Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Panggilan Kejut kpd Pemimpin Dunia supaya Menamatkan Peperangan di Ukraine (Ureign), Bahagian 2 drpd 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Itu bukan soal menyerahkan sebidang tanah, saya dah kata pada permulaannya lagi. Apalah itu sebidang tanah atau banyak bidang tanah? Itu bagaimana orang yang mendudukinya akan perlakukannya dan perlakukan orang yg tinggal di sana. Rusia telah mengganggu, memerangi dan menindas Ukraine (Ureign) selama banyak dekad, bukan kali ini saja dan telah bunuh berjuta-juta orang dengan biar mereka mati kelaparan, menghalau mereka keluar dari tanah mereka ke kawasan terpencil dan bercuaca sejuk sangat tanpa sebarang peralatan bagi mereka membuat apa-apa untuk terus hidup juga.

Tiada apa-apa yang terlepas daripada Keadilan Alam Semesta, Alam Semesta rendah. Hanya jika anda dapat menaikkan diri ke atas Alam Semesta rendah seperti anak murid Guru pada masa silam dan sekarang baru dapat anda menjadi bebas. Selepas anda meninggalkan dunia ini, anda akan jadi bebas selama-lamanya. Jika tidak, anda perlu kembali semula untuk melangsaikannya atau perlu melangsaikan dgn cara yg lebih menyeksakan di neraka: dengan ditikam, dikerat, ditetak – lidah atau jari, seluruh badan, mana-mana saja – setiap minit atau saat dalam hidup anda sehingga anda telah langsaikan semua hutang, Tuhan saja yang tahu bila, bergantung kpd berapa byk orang-haiwan yang anda bantu bunuh untuk dimakan. Itu berapa lama anda akan dihukum. Tetapi kadar faedahnya sangat tinggi. Bukanlah hanya, seperti anda bunuh 100 orang-haiwan, maka anda langsaikan itu saja. Oh, itu tak cukup! Sistem ilusi ini sangat tegar, sangat kejam – lebih kejam daripada cara anda kejam terhadap orang-haiwan di planet ini: makan daging mereka, bunuh mereka dengan cara yang meyeksakan dan tak berhati perut. Hanya kerana anda beli potongan daging orang-haiwan yang dipotong dengan kemas itu di pasar raya, anda tak nampak hubungan antara itu dan makhluk hidup yang bernafas, berjalan, penyayang seperti orang-lembu, -babi, -ayam, -ayam belanda, -arnab dll.

Ada peringanan hukuman dalam hidup. Anda boleh melanjutkan umur dan meminimumkan penderitaan akibat cuaca buruk atau penyakit dan nasib malang jika anda adalah vegan dan berbuat baik, dah tentu. Jika anda adalah vegan, itu dah baik untuk anda. Ada peringanan hukuman di neraka juga. Jika anda berbuat baik ketika di Bumi, hukuman anda akan menjadi kurang atau kosong, dengan sewajarnya. Apabila anda berada di neraka atau di depan mana-mana mahkamah, jika mereka tanya anda sama ada anda ingin menikmati pahala perbuatan baik dulu atau menerima hukuman atas kesalahan dulu, langsaikan perbuatan buruk dulu, maka anda kata, “Tolonglah, saya ingin menikmati ganjaran atas perbuatan baik dulu.” Kemudian anda bebas dari mahkamah itu untuk pergi menikmati ganjaran atas perbuatan baik seperti anda boleh lahir semula sebagai manusia dalam situasi yang lebih baik untuk terus berbuat baik, contohnya, atau mungkin anda boleh pergi ke Syurga – Syurga rendah atau Syurga tinggi, dengan sewajarnya, biasanya Syurga rendah kerana orang yang berakhlak mulia atau jalankan amalan spiritual akan pergi terus ke Syurga tinggi. Jika mereka ada Guru, maka Guru akan sendiri datang bawa mereka pulang ke Rumah, alam yang lebih tinggi di Alam Semesta, atau ke alam Mereka sendiri yang dicipta oleh Mereka atau Guru Mereka.

