Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ini ialah jenaka tetapi dalam banyak kes, orang buat perkara yang serupa. Buat perkara yang betul pada masa yang tak betul adalah tidak baik juga. Sebut perkataan yang betul pada masa yang tak betul, tidak baik. Kita adalah macam itu juga. Jika kita buat perkara yang betul tetapi di tempat dan masa yang tak betul, itu tak betul juga, kan? Buat perkara yang tak betul pasti tak betul. Tetapi kadangkala… Kadangkala kita buat kesilapan kerana cuai tetapi rupa-rupanya betul. Mungkin macam itu. Tetapi kita tak boleh buat kesilapan sampai tahap mencuri harta benda orang lain. Kita tak boleh buat kesilapan sampai tahap melanggar Lima Rukun. Faham? Kita tak boleh buat kesilapan yang mudaratkan orang lain. Itu saja. Kita lebih rela buat kesilapan, bermakna kita buat penilaian yang tak betul tanpa memudaratkan orang lain. Faham? Tidak kira sama ada penilaian kita betul atau tidak, sekurang-kurangnya kita harus mengelak drpd mudaratkan orang lain,maka tak apa Sama ada akhirnya kita buat dengan betul atau salah, jika kita tidak mudaratkan orang lain, itu keputusan yang betul.Jika seorang pengamal spiritual belum sampai peringkat yang tinggi, kadangkala dia masih buat kesilapan tetapi sekurang-kurangnya dia tak boleh melanggar Lima Rukun. Faham? Membuat kesilapan kecil tak mengapa. ‘Kesilapan’ bermakna itu perkara kecil. Tetapi secara sengaja membuat perkara yang tak betul untuk mudaratkan orang lain adalah tidak baik. Faham? […]Lepaskan semua itu dari saat ini dan tumpukan fikiranmu pada Tuhan, Buddha, amalan spiritual. Waktu itu baru dapat kamu meningkat maju dengan cepat. […]Photo Caption: Tuhan Tunjukkan Kasih Sayang kepada Kita Semua dengan Kecantikan!