Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada zaman dahulu pun, banyak pendeta tinggal di gurun. Mereka tiada makanan. Mereka hanya makan roti kering dan celupkannya ke dalam air. Itu saja yang dimakan oleh mereka, dan mungkin kurma yang senang disimpan untuk masa yang panjang. […] Pendeta, biksu atau biksuni ini ingin berseorangan, berdoa kepada Tuhan, merasai Kasih Sayang dan Berkat Tuhan, bahawa Tuhan akan berkati mereka. Mereka ingin bersendirian bersama Tuhan. Sama ada mereka sudah sangat bermakrifat atau tidak, impian mulia, matlamat tingginya adalah capai Tuhan, mengenali Tuhan, lebih mencintai Tuhan dan menjadi bermakrifat dalam aspek ini. […]
Jika anda benar-benar nak makan sehari sekali saja, atau dgn sederhana – jenis sayuran tanpa kesakitan yang telah saya senaraikan sesetengahnya kepada anda, bukan semuanya… Saya tiada masa untuk memikirkan terlalu banyak perkara. Kerja Supreme Master Television, secara fizikal, telah mengambil banyak masa saya, sangat banyak – banyak jam – dan saya buat kerja lain juga. Fotografi pun mengambil masa banyak jam hanya untuk anda nikmatinya selama beberapa saat, beberapa minit saja. Pasukan saya bekerja keras sekali, dan dah tentu saya bekerja bersama mereka. Tapi saya rasa senarai (makanan tanpa kesakitan) yang saya senaraikan utk diri sendiri itu dah cukup untuk saya terus hidup. Ia dapat hingga kini.Jika anda tidak mahukan semua itu, anda malah boleh hanya makan nasi perang, bijan dan buah-buahan – tembikai, buah-buahan tanpa kesakitan itu. Maka anda baik-baik saja juga dan akan berasa puas. Hati anda akan terasa ringan, kaki terasa ringan juga. Anda akan berasa ceria. Tapi dah tentu, jika anda berada dalam situasi tiada makanan itu dan ada makanan lain, vegan, dah tentu, maka anda boleh makannya. Tetapi jika anda khuatir tak cukup khasiat, itu kebimbangan yang sangat tidak perlu. Anda juga boleh makan nasi putih bersama sayuran dan buah-buahan yang saya senaraikan itu. Walaupun senarai itu tidak lengkap, sudah cukup. Ya Tuhan, kita bukan hidup utk makan. Kita makan untuk hidup.Pada zaman dahulu pun, banyak pendeta tinggal di gurun. Mereka tiada makanan. Mereka hanya makan roti kering dan celupkannya ke dalam air. Itu saja yang dimakan oleh mereka, dan mungkin kurma yang senang disimpan untuk masa yang panjang. Mereka hanya menerima bekalan makanan mungkin untuk enam bulan, cukup untuk hidup. Pendeta, biksu atau biksuni ini ingin berseorangan, berdoa kepada Tuhan, merasai Kasih Sayang dan Berkat Tuhan, bahawa Tuhan akan berkati mereka. Mereka ingin bersendirian bersama Tuhan. Sama ada mereka sudah sangat bermakrifat atau tidak, impian mulia, matlamat tingginya adalah capai Tuhan, mengenali Tuhan, lebih mencintai Tuhan dan menjadi bermakrifat dalam aspek ini.Di Pergunungan Himalaya juga, banyak pendeta Hindu hanya makan apa-apa saja makanan kering yang dapat disimpan oleh mereka di Pergunungan Himalaya – sangat tinggi, jauh dari segalanya. Mungkin hanya beras dan dahl, lentil yang boleh dimasak oleh mereka dengan sedikit garam dan mungkin sedikit rempah jika mereka ada. Jika tidak, itu saja yang mereka makan utk hidup kerana di Himalaya yg dalam seperti Gaumukh, salji akan melitupi seluruh jalan atau mana-mana laluan selama sekurang-kurangnya enam bulan. Jadi selama enam bulan, tiada orang yang dapat pergi ke Gaumukh – kawasan Pergunungan Himalaya yang begitu dalam dan tinggi – utk bekalkan makanan atau apa-apa saja. Mungkin sesetengah drpd pendeta ini juga hidup dengan udara, seperti breatharian atau waterian, lebih senang dan