Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Nikmati apa-apa saja pembaikan dalam kehidupanmu. Nikmati apa-apa saja tuah yang datang kepada kamu yang kamu tak jangkakan, nikmati apa-apa saja kegembiraan yang datang entah dari mana ke dalam kehidupanmu dalam semua bentuk yang berlainan. Mungkin suamimu menjadi lebih baik, anakmu menjadi lebih patuh, isterimu menjadi jauh lebih banyak melayani kamu. Segalanya seperti itu, setiap perkara kecil yang berubah dalam kehidupanmu, secara tiba-tiba atau tak dijangkakan, itu manfaat yang datang daripada berkat syurga yang lebih tinggi. Mungkin dunia berubah. Kamu lihat ia berubah. Cuma kamu perlu perasan perubahannya dalam penjelmaan fizikal. Jika saya asyik beritahu kamu, “Oh, tenaga turun dari mana dan sana sini.” Kamu tak nampak. “Di mana, Guru? Mana? Mana?” Kerana kamu buta. Kamu buta. Maksud saya mata kebijaksanaanmu buka tapi bukanlah 24 jam kamu dapat lihat sesuatu. Sesetengah daripada kamu nampak. Sesetengah daripada kamu nampak dalam visi dan sebagainya.