Petikan daripada ‘Berita Gempar’ Ủa thầy?!? (Huh, guru?!?) Orang berak di atas kepala, berak di atas kepala, berak di atas kepala agama Buddha, berak di atas kepala biksu dan biksuni, dan berak di atas amalan dan kajian agama Buddha.
Akan sentiasa ada sesuatu untuk mana-mana biksu atau paderi miliki untuk terus hidup. Cuma anda tak harus meminta benda yang luar biasa atau lebih banyak kekayaan atau kemewahan. Maka anda sentiasa akan dapat hidup. Anda tak harus risau tentang itu. Berapa banyak biksu dan biksuni tinggal di dalam hutan, di gunung besar? Mereka beramal siang dan malam. Mereka masih baik-baik saja! Bukan itu saja tetapi biksu, paderi jahat dan orang normal yang lain mungkin dirasuk syaitan juga, jadi mereka tak dapat mengetahui perkara sebenar lagi. Jadi mereka sentiasa memprovokasi orang lain untuk bertengkar. Mereka suka akannya. Mereka ada keagresifan ini dalam diri mereka daripada pengaruh syaitan, atau sifat mereka sendiri adalah macam itu. Orang lain pula mungkin lebih senyap tetapi tidak suka akan biksu atau Guru yang terkenal, suci kerana Mereka buat mereka terasa kecil.Bukanlah Guru pergi bertengkar dengan mereka atau buat apa-apa terhadap mereka. Mereka tidak kenali mereka pun tetapi mereka memfitnah dari jauh atau di belakang Mereka atau apa-apa saja dan menyebarkan segala perkara buruk tentang Mereka kerana mereka terasa kecil. Mereka terasa lebih rendah. Mereka berasa risau tentang Guru suci atau biksu baik ini membuatnya jelas, ketara bahawa diri mereka adalah jahat. Jadi mereka risau tentang Biksu Suci ini. Sebab itulah mereka membenci Mereka dan buat segala jenis perkara untuk menyingkirkan Mereka atau buat Mereka hancur dan mengelirukan penganut yang ingin mencari Guru sebenar untuk makrifat dan pembebasan. Macam itulah.Jadi menjadi terkenal, suci langsung tidak menjamin kita hidup lebih baik daripada guru palsu, biksu dan biksuni jahat atau apa-apa pun. Cuma apa-apa yang boleh kita buat untuk bantu orang lain menaikkan diri sendiri, mendapat pembebasan dengan Rahmat Tuhan dan pulang ke Rumah, ke Kerajaan sebenar, ke Rumah sebenar, maka kita lakukannya saja. Itu saja.Nabi Isa tahu bahawa Baginda akan disalib. Baginda tetap turun ke dunia yang kejam ini dan cuba membantu. Sebab itulah begitu banyak orang dinaikkan ke peringkat santo semasa hidup-Nya, dan pengaruh-Nya, ajaran-Nya masih berterusan hingga hari ini. Berbilion-bilion orang mengikut Nabi Isa. Maksud saya, meskipun mereka tak benar-benar ikhlas, mereka hormati dan mengikut Baginda. Mereka tahu bahawa ajaran-Nya betul meskipun mereka tidak cukup kuat untuk ikut. Begitu juga dengan Buddha. Walaupun Buddha tiada di sini lagi, di peringkat fizikal, berbilion-bilion orang mengikut ajaran Buddha. Sekurang-kurangnya mereka cuba. Sesetengah orang memang mengikut dan menjadi bermoral, malah santo, atau sekurang-kurangnya biksu dan biksuni yang baik atau pengikut yang baik. Jadi tak menjadi hal.Di dunia ini, segalanya begitu berbahaya, terutama jika kita terkenal dan dikasihi oleh banyak orang, maka kita perlu sentiasa berhati-hati. Begitu pun, kita takkan tahu sama ada kita selamat. Ini hanyalah sifat manusia, mereka berasa cemburu. Apabila mereka berasa terancam, akan kehilangan kemasyhuran atau untung, mereka menjadi lebih agresif dan kita boleh berada dalam bahaya.Banyak Guru telah dibunuh. Hanya atas apa? Mereka tidak buat apa-apa yang salah, hanya bantu orang lain buat masyarakat jadi tempat yg lebih bersih, lebih suci, buat dunia ini jadi lebih sesuai didiami tetapi tetap dibunuh. Di pelosok kecil dunia pun, di Âu Lạc (Vietnam) tak lama dahulu, dua atau tiga orang Guru hilang. Guru yang saya dapat ingat ialah Guru Huỳnh Phú Sổ dan Guru Minh Đăng