mudah bagi mereka menjauhi dunia supaya mereka dapat menikmati kegembiraan bersama Tuhan atau bertafakur pada Tuhan.Adalah paling baik jika mereka dah ada Guru yang mentransmisikan Kaedah Pembebasan kepada mereka, kemudian mereka terus berjauhan dari orang lain supaya ada capaian yang lebih senang, tafakur yang lebih senang. Tetapi mereka tidak buat banyak di kawasan sebegini. Di kawasan sebegini, udara adalah bersih, tenaga adalah tulen – tiada sebarang jenis gangguan, tiada manusia yang pergi ke sana juga untuk bawa makanan atau menyembah mereka, ganggu ketenangan mereka. Sebab itulah mereka ingin berjauhan dari segalanya. Saya harap saya boleh juga kerana saya masih ingat, ketika saya di Pergunungan Himalaya, itu waktu terbaik yang saya ada. Saya tak pernah rasai sebarang kesusahan Saya tak pernah risau tentang apa pun. Saya tidak memikirkan perkataan ‘ketenangan’ atau ‘gangguan’ pun. Tiada situasi, pemikiran, sikap atau hubungan mental sebegini dengannya. Kita hanya jalani kehidupan kita. Kita rasa begitu selesa. Kita tidak memikirkan apa-apa yang lain di dunia ini sama sekali. Kita tidak mahukan apa-apa lagi di dunia iniwalaupun pada masa itu saya tiada wang yang banyak. Saya dah beritahu anda, saya hanya mampu makan capati (vegan) setiap hari, sekali pada waktu senja apabila balik ke pondok saya, pondok lumpur. Kemudian mungkin satu samosa (vegan) pada waktu pagi apabila saya melalui wanita tua yang membuat samosa (vegan) enak sekali yang saya tak pernah rasa begitu enak di tempat lain. Itu di Rishikesh. Itu bukan bahagian Pergunungan Himalaya yang tertinggi. Kita perlu menaik lebih tinggi lagi ke Gaumukh. Kemudian itu akan menjadi bahagian terakhir Himalaya yg boleh kita sampai. Lebih tinggi lagi, saya tak tahu sama ada pendeta lelaki atau wanita akan tinggal di sana, lebih sukar utk sampai ke sana. Saya tidak secara sengaja menjadi orang zahid di sana, sama seperti dalam suluk, hanya keadaannya macam itu.Dalam tradisi agama Buddha, semasa kita bersuluk selama tiga bulan setiap tahun, kita perlu berseorangan atau bersama orang dalam komuniti yang sama. Kita tidak makan lebih daripada itu. Mungkin pada zaman Buddha, mereka ada lebih banyak makanan. Tapi pada zaman saya, saya berseorangan di belakang tokong yang merupakan bilik yang digunakan untuk abu penganut Buddha yang telah meninggal dunia. Kemudian saudara-mara bawa mereka ke sana supaya mereka dapat dengar suara biksu di depan – lebih jauh sikit di tokong di bawah – yang melafazkan kitab untuk bantu mereka berasa tenang dan dibebaskan dari neraka atau apa-apa saja hidup yang tidak baik. Saya tiada orang untuk bawa makanan kepada saya setiap hari. Saya tidak mahu. Dah tentu, saya boleh minta biksu di bawah sana supaya bantu bawa makanan kepada saya tetapi saya tak nak. Ada beberapa orang yang nak melawat saya. Saya menolak juga kecuali satu atau dua kali untuk anak murid saya sendiri. Pada masa itu, saya ada beberapa orang anak murid. Mereka datang melawat saya akhirnya kerana mereka membawa orang baharu untuk inisiasi. Saya tak nak berjumpa dengan banyak orang. Saya tak nak berjumpa dgn sesiapa pun. Oleh itu, saya hanya makan bijan dan nasi perang.Pada minggu pertama, saya ada jus oren yang dibawa kepada saya bersama dengan bekalan makanan itu. Tetapi kemudiannya tiada lagi yang tertinggal, jadi hanya serbuk bijan, nasi perang dan garam, dah tentu, atau kicap. Barangkali kicap juga tetapi akhirnya hanya garam saja. Saya terus hidup dan tak rasa tidak senang, sakit atau apa-apa. Sebaliknya, apabila saya keluar ke dunia atas