Sekarang, sebelum anda pergi menikmati ganjaran perbuatan baik, dalam perjalanan anda untuk nikmati itu, anda harus berdoa dengan khusyuk supaya menemui Pembimbing bijak di jalan spiritual atau Guru yang bijak, bermakrifat, mulia supaya anda dapat menemui Mereka dalam hayat seterusnya. Kemudian anda akan terus dibimbing, akan terus ada Aajaran baik. Kemudian Guru atau Pembimbing bijak itu akan terus menaikkan anda ke atas dalam perjalanan spiritual anda supaya anda tidak perlu kembali ke neraka untuk menerima sebarang hukuman lagi – semakin menaik ke alam yang lebih tinggi. Ingatlah itu. Selepas meninggal, jika anda nampak mahkamah untuk pengadilan anda, ingatlah: berbuat baik sekarang dan berdoa agar hidup sesudah mati akan menjadi lebih baik drpd hidup ini, apa-apa pun hidup anda sekarang.

Supaya meskipun anda tak begitu baik, pada bila-bila anda berbuat jahat kerana jahil, anda masih ada 49 hari ini untuk bertaubat, berjanji akan berubah, atau berdoa untuk diri sendiri atau meminta orang – kawan, saudara-mara, orang tersayang anda supaya berdoa untuk anda. Jika anda berbuat baik, orang yang menerima perbuatan baik anda akan berdoa utk anda roh mereka akan tahu apabila anda meninggalkan dunia dan mereka akan berdoa untuk anda. Jika anda tidak makan daging, semua orang-haiwan akan berdoa untuk anda. Sebab itu anda akan mendapat banyak kebaikan, kemudian roh anda akan diselamatkan walau apa cara pun. Itu kebaikan sebenar menjadi vegan dan berbuat baik. Jika anda cuba berdamai dengan sebarang cara, dah tentu, maka orang yang menerima manfaat keamanan, roh mereka akan tahu, roh mereka akan berdoa untuk anda juga. Oleh itu, Jadilah Vegan, Berdamai, Berbuat Baik demi kepentingan anda sendiri. Semoga Tuhan bimbing anda. Semoga Tuhan rahmati anda. Semoga Tuhan berlembut dgn roh anda. Amin.

Saya tak tahu sama ada saya masih ada air mata lagi bagi menangis untuk anda dan makhluk lain di planet ini. Kadangkala saya nak pergi saja supaya saya tak perlu menyaksikannya lagi tapi tak sampai hati utk berbuat demikian, jadi saya masih terus hidup di sini, cuba membantu anda. Setiap daripada anda amat saya kasihi. Setiap daripada anda, jika jatuh ke neraka dalam kesengsaraan, itu menyakitkan hati saya juga kerana saya bersama anda. Saya di dalam diri anda juga. Itu perasaan saya. Macam itulah status saya.

Sekarang semua pemimpin dunia harus sedar dan bantu Ukraine (Ureign) menamatkan peperangan ini, berdamai dengan Rusia tetapi tidak mengorbankan nyawa atau hartanah Ukraine (Ureign) kerana itu tak adil. Itu akan galakkan pemangsa menjadi lebih agresif, lebih banyak merampas dan cederakan orang lain yang tak berdosa termasuk wanita, kanak-kanak dengan cara-cara yang berlainan – cara tak berperikemanusiaan dahsyat yang tak dapat kita bayangkan mana-mana peperangan boleh macam itu. Anda dapat lihat bersikap taat dan banyak membantu atau memuja diktator, pembunuh, raksasa seperti Kremlin pun tidak menjamin keselamatan anda. Saya harap anda tahu akan itu sekarang, semua pemimpin dunia, dan tidak menyokong sistem itu lagi, tidak menyokong kononnya Putin lagi.

Saya tak tahu mengapa jeneral, mejar, ketua tentera dan askar itu sendiri masih terus bertempur di Ukraine (Ureign). Anda semua harus menyerah kalah kepada pihak berkuasa Ukraine (Ureign). Selamatkan nyawa anda sendiri untuk keluarga anda: isteri, anak, ibu bapa, kawan anda yang menunggu anda di rumah. Anda harus berserah diri. Anda harus pergi kepada pihak berkuasa dan berserah diri. Jangan membunuh orang lain. Jangan membunuh diri sendiri untuk peperangan yg tak bererti, kejam, tidak wajar ini.

