuh kamu pada masa itu. Kamu tak mahu itu, kan? Jadi haiwan tak mahu itu juga. Saya pasti kamu tak mahu anakmu dipisahkan daripada kamu. Haiwan juga tak nak. Kanak-kanak pun faham ini. Jadi kita akan berdoa bersama-sama. Jika kamu mempercayai keadilan, meskipun kamu tak dapat menjadi vegan buat masa ini, berdoalah agar segera menjadi begitu. Mendoakan Dunia Vegan.

Berdoa bersama kami pada tarikh 9 Februari 2020. Kuasa yang besar telah dicurahkan untuk ini, untuk kita. Kamu berdoa dengan ikhlas, kemudian kamu akan nampak apa yang saya katakan adalah benar. Ahad, 9 Februari 2020, tahun ini, pukul 9 malam masa Hong Kong. Kamu orang yang cerdik, kamu pasti akan dapat tahu masanya. Ini masa yang sangat mudah bagi kebanyakan benua, jadi tolong tinjau masa kamu. Pasang jam penggera di mana-mana pun kamu, apa-apa pun yang kamu buat, berhentilah seketika bagi mendoakan Dunia Vegan bersama kami, bersama saya. Doa kita akan berkuasa kerana ia disokong oleh Syurga, Santo dan Kuasa Tuhan. Saya memastikan itu. Ia ada kuasa yang besar, manusia tak pernah tahu sebelumnya terutamanya sekarang apabila kita lakukannya bersama-sama, dan kamu menjadi vegan atau berdoa untuk menjadi vegan atau akan menjadi vegan dengan segala sifat belas kasihan yang inheren dalam dirimu. Ia akan sangat berkesan.

Beritahulah juga ahli keluarga, kawan, kenalan kamu, sesiapa saja yang kamu kenali supaya berdoa bersama kita, bersama kamu, bersama kita untuk dunia vegan. Itu baik untuk mereka juga. Saya beritahu kamu ini demi kamu dan demi mereka kerana kita akan dengan itu menghidupkan semula planet ini, jadi kamu takkan pergi ke neraka dan dikisar sebagaimana penjual daging mengisar daging haiwan.

Saya memikirkan anakmu. Saya pasti kamu sangat sayangi mereka, lebih daripada apa-apa yang lain di dunia, lebih daripada sebarang harta. Saya pasti itu. Jadi, fikirkanlah ini. Jika sesuatu kamu tahu beracun, kamu sendiri tak nak makannya pun meskipun terdesak, lapar, kamu takkan makan racun. Jadi dah tentu kamu tak mahu anakmu makan itu juga. Daging haiwan, sebarang jenis, adalah beracun. Semua daging - daging burung, daging ikan, telur, daging serangga, ulat, apa-apa saja yang merayap, apa-apa saja yang bergerak, semuanya beracun. Ia buat kamu sakit, buat kamu menjadi lumpuh kadangkala, tak dapat buat apa-apa pun atau menjalani hidup yang bermaruah. Ia membunuh kamu dengan perlahan-lahan atau cepat. Tetapi bukan itu saja, bukan hanya sakit atau mati. Ia akan membawa kamu ke neraka. Saya serius kerana saya tak pernah begitu serius sepanjang hidup saya.

Kebanyakan daripada kamu ada binatang kesayangan seperti anjing, kucing, haiwan, burung, angsa atau itik. Saya lihat banyak daripada kamu ada segala jenis binatang kesayangan. Mereka begitu penyayang, begitu cerdik, begitu comel, begitu seperti manusia, jadi kamu sangat sayangi mereka. Lembu, khinzir, sesetengah orang juga peihara sebagai binatang kesayangan. Meskipun kamu tiada mereka sebagai binatang kesayangan, mereka tak berbeza dgn binatang kesayangan kamu yang lain seperti anjing, burung, angsa, itik, malah ayam belanda, kucing, kuda dll. Mereka semua ialah haiwan. Mereka tak berbeza, sama seperti kita semua ialah manusia. Sesetengah daripada kita berkulit kuning, sesetengahnya merah, sesetengahnya hitam, sesetengahnya perang, sesetengahnya putih, tetapi kita semua ialah manusia. Kita menuturkan bahasa yang berlainan tetapi kita semua ialah bangsa yang sama, bangsa manusia. Sama juga, semua haiwan ialah bangsa yang sama, haiwan. Lebih-lebih lagi, mereka ialah bangsa yang sama dgn kita. Mereka ialah penghuni bersama. Mereka ialah penghuni Bumi. Mereka berhak untuk hidup di sini, sama seperti kita. Kita tak boleh merampas hak itu daripada mereka, hak yang diberikan oleh Tuhan, sama seperti Tuhan berikan nyawa kepada kita.

Jadi kita tak perlu memahami bahasanya. Kadangkala mereka tak bercakap pun. Mereka tak dapat. Mereka bercakap secara telepati di dalam. Mereka saling berkomunikasi dengan bahasa-bahasa yang berlainan, sama seperti kadangkala kita saling berkomunikasi dengan bahasa-bahasa yang berlainan. Tetapi kita tak perlu memahami bahasa mereka untuk mengetahui penderitaan mereka. Jika kamu tak tahu akan ini, saksikanlah filem seperti ‘Cowspiracy’, ‘Penghuni Bumi’, ‘Temui Daging Anda’, ‘Kebenaran Daging’, ‘Apa Kesihatan’ dan sebagainya, dan banyak lagi untuk kamu sendiri lihat derita pada muka mereka, ekspresi kesedihan, kesakitan, seksaan besar. Sama seperti kita jika kita berada dalam situasi mereka. Mereka ada daging, ada tulang, darah mereka adalah merah juga, kebanyakan daripada mereka. Cuma mereka tak menuturkan bahasa kita.

Kadangkala sesetengah daripada mereka menuturkan bahasa kita. Anjing saya berbahasa Inggeris. Banyak kucing juga berbahasa Inggeris, maksud saya, tak seperti kita, tetapi mereka menuturkannya jika belajar. Burung saya banyak bercakap, banyak kosa kata. Ada burung-burung seperti African Grey yang bernama Alex. Ia sangat cerdik, sangat terkenal. Ia bercakap seperti manusia dan memahami segalanya. Ia tahu apa yang kita maksudkan dengan istilah tertentu dan ia membalas. Dan gorila yang bernama Koko tak dapat menuturkan bahasa kita tetapi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan kita. Ia malah menasihati kita supaya menyelamatkan planet kita. Ia menangis disebabkan itu, disebabkan cara kita mengendalikan kediaman kita yang tak begitu bijak, kediaman Bumi, satu-satunya yang kita ada. Ia menangis. Gorila Koko menangis.

Jadi kita tak perlu ada bakat telepati pun untuk memahami haiwan apabila mereka terseksa. Jika seorang Cina dan seorang Afrika menangis kerana anak mereka dirampas, dipisahkan daripada mereka, adakah orang yang berbahasa Inggeris perlu mengetahui bahasa Cina atau bahasa suku kaum Afrika untuk memahami bahawa ibu bapa ini menderita kerana anak diculik atau dipisahkan secara paksa? Kita tak perlu.

Saksikanlah filem-filem yang saya sebut tadi dan ada banyak lagi. Ada juga sebuah filem daripada Jane Velez-Mitchell. Ia berjudul ‘Hitung Undur ke Tahun Kosong’. Mereka kira secara saintifik bersama Dr. Rao, orang yang mencipta internet, seorang ahli sains, cendekiawan yang cerdik di dunia kita. Beliau mengira bahawa kita ada enam tahun lagi saja, lebih kurang, utk betulkan masalah kita, masalah berbahaya yang mendatang, pecutan iklim. Ini akan memusnahkan seluruh dunia termasuk anak cucu kamu. Jika kita tak bertindak sekarang, jika kita tak beralih ke vegan sekarang, itu apa yang akan berlaku. Planet ini akan terselamat. Planet ini akan terselamat daripada kita. Tetapi Dia tak dapat memeluk kita selama-lamanya jika kita buat secara bertentangan dengan apa yang kita tahu betul untuk menyelamatkan planet ini, menyelamatkan dunia kita, menyelamatkan manusia, menyelamatkan kanak-kanak. Kita perlu menyelamatkan kanak-kanak. Meskipun kita dah tua sekarang dan tak berapa mempedulikan hidup dan mati lagi, kita perlu menyelamatkan kanak-kanak. Mereka tak berdosa. Mereka belum buat apa-apa yang salah. Mereka ada sepanjang hidup di depan mereka. Mereka mesti hidup. Sekarang juga. Kita perlu. Kita perlu menyelamatkan dunia kita.

Syurga dah marah. Saya nak beritahu kamu ini. Syurga dah marah. Saya tak dapat beritahu kamu semuanya secara terperinci tapi beritahu kamu sikit. Bumi dah murka. Alam Semula Jadi dah marah, menunggu kita kembali ke sifat asal yang penyayang, pemurah seperti yang Tuhan hendaki. Menunggu kita menggunakan kuasa ini untuk selamatkan orang lain, selamatkan diri sendiri dan keluarga. Bom yang berdetik menunggu untuk meletup. Alam Semula Jadi boleh memusnahkan kita juga.

