Pemimpin dan pegawai kerajaan yang dihormati, saya memang berterima kasih kpd anda atas segalanya yang telah anda lakukan hingga kini untuk membantu dunia kita sebaik yang boleh. Saya berterima kasih kepada anda semua. Ini hanyalah suatu peringatan kerana saya tahu bahawa anda tahu apa ialah perkara betul untuk dibuat. Anda mesti melindungi semua makhluk di bawah perlindungan anda – penduduk bersama dan penghuni bersama, iaitu kononnya haiwan. Mereka benar-benar tak berdaya dan bergantung pada belas kasihan manusia. Hakikatnya, TIADA PENYEMBELIHAN BERPERIKEMANUSIAAN, tiada pembunuhan beramai-ramai mahkhluk tak berdosa yang sah di sisi undang-undang. DUNIA SEDANG TERBAKAR, akan menjadi lebih teruk pada bila-bila saja, MANUSIA DAN HAIWAN TERKORBAN pada kadar yang pantas sekali. Syurga dan Bumi menimpakan penyakit baru yang lebih ganjil pada kita. Tanda pemusnahan adalah ketara di mana-mana saja. TANDA AMARAN ADALAH KETARA dan jelas di seluruh dunia! Perubahan iklim semakin pantas. Penternakan haiwan, industri ikan, telur, susu dan sebagainya, apa-apa saja yang berkaitan dgn haiwan ialah pengeluar terbesar gas metana boleh bawa maut yang memanaskan planet kita. Jadi hentikan perniagaan yang kejam, membunuh ini ialah cara yang paling pantas untuk mendinginkan Bumi kita. Anda ada kuasa untuk menghentikan semua ini. Anda ada kuasa istimewa untuk MENGIMPLEMENTASIKAN UNDANG-UNDANG VEGAN, TIADA LAGI PERNIAGAAN MENYEKSAKAN YANG BERKAITAN DENGAN HAIWAN. Sifar kesakitan, penderitaan bagi semua makhluk, manusia dan haiwan. Kerana kemurahan akan mendatangkan kemurahan, dan belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan. Belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan dari Syurga. UNDANG-UNDANG VEGAN ini IALAH CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK SELAMATKAN DUNIA KITA. Jadi jangan mengelak lagi daripada keputusan yang tak dapat dielakkan ini. Hanya MENGGUBAL UNDANG-UNDANG VEGAN DAN MENANDATANGANINYA. Sebelum dah terlambat untuk anda memutuskan perkara yang betul, sebelum dah terlambat untuk berasa sesal pun. Sebelum lebih banyak kemurkaan Tuhan terhadap kita dengan lebih banyak cuaca yang buruk, lebih banyak wabak, lebih banyak kegerunan, lebih banyak nyawa hilang, lebih banyak sumber berharga hilang, lebih banyak bencana kewangan. Bekerjalah untuk Tuhan, bersama Tuhan supaya anda akan rasa ringan, suci dan gembira dengan MEMBUAT PERKARA YANG BETUL SEKARANG. Gubal UNDANG-UNDANG VEGAN untuk menyelamatkan dunia kita. BUAT VEGANISME MENJADI UNDANG-UNDANG.
Ini ialah surat terbuka kepada semua pemimpin dan kerajaan di dunia ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana anda telah mengorbankan privasi dan bekerja lebih masa, masa yg panjang untuk beri khidmat kepada orang ramai dan membawa standard penghuni bersama kita ke tahap yang lebih diingini dalam banyak aspek sementara mengorbankan keseronokan peribadi, kesejahteraan dan masa yang berharga serta menahan kritikan kadangkala. Saya berterima kasih khususnya kepada pemimpin, menteri penting dan pegawai tinggi yang lain dalam kerajaan di dunia ini yang cuba sebaik yang boleh untuk mentadbir negara dengan segalanya yang ada. Saya membantu dengan ini dan cara tak nampak. Saya menyokong anda dari segi mental dan rohani.
Dengan segala kasih sayang, rasa hormat dan ucapan selamat, saya menghantar surat ini melalui siaran untuk menjelaskan soalan anda dan mungkin niat saya yang tidak begitu jelas dalam surat-surat yang saya kirim kepada anda sebelumnya. Jawapan yang paling penting, dah tentu, yang penting bukan bagaimana menyembelih secara berperikemanusiaan, yang penting adalah kita mesti TIDAK MENYEMBELIH SAMA SEKALI, langsung tidak bertoleransi terhadap produk haiwan.
Pemimpin dan pegawai kerajaan yang dihormati, saya memang berterima kasih kpd anda atas segalanya yang telah anda lakukan hingga kini untuk membantu dunia kita sebaik yang boleh, terutamanya jawatan yang lebih tinggi dalam kepimpinan seperti raja, ratu, putera, puteri, perdana menteri, presiden, menteri jabatan-jabatan yang berlainan. Saya berterima kasih kepada anda semua. Atas nama semua warga dunia ini, saya menghargai apa yang telah anda lakukan. Bukan senang untuk memainkan peranan pemimpin dan bekerja bersama begitu banyak personaliti, pendapat dan sebagainya yang berlainan.
Ini hanyalah suatu peringatan kerana saya tahu bahawa anda tahu apa ialah perkara yang betul untuk dibuat. Anda tahu apa itu, ya, kerana anda cerdik, sebab itulah anda terpilih untuk memimpin dan bantu di mana-mana saja perlu, sesiapa saja yang perlu termasuk penghuni bersama kita, haiwan. Tapi anda tahu apa yang nak dibuat. Anda tahu dalam lubuk hati anda apa yang nak dibuat, apa ialah perkara yang betul untuk dibuat untuk dunia.
Syurga mempertanggungjawabkan anda melakukan kerja di Bumi untuk mewakili keadilan, untuk menjaga anak Tuhan. Dan anda tahu kesan tidak melakukannya dengan betul. Anda mesti melindungi semua makhluk di bawah perlindungan anda – penduduk bersama dan penghuni bersama, iaitu kononnya haiwan. Mereka benar-benar tak berdaya dan bergantung pada belas kasihan manusia.