Quang. Mereka berdua ialah orang suci, sentiasa berkorban tanpa mementingkan diri hanya untuk mengajar orang perkara baik dan hanya cuba mengikut Buddha membuat apa-apa saja yang harus seorang Buddha buat. Meskipun orang tak percaya bahawa dua orang Santo ini ialah Santo, Bodhisattva atau Buddha, sekurang-kurangnya mereka dapat lihat Mereka tidak buat apa-apa yang salah. Mereka hanya berbuat baik. Tetapi tetap ada anasir yang bocor di sesuatu tempat dan menyelinap di sesuatu tempat yang bunuh Mereka, buat Mereka hilang tanpa kesan. Tiada sesiapa yang dapat cari Mereka. Tiada sesiapa yang tahu mengapa.Kita masih ingat juga Guru Nguyễn Thành Nam, Pengasas Nam Quốc Phật, agama Buddha Nam Quốc atau agama Buddha Kelapa. Beliau juga dibunuh tanpa sebab – tiada apa-apa benar-benar ialah sebabnya untuk Beliau dibunuh. Beliau hanya minta keamanan untuk rakyat negara-Nya. Beliau menderita melihat orang mati dengan tidak perlu, kejam dan tidak perlu. Jadi anda boleh lihat sebabnya tiga orang Guru ini dibunuh, sama ada secara rahsia atau seperti dalam kes Guru Nguyễn Thành Nam, secara terbuka di depan anak murid-Nya.Petikan daripada ‘Biksu Kelapa Terhormat – Kehidupan Bergolak Seorang Biksu Terkemuka’ Kehidupan Biksu Kelapa Terhormat yang penuh bahaya dan cabaran : Biksu Kelapa berikan sebiji kelapa kepada Presiden Amerika kerana, jika anda lihat dengan teliti, anda akan nampak lambang keamanan padanya. Surat Biksu Kelapa yang dihantar kepada Presiden Amerika ialah suatu petisyen. Beliau mahu Presiden Lyndon B. Johnson meminjamkan 20 buah pesawat pengangkut gergasi untuk bawa Beliau dan anak murid-Nya, bersama dengan bekalan ke zon bebas tentera di selarian latitud ke-17 yang bahagikan Vietnam kepada dua belah yg bermusuhan pada masa itu. Di sana, mereka mendirikan astaka doa di tengah-tengah Sungai Bến Hải. Beliau duduk di sana, berdoa selama tujuh hari tanpa makan atau minum. Di dua belah tebing sungai, 300 orang biksu di setiap belah berdoa bersama dengan Beliau. Beliau beri jaminan kepada Presiden Lyndon B. Johnson bahawa rancangan ini akan bawa keamanan kepada Vietnam. Tiada sesiapa yang tahu sama ada surat itu sampai ke tangan Presiden Johnson tetapi semua orang tahu bahawa Biksu Kelapa Terhormat tak pernah melepaskan impian-Nya untuk bawa keamanan kepada Vietnam.Menurut Akhbar Undang-undang, selepas (1975), kerajaan tidak lagi membenarkan Biksu Kelapa mengamalkan agama-Nya. Lepas seketika masa, Beliau cuba melarikan diri dari negara tetapi ditangkap hingga tahun 1985 baru pihak berkuasa benarkan biksu ini pulang ke rumah. Pada masa itu, berat-Nya kurang daripada 40 kg. Pada Mei 1990, selepas anak murid-Nya secara rahsia bawa Beliau untuk berlindung di rumah salah seorang pengikut-Nya di wilayah Tiền Giang, polis datang mencari Beliau di sana. Tidak jelas bagaimana konfrontasi antara kedua-dua pihak ini berlaku tetapi orang yang mati ialah Biksu Kelapa.Selepas kes pembunuhan ini, Mahkamah Rakyat di wilayah Bến Tre membicarakan anak murid-Nya atas tuduhan menentang pegawai yang bertugas, dengan hukuman yang berat. Perincian tentang kes ini dan kematian Biksu Kelapa tidak diterbitkan secara meluas oleh media negara. John Steinbeck menulis dalam memoirnya: “Kali terakhir saya nampak Biksu Kelapa, kami tidak ucapkan selamat tinggal. Pada ketika itu, Beliau mengesat air mata yang jarang dari mata-Nya tetapi tersenyum semula. Beliau mengangkat tangan untuk menunjuk ke langit di mana Beliau diami.”
Itu dah cukup menakutkan semua orang yang benar-benar berbuat baik, menyayangi orang di dunia serta cuba melindungi mereka atau bantu mereka bebaskan roh mereka dengan Ajaran benar, suci dan mulia.Photo Caption: Menjangkau ke Jiran Baik dengan Sapaan Indah