Ada beberapa bom yang berdetik, bukan satu saja. Alam Semula Jadi juga merupakan salah satu bom yang berdetik. Saya beritahu kamu semua rahsia ini sedikit, tak banyak, tapi kamu boleh bayangkan lebih banyak. Tak perlukan nyalaan suria, tak perlukan hurikan, tak perlukan tsunami pun. Neraka tak dapat dielakkan jika kita tak ubah cara hidup kita. Saya tahu tak begitu senang bagi kamu. Kamu ada banyak alasan. Kamu ada banyak sebab. Kamu dah begitu biasa dengan jenis cara hidup ganas ini sehingga ia telah menjadi normal. Tetapi itu tak normal. Dalam semua agama, Rukun Pertama ialah “Kamu Tak Harus Membunuh.” Ahimsa. Jadi, tak mencederakan makhluk lain. Di banyak negara, ada banyak undang-undang untuk melindungi haiwan tetapi saya tak nampak penduduk benar-benar mematuhinya. Jadi kita perlu buat sesuatu. Kerana jika tidak, kita memang membunuh diri sendiri.

Semua tenaga tak berbelas kasihan dari Alam Semula Jadi, dari Syurga, dari Bumi, semua kemarahan, tenaga derita ini, semuanya diarahkan kepada kita. Berbanding dengan tenaga ini, bom atom tak seberapa saja. Ia seperti mainan kanak-kanak. Jadi jika kita nak menyelamatkan diri sendiri dan orang tersayang, kita mesti berubah. Kita mesti bergantung kepada sifat belas kasihan kita sendiri dan kuasa inheren anak Tuhan yang kita ada untuk menyelamatkan dunia ini. Saya dah tua juga. Saya telah hidup dengan cukup lama. Jadi meskipun saya perlu pergi esok, saya takkan kesal. Barangkali saya akan sangat gembira untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini tetapi saya masih ada kerja untuk dibuat. Saya tak boleh pergi dengan begitu saja.

Saya mahu dunia kita menjadi sempurna, seperti syurga untuk kanak-kanak tak berdosa yang datang selepas kita dan untuk roh yang tak berdosa, tak berdaya, tak dapat pertahankan diri tetapi menawan, mulia dalam bentuk haiwan. Roh mereka adalah seperti roh kita, tiada apa-apa yang berbeza. Mereka ialah ciptaan daripada Tuhan tetapi kita sentiasa musnahkan mereka. Kita tak buat apa-apa pun. Kita hanya sentiasa memusnah dan membunuh. Itu tak betul. Itu tak adil, tak pemurah, tak berperikemanusiaan, tak mulia, tak baik sama sekali.

Fikirkanlah itu. Seandainya orang memperlakukan kita sebagaimana kita memperlakukan haiwan di ladang cara kilang, akankah kita suka? Kamu harus menyaksikan filem-filem dokumentari itu. Begitu dahsyat, begitu seperti neraka. Mana boleh kita harapkan Syurga jika kita membiarkan jenis amalan seperti neraka ini berlaku: mengganggu, menyeksa, mencacatkan, membunuh makhluk yang lemah dan tak berdosa. Mana-mana manusia yang baik takkan buat begitu terhadap penghuni Bumi yang lebih lemah, lebih muda. Sesetengah ayam sebesar ini saja – dibunuh, dicacatkan, dimakan. Dan sebelum itu, mereka menderita sepanjang hidup dalam kegelapan, di ladang cara kilang yang sempit, dalam penyakit, bulu gugur dan perut jatuh keluar. Oh, segala-galanya yang dahsyat! Saya tak tahu sama ada kamu pernah pergi ke neraka tetapi neraka kelihatan lebih baik. Sesetengah neraka kelihatan lebih baik daripada itu. Jika kamu lihatnya, kamu akan jerit, akan tutup mata. Kamu akan kata, “Ya Tuhan, tolong hentikan ini.” Kamu akan kata seperti yang saya katakan. Saya telah tutup hati saya, mengawal emosi saya supaya boleh saksikan filem-filem ini untuk menjadi lebih berazam untuk membantu kawan manusia mendapat semula Alam Tuhan di dalam, mendapat semula sifat seperti Syurga yang kita ada secara inheran. Tetapi kita telah dicemari. Kita pergi mengikut arus dan tiada masa untuk berfikir.

Jimatkanlah masa untuk berfikir. Saksikan filem-filem ini dan lihat bagaimana kamu rasa. Saya ada saksikannya, cuma saya saksikan dengan sebelah mata dan sebelah tangan yang lain, saya kata, “Semoga awak diberkati, semoga awak diberkati. Semoga haiwan diberkati.” Kerana mereka begitu banyak menderita di luar imaginasi saya. Saya tak tahu semua itu juga, bukan saja kamu tak tahu kerana kita dilahirkan dengan gaya hidup mudah. Meskipun sesetengah drpd kamu makan daging, kamu tak dapat kaitkannya dengan realiti kejam di sebalik potongan daging kecil yang dibuat menjadi sempurna, dibungkus dengan baik. Ia seperti sekeping sesuatu. Kamu tak dapat kaitkannya dengan kegerunan di sebaliknya. Jadi tolong buat tinjauan. Meluangkan sedikit masa untuk mendapat tahu tentang benda dahsyat ini, benda beracun yang dipanggil daging. Mereka bukanlah daging. Mereka ialah makhluk hidup.

Lama dahulu, kita masih merantai orang kita sendiri, buat mereka menjadi hamba. Hari ini, kita masih buat begitu terhadap lembu tak berdosa yang tak dapat lari ke mana-mana pun. Kamu saksikan filem dan semua dokumentari ini, kemudian kamu akan faham apa yang saya katakan. Khinzir berada di dalam sangkar macam ini, tak dapat berpusing atau bergerak pun sepanjang hidup. Bayangkan itu kamu atau anakmu. Lembu dan anak lembu dipisahkan daripada ibu bapa mereka dengan si ibu mengejar di belakang, menangis. Kamu tak perlu berbahasa Inggeris untuk terjemahkan itu. Jika kamu lihat klip itu, kamu akan faham. Kamu tak perlu menuturkan bahasa lembu, telepati, apa-apa pun. Jadi sekarang bom atom tak seberapa saja berbanding dengan bom berdetik yang kita ada.

Saya akan jelaskan satunya, mungkin hanya satu contoh, contohnya alam haiwan. Alam haiwan sudah berada di bawah perlakuan kejam dalam tahun-tahun dan dekad-dekad ini. Lebih banyak haiwan telah disembelih daripada populasi manusia kita. Kita buat diri kita menjadi raksasa, masyarakat raksasa. Minta maaf jika kata-kata saya tak diperhalus tetapi ini caranya kita harus digambarkan. Selepas kamu saksikan semua dokumentari ini, kamu akan kata seperti saya atau mungkin lagi banyak dalam bahasa kamu.

Okey, sekarang saya berkata tentang contoh salah satu bom yang berdetik. Katakan alam sayuran, alam tumbuhan: pokok, tumbuhan, sayuran, buah-buahan yang kita makan. Katakan suatu hari mereka rasa sangat tak selesa, sudah pun begitu sekarang disebabkan oleh cara kita memperlakukan planet kita dan spesies lain. Ingatkanlah saya. Saya nak beritahu kamu tentang anjing saya juga, apa yang dikatakannya. Katakan alam sayuran, alam tumbuhan dah cukup menahan kita dan rasa, memerhatikan dan rasa kita terlalu memudaratkan, terlalu tak murah hati terhadap semua spesies. Kita tebang pokok dengan sesuka hati, contohnya, hanya untuk tanam tanaman. Bukan untuk manusia tetapi untuk haiwan ternakan sementara banyak daripada kanak-kanak manusia, wanita, orang tua, mati kebuluran, atau hanya ada kulit yang menutup tulang sehingga kita boleh kira tulang rusuk mereka.

Kamu tahu apa yang saya katakan. Hari ini, ada internet, filem. Kamu tahu akan segalanya. Mungkin kamu tahu lebih daripada saya. Saya hanya mengingatkan kamu. Atau hanya kalau-kalau kamu telah lupa. Hanya kalau-kalau kamu terlalu sibuk dan abaikan perkara dahsyat yang berlaku di belakang kita, belakang pintu tertutup. Sekarang sudah abad ke-21. Banyak Guru, banyak Santo telah mengajar kita banyak kelakuan berbelas kasihan, cara yang seharusnya sebagai manusia. Kita tak boleh kata kita jahil atau tak berpengetahuan lagi. Kita telah besar, kita bijak, kita berpengetahuan. Kita tahu akan banyak perkara. Kita telah pergi ke bulan, tak lama lagi Marikh dan sebagainya. Kita tak boleh kata kita jahil lagi. Tiada alasan. Tetapi kita masih tak tahu banyak perkara, itu dah pasti, terutamanya tentang haiwan diseksa, dicacatkan, diganggu, dibunuh setiap hari. Berbilion-bilion daripada mereka.