Saya telah menulis banyak surat kepada anda semua yang bekerja dalam badan kerajaan. Banyak daripada anda ada membalas. Banyak daripada anda ada soalan, semuanya berbeza-beza. Sesetengahnya tidak membalas, mungkin kerana anda masih mengambil masa untuk memikirkan subjek ini. Ia menyayat hati, kan? Kerana saya dapat dengar raungan sakit haiwan, jadi macam mana anda tidak? Anda ada lebih banyak perlindungan, untuk kesihatan dan sebagainya. Penduduk miskin kurang adanya. Banyak daripada mereka hampir tak dapat memperoleh perlindungan yang mereka perlukan. Haiwan pula langsung tiada suara atau pilihan, sebarang peguam untuk melindungi mereka. Berdoa agar Syurga berbelas kasihan terhadap kita dan haiwan. Letaklah diri anda dlm kedudukan mereka, dengan begitu tak berdaya diperlakukan dengan kejam. Mungkin anda masih merenungkannya?
Kita berterima kasih kepada Syurga atas apa-apa saja bantuan yang diberikan kepada dunia kita dan semua makhluk di planet ini. Amin.
Haiwan memang ada roh, kebijaksanaan, pengetahuan, malah kuasa ajaib, secara nampak dan tak nampak. Kadangkala kita dapat lihatnya dan ia mengagumkan. Saya akan menceritakan salah satu kisah ini kepada anda. Saya tinggal di kawasan bergunung yang terpencil, di gunung tinggi. Ada monyet yang datang ke kawasan sekitar, mengorek umbi untuk dimakan. Saya berikan makanan kpd mereka juga. Mereka sentiasa ‘terima kasih’, berterima kasih kepada saya. Saya kata, “Berterima kasih kpd Syurga. Saya hanya edarkan hadiah kepada kamu. Bersyukurlah kepada Tuhan.” Setiap kali mereka nampak saya, mereka sentiasa menyapa saya dengan, “Semoga engkau selamat sejahtera.” “Woo! Woo!” Itu ‘semoga engkau selamat sejahtera’. Dan terima kasih ialah ‘EŔ’. Macam itu. Setiap kali mereka makan sesuatu, oleh sebab saya tinggalkannya di luar dan saya tak dapat sentiasa menunggu mereka makan, jadi saya berada di dalam, dan walaupun mereka telah habiskan makanan, mereka menunggu. Raja monyet menunggu saya keluar atau sesuatu tempat di tepi tingkap dan berkata, “EŔ!” sebelum tinggalkan sana.
Kisah tentang haiwan yang telah bantu saya atau menunjukkan kecerdasan mereka adalah banyak, cuma kita tiada banyak masa untuk menceritakan semuanya di sini. Mungkin hanya satu lagi kisah tentang labah-labah yang selamatkan nyawa saya. Labah-labah. Labah-labah ini sangat besar, lebih besar daripada saiz tapak tangan saya. Hampir saiz tapak tangan yang direntangkan. Pada suatu malam, kira-kira pukul 2 pagi, saya sedang bermeditasi dan tiba-tiba terjaga. Saya nak menulis sesuatu dalam diari saya, kemudian ternampak labah-labah besar dan ini kali kedua ia datang beri amaran kepada saya tentang sesuatu. Jadi saya tanya, “Apa hal hari ini?” Ia beritahu saya, “Jangan tutup lampu. Jauhkan diri dari sofa.” Saya berfikir, “Mengapa begitu?” Kemudian saya nampak ular menjalar, hampir sampai ke tempat saya duduk. Jadi dah tentu, saya gunakan alat berjaring yang orang gunakan untuk menangkap rama-rama atau sesuatu dari rumah bagi membawa mereka keluar. Jadi saya gunakan itu untuk biarkannya menjalar ke dalam dan saya letaknya di luar. Saya amat berterima kasih atas ia selamatkan nyawa saya pada hari itu kerana itu ular yang sangat berbisa. Saya boleh tahu dengan warna dan bentuk segi tiga kepalanya.
Kisah monyet adalah jauh lebih panjang tetapi saya tak nak terlalu banyak bercerita tentang haiwan kerana surat ini panjang. Barangkali saya akan menceritakannya kepada kononnya anak murid saya pada masa lain. Dan juga kisah tentang tupai dan sebagainya. Begitu banyak kisah tentang haiwan yang menunjukkan kecerdasan dan kebaikan mereka.
Sebenarnya saya tanya labah-labah itu, “Kenapa kau begitu baik terhadap aku? Ini kali kedua engkau bantu aku.” Labah-labah itu beritahu saya, “Kerana engkau sangat baik hati. Engkau tak pernah bunuh kami.” Saya kata, “Bunuh engkau? Mana boleh aku memikirkan itu pun.” Ia kata, “Bukan sahaja jenis labah-labah tetapi engkau selamatkan semua serangga dari rumahmu. Engkau tak pernah bunuh kami serangga. Jadi kami juga perlu bantu engkau.” Itu apa yang dikatakannya.
Haiwan adalah menakjubkan. Malangnya kita tak memelihara komunikasi telepati kita yang universal dan sangat mudah untuk semua makhluk saling berkomunikasi tanpa bahasa. Kerana kita ada begitu banyak bahasa dan haiwan juga ada bahasa mereka sendiri, jadi adalah lebih mudah bagi kita jika kita dapat ingat bagaimana berkomunikasi di dalam.
Haiwan, malah pokok, telah bantu saya banyak kali, jadi saya banyak terhutang budi kepada mereka. Baru-baru ini, oleh sebab saya berikan begitu banyak khutbah mengenai kedamaian untuk dunia dan kedamaian untuk haiwan, jadi dah tentu, apa-apa saja yg tertinggal daripada makhluk bawahan negatif banyak mengganggu saya, menumbulkan segala jenis kesusahan. Jika tak dapat secara langsung terhadap saya, maka mereka menyusahkan pembantu saya dan sebagainya, atau buat sesuatu berlaku. Hanya untuk membazirkan masa saya, mengganggu tumpuan saya daripada suluk meditasi intensif.
Saya masih bersuluk tetapi Tuhan beritahu saya bahawa saya perlu menulis ini kepada anda. Saya tiada masa yang mencukupi untuk sentiasa menulis kepada setiap daripada anda seperti dulu. Jadi saya akan hantar ini melalui siaran. Mungkin lebih mudah bagi anda semua dengar kerana hanya satu penyelesaian saja: DIET VEGAN, DUNIA VEGAN, itu akan menyelamatkan planet kita dan menjamin keamanan yg berpanjangan untuk semua makhluk di Bumi.
Agaknya anda sudah tahu apa yg nak dibuat, saya memang harap begitu. Saya memang telah nampak langkah yang sangat kecil menuju dunia veganisme yang pemurah. Sekurang-kurangnya banyak negara membantu negara lain yang kurang bernasib baik dan orang susah di seluruh dunia, dan saya amat berterima kasih atas itu. Syukurlah dan semoga anda dirahmati. Dunia kita telah menjadi lebih baik, itu dah pasti. TAPI SEKARANG KITA ADA SATU LANGKAH LAGI: LANGKAH VEGAN. Maka segalanya akan sempurna, anda akan lihat. Semua orang akan damai. Semua orang akan relaks, gembira. Lebih gembira daripada sekarang, lebih damai daripada sekarang. Ia boleh menjadi syurga juga.
