Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tuhan akan rahmati orang yang berbelas kasihan terhadap semua makhluk. Kita perlu hentikan pembunuhan haiwan, dan sudah tentu, orang kita sendiri dengan apa cara sekalipun. Kerana pembunuhan akan mendatangkan pembunuhan lagi, secara berulangan dan Tuhan tidak senang hati apabila kita melayan orang, haiwan atau mana-mana makhluk hidup dengan cara yang tak berbelas kasihan. Jika kita mahukan belas kasihan, kita perlu berbelas kasihan. Apabila kita lebih damai di meja, di mana-mana pun, maka akan ada keamanan di Bumi. Jadi itu sebabnya diet vegetarian ialah permulaan keamanan di planet ini.