Seandainya alam sayuran telah cukup menahan kita dan rasa kita terlalu jahat, terlalu memudaratkan, terlalu tak berperikemanusiaan, terlalu jahat, terlalu dahsyat terhadap spesies lain, maka mereka boleh memberontak. Mereka boleh. Kita menganggap sayuran kecil, selada pokok renek atau pokok pun sebagai makhluk yang rendah. Mereka ialah makhluk juga. Mereka boleh memusnahkan kita. Saya beritahu kamu hal sebenar. Apa yang saya tahu. Maksud saya, di dalam. Mereka boleh berubah jika mereka menjadi sangat jemu dengan bangsa manusia yang cerdas tetapi berkelakuan tidak bijak, mereka boleh memberontak, boleh menentang kita. Jadi daripada menjadi begitu jinak seperti biasa sekarang atau pemurah, mereka boleh berubah menjadi beracun dan boleh membawa maut. Mereka boleh memusnahkan seluruh bangsa manusia. Tak perlu tunggu perubahan iklim pun. Tak perlu tunggu planet ini bertukar menjadi panas seperti neraka disebabkan perubahan iklim untuk memusnahkan kita. Sayuran yang kita makan setiap hari pun, buah-buahan yang kita nikmati juga boleh memunahkan kita. Kita sudah pun membantu rancangan ini dengan membuang megatan racun yang tak terkira ke dalam tanih, ke dalam air kita, ke dalam sungai dan sumber air yang kita minum, ya, yang sepatutnya menampung kita tetapi kita meracuni sumber hidup, sumber air ini.

Kita meracun kita sendiri dengan perlahan-lahan secara tak sedar. Tetapi kadangkala dengan ketara dan cepat juga. Atas nama perniagaan, industri, apa-apa saja. Kita melakukannya kerana kita tak dapat berhenti. Ia telah menjadi suatu tabiat. Ia menjadi normal. Orang lain yang tahu sama ada menyokongnya kerana berhubungan sesama mereka untuk perniagaan, untuk wang, untuk glamor, atas sebab politik, kerana takut tak diundi, atau takut, dalam kata-kata seorang remaja, Greta Thunberg, takut menjadi tidak popular. Terdorong oleh politik. Tetapi berhentilah dan memikirkannya. Kanak-kanak, akankah kita biarkan ketakutan ini membunuh mereka, meracun mereka, buat mereka menjadi cacat, buat mereka menjadi tempang, buat mereka sakit, buat mereka menjadi separuh manusia, separuh... saya tak tahu, binatang atau sayur, disebabkan oleh benda beracun, bahan beracun di dalam udara, metana, karbon dioksida. Di Bumi, segala bahan kimia ini. Dan di dalam perut, segala racun ini, daging, ikan dan telur yang sarat dengan antibiotik dan sebagainya. Makanan laut atau makanan darat, sekarang semuanya telah tercemar. Jadi kita merisikokan nyawa dengan memasukkan bahan ini ke dalam mulut kita.

Mulut kita harus digunakan untuk memuji Tuhan, menenangkan orang susah, menyanyikan dodoi kepada bayi, memberitahu perkara yang mendidik orang, membantu dan pemurah terhadap orang lain, keluarga atau diri sendiri, tapi bukan gunakannya untuk masukkan potongan bangkai mati ini ke dalam mulut kita. Ya Tuhan! Kebanyakan orang akan kata, “Khinzir begitu kotor, meranduk dalam lumpur di luar, anjing begitu tak bersih.” Tapi kita masukkan ini ke dalam mulut! Bayangkan betapa tak bersihnya kita? Betapa tak bijaknya kita. Kita merisikokan nyawa setiap kali kita masih makan daging atau ikan sebagai makanan. Ia bukan makanan. Ia merupakan racun. Ia merupakan bahan yang merendahkan kemuliaan kita.

Jadi saya merayu kepada kamu demi kepentingan kamu sendiri. Hentikan daging itu. Jangan lihatnya lagi. Jadilah anak Tuhan. Jadi mulia. Jadi pemurah. Jadi berbelas kasihan. Itu kamu. Kamu hanya lupa. Ingatlah itu. Jadi patah baliklah. Kita semua harus berpatah balik. Berpatah balik sekarang ke arah yang bertentangan. Arah kasih sayang, segala kasih sayang alam semesta, arah belas kasihan, arah penghormatan terhadap semua hidupan, semua ciptaan Tuhan, arah rasa syukur. Selamatkanlah dirimu sebelum terlewat. Sebelum kanser meragut nyawamu dan kamu biarkan anakmu menjadi anak yatim. Sebelum sebarang jenis penyakit yang lain memisahkan kamu daripada orang yang kamu kasihi disebabkan daging, ikan, telur… …atau produk haiwan yang lain. mungkin kamu tak apa-apa hari ini tetapi kamu takkan tahu esok potongan daging atau ikan itu akan membawa kamu ke mana. Hancurkan hidupmu, lumpuhkan badan dan mindamu. Kamu berisiko setiap hari apabila masukkan daging yang tak bersih itu ke dalam mulut cantikmu.

Di Syurga, burung, binatang, manusia, maksud saya seperti manusia, mereka gunakan mulut hanya untuk memuji Tuhan dan menyanyikan lagu gembira. Jika mereka perlu makan, ada nektar, makanan murni. Kitalah orang yang makan makanan yang buruk, banyak makanan buruk. Bukan sahaja haiwan domestik, haiwan ladang malah makan hidupan liar dan jatuh sakit disebabkan itu. AIDS yang tersebar di seluruh dunia, ia bermula daripada memakan monyet di hutan di sesuatu tempat. Sekarang kita ada satu lagi, satu penyakit yg tak dapat disembuhkan, satu demi satu penyakit ganjil. Kita tak dapat larikan diri daripada karma kita, bermakna kesan perbuatan kita. Jika hari ini demam Wuhan tak membunuh kita, esok, hari seterusnya, minggu seterusnya, bulan seterusnya, akan ada satu lagi yang membunuh atau mencacatkan kita, buat kita alami koma, menjadi orang yang tak berguna. Tak berguna. Membazirkan berkat dari Syurga dan Bumi.

Jadi patah baliklah. Takut kepada Tuhan, cintai Tuhan, patah balik, sayangi semua makhluk. Selamatkan nyawa, bukan meragutnya. Kita telah buat banyak perkara, banyak daripada kita, banyak drpd kamu. Banyak daripada kamu telah cuba sebaik yang boleh untuk menjalankan mogok duduk selama berminggu-minggu atau berhari-hari, memberikan khutbah, pergi menemu ramah kerajaan, membuat dokumentari, cuba sebaik yang boleh, segigih yang boleh untuk menunjukkan kepada dunia, kepada saudara kamu bahawa dunia kita tak betul, begitu kejam, bertindak dengan dahsyat sekali terhadap makhluk lain. Mereka berlari-lari, mereka menyusu, mereka saling menyayangi. Mereka ada perasaan seperti kita. Tiada orang yang akan menafikan itu. Jika sesiapa menafikan ini, makhluk hidup tiada emosi, tiada perasaan, tiada kasih sayang, tiada Sifat Mulia, orang-orang ini ada masalah. Kerana saya tahu haiwan ada Sifat Mulia, ada kasih sayang, ada sifat Tuhan. Saya tahu semua itu daripada pengalaman saya sendiri, daripada meditasi, daripada bimbingan dalaman oleh Syurga langsung dan Tuhan. Saya boleh bercakap dengan Tuhan dan Tuhan juga jemu dengan kita.

Tetapi Tuhan belum nak memusnahkan kita. Tetapi tak perlukan Tuhan untuk memusnahkan kita. Seperti yang saya dah beritahu kamu, sayuran pun boleh memunahkan kita dalam sekelip mata. Atau racun yang kita masukkan ke dalam air dan minum, dan itu masuk ke dalam sayuran, masuk ke dalam haiwan yang kamu makan atau masuk ke dalam ikan dalam laut. Kamu tak nampak racunnya pun. Kamu tak terhidunya pun. Kamu makannya, habislah kamu, sesetengah daripadanya. Kamu harus cuba mengenangkan rahmatmu, masih hidup, makan semua ini. Saya mengenangkan rahmat saya juga. Saya juga mengenangkan rahmat semua kanak-kanak yang dipaksa makan makanan yang mereka tak tahu bahawa ia merupakan racun. Sebelumnya, mereka tak makan. Kita memaksa mereka sehingga mereka jadi biasa dengannya. Mereka terpaksa, mereka tiada pilihan. Tiada ibu bapa yang harus berikan racun kepada anak jika kamu tahu akannya. Jika kamu tak tahu akannya, buatlah kajian. Lihat di internet. Kaji laporan NASA. Kajian di bawah PBB, laporan ahli sains Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kaji banyak dokumentari lain yang ditawarkan kepada kamu untuk pengetahuan kamu, untuk kamu sedar, daripada segala kasih sayang yang mereka ada dalam hati mereka terhadap saudara mereka.