Tapi anda masih berfikir tentangnya, tentang apa yang nak dibuat agar ada undang-undang vegan, beritahu semua orang supaya jadi vegan dan menghentikan semua daging, telur, susu, ikan. Semasa saya kata daging, saya juga maksudkan ikan dan apa-apa saja yang bergerak. Telur pun tidak baik untuk kita, juga melibatkan banyak pembunuhan. Penternakan sebarang jenis haiwan menyebabkan perubahan iklim planet kita menjadi lebih teruk disebabkan metana dan segala jenis masalah yang berkaitan dengan ekonomi. Anda berfikir dgn bersungguh-sungguh. Mungkin itu sebabnya anda juga cuba bersungguh-sungguh untuk mengelakkan musuh paling boleh membawa maut dunia kita, orang yang menyebabkan penyahgredan status manusia, menyebabkan kematian berbilion-bilion manusia dan haiwan; mencacatkan berbilion-bilion hidupan yang lain dan terus buat begitu setiap hari!!!
Tapi tiada masa untuk berfikir sekarang. Tolonglah, SEGERA BERTINDAK. Kita MESTI HENTIKAN SEMUA INI. Kita ialah bangsa yang bertamadun, bangsa yang cerdik. Sekarang dah abad ke-21. Banyak Guru datang dan pergi, mengajar kita belas kasihan dan kemurahan terhadap semua makhluk. Kita tak boleh terus bunuh beramai-ramai makhluk lain atau manusia.
Anda ada kuasa untuk menghentikan semua ini. Anda ada kuasa istimewa untuk MENGIMPLEMENTASIKAN UNDANG-UNDANG VEGAN, TIADA LAGI PERNIAGAAN MENYEKSAKAN YANG BERKAITAN DENGAN HAIWAN. Tiada kesakitan, penderitaan bagi semua makhluk, manusia dan haiwan. UNDANG-UNDANG HAIWAN ADALAH PALING BAIK. UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN HAIWAN, bermakna UNDANG-UNDANG VEGAN, tidak lagi menyebabkan kecederaan, kesakitan, ketakutan terhadap haiwan. Kerana kemurahan akan mendatangkan kemurahan, dan belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan. Belas kasihan akan mendatangkan belas kasihan dari Syurga. “Apa yang kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat.” Bible nyatakan itu. Semua agama utama di dunia menyatakan itu. UNDANG-UNDANG VEGAN ini IALAH CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK SELAMATKAN DUNIA KITA.
Kerana anda tahu sangat sekarang, dengan amaran PBB, laporan kajian saintifik, kita tahu bahawa daging, ikan, telur, susu, ujian makmal pada haiwan, industri kulit, APA-APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN CEDERAKAN HAIWAN, domestik atau liar, ADALAH MEMUDARATKAN KEPADA DUNIA KITA. Kita bercakap tentang segala jenis pengurangan perubahan iklim atau pengurangan pencemaran udara TAPI penternakan haiwan, industri ikan, telur, susu dan sebagainya, apa-apa saja yang berkaitan dgn haiwan ialah pengeluar terbesar gas metana boleh bawa maut yang memanaskan planet kita. Jadi hentikan perniagaan yang kejam, membunuh ini ialah cara yang paling pantas untuk mendinginkan Bumi kita.
Seperkara lagi, ikan paus, ‘ikan’ lemah lembut besar di laut ini ialah penyelamat dunia kita, penyelamat oksigen. Mereka menyimpan CO2 dlm diri mereka untuk masa yang sangat panjang dan membebaskan sekurang-kurangnya 50% oksigen atmosfera untuk dunia kita. Bayangkan itu? Tapi sesetengah orang masih memburu mereka untuk dimakan! Mencari alasan seperti penyelidikan saintifik. Apa kaitan penyelidikan dengan ikan yang telah wujud, maksud saya, beratus-ratus ribu tahun di dalam laut? Jika kita tak sentuh mereka, tak ganggu mereka, Tuhan menjaga mereka.
Ada sebuah laporan. Saya akan bacanya kepada kamu, daripada Dr. Ralph Chami, Dr. Thomas Cosimano, Dr. Connel Fullenkamp dan Sena Oztosun yang kami siarkan baru-baru ini dalam Berita Wajar Diberi Perhatian di Supreme Master Television, 28 Disember 2019. Sebagai rujukan anda, seperti berikut: ‘Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa menyerukan pemeliharaan ikan paus dengan segera untuk mengatasi perubahan iklim’. Malah begitu! Betapa bijaknya. “Ahli-ahli ekonomi dari Amerika Syarikat menganalisis kajian tentang peranan ikan paus dalam memerangkap karbon. Digambarkan dalam terbitan IMF, ‘Kewangan & Pembangunan’, mereka menjelaskan bahawa ikan paus dapat menyerap kira-kira 33 tan karbon semasa hidupnya, sementara secara perbandingan, pokok menyerap sehingga 22 kilogram setahun. Karbon disimpan di dalam badan ikan paus dan terasing dari atmosfera selama beratus-ratus tahun, malah selepas ia telah meninggal dunia.” Ia kekal berada di dalam badannya dan terasing dari atmosfera. Boleh anda bayangkan itu? Jadi Tuhan telah mengatur banyak penyelamat, malaikat yang menyamar dalam bentuk haiwan untuk membantu kita. Secara semula jadi, ikan paus berada di dalam laut jika ia meninggal dunia secara semula jadi di dalam laut, maka ia berada di sana. “Tambahan pula, aktiviti hidup ikan paus menggalakkan pertumbuhan fitoplankton.” Ulang: “Ikan paus menghasilkan fitoplankton yang membekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada oksigen atmosfera dan memerangkap 40% daripada karbon global setiap tahun.” Lima puluh peratus. Ikan paus memerangkap karbon global setiap tahun. Bayangkan. Wau! Semasa hidup mereka. Semua ikan paus adalah macam itu. Itu misi mereka. Saya ulang: “Ikan paus memerangkap 40% daripada karbon global setiap tahun.” Ikan paus. Sini ialah laman sesawang untuk anda meninjau semula. Saya akan paparkannya pada skrin untuk anda baca. Okey? https://www.imf.org/external/pubs/ft/fandd/2019/12/natures-solution-to-climate-change-chami.htm
Perubahan iklim semakin pantas, dunia kita dalam bahaya. Tapi nampaknya anda masih berpusing selama-lamanya dalam bulatan, mungkin masih berfikir tentang apa yang nak dibuat. Anda sebut apa-apa saja tetapi bukan pusat sasaran. Kita menyasarkan banyak aspek lain tetapi bukan titik tengahnya. Sama seperti menggaru di luar sarung kaki yang tebal tidak melegakan rasa gatal.