permintaan orang yang inginkannya, saya mula hadapi sedikit masalah di sana sini, kemudian kadangkala hampir mati. Itu boleh mati tetapi Tuhan masih mahu saya hidup untuk terus bekerja. Mungkin itu sebabnya saya terselamat daripada banyak cubaan bunuh, banyak keadaan perubatan dan penyakit fizikal hidup dan mati. Tetapi bukanlah kezahidan yg bawa saya ke peringkat saya sekarang atau bantu saya dengan sebarang cara. Kemudahan itu membolehkan kita berseorangan dan senyap supaya kita dapat terus bertafakur pada meditasi dalaman dan tidak diganggu atau perhatian dialihkan oleh sebarang jenis gangguan duniawi. Itu saja.Tetapi saya tidak – saya menekankan – saya tidak mengesyorkan kezahidan sebagai cara untuk memaksa badan anda hanya untuk rasa anda dapat. Dah tentu anda dapat. Tetapi jangan cuba terlalu banyak memaksa diri sehingga alami kesusahan. Okey? Saya hanya nak beritahu anda, jika anda ingin kurang makan atau kurang bersusah memasak makanan, maka anda boleh makan dengan lebih sederhana tetapi jangan memaksa diri. Okey? Jika badan anda tak boleh tahan, hentikan dengan serta-merta dan kembali normal secara perlahan-lahan. Jangan dengan serta-merta melompat dari ekstrem ke ekstrem – jenis cara hidup relaks tetapi sentiasa menjadi vegan. Bukan kerana kita takut akan karma saja tetapi khususnya kerana kita tak nak cederakan mana-mana makhluk.Makhluk haiwan pun, tak kelihatan seperti kita, namun mereka ialah roh. Mereka ada roh di dalam diri mereka dan ada hubungan spiritual dengan Alam Semesta. Banyak orang-haiwan tahu lebih banyak daripada yang akan kita manusia tahu. Mereka ada deria yang tajam untuk mengetahui kejadian yang akan berlaku sebelum ia berlaku. Mereka dapat lihat menembusi kita. Mereka dapat meramalkan apa yang akan kita alami dengan kesusahan atau kemalangan. Mrk banyak cuba beri amaran kpd kita tetapi kebanyakan manusia tak dapat dengar kata-kata orang-haiwan.Kadangkala kita lihat orang-haiwan tiba-tiba melompat di sekeliling kita dan mengganggu kita menonton TV kerana orang-haiwan itu tahu bahawa rancangan itu akan bawa karma buruk, beban kepada kita, misalnya macam itu. Orang-anjing saya tahu akan itu. Banyak drpd mereka cuba halang saya banyak kali tetapi oleh sebab saya perlu bekerja, perlu mengetahui dunia untuk menjaga dunia, jadi saya perlu berkorban. Tetapi jika anda tidak perlu, anda mesti tidak.Jangan menyaksikan terlalu banyak rancangan duniawi terutamanya filem dan pertunjukan berunsur ganas. Ia sangat buruk untuk anda. Ia menghabiskan tenaga anda. Ia mengheret anda ke peringkat yang lebih rendah di bawah meskipun anda sudah berada di peringkat yang lebih tinggi. Ia buat anda jatuh sakit. Ia buat anda berasa kurang selesa. Ia ganggu keupayaan mental anda dan segala-galanya terutamanya jika anda saksikannya pada waktu malam apabila anda perlu tidur. Meskipun anda orang yg tidur pada lewat malam, lebih baik anda tak terlalu banyak menganiayai diri sendiri dari segi mental, psikologi, emosi, kebijaksanaan kerana waktu malam ialah waktu untuk berehat, waktu untuk bermeditasi dan bertafakur pada alam yg lebih tinggi, lebih murni di Alam Semesta, lebih dekat dengan Syurga, lebih dekat dengan Tuhan.Waktu malam ialah waktu kuasa negatif yang merayau-rayau dan mengganggu ketenangan anda, menyedut tenaga anda, malah mempengaruhi anda untuk berbuat salah, dgn itu wujudkan karma buruk utk anda atau/dan orang lain sebagai akibatnya!Photo Caption: Berada Rendah, Dalam di Hutan, Begitu Rendah, Tidak Diberi Perhatian, Tetapi Dapat Hidup Menempuh Musim Panas dan Musim Sejuk!