Semua pembuat filem ini, pelakon atau sesiapa saja yang terlibat dalam filem dokumentari ini. Daripada segala belas kasihan yang mereka ada, bukan sahaja terhadap haiwan tetapi juga terhadap dunia, terhadap kita, terhadap saudara manusia mereka terhadap saudara manusia mereka dan semua kanak-kanak yang menderita. Bukan disebabkan oleh kesalahan mereka, kerana mereka tak tahu apa-apa pun. Mereka tak dapat mempertahankan diri. Mereka hanya makan apa yang ibu bapa berikan. Ini paling kesian. Untuk mereka, Tuhan mengawasi kita. Mereka tak berdosa.

Cara kita menyeksa haiwan dan membunuh mereka, sebanyak berjuta-juta, setiap bulan, setiap minggu, setiap tahun, setiap hari, Tuhan tak tahan. Haiwan ialah ciptaan Tuhan juga. Mereka di sini atas tujuan tertentu. Jika kamu tak tahu Sifat Mulia dalaman mereka, sekurangnya tak mencederakan mereka. Saya tahu kamu tak tahu. Kerana semua ini dilakukan di sebalik pintu tertutup.

Saya bercakap dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan haiwan untuk untung. Minta maaf, saya tak memperhalus kata-kata saya lagi. Mereka ialah orang yg harus disalahkan. Sama juga, orang yang membuat rokok harus disalahkan, bukan perokok. Bukan pemakan daging. Mereka tak tahu. Sama juga dengan dadah. Orang yang mengeluarkannya bersalah, bertanggungjawab terhadapnya. Jika mereka tak sedar sekarang dan ubah cara hidup mereka untuk menjadi lebih pemurah dan bertaubat, maka Syurga takkan berlembut. Saya ulang, Syurga takkan berlembut dengan orang yang berniat untuk membunuh makhluk lain, sama ada manusia atau haiwan, dengan senapang, pisau, racun, perdayaan, segala jenis tipu muslihat untuk berniaga, mendapat keuntungan untuk diri sendiri. Orang-orang ini, Syurga takkan berlembut.

Bertaubatlah sekarang. Saya boleh bantu kamu. Dengan kuasa yang dikurniakan kepada saya, saya dapat bantu kamu. Tetapi kamu mesti bantu diri sendiri. Kamu mesti berfikir baik-baik dan cepat. Tuhan tak mencipta kita di sini untuk membunuh makhluk lain. “Kamu tak harus membunuh.” Meskipun kamu mendakwa bahawa kamu seorang ateis. Okey, baiklah. Inginkah kamu dibunuh sebagaimana kita membunuh haiwan? Tidak, kamu tak nak. Kamu tak mahu anakmu dicederakan, diserang, diganggu, dibunuh, dibunuh beramai-ramai sebagaimana yang kita buat terhadap haiwan. Tidak, tidak. Kamu tak perlu percaya kepada Tuhan untuk mengetahui bahawa ini tak bermoral. Ateis pun, mereka ada prinsip mereka sendiri, tatamoral mereka sendiri. Sesetengah perompak dan pencuri ada tatamoral mereka sendiri juga. Seperti mereka tak rompak orang miskin, misalnya macam itu. Atau mereka tak mencederakan orang yang mereka rompak. Ya. Sesuatu macam itu.

Kita manusia harus ada tatamoral. Ia sudah diajarkan selama berabad-abad, beribu-ribu tahun oleh segala jenis Guru pemurah. Sebut sahaja, kamu tahu akannya. Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Buddha (Orang Sanjungan Dunia), Nabi Mahavira, Nabi Krishna, Guru Nanak Dev Ji dan sebagainya. Mereka semua datang ke sini, alami penghinaan dan kecederaan disebabkan oleh kejahilan kita, hanya berharap dapat bantu kita sedar. Sudah berabad-abad, kita telah besar. Kita mesti sedar sekarang. Jika belum lagi, maka sekarang juga! Hari ini!

Mulai hari ini, jauhi keganasan, keganasan tak langsung pun. Kerana jika kita makan daging haiwan, orang lain perlu membunuh. Jadi kita mengambil bahagian dalam kesan dahsyat kejahilan kita. Tiada alasan. Kita tetap akan dihukum, sama juga, di neraka. Neraka memang wujud. Minta maaf, saya cakap begitu banyak tentang neraka, tetapi ia memang wujud. Ia memang wujud. Saya tahu dengan pasti. Orang yang makan daging, walaupun tak berdosa dan jahil, tetap dihukum. Kamu akan dikisar, sama seperti daging kisar di planet fizikal ini. Dan tiada orang di sana utk bantu kamu sehingga kamu langsaikan hutang yang kamu tak tahu pun bahawa kamu ada, melalui polisi masyarakat, melalui cara hidup keluarga yang tak berkaitan dengan kamu, kamu hanya meneruskan cara nenek moyang. Sesetengah orang tahu. Sesetengah orang menjadi muhsin, vegan dan tahu melindungi haiwan tetapi banyak daripada kita tiada tuah untuk memahami cara ini atau diajar cara ini atau menyedari realiti kekejaman di sebalik pintu tertutup ladang haiwan cara kilang.

Kita akan berdoa. Kita telah buat banyak usaha. Banyak daripada kita telah buat banyak usaha: mogok, protes, mogok duduk di dalam, di luar. Saya sendiri juga menulis kpd kerajaan, meminta mereka pertimbangkan semula undang-undang atau menggubal undang-undang baru untuk melindungi haiwan, melindungi rakyat mereka terutamanya kanak-kanak, generasi akan datang. Kita telah buat banyak usaha. Kita bercakap, mogok, merendahkan nada suara untuk menjadi lebih lembut dan tak kedengaran mengancam. Kita marah, kita buat jenis komen atau perbuatan yang mengejutkan. Tapi sekarang, terlalu lambat. Sekarang kita perlu berdoa.

Tak kira kamu di mana, melaraskan jam penggera supaya berbunyi pada pukul 9 malam masa Hong Kong. Pukul 2 petang masa Paris. Saya rasa mungkin pukul 8 masa New York. Saya tiada senarai di sini. Saya buat satu senarai tetapi sekarang saya tiadanya di sini. Maaf. Ini keputusan spontan dan saya buat kakitangan bekerja keras sekali kerana kami tak pernah melakukan ini sebelumnya, siaran langsung. Mereka tak pernah alami keadaan tergesa-gesa spontan sebegini dan belum sedia dengan kelengkapan dan masa yang terhad. Tetapi saya kata hari ini jika saya tak lakukannya, mungkin saya dihalang atau ditangguhkan sehari lagi kerana dah lama saya nak lakukan ini.

Hari ini saya perlu melakukannya kerana semalam saya menjerit di pejabat saya kerana saya saksikan beberapa buah dokumentari dahsyat mengenai bagaimana orang memperlakukan haiwan dan bagaimana mereka perlu menjalani kehidupan seperti neraka. Saya menghentak-hentakkan kaki. Saya menjerit pada Syurga. Saya juga mengarahkan Mereka supaya buat sesuatu. Saya buat sebaik yang saya boleh dan kamu buat sebaik yg kamu boleh juga. Kita mesti bekerja bersama. Kamu tak perlu menjadi anak murid saya. Kamu tak perlu mengikut saya, apa-apa pun. Kamu tak perlu buat apa-apa pun untuk saya. Hanya lakukannya untuk kamu sendiri dengan membantu haiwan menjalani kehidupan bebas.

Kita boleh berdoa, bermeditasi bersama kira-kira setengah jam. Kita juga boleh teruskan setiap hujung minggu macam itu, setiap Ahad sekali lagi seperti Ahad yang akan datang ini, 9 Februari 2020. Kita lakukan ini di samping segalanya yang lain yang kita buat sehingga Dunia Vegan wujud di sini. Kita takkan berhenti. Saya takkan berhenti. Meskipun kamu tak lakukannya, saya akan sendiri melakukannya atau bersama kononnya anak murid saya. Kami akan lakukannya bersama-sama. Kami telah bermeditasi pada setiap hujung minggu sejak saya balik ke Taiwan (Formosa). Saya bermeditasi selama-lamanya sebelum saya balik ke Taiwan (Formosa), di Eropah, mana-mana saja boleh, sepanjang masa. Masa yang panjang atau singkat, di rumah, di dalam gua, di hutan atau di gunung, mana-mana saja. Sentiasa kerana saya sayangi manusia. Kamu dapat lihat itu dalam mata saya bahawa saya bercakap benar. Dan saya sayangi haiwan.