Hingga kini, ahli sains telah beri amaran kepada kita XXXXX kali, banyak kali, secara berulangan, dengan bukti bahawa vegan ialah cara paling baik, paling berkesan untuk mengurangkan pemanasan global, mengurangkan atau menghentikan perubahan iklim, menstabilkannya, adalah baik untuk kita semua, penyewa manusia dan haiwan. Ya, kita hanyalah penyewa rumah dunia ini. Tak berhak untuk merosakkannya tanpa didenda dengan berat.
Saya menulis ini sementara kata-kata timbul dalam fikiran saya tanpa urutan. Saya minta maaf daripada anda. Hati saya yang sakit tidak buatnya senang bagi saya menggunakan bahasa berbunga-bunga atau bercakap berbelit-belit. Tuhan membimbing tangan saya sementara doa timbul dalam hati saya untuk DUNIA VEGAN agar kita akan ada DUNIA AMAN yang berpanjangan untuk semua makhluk di Bumi! Berdoalah kepada Tuhan dan mainkan peranan anda. Anda boleh, anda berkuasa untuk membimbing warga dunia menuju jalan hidup yang betul, menyenangkan Syurga dan Bumi dan semua makhluk hidup.
Kita semua dah besar, warga yang jujur, takut kpd Tuhan, hormati undang-undang. Jadi tak perlu berbuat-buat untuk mengampu. Saya hormati anda, kecerdasan anda, jadi saya takkan beritahu anda apa-apa yang kurang daripada jujur dan benar. Lagipun, kita semua lut sinar dalam mata Syurga dan setiap hari ada begitu banyak penderitaan terkatakan di seluruh dunia kita yang disaksikan oleh Syurga dan Bumi.
Kita semua tahu bahawa pemakanan daging ialah pembunuh No. 1 dunia kita. Tetapi nampaknya kebanyakannya, sesetengah kerajaan cuba sedaya upaya untuk menutup ini dengan menyasarkan atau mengalihkan perhatian ke sebarang subjek atau aktiviti lain yang tiada atau sangat sedikit saja kesannya. Kita harus bertanya diri sama ada kita nak berada di sebelah manusia, sebelah Tuhan atau sebelah pembunuh??? Jawablah diri sendiri dan bertindak sekarang juga. Bertindaklah di sebelah pemurah Tuhan, jika tidak, kita akan tercatat dalam sejarah sebagai pembunuh... Kerana kesannya lebih teruk daripada semua peperangan dan pembunuhan hingga kini digabungkan. Anda tahu akan itu kerana anda cerdik. Anda tahu akan itu kerana anda bijak. Ya! Anda pasti bijak untuk bertindak atau terpilih sebagai pemimpin. Di sesetengah negara Asia, pemimpin dan kerajaan dipanggil sebagai ‘ibu bapa rakyat’. Kalau-kalau saya singgung perasaan anda, saya meminta maaf dengan ikhlas tetapi saya tetap perlu melakukannya kerana kita semua dalam bahaya kepupusan, haiwan dan manusia, perlu bersuara kerana DUNIA SEDANG TERBAKAR, akan menjadi lebih teruk pada bila-bila saja, MANUSIA DAN HAIWAN TERKORBAN pada kadar yang pantas sekali. Syurga dan Bumi menimpakan penyakit baru yang lebih ganjil pada kita. Tanda pemusnahan adalah ketara di mana-mana saja. TANDA AMARAN ADALAH KETARA dan jelas di seluruh dunia!
Seseorang perlu bersuara dengan lebih kuat. Saya perlu bersuara dengan lebih kuat. Semua kerajaan menandatangani protokol kurang daging tetapi belum melakukan apa-apa yang konkrit terhadapnya. Oh, Tuhan bantulah dunia ini! Tapi mungkin Tuhan tak nak dengar doa kita lagi. Mungkin Dia telah berpaling dari doa kita “kerana tanganmu penuh dengan darah tak berdosa.” Saya memetik daripada Bible yang banyak daripada anda tahu. Itu Isaiah Bab 1:15. Tuhan tak nak dengar doa kita jika kita tak ubah cara hidup kita dan cuci tangan kita daripada dosa yang telah kita buat dengan membunuh beramai-ramai makhluk hidup lain. Mengapa kita buat apa yang bertentangan dengan kehendak Tuhan? Mengapa kita buat apa yang bertentangan dengan hati nurani sendiri? Bertentangan dengan logik dan taakulan bangsa yang cerdik? Kita sepatutnya menjadi ‘Ciptaan Tertinggi’, anak Tuhan, Buddha masa depan.
Sementara kita kata kita menggubal undang-undang untuk melindungi haiwan daripada sebarang jenis kecederaan, penganiayaan, kesakitan atau ketakutan, pada masa yang sama, membunuh mereka dengan kejam secara beramai-ramai dan berikan begitu banyak seksaan yang tak terkatakan sebelum kematian mereka. JADI INI IALAH PERCANGGAHAN YANG SAYA TAK FAHAM. Atau mungkin anda rasa menyesakkan mereka dalam ruang yg sempit, merantai mereka, melemaskan mereka di dalam tangki penyahjangkit, mengerat leher mereka hidup-hidup dll ialah perbuatan berbelas kasihan dan melindungi? Adakah itu perbuatan berbelas kasihan dan melindungi? Dan itu undang-undang yang wajar, benar ke? Hakikatnya, TIADA PENYEMBELIHAN BERPERIKEMANUSIAAN, tiada pembunuhan beramai-ramai mahkhluk tak berdosa yang sah di sisi undang-undang. Mereka tak mencederakan kita. Mereka tak lakukan sebarang jenayah. Itu tak adil.
Berfikirlah tentang itu dan berfikir dengan cepat. Jadi kita perlu buat secara terbalik. UMUMKANLAH UNDANG-UNDANG VEGAN SEKARANG JUGA. TIADA LAGI PRODUK YANG LIBATKAN PENDERITAAN HAIWAN, sebarang jenis. Begitu mudah. Hanya meninggalkan potongan daging yang menitiskan darah, semua orang, mulai sekarang, daripada apa-apa saja makhluk hidup dari mana datangnya daging atau produk itu. Kita haramkan semuanya. GUBAL UNDANG-UNDANG VEGAN DAN MENANDATANGANINYA. Melarang semua prosedur yang menyeksa haiwan, melarang semuanya jika kita ingin menebus diri dan menyelamatkan planet kita. Tuhan akan lebih banyak memberkati kita. Dia sudah berfirman bahawa Dia tidak mahukan sebarang korban haiwan untuk diri-Nya pun seperti yang dinyatakan dalam Bible. “Jangan membawa korban kepada Aku lagi. Jangan membawa korban haiwan kepada Aku lagi.” Ya. Ada dinyatakan di bahagian lain dalam Bible juga. “Apabila engkau menghulurkan tangan sewaktu berdoa, Aku takkan lihat. Meskipun engkau baca banyak doa, Aku takkan dengar kerana tanganmu penuh dengan darah mangsa yang tak berdosa.” Mereka ialah mangsa.
Saya memakai lilitan putih ini. Ini suatu tradisi Asia. Ini tanda perkabungan. Berkabunglah bersama saya. Berdoalah untuk semua makhluk tak berdosa, terseksa yang telah menderita sejak eon-eon yang tak terkira, ribuan tahun yang tak terkira dalam tangan manusia, peperangan dan penyembelihan untuk dimakan dan sebagainya, dan mendoakan pembebasan mereka. Mendoakan pembebasan mereka daripada seksaan, kesedihan, kebencian. Biar mereka pergi berehat di Syurga tinggi. Jika Tuhan tidak mahu sebarang korban haiwan untuk diri-Nya sendiri, mana boleh Dia mahu kita malah membunuh mereka dan makan daging mereka yang berdarah?
Jadi jangan mengelak lagi daripada keputusan yang tak dapat dielakkan ini. Hari ini, kita ada begitu banyak makanan vegan yang enak di mana-mana saja. Sihat, gembira untuk semua makhluk, manusia dan makhluk lain. Lagi cepat kita membuat keputusan menggubal undang-undang vegan lagi baik untuk hati nurani kita, untuk kita semua di planet ini supaya kita juga boleh tidak diadili. Jadi bertindaklah dengan sifat penyayang inheren anda. Saudara manusia saya yang baik hati, Tuhan telah memberikan kuasa kpd anda untuk menjaga dunia kita. Apa yang telah anda buat dengannya? Bertindaklah sekarang dan menyelamatkan dunia kita. Hanya MENGGUBAL UNDANG-UNDANG VEGAN DAN MENANDATANGANINYA. Sebelum dah terlambat untuk anda memutuskan perkara yang betul, sebelum dah terlambat untuk berasa sesal pun. Sebelum lebih banyak kemurkaan Tuhan terhadap kita dengan lebih banyak cuaca yang buruk, lebih banyak wabak, lebih banyak kegerunan, lebih banyak nyawa hilang, lebih banyak sumber berharga hilang, lebih banyak bencana kewangan.
Raja David pada zaman dahulu tersilap membunuh satu orang saja, namun rakyatnya dihukum dengan wabak selama tiga hari. Pada zaman kita, kita ada wabak selama-lamanya, satu demi satu, di mana kita boleh terlepas?
Wabak / Pandemik Bawa Maut yang pada Asalnya Direbakkan oleh Pemakanan Haiwan
HIV / AIDS – direbakkan oleh cimpanzi
Penyakit Creutzfeldt-Jakob Varian (Penyakit Lembu Gila) – direbakkan oleh lembu
Selesema Unggas (Burung) H5N1 – direbakkan oleh ayam, angsa
SARS (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk) – direbakkan oleh musang
Selesema Khinzir H1N1 (Penyakit Khinzir) – direbakkan oleh khinzir
MERS (Sindrom Pernafasan Timur Tengah) – direbakkan oleh unta
Ebola – direbakkan oleh kelawar
COVID-19 – direbakkan dari kelawar ke tenggiling
Semua penyakit ini direbakkan DARI HAIWAN KE MANUSIA
Ke mana lagi kita boleh pindah? Kita ada sebuah planet saja. Selain itu, kebakaran hutan yang besar, taufan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya... tak henti-henti. Syurga dan Bumi sangat terkejut melihat kekejaman yang kita lakukan terhadap penyewa Bumi, manusia dan haiwan. Jadi segala jenis malapetaka tak dapat dielakkan. Dengan wabak Wuhan baru-baru ini, jumlah kematian masih meningkat, berjuta-juta orang telah dikuarantin walaupun bilangan kematian dan orang yg dikuarantin diminimumkan oleh sesetengah kerajaan, takut mencemaskan orang ramai, takut kesannya kepada ekonomi! Saya pasti anda semua tahu.
Bukalah mata anda, bukalah fikiran anda, bukalah hati anda, lihat realiti di sekeliling anda. Gunakan kedudukan berkuasa istimewa yang Tuhan kurniakan kepada anda untuk membetulkan dunia kita. Anda berada di kedudukan tinggi ini untuk menjaga semua orang di planet ini, untuk membetulkannya, menjadi pengawas yang baik di Bumi. Jadi janganlah membazirkan masa anda dan berkat Tuhan lagi. Lakukannya, ubahnya sekarang juga, tak berfikir lagi sebelum keadaan menjadi lagi tak terkawal. Sebelum bencana menimpa kita secara tiba-tiba dan kita tiada masa untuk bereaksi. Doa saya bersama anda, doa saudara penyayang kami bersama anda.
Bekerjalah untuk Tuhan, bersama Tuhan. Anda akan menjadi lebih kuat, lebih ceria dan rasa lebih lega dalam badan, minda dan jiwa, beban rasa bersalah dalam hati anda akan hilang. Jadi anda akan rasa ringan, suci dan gembira dengan MEMBUAT PERKARA YANG BETUL SEKARANG. Gubal UNDANG-UNDANG VEGAN untuk menyelamatkan dunia kita. MEMBUAT VEGANISME MENJADI UNDANG-UNDANG.