Semalam saya menjerit dengan kuat. Saya kata, “Engkau (Syurga) mesti hentikan ini. Buatlah sesuatu! Ambil semua kuasaku jika perlu untuk hentikan semua ini. Ubah fikiran, ubah hati. Buat sesuatu.” Kerana haiwan begitu banyak menderita. Tiada orang yg dapat lihatnya dan kata, “Saya tak rasa apa-apa pun.” Saya pasti kamu akan menangis. Kamu akan menjerit seperti saya. Saksikanlah ini. Memberanikan diri sekali dalam hidupmu – saksikan filem-filem ini dan menjadi aktivis untuk haiwan. Untuk dunia kita, untuk generasi kanak-kanak akan datang, buatlah sesuatu. Jika kamu belum buat apa-apa pun dalam hidupmu, ini ialah perkara pertama dan terakhir yang harus kamu buat.

Kita tak boleh memanggil diri kita manusia, anak Tuhan, cara kita hidup, kebanyakannya macam ini sekarang, membunuh makhluk lain, malah saling membunuh, dlm peperangan. Buat apa? Untuk sebidang tanah, untuk sedikit perbezaan polisi, untuk pendapat yang berbeza. Tak masuk akal ini! Kita dah besar, kan? Kita kata kanak-kanak adalah bodoh, tak tahu apa-apa pun, tetapi adakah kita tahu apa-apa? Cara kita bertindak, adakah kita lebih baik daripada kanak-kanak? Tidak! Saya minta maaf atas kebenaran cakap saya. Tidak, saya tak minta maaf. Mungkin tiada orang yang pernah mengatakan itu, jadi seseorang perlu. Seseorang perlu mengatakan sesuatu yang benar, terus dari hati ke hati. Dah terlalu lama kita tidur. Dah tiba masanya kita sedar dan menjadi manusia, menjadi wira. Selamatkan dunia kita dengan membuat pilihan belas kasihan, kedamaian, kemurahan. Di atas meja, di pasar raya, ajar anakmu cara terbaik untuk menjalani kehidupan. Tak menunjukkan contoh yang buruk, meracun mereka, buat mereka sakit, kemudian risau tentang penyakit mereka. Dan kadangkala doktor tak dapat buat apa-apa pun, kemudian kamu menangis, mengeluh dan terseksa. Kamu nak mati bersama anakmu juga. Apa gunanya itu? Lakukannya sekarang juga! Selamatkan nyawa mereka! Berikan makanan yang betul kpd mereka, khasiat, bukan racun. Berikan makanan hidup kepada mereka, bukan bangkai mati.

Di mana-mana pun kamu, tak kisah, melaraskan jam penggera dan kita akan berdoa bersama-sama. Kita akan bermeditasi bersama-sama secara senyap, tetapi dengan suara dalaman yg berkuasa daripada Kasih Sayang dan Kemurahan Alam Semesta, dari dimensi tertinggi Alam Semesta. Daripada Yang Maha Tinggi. Percaya dengan agama kamu sendiri. Percaya kepada Tuhanmu. Jika kamu rasa Tuhanmu berbeza dengan Tuhan saya, maka percaya kepada-Nya. Percaya kepada Buddhamu, percaya kepada Bodhisattva, Santo, Guru kamu, kuasa positif kuat dalam dirimu kerana kamu ialah anak Tuhan. Setiap Guru kata kamu ada Alam Tuhan di dalam dirimu. Saya telah temuinya tetapi saya takkan bercakap tentang itu di sini sekarang. Saya hanya bercakap tentang kehidupan biasa bahawa kita harus menjadi manusia sejati.

Dan kita harus murah hati terhadap kita sendiri dan murah hati terhadap makhluk lain, makhluk yang lebih rendah pun, lemah, jinak dan kesian, tak berdaya, tak memudaratkan, tak dapat menjerit meminta tolong pun. Bayangkan itu kamu. Kamu dikurung di sudut yang begitu gelap. Tiada orang dengar jeritanmu pun. Itu pun jika kamu dapat menjerit. Mereka mencacatkan kamu dengan antibiotik, sedatif supaya kamu hanya makan dan berbaring di sana. Itu pun jika kamu dapat berpusing. Sangkarnya macam ini. Kamu lihat. Kamu lihat filem-filem itu dan kamu akan tahu saya tak berbohong. Jika kamu belum tahu, kamu mesti tahu kerana ini hidupmu. Kamu perlu tahu apa yang mereka berikan kepada kamu setiap hari untuk dimakan, apa yang kamu berikan kepada anakmu setiap hari utk dimakan – racun! Kamu mesti hentikan ini! Kamu mesti hentikannya! Malah demi kamu sendiri, belum kata lagi dunia ini, planet ini, generasi akan datang, belas kasihan, kasih sayang, kemurahan, apa-apa pun! Jagalah dirimu. Jangan tunggu hingga kamu dah separuh mati di atas katil baru rasa sesal. Dah terlambat!

Seorang doktor, salah seorang anak murid saya, dia seorang doktor juga. Saya telah ceritakan kisah ini sebelumnya, rasanya, tetapi saya tak pasti. Saya pasti kebanyakan daripada kamu belum dengarnya. Dia mati akibat kanser disebabkan daging. Itu apa yang mereka dapati. Sebelum meninggal, dia menangis. Dia seorang doktor, ketua doktor sebuah hospital. Dia bekerja untuk hospitalnya, bersamanya. Dia malah ialah bosnya. Jadi dia datang melawatnya dan dia menangis. Dia kata, “Kamu adalah vegetarian, bukan?” Dia kata, “Ya, kamu tahu akannya.” “Kamu tahu akan bahaya daging, mengapa tak beritahu saya? Mengapa kamu tak beritahu saya bahawa daging begitu memudaratkan? Sekarang saya dah hampir mati.” Jadi saya beritahu kamu sekarang. Jadi sekurang-kurangnya saya tak rasa bersalah.

Saya sudah beritahu selama bertahun-tahun, berdekad-dekad. Tetapi hari ini, sesetengah daripada kamu temui saya buat kali pertama. Saya nak beritahu kamu. Jagalah dirimu. Berhenti makan daging! Berhenti makan ikan! Berhenti makan telur! Berhenti makan apa-apa saja yang berkaitan dengan haiwan! Hanya makan protein sayuran. Keju vegan, ikan vegan, daging vegan, udang vegan, apa-apa saja vegan. Enak, baik dan sihat. Bantu planet ini. Selamatkan haiwan. Selamatkan dunia kita. Menjadi wira.

Gunakan kuasa dalam dirimu, daripada kepercayaanmu, daripada Gurumu, daripada Tuhanmu. Gunakan semua ini untuk buat perubahan. Membuat perubahan, gunakan semua kuasa ini untuk perubahan di dunia kita, buatnya sebuah Dunia Vegan. Kerana vegan akan membawa, gaya hidup vegan akan membawa segala manfaat lain ke dlm kehidupanmu, kepada semua hidupan. Saya berterima kasih kepada kamu atas saya tak menangisi kesakitan dan penderitaan haiwan lagi, atas saya boleh pergi dengan tenang pada bila-bila saja lepas itu.

Sekarang, barangkali kamu tanya saya apa yang nak dibuat dengan haiwan yang sedia wujud. Hanya memandulkan mereka supaya mereka tak mengandungkan anak lagi kecuali kamu mahu beberapanya sebagai binatang kesayangmu. Kerana mereka juga membawa gas metana ke dalam udara. Ini mempercepat haba untuk planet ini. Itu apa yang akan memusnahkan kita, salah satu faktor yang membahayakan kita. Jadi kita memandulkan mereka, haiwan di ladang cara kilang dan biar mereka hidup bebas, dalam kebebasan, maruah, kasih sayang, sehingga Tuhan memanggil mereka balik ke Syurga. Mereka pasti akan pergi ke Syurga, saya beritahu kamu itu. Tetapi saya tak boleh kata begitu bagi semua manusia. Neraka menunggu. Neraka menunggu banyak drpd mereka.

Saya mematuhi Lima Rukun. Yang pertama: kamu tak harus bunuh. Kedua, kamu tak harus berbohong. Kamu tak harus berzina. Kamu tak harus mencuri dan kamu tak harus… Apa yang penting adalah kamu tak harus berbohong. Kamu tak harus cederakan makhluk lain adalah paling penting. Sebab itulah kita adalah vegan. Saya adalah vegan. Jadi kamu harus menjadi begitu juga. Satu lagi adalah tak berbohong, sentiasa bercakap benar. Jadi saya hanya akan bercakap benar walaupun atas risiko saya, mengorbankan sesuatu. Kamu jangan ingat saya suka duduk di sini untuk bercakap dgn kamu, secara terus terang. Saya suka juga, maksud saya, saya suka bantu kamu membantu diri sendiri. Saya suka menyedarkan kamu, tunjukkan kebenaran kepada kamu, beritahu kamu semua perkara dahsyat yang kamu tak tahu mempengaruhi kehidupanmu dan kehidupan anakmu.