Tuhan tak mahu sebarang penderitaan bagi mana-mana makhluk. Tak mahu sebarang darah, daging haiwan atau mana-mana makhluk yang lain. Tak mahu pengkhatanan juga. Buat apa? Apa kebaikannya kepada Tuhan membuat bayi tak berdaya yang kesian menderita dan mati? Hanya berusia beberapa hari tapi perlu menderita dan mati dalam bilangan yang tak terkira sejak amalan ini bermula disebabkan kesan selepasnya yg berkaitan. Berdarah atau jangkitan. Bayangkan kesedihan ibu bapa. Bayangkan bagaimana perasaan Tuhan? Kita buat Tuhan menderita juga. Kerana Tuhan mencipta kita dengan bayang-Nya sendiri. Kita ialah anak Tuhan. Apabila kanak-kanak menderita, Tuhan menderita. Tuhan berfirman kepada saya, itu bukan kehendak-Nya sama sekali. Iblislah yang menggunakan nama-Nya untuk mencederakan penganut yang berhati murni, mudah terpengaruh, untuk memerangkap mereka supaya lebih banyak menderita, untuk membunuh lebih banyak waris, waris lelaki yang boleh menjadikan negara mereka kuat, buat orang berganda dan makmur. Fikirkannya, apa jenis Tuhan yang ingin menyebabkan kesakitan terhadap bayi dan kanak-kanak yg tak berdosa, tak berdaya, atau lelaki dewasa pun, buat apa? Buat apa Tuhan mahu menyebabkan kerisauan dan kesakitan terhadap ibu bapa mereka. Mereka juga anak-Nya. Hati saya pun, walaupun mereka bukan anak saya, saya bukan ibu bapa mereka, namun hati saya rasa terseksa dengan kesedihan dan kesakitan mereka terutamanya bayi tak berdaya yang bernasib malang. Mana boleh Tuhan Yang Maha Pengasih tahan, apalagi mengarahkan itu!?
Atas nama Tuhan Yang Maha Adil lagi Berbelas Kasihan, saya meminta ampun atas semua makhluk tak berdosa tak terkira yang diseksa dan dibunuh beramai-ramai oleh manusia sejak zaman dahulu kala, secara sengaja atau tak sengaja. Sekarang sudah abad ke-21, kita mesti lebih bertamadun. Kita mesti hentikan tradisi ganas yang karut. Kita mesti berhenti mencederakan bayi yang tak berdosa, haiwan dan manusia. Iblislah yang memulakan apa-apa saja yang membuat makhluk menderita. Itu gaya nerakanya. Dia ialah Neraka, dah tentu, lambang penderitaan, kesedihan, kesakitan, seksaan dan apa-apa saja yang tidak baik, negatif, gelap dan menyebabkan kesakitan.
Jadi selamatkanlah bayi dan kanak-kanak yang tak berdosa. Saya akan beritahu kamu sebabnya syaitan mahu bayi lelaki, kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa menderita. Saya akan beritahu kamu sebabnya.
Tuhan beritahu saya bahawa itu bukan Tuhan berbelas kasihan. Itu syaitan yang ghairah, makhluk bawahan Iblis. Mereka suka makan daging sesiapa saja yang mati dalam peperangan, konflik, penderitaan dan seumpamanya. Baru-baru ini, saya tak tahan lagi, mereka juga terlalu banyak ganggu saya. Jadi 80% daripada syaitan ini sudah diheret ke neraka oleh Dewa-dewi Pelindung Alam Semesta Asal. Kerana jenis syaitan ini mungkin sendiri bukan Iblis tetapi bekerja untuk Iblis. Mereka sentiasa cuba bangkitkan kebencian antara manusia, antara manusia dan haiwan atau antara haiwan, antara semua makhluk untuk menikmati tenaga benci mereka. Mereka hidup dengannya dan menikmati seksaan mereka, daging mayat juga. Mereka beritahu saya. Syaitan (atau makhluk halus) yang ghairah malah beritahu saya supaya jangan wujudkan keamanan di Bumi kerana mereka takkan ada apa-apa pun untuk dimakan. Saya kata, “Aku tak dapat memenuhi hasratmu. Engkau hanya boleh mengikut aku, balik ke Rumah, pergi ke Syurga. Itu saja yang boleh aku janjikan. Aku tak boleh terus biarkan orang atau haiwan menderita di planet ini. Dah cukup. Dah melampau!”
Mereka kata mereka tak dapat makan apa-apa yang lain. Saya tanya mereka, “Tak bolehkah engkau makan haiwan yg mati secara semula jadi atau mayat lain, seperti mayat yang ditinggalkan atau sesuatu?” Mereka kata mereka tak dapat kerana itu tenaga yang berlainan. Mereka perlu makan jenis daging yang ada seksaan, kebencian, kesedihan atau ketakutan, jenis daging yang ada kegerunan pada mayat kerana semua daging yang lain ada tenaga yang berbeza, mereka tak dapat makan. Saya kata, “Engkau perlu ubah. Aku tak boleh terus biarkan engkau mencetuskan peperangan hanya supaya engkau boleh makan sesuatu.” Mereka kata hanya seketul daging yang kecil daripada daging yang ada jenis tenaga terseksa, gentar ini pun, mereka boleh rasa puas untuk masa yang panjang. Saya kata, “Tak kira apa pun, aku tak boleh memenuhi permintaan ini, tak boleh membenarkan amalan ini. Aku sayangi manusia, sayangi haiwan. Semua roh adalah tak berdosa sehingga mereka terperangkap di planet ini secara kebetulan. Aku takkan biarkan mereka menderita lagi. Jadi paling baik adalah engkau ikut aku balik ke Rumah.” Sesetengahnya buat begitu tetapi sangat sedikit (bilangan yang kecil). Sebenarnya hingga hari ini, 82% daripada syaitan ini sudah diheret ke neraka. Saya ada alasan untuk buat begitu kerana mereka ganggu saya.
Selamatkanlah kanak-kanak yang berharga. Anda boleh lihat tiada gunanya buat mereka menderita, malah mati dalam banyak kes. Di Amerika, dilaporkan bahawa ada sekurang-kurangnya 100 orang bayi mati setiap tahun disebabkan kesan selepas pengkhatanan yang berkaitan. Bilangan ini boleh lebih banyak tetapi sesetengah ibu bapa tak membuat laporan. Anda boleh faham sebabnya. Mereka terlalu dukacita, tak dapat berfikir nak buat laporan pun atau mereka tak nak bercakap tentangnya pun.
Tapi lihatlah sejarah dan anda tak dapat lihat apa-apa yang baik datang daripada memuja jenis ‘dewa’ sadistik ini. Itu bukan Tuhan. Tuhan ialah kasih sayang. Tuhan adalah penyayang, pengasih, berbelas kasihan, pemurah. Dia mencipta kanak-kanak, mencipta orang dengan bayang-Nya sendiri. Mana boleh Dia mahu anak-Nya menderita? Itu tak logik. Anda cerdik, anda faham. Jadi lihatlah balik. Lihat ke sekeliling, tiada apa-apa yg baik datang daripada memuja jenis syaitan sadistik ini. Hanya peperangan yang tak habis-habis, penderitaan, kematian kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa dalam bilangan yang besar. Beberapa dekad yang lalu saja. Anda masih ingat, anda tahu itu. Anda tahu akan kemusnahan itu.