Tetapi saya kehilangan banyak pahala sementara bercakap dengan kamu. Saya kehilangan simpanan pahala spiritual saya. Dalam simpanan, saya kehilangan Nilai saya, bermakna saya boleh alami risiko pada bila-bila daripada apa-apa saja. Saya boleh diejek. Sesuatu boleh menimpa saya, kemalangan, apa-apa saja, sebarang malapetaka lain akan datang entah dari mana jika saya kehilangan terlalu banyak Nilai saya. Terlalu banyak di bawah paras simpanan. Pada bila-bila saya bercakap tentang Kebenaran, membawa pengetahuan Syurga ke Bumi, saya kehilangan mata pahala spiritual. Maksud saya, megatan daripadanya. Saya kehilangan Nilai saya juga. Bukan wajar disanjung seperti manusia tetapi wajar disanjung dalam mata seluruh Alam Semesta. Jadi ini bermakna jika saya kehilangan terlalu banyak, saya akan menjadi orang yang rendah. Orang yang rendah. Bukan orang yang dihormati. Bukan orang yang dilindungi. Ya, itu maksud saya. Banyak Guru kehilangan Nilai Mereka. ‘Nilai’ ditulis dengan huruf besar. Ia berbeza dengan nilai berlian, nilai hidup manusia atau nilai bakat. Bukan itu. Ini menakjubkan. Ini berbeza dengan apa-apa yang kamu anggap bernilai di dunia ini.

Banyak Guru pada masa silam telah kehilangan banyak Nilai Mereka atau mungkin kehilangan semuanya atau malah di bawah paras minimum atau di bawah tahap kosong Nilai. Sebab itulah Mereka diganggu, Mereka diserang, Mereka diejek, Mereka diseksa, dicacatkan, diracun, dikurung atau dibunuh. Sekarang kamu tahu. Tapi atas kasih sayang terhadap manusia, kasih sayang terhadap haiwan tak berdosa, tak berdaya yang menderita, saya buat apa-apa saja. Jadi sekarang jangan rasa saya cuba berkhutbah kepada kamu. Saya cuba tunjukkan kasih sayang saya kepada kamu, itu saja. Kerana saya tahu bukan kamu semua yang dengar kata-kata saya akan menjadi anak murid saya. Kami juga menapis. Kami tak menerima semua orang sebagai anak murid. Sekarang ini, kami memang menapis. Dulu sewaktu saya pergi berikan khutbah awam, saya berikan saja, percuma. Tetapi sekarang saya menyedari mereka harus belajar sesuatu sebelum terima inisiasi dan menjadi anak murid. Jika tidak, membazirkan masa saja – bazirkan masa saya dan masa mereka, membazirkan nilai spiritual yang berharga daripada saya. Jika mereka mengejek saya atau bercakap buruk tentang saya, mengkritik saya di belakang saya, mereka akan mendapat susah juga. Jadi saya sangat berhati-hati sekarang ini. Jadi saya bukan cuba merekrut kamu sebagai anak murid saya. Percayalah. Tuhan ialah saksi saya. Saya hanya mahu kamu benar-benar menjaga diri dengan baik dan menyuburkan diri dengan hidup, bukan dengan kematian. Bukan dengan kematian. Bukan dengan racun. Tak bertentangan dengan kehendak Syurga dan Tuhan tetapi hidup sebagai anak Tuhan – pemurah, lemah lembut, berbelas kasihan, tenang dan ceria.

Neraka menunggu banyak pendosa. Hanya makan daging pun. Maaf kerana memberitahu kamu ini tetapi saya perlu beritahu kamu supaya kamu boleh membuah pilihan dan saya tak rasa bersalah sebagai saudara kamu, penghuni bersama di planet ini. Saya perlu beritahu kamu. Itu saja. Jika ia bukan untuk kamu saja, maka untuk saya. Jadi saya tak rasa bersalah kerana telah beritahu kamu hal sebenar, maka kamu tahu, kemudian membuat keputusan. Kita ada banyak saksi ini. Banyak orang pergi ke neraka, balik dan menggambarkan neraka kepada kita. Mereka berubah menjadi orang yang berbeza selepas itu atau bertentangan dengan apa yg mereka buat sebelumnya. Seperti sebelumnya mereka membunuh itik atau ayam untuk dijual, sekarang mereka berubah. Mereka bantu ayam. Mereka menyelamatkan ayam, itik atau haiwan lain. Hati mereka berubah sepenuhnya selepas pergi ke neraka dan balik, pengalaman hampir mati atau kadangkala berbaring selama berhari-hari dalam koma, balik dan menceritakan kisahnya kepada semua ahli keluarga. Sesetengah orang menyaksikannya dan menulis buku, contohnya, atau merakamkannya dalam filem atau sesuatu. Anak murid saya juga pergi ke neraka, sesetengah daripada mereka, hanya kerana ibu bapa mereka masih di sana dan mereka turun ke bawah sana, kemudian selamatkan ibu bapa mereka.

Secara sampingan, dengan berkat Kuasa Guru, Yang Maha Tinggi, seluruh neraka menjadi kosong juga pada masa yg sama. Kita telah secara spontan merakamkan sekurang-kurangnya dua daripada anak-anak murid ini. Mereka pergi ke neraka untuk selamatkan kawan atau ahli keluarga mereka. Apa yang mereka saksikan di sana, ya Tuhan, kamu akan alami mimpi ngeri jika dengar terlalu banyak tentangnya, jadi saya tak menghuraikannya.

Saya juga nak mengesahkan kpd kamu. Saya juga mengesahkan bahawa neraka wujud untuk semua pendosa, malah pemakan daging haiwan, pemakan daging makhluk. Jadi itu benar. Tetapi Syurga wujud juga. Kita ada pilihan! Kita boleh berubah sekarang, kemudian berjalan menuju Syurga. Meskipun kamu telah buat beribu-ribu, berjuta-juta dosa sebelumnya, jika kamu berubah sekarang, ubah hatimu, kamu akan diampuni. Saya janji. Saya janji saya akan bantu kamu. Syurga atau neraka, jika kamu bertaubat dan ubah gaya hidupmu ke diet vegan berbelas kasihan untuk selamatkan dunia ini dan hentikan penderitaan haiwan, saya akan bantu kamu. Saya janji kepada kamu sebagai warga kehormat dunia ini, bahawa saya ada kuasa yang mencukupi yang dikurniakan oleh Syurga untuk menyelamatkan kamu, bantu kamu pergi ke Syurga. Kamu takkan perlu pergi ke neraka jika kamu ubah sekarang, segera berubah. Kerana kamu takkan tahu sama ada saya juga terus hidup di sini. Begitu banyak kerja bagi saya, begitu banyak kesedihan, begitu banyak tekanan, begitu banyak kortison disebabkan tekanan di dalam darah saya, disebabkan oleh penderitaan dunia ini, manusia dan haiwan. Disebabkan oleh peperangan, kebuluran, kekejaman, ketakadilan dan sebagainya. Tiada orang yang berhati lembut boleh menahan dunia ini terlalu lama.

Syurga wujud. Syukur kepada Tuhan atas itu. Sebenarnya banyak anak murid saya pergi ke Syurga dan balik. Itu seperti kerja biasa bagi mereka. Kadangkala mereka pergi ke Syurga dan balik seperti warga biasa, seperti kamu dan saya dan tiada orang tahu apa-apa tentang mereka. Sama seperti anak murid Nabi Isa, mereka kelihatan biasa saja tetapi mereka pergi ke Syurga, dengar bunyi trompet, nampak Syurga dan sebagainya. Sama juga dengan Buddha atau Nabi Isa. Mereka kelihatan macam manusia biasa tetapi dalam diri Mereka, kuasa, pengetahuan, kebijaksanaan dan belas kasihan yang besar, tak terbatas.

Saya nak bantu kamu. Biarlah saya melakukannya. Kamu tak perlu mempercayai saya. Kamu tak perlu menjadi anak murid saya. Kamu tak perlu mempromosikan ajaran saya, apa-apa pun. Hanya beralih ke diet vegan untuk bantu kamu sendiri, pertama sekali, untuk bersimpati dengan haiwan yang tak berdosa, tak berdaya ini – diseksa, dicacatkan dan dibunuh tanpa kesalahan yang dibuat. Jadilah vegan. Berdamai dengan kamu sendiri, dengan jiran, ahli keluarga kamu. Jaga dirimu sendiri, anak dan keluarga kamu. Kamu bertanggungjawab untuk berikan makanan yang baik, berkhasiat – hidup, bukan kematian.

Banyak orang tahu bahawa Syurga wujud. Sesetengah orang yang pernah alami kononnya pengalaman hampir mati, orang psikik, peramal, pengamal yoga, meditasi pergi ke Syurga seperti kamu pergi ke pasar raya. Tiada apa-apa yang mengejutkan. Seorang komunikator haiwan, bukan anak murid saya, hanya orang biasa di luar, dia menemu ramah seekor burung kecil saya, burung angkat. Burung saya berkata kepadanya, komunikator haiwan telepati itu, “Sini ialah Syurga! Ini memang Syurga! Aku sangat gembira di sini.” Ia bercakap benar-benar dari Syurga dan mengatakan situasi Syurga tetapi komunikator itu tak menyedarinya. Dia ingat burung itu memuji saya menjaga burung seperti mereka di Syurga, dia rasa gembira seperti syurga. Tetapi bukan. Saya tahu kerana burung saya sudah meninggal tiga tahun sebelum temu ramah ini diadakan. Jadi saya tahu.