Tolong hentikannya. Tolong berhenti menyeksa bayi dan kanak-kanak, atau/dan dirimu, atau/dan kawan anda. Sedarlah. Tiada Tuhan sebegini yang buat bayi anda menderita. Bayimu adalah berharga bagi anda dan Tuhan tahu akannya. Tuhan tak mahu menyeksa anda dari segi mental, fizikal atau bayi anda. Buat apa? Dia tahu kesannya, sekurang-kurangnya sangat menyakitkan. Jika kita memotong sikit jari kita, kita dah rasa sangat sakit. Mana boleh bayi tahan?
Saya minta maaf jika menyinggung perasaan anda dengan sebarang cara tapi hati saya... Saya rasa macam meruap-ruap. Saya rasa... saya rasa... Saya rasa macam sesuatu meruap-ruap. Memikirkan bayi ini dan membayangkan bagaimana mereka rasa begitu tak berdaya. Bayi saja, berusia beberapa hari, ya Tuhan. TOLONG HENTIKANNYA! Jika tidak, Tuhan akan lebih banyak menghukum anda. Cuma syaitan mahu melemahkan negara anda, tak dapatkah anda lihat itu? Kerana bayi lelaki, kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa ialah masa depan kita terutamanya bayi (saya tak dapat baca) khususnya bayi lelaki dan kanak-kanak lelaki ialah Rabai masa depan, presiden masa depan, pelindung masa depan negara anda. Jadi syaitan ingin mencederakan, membunuh mereka supaya negara anda menjadi lemah. Kurang lelaki bantu mengukuhkan negara dan buat banyak kerja untuk masyarakat, untuk negara anda. Dapatkah anda lihat itu? Saya bercakap benar. Atas sebab apa saya melakukan ini? Merisikokan diri sendiri, menyinggung perasaan anda? Syaitan ada di mana-mana saja. Mereka boleh menjelmakan diri sebagai manusia. Mereka akan kelihatan mulia dan beritahu anda bahawa mereka ialah dewa atau santo.
Masih ingat kisah Solomon. Baginda dibuang negeri selama tiga tahun dan syaitan mengambil alih takhta, keluarga dan negaranya. Dia buat begitu banyak perbuatan yang menjijikkan, kejam dan orang ingat itu Solomon tetapi bukan. Solomon dibuang negeri selama tiga tahun sehingga baginda pulang dan syaitan dihalau. Nabi Isa pula, ketika Dia bermeditasi di gurun, syaitan juga datang menggoda-Nya. Dia berjanji, merasuahi-Nya dengan seluruh dunia sebagai hadiah jika Nabi Isa menyembah Iblis. Jadi apa yang Nabi Isa kata? “Pergi ke belakang aku,” bermakna berambus!
Buddha juga buat begitu apabila syaitan datang menggoda-Nya. Tetapi dalam keadaan minda yang mudah terpengaruh dan kepercayaan yang tak tahu apa-apa, seseorang mungkin tersilap dengar seseorang mungkin tersilap dengar atau terjemahan tak betul? Ingat itu suara Tuhan. Jadi Tuhan hantar Pengutus untuk membetulkannya, membersihkan nama-Nya, menjelaskan perintah-Nya, apa bukan perintah-Nya, jadi Pengutus datang berkata bahawa Dia tak mahukan sebarang daging haiwan, daging dan darah haiwan pun, mana boleh Dia mahu mencederakan kanak-kanak? Dia sangat sayangi haiwan. Dia tak mahu mereka menderita, mana boleh Dia mahu anak anda, bayi anda menderita, malah berisiko mati? Fikirkannya, okey?
Terjemahan yg salah telah menyebabkan berjuta-juta atau berbilion-bilion orang yang tak berdosa kehilangan nyawa. Contohnya, di India, pada zaman dahulu, dalam Rigveda 10.18.7, ia nyatakan bahawa balu yang kematian suami dinasihati supaya teruskan dengan hidup mereka. Perkataan ‘agre’ bermaksud ‘teruskan’. Namun begitu, ‘agre’ diterjemahkan dengan tak betul dan diinterpretasikan sebagai ‘agne’, bermaksud api. Jadi gita puja ini menjadi: “Biarkan isteri-isteri ini melangkah ke dalam unggun dulu, tidak menangis tanpa penderitaan dan dihiasi.” Jadi ‘teruskan’ dan bukan ‘masuk ke dalam api’. Itu definisi yang berbeza sepenuhnya. Banyak wanita dipaksa mati dalam unggun, api yang membakar mayat. Jika suaminya meninggal dunia dan mereka membakarnya, dia perlu dibakar bersamanya. Jadi banyak wanita pada zaman dahulu terpaksa dibakar bersama suami mereka dalam api dan bukan teruskan dengan hidup mereka seperti yang perkataan ‘agre’ maksudkan. Dahsyatnya ini. Dan juga dalam Atharvaveda 18.3.1, itu salah satu mantera Veda yang paling banyak dipetik yang menyokong seseorang wanita dibakar bersama suaminya apabila dia meninggal dunia: “Memilih dunia suaminya, wahai orang, wanita ini berbaring di sebelah mayat itu. Dengan taatnya memelihara adat resam silam. Dikurniakan di sini kekayaan dan anak.” Interpretasi yang salah timbul daripada ‘memilih dunia suaminya’ yang difahami sebagai si isteri dinasihati supaya menyertai suami yang meninggal di akhirat, di alam baqa. Jadi dia mesti membakar diri dalam unggun bakar mayat suaminya. Sejak 1829, amalan membakar secara hidup-hidup balu bersama suaminya ini telah diharamkan di India. Tetapi ia masih berlaku dalam sesetengah kes yang jarang kerana ia dianggap oleh sesetengah penganut Hindu sebagai bentuk ketaatan dan pengorbanan wanita yang tertinggi.