Sesetengah anak murid saya juga pergi ke Syurga dan nampak haiwan di sana juga. Haiwan memang pergi ke Syurga. Saya dah kata. Saya juga nampaknya. Saya juga nampak haiwan di Syurga. Mereka sangat cantik. Saya sudah nampak itu pada peringkat paling awal, peringkat permulaan amalan spiritual saya, bukan baru saja. Sekarang saya yogi yang berpengalaman. Haiwan di sana memang bersifat Syurga, terlalu megah, tak dapat digambarkan dengan kosa kata kita. Kosa kata kita terlalu sedikit. Mereka semua bersinar-sinar dengan cahaya terang dan kasih sayang besar. Itu sifat mereka. Itu tanda burung dan haiwan di Syurga.

Baiklah. saya rasa kamu dah cukup mendengar. Jika tidak, mungkin lain kali. Sekarang kita boleh bercakap secara langsung, mungkin saya akan cuba luangkan masa daripada kerja yang sibuk untuk bercakap dengan kamu jika kamu nak dengar. Tiada kos. Tak memudaratkan. Jadi berdoalah bersama saya untuk Dunia Vegan, kemudian kita juga akan mengekalkan Dunia Aman. Kita akan ada Dunia Aman. Kita akan ada Dunia Aman Sepenuhnya.

Saya berterima kasih kepada kamu kerana dengar. Saya berterima kasih kepada kamu kerana mempercayai saya. Saya sendiri akan terus menambahkan meditasi saya untuk tujuan ini. Saya sering buat begitu, telah lakukannya, masih melakukannya dan akan melakukannya. Setiap hari Ahad mulai sekarang, kita akan berdoa dan bermeditasi bersama-sama untuk Dunia Vegan pada masa yang sama selama 30 minit. Atau jika kamu tak dapat lakukannya selama 30 minit, maka lakukan sebanyak yang boleh disebabkan oleh situasi atau masa kamu. Sebanyak yang kamu boleh. Tetapi ikhlas selama lima, 20 minit pun, semua itu bantu membersihkan dunia kita, menyelamatkan kanak-kanak, dan menjalani hidup yang mulia, wajar, sesuai dengan anak Tuhan.

Sertailah kami untuk bermeditasi pada setiap Ahad, pukul 9 malam (masa Hong Kong). Ahad ini kita akan lakukannya. Pukul 9, 9 Februari 2020, kita akan bermeditasi bersama-sama selama setengah jam. Ia bukan di TV. Saya akan bermeditasi di kawasan saya sendiri. Kamu bermeditasi di mana-mana saja kamu, di bilik mandi pun boleh. Mana-mana pun suci. Tuhan hadir di mana-mana saja. Di mana-mana pun, Tuhan dapat dengar doa kita, Syurga akan mengetahui kita. Hanya perlukan keikhlasan. Sertailah kami untuk menyelamatkan makhluk tak berdosa. Sertailah kami untuk menyelamatkan dunia kita. Tolonglah!

Saya berterima kasih atas perhatianmu. Terima kasih, kamu semua, atas apa yang telah kamu buat hingga kini untuk membantu dunia kita, menyelamatkan haiwan. Semoga Tuhan rahmati kamu berlipat ganda selama-lamanya dalam hayat ini dan di akhirat. Kasih sayang saya kepada kamu semua, vegan dan bukan vegan, lesbian dan gay, dwiseksual, sama saja. Kanak-kanak dan orang tua, wanita dan lelaki, haiwan dan makhluk tak nampak, pokok dan tumbuhan, semuanya ada kasih sayang saya. Semoga Tuhan rahmati kita semua! Semoga Tuhan rahmati dunia kita! Terima kasih. Jumpa lagi.

(Guru. Tadi Guru suruh kami ingatkan Guru apa yang anjing katakan.) Saya tak tahu sama ada mereka masih nak dengar. Anjing saya… Bukan semua anjing ada keupayaan ini tetapi salah seekor anjing saya yang diselamatkan, saya mengangkatnya di Thailand di jalanan. Ia kelihatan macam anak anjing pada masa itu dan saya ingat ia daripada kumpulan anak anjing yang sudah saya selamatkan. Tetapi ia lebih tua. Ia sudah berusia tiga tahun. Doktor beritahu kami kemudiannya. Ia masih bersama saya dan ia dapat lihat masa depan. Oleh sebab ia nampak manusia membunuh ibu bapanya dan anjing lain di padang golf… Padang golf tak mahu anjing mengotorkan tempat mereka, itu saya faham juga tetapi ada banyak cara untuk menjauhkan anjing. Kita boleh bawa mereka dan berikan kepada pusat anjing, pusat pengangkatan.

Itu apa yang saya beritahu mereka selepas itu, bahawa mereka tak harus meracun anjing lagi. Karma buruk. Balasan yang sangat buruk selepas itu. Kamu akan lahir semula dan orang akan meracun kamu. Kemudian kamu akan menyalahkan orang yang meracun tetapi itu karma kamu, balasan kamu.

Sekarang, salah seekor anjing saya, ia sangat kecil. Ia kelihatan macam Lhasa Apso, jenis itu, Shih Tzu atau Maltese, saiz itu, Maltese kecil. Ia cantik. Matanya begitu cantik. Ia ada mata yang sangat terang. Kadangkala ia lihat kita dan memancarkan api, cahaya. Dalam kegelapan pun kita dapat lihat cahaya keluar dari matanya. Ia masih sangat takut pada manusia kecuali mereka yang ia kenali. Tetapi kami ambil masa lebih setahun untuk buatnya mempercayai kami. Sekarang ia datang menjilat jari kaki saya. Setiap kali ia menjilat jari kaki saya. Setiap kali, apabila saya baru masuk ke dalam bilik lain dan kembali pun, ia menjilat jari kaki saya. Ia memang ada rasa hormat. Namanya bermaksud ‘hormat’ juga. Saya tak nak tunjukkan anjing saya kepada kamu. Minta maaf. Kerana dulu saya buat begitu dan mereka semua jatuh sakit dan segala jenis perkara buruk menimpa mereka. Saya tak suka itu. Saya mahu tetapi saya tidak. Saya bertanggungjawab untuk melindungi anjing saya. Saya menyelamatkan mereka. Saya perlu. Saya tak boleh tunjukkan mereka semua. Kami ada tujuh ekor sekarang. Dulu kami ada lebih daripada sepuluh. Tak menjadi hal. Saya sayangi mereka semua. Ia merupakan yang paling kecil daripada semuanya. Ia dapat lihat masa depan dan sangat berkuasa di dalam. Ia dapat lihat masa depan, lebih kurang 30 tahun yang akan datang. Ia beritahu saya banyak perkara. Kemudiannya saya menentusahkan ia benar juga. Saya mengetahui itu juga, cuma adalah mengagumkan anjing mengetahui begitu banyak perkara. Ia sangat takut pada manusia.

Sangat sukar nak tangkapnya. Saya berikan ganjaran yang besar. Bagi Thailand, itu sangat besar. Banyak kali, ganjaran. Tetapi saya berkata kepada mereka, jika kamu menjeratnya, cederakannya atau gunakan damak berubat bius untuk mencederakannya, kerana ia merupakan anjing liar, sudah tiada makanan yang cukup, jika kamu gunakan jenis cara yang memudaratkan ini, saya takkan berikan ganjaran kpd kamu. Jika saya dapati ada jenis racun ini dalam badannya atau jika saya tahu ia menderita kerana kamu nak tangkapnya untuk ganjaran, maka kamu takkan ada ganjaran. Saya malah akan mendakwa kamu. Saya beritahu mereka itu. Saya takkan lakukannya. Mungkin tidak. Tetapi hanya beritahu mereka. Mendesis adalah tidak memudaratkan walaupun kita tak gigit.

Jadi akhirnya mereka buat sangkar yang sangat besar seperti bilik. Mereka letak makanan di sana tetapi ia tahu akannya, jadi tak datang untuk makan selama tiga hari. Mereka rasa ia dah mati atau sesuatu. Tetapi pada hari ketiga, mungkin terlalu lapar, ia datang makan. Ia hidapi demam panas. Jadi apabila saya tahu ia telah ditangkap, saya segera hantar seseorang dengan kereta untuk bawanya pergi jumpa doktor dengan seta-merta. Nasib baik kami sempat. Ia hidapi demam, kadangkala ia boleh menjadi distemper jika berterusan terlalu lama. Ia sudah lapar dan lemah. Nasib baik, saya selamatkan nyawanya dan pergi jumpa banyak doktor. Ia dah sihat sekarang. Anjing betina yang sangat baik.

Ia tunjukkan rasa hormat dan terima kasih dgn jilat jari kaki saya, tak menjilat tangan saya seperti semua anjing yang lain. Ia buat begitu juga, ia sentiasa berikan seribu ciuman. Tetapi ia sentiasa menjilat jari kaki dulu. Hanya semasa saya memakai selipar yang jari kaki terjulur keluar. Jika saya memakai kasut yang menutup jari kaki, ia tahu, ia takkan mendekatinya. Ia pergi ke tangan saya sebaliknya. Begitu comel. Jadi saya beritahu orang saya supaya beli kasut yang jari kaki terjulur keluar. Ia suka akannya. Pada bila-bila ia nampak saya, ia mencium saya dengan tak henti-henti. Tetapi jari kaki sentiasa ialah kegemarannya. Saya tanya, “Kenapa awak buat begitu?” “Rasa hormat.” Atas rasa hormat, namanya ialah rasa hormat juga.

Kadangkala ia terlupa siapa saya dan ia di mana. Contohnya, ia di dalam guanya. Kami buat sarang untuk anjing. Ia berada di dalamnya dan mungkin tidur sekejap atau sesuatu. Saya datang dekat dan ingin lihat sama ada ia tidur atau sesuatu atau untuk menutupnya dengan selimut. Saya menyelimuti anjing pada waktu malam pada bila-bila boleh, hampir sepanjang malam, kerana saya bekerja pada waktu malam juga.

Ia berasa takut. Ia sangat berwaspada. Ia melarikan diri dari saya. Saya kata, “Aku ini. Aku kawanmu.” Ia masih lari, bukan lari menyelamatkan diri tetapi rasa takut, lari dari saya. Jadi saya kata, “Kenapa begitu? Kita telah bersama selama satu, dua tahun sekarang. Awak dah mempercayai aku. Kenapa? Aku juga mencium mukamu.” Saya biasa buat begitu. Saya menjilat mukanya supaya ia tahu bahawa ia dikasihi. Kerana bagi anjing, menjilat dengan lidah kita pada mukanya, itu tanda kasih sayang yang paling impresif. Jadi saya buat begitu. Jadi ia sangat mempercayai saya. Cuma ia terkejut atau takut. Saya tanya dia, “Kenapa awak masih takut pada aku? Aku ingat kita sudah pun kawan.” Jadi ia kata, “Maaf, cuma tabiat.” Saya kata, “Tabiat apa? Mengapa?” Ia kata, “Ketakutan kepada Manusia.” Tepat-tepat kata-katanya, saya tak tambah garam atau lada ke dalamnya. Ia kata, “Ketakutan kepada Manusia.” Saya kata, “Kenapa awak takut pada manusia? Manusia, sesetengahnya sangat baik. Kenapa awak takut pada manusia, boleh awak terangkan kepada aku? Aku manusia juga. Tahu? Dalam bentuk manusia. Dan semua pembantu yang bantu aku jaga awak ialah manusia, mereka baik hati juga. Mereka amalkan meditasi, tak makan haiwan. Kami baik hati.” Ia kata ia tahu. Ia tahu. Cuma tabiat, ketakutan kepada manusia. Saya tanya, “Kenapa?” Ia kata, “Kerana manusia,” saya memetik kata-katanya, “Manusia tidak baik terhadap spesies lain. Mereka juga tidak baik sesama mereka.” Ya Tuhan. Ia memerhatikan itu dengan mata anjing. Ia begitu takut. Trauma yang begitu besar sehingga sudah bersama saya pun, setiap hari ia tidur bersama saya dan saya bekerja di depan mereka. Mereka tahu. Mereka mengerekot di sebelah saya. Pada asalnya, saya ada sebuah kerusi kerja. Kerusi pejabat yg bergerak ke sana sini, beroda. Tetapi ia suka berada di sisi, jadi saya nak melindunginya daripada anjing lain. Kerana anjing lain lebih besar dan ia melompat, kemudian mereka boleh melompat ke atasnya. Jadi saya menempatkannya di tepi saya dan setiap hari ia macam itu. Saya bekerja sementara ia berdengkur di sana. Tapi ia masih ada trauma yg begitu besar sehingga ia lupa dan takut pada saya, kadangkala macam itu.

Saya tak menyalahkannya. Saya hanya rasa malu. Datang daripada anjing. Biarkan seekor anjing beritahu kita bahawa kita tidak baik sesama kita, belum kata lagi tidak baik terhadap spesies lain. Itu tepat-tepat kata-katanya. Bayangkan betapa terpelajarnya dia. Elit. Seekor anjing. Dan ia seekor anjing liar. Ia pergi makan sampah dan sebagainya untuk hidup. Ia terus hidup selama tiga tahun bersendirian tanpa ibu bapa. Tiada orang yang dapat tangkapnya kerana ia lari ke puncak gunung dan bersembunyi di atas sana. Mereka tak tahu ia pergi ke mana, jadi tak dapat tangkapnya. Walaupun mereka tahu ia naik ke atas gunung, namun itu gunung yang besar. Sebelumnya macam itu juga. Saya cuba mendekatinya. Ia berlari ke puncak gunung dan saya berhenti menangkapnya. Kami hampir tangkapnya suatu kali tetapi ia cuba bersungguh-sungguh dengan segala kekuatannya. Ia bergelut, kemudian pergi dari situ. Oleh sebab saya perlu tinggalkan tempat itu untuk balik ke tempat dekat Bangkok bagi menguruskan hal lain dan tinggal di sana, jadi saya beritahu pekerja padang golf supaya tolong menangkapnya untuk saya dan saya akan memberikan ganjaran. Saya memang memberikan ganjaran. Itu bukan kali pertama saya berikan ganjaran kepada mereka. Pada kali yang lain, tangkap anjing juga. Jadi tak apa. Jadi itu kisah anjing saya kerana kita bercakap tentang manusia dan haiwan.

Jadi kita memang harus mengkaji diri untuk lihat sama ada kita wajar atau tidak dipanggil anak Tuhan dan menjadi manusia. Cukup berperikemanusiaan untuk menjadi manusia. Minta maaf jika saya menyinggung perasaan kamu dengan sebarang cara. Tetapi saya tak sesal memberitahu kamu apa yang telah saya beritahu kamu. Biasanya saya tak bercakap dengan begitu terus terang macam ini, lebih lemah lembut. Tetapi hari ini saya nak beritahu kamu segalanya yang saya nak beritahu kamu. Saya tak nak memperhalus kata-kata saya lagi. Kita kesuntukan masa sekarang. Dunia kita memang dalam kecemasan. Saya tak boleh hanya duduk mendendangkan dodoi kepada kamu atau menepuk-nepuk kepalamu dan kata, “Lelaki baik, wanita baik.” Tidak, tidak. Sedarlah. Sedarlah. Jika tidak, kita semua mati. Saya tak kisah mati. Dunia ini perlukan kerja keras. Orang sukar diajar. Saya tak kisah mati. Memang macam itu. Saya tak berbohong. Tetapi saya sudah berada di sini, saya mahu kamu ada tempat yang baik untuk didiami dan tempat yang baik utk pergi lepas ini. Jadi saya sudah beritahu kamu banyak perkara.

Berilah perhatian. Rasailah keikhlasan dan kasih sayang saya. Sayangilah haiwan sebagaimana saya sayangi kamu. Maka kamu akan tahu. Kamu akan rasai orang yang berbeza dalam dirimu terjaga dan kamu akan rasa bangga dengan kamu sendiri. Kamu juga akan rasa hidupmu berbaloi, Syurga atau tidak. Tetapi jika kamu beralih ke vegan, saya janji saya akan bawa kamu balik ke Rumah, mana-mana saja yg kamu panggil Rumah. Tetapi bukan ke neraka. Pasti. Saya janji kepada kamu itu. Jika sesiapa yang juga mengeluarkan senjata untuk membunuh manusia atau haiwan, jika kamu hentikannya sekarang, beralih ke jalan yang betul sekarang dan tak menjalankan perniagaan itu lagi, menjalankan sesuatu perniagaan yang berbelas kasihan, membuat pakaian, buka restoran (vegan), buka hotel (vegan), sesuatu yang orang nikmati dan rasa selesa, saya janji, saya juga akan bawa kamu ke Syurga. Kamu boleh mempercayai saya. Saya takkan membohongi kamu. Buat apa? Saya tak mendapat apa pun drpd kamu. Saya tak kenali kamu pun. Semoga Syurga menjadi saksi saya. Tuhan tahu saya bercakap benar.

Baiklah, orang yang baik, saya balik sekarang. Jika kita ada masa lagi, mungkin kita saling berjumpa lagi. Jika tidak, kasih sayang saya kpd kamu dan semua makhluk, berperasaan dan tak berperasaan, semoga Tuhan rahmati kita dan berkati dunia kita. Namaste. Jumpa lagi. Jumpa lagi. Semoga kamu diberkati. Tuhan rahmati kamu. Syurga melindungi kamu. Jumpa lagi.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android