Jadi lihatlah, terjemahan yang salah boleh membunuh dengan dahsyatnya dan membunuh orang tak berdosa. Kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita percayai dan apa yang kita ikut kerana kita perlu dengar taakulan yang logik, bijak jika kita nak ikut kehendak Tuhan. Sebagai satu contoh saja kerana di sini ialah kenyataan yang bercanggahan dalam Veda yang sama. Atharvaveda 18.3.2, dinyatakan bahawa: “Bangkitlah, datang ke dunia hidup, Wahai wanita: marilah, dia sudah tidak bernyawa di sisinya engkau baring.” Jadi mantera ini menyatakan bahawa wanita harus bangkit dari sisi mayat suaminya dan teruskan dengan dunia hidup ini. Dalam Veda juga, ia sebut tentang balu berkahwin semula. Jadi interpretasi yang salah boleh bunuh banyak orang tak berdosa. Itu apa yang saya maksudkan, mungkin orang tersilap dengar atau diterjemahkan dengan tak betul. Tolonglah, selamatkan bayi, selamatkan kanak-kanak, selamatkan lelaki dewasa. Biarkan mereka hidup. Biarkan mereka lengkap, sihat dan sejahtera. Tuhan telah cipta mereka dgn sempurna. Kita tak boleh menodainya atau kurangkan mana-mana bahagian badannya. Itu bertentangan dengan kehendak Tuhan.
Jadi demi diri anda sendiri, akal, prinsip moral, reputasi dan kemuliaan, buatlah perkara yang betul sahaja sekarang dengan MELULUSKAN UNDANG-UNDANG VEGAN. TAK MEMBUNUH MAKHLUK YANG BERDOSA LAGI, HAIWAN ATAU MANUSIA.
Seperkara lagi, semua warga planet ini, sokonglah kerajaan anda sokonglah kerajaan anda untuk luluskan UNDANG-UNDANG VEGAN supaya haiwan tak perlu menderita lagi. Lindungilah anak anda. Tuhan tak mahu mencederakan mereka. Tuhan mahukan kasih sayang, melindungi mereka supaya mereka boleh membesar menjadi rabai yang baik, pendeta yang baik, biarawan yang baik, presiden yang baik, pemimpin yang baik atau tenaga kerja yang kuat untuk negara, keluarga anda. Itu Tuhan sebenar. Tuhan yang saya tahu adalah macam itu. Maha pengampun. Jika anda hanya bertaubat, anda akan diampuni. Saya menjanjikan itu dengan apa-apa saja kemuliaan yang saya ada. Percayalah saya. Tuhan adalah maha pengasih, maha pengampun. Hanya berubah, buat perkara yang betul, bertaubat, Tuhan akan mengampuni anda, 100%. Itu Tuhan sebenar, sangat ambil berat terhadap kesejahteraan anda, mencipta Syurga untuk menunggu anda. Takkan ada Tuhan yang nak makan daging haiwan, minum darah haiwan serta mencederakan bayi dan kanak-kanak. Khususnya lelaki, tempat bergantung negara atau keluarga untuk kekuatan mereka, perlindungan mereka, apa-apa saja yang memerlukan tenaga, kewiraan dan idealisme. Jadi kita tak boleh mencederakan mana-mana bayi lelaki, kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa. Kita perlukan mereka.
Ada juga adat resam atau tradisi buruk lain di sesuatu tempat yang malah menodai perempuan, situasi yang sama. Mengkhatankan organ perempuan dan buat mereka menderita, berdarah, dijangkiti dan mati juga. Biasanya dilakukan tanpa anestesia. Boleh anda bayangkan? Boleh anda bayangkan anda di bawah situasi itu? Dengan tak berdaya alami kesakitan macam itu. Hentikanlah semua ini. Kerajaan yang bijak, anda ada kuasa, hentikan semua kepercayaan karut yang gasar ini.
Anda ada pendidikan dan kuasa yang mencukupi untuk menghentikan semua ini. Jika tidak, Tuhan takkan mengampuni kita, bukan selama-lamanya. Tuhan tak boleh sabar selama-lamanya melihat kita mencederakan penghuni bersama yang lain. Tapi jika kita hentikannya, bertaubat, Tuhan akan dengan serta-merta mengampunkan dan melupakannya. Kita semua akan menikmati hidup ini dalam kelimpahan, kegembiraan dan pergi ke Syurga apabila kita tinggalkan dunia ini. Saya janji. Syurga ialah saksi saya, Tuhan ialah saksi saya.
Planet ini boleh terselamat, dunia ini boleh terus wujud tetapi mereka yang abaikan hati nurani mereka atau/dan hidup dengan penderitaan makhluk tak berdosa yang lain seperti penyembelihan haiwan takkan terlepas daripada pengadilan. Jadi bertindaklah dengan sifat penyayang inheren anda. Kerajaan dan warga dunia ini bekerja bersama untuk menjadikan dunia kita sebuah tempat yang ceria untuk didiami, untuk meninggalkan planet yg lebih baik untuk anak kita.
Semoga Tuhan masih bersama anda. Semoga Tuhan berkati keputusan UNDANG-UNDANG VEGAN anda. Jadilah berani, gagah, bermoral, mulia, tak gentar dalam misi Tuhan dan perlindungan. Anda semua, pemimpin, kerajaan penghuni bersama dunia ini, tolonglah, berhenti membunuh haiwan, bayi atau orang yang tak berdosa. Syurga akan bantu anda. Gubal UNDANG-UNDANG VEGAN, MENANDATANGANINYA dan mengikutinya. ITU PERKARA BETUL yang perlu dibuat oleh semua kerajaan, semua pemimpin dan semua warga di dunia ini. Itu satu-satunya keutamaan sekarang jika dunia kita nak terselamat dan sejahtera, dan JIKA KITA INGIN ELAKKAN HUKUMAN API NERAKA.
Saya berterima kasih kepada anda semua. Makhluk-makhluk di dunia ini berterima kasih kepada anda semua. Sekali lagi, hanya BUAT PERKARA YANG BETUL. GUBAL UNDANG-UNDANG VEGAN, MENANDATANGANINYA. Menguatkuasakannya, mengikutinya. Menjadi vegan. ITU PERKARA YANG BETUL dan itu saja yang perlu anda buat. Segalanya yang lain yang diingini akan berlaku dgn sendirinya. Akan ada kemurahan, belas kasihan, kegembiraan di seluruh planet kita jika anda buat begitu. Dengan segala kasih sayang, ucapan selamat saya dan semoga Tuhan rahmati anda. Terima kasih sekali lagi. Anda memahami semuanya. Tolong lakukannya. Hanya satu perbuatan yang sewajarnya, UNDANG-UNDANG VEGAN dan GAYA HIDUP VEGAN. Terima kasih. Semoga Tuhan masih berkati dunia kita. Semoga Tuhan masih bersama kita semua.