Tolong fikirkannya. Siapa boleh lebih berkuasa daripada En. Prigozhin, ketua askar upahan Wagner? Anda tahu akan dia. Siapa boleh lebih banyak membantu kepada Kremlin daripada dia? Siapa boleh lebih taat kepada Putin atau sistem Kremlin daripada En. Prigozhin? Mereka tetap mengkhianati dia dan bunuh dia tanpa mengelipkan mata. Tetapi dia (Putin) tetap secara hipokrit menulis surat takziah atau entah apa lagi kepada orang tersayangnya (Prigozhin).

Tiada apa-apa yg dapat kembalikan dia. Tiada apa-apa pun. Sekarang dia tak berpeluang untuk bertaubat atas perbuatan buruknya menyokong Putin atau berubah untuk memohon pengampunan Tuhan. Dia tak berpeluang untuk memohon pengampunan Tuhan apabila mati secara mengejut macam itu di dalam pesawat. Jadi tolonglah, sesiapa yang bersaudara dengannya atau sukai, sayangi dia, anda semua bersama-sama mencari jalan untuk mendapatkan paderi, biksu atau biksuni yang mulia bagi berdoa untuk dia bagi 43 hari yang tertinggal ini. Itu akan menaikkan statusnya dan kurangkan penderitaannya di neraka. Itu saja yang harus anda buat untuk dia, bukan menangis.

Semua pemimpin dunia harus anggap ini sebagai suatu pengajaran. Ini seharusnya betul-betul mengejutkan anda untuk menyedari dan tahu bahawa menyokong rejim yang ganas ini seperti Kremlin atau Putin tidak akan bawa keamanan kepada Bumi, ketenangan kepada hati anda. Itu bukan soal menyerahkan sebidang tanah, saya dah kata pada permulaannya lagi. Apalah itu sebidang tanah atau banyak bidang tanah? Itu bagaimana orang yang mendudukinya akan perlakukannya dan perlakukan orang yg tinggal di sana. Rusia telah mengganggu, memerangi dan menindas Ukraine (Ureign) selama banyak dekad, bukan kali ini saja dan telah bunuh berjuta-juta orang dengan biar mereka mati kelaparan, menghalau mereka keluar dari tanah mereka ke kawasan terpencil dan bercuaca sejuk sangat tanpa sebarang peralatan bagi mereka membuat apa-apa untuk terus hidup juga. Dan ambil hasil tuaian mereka, ambil apa-apa saja yang mereka bekerja keras untuknya bagi memberi makan sendiri dan tidak biar mereka nikmati hasil kerja keras mereka.

Orang Ukraine (Ureign) bersikap rajin. Mereka ialah pembekal bijirin yang kelima terbesar di dunia. Mereka menyuburkan berjuta-juta orang di seluruh planet kita. Mereka bekerja keras untuk hasil tuaian dan merupakan pakar dalam itu. Anda makan bijirin mereka, gunakan minyak mereka, gunakan produk ladang mereka yang lain. Anda mesti berterima kasih kpd mereka walaupun anda membayar untuknya. Wang tak sentiasa dapat bayar untuk benda. Seperti yang anda tahu sekarang, Rusia malah cuba menghalang eksport bijirin Ukraine (Ureign) dengan menindas atau mengganggu negara lain dan Ukraine (Ureign), dah tentu. Mereka telah merogol wanita, kanak-kanak, malah bayi, dan membunuh sesiapa saja yang boleh. Jadi meskipun anda cuba menyokong Kremlin, anda takkan selamat juga. Anda takkan tahu bila perisik mereka datang membunuh anda. Orang mereka yang paling berkuasa, paling kaya dan paling mesra dengan Kremlin pun alami kematian yg dahsyat, mengerikan. Anda tahu akannya sekarang. Anda saksikan rancangan Supreme Master Television kami dan anda akan lihat berapa banyak telah dilaporkan.

Dah tentu anda tahu akannya kerana laporan ada dalam berita. Tetapi begitu pun, kadangkala anda tiada masa untuk baca semua itu. Anda hanya lihat satu orang mati di sini, satu orang mati di sana tetapi jika anda jumlahkannya, itu bilangan yang sangat besar. Saya tak tahu berapa banyak jeneral, mejar atau askar – mengapa mereka masih percayai Kremlin dan bertempur sampai mati macam ini? Mereka memudaratkan mereka tanpa sebab – membunuh mereka secara beramai-ramai setiap hari. Kelmarin pun, hanya dalam masa beberapa jam, beratus-ratus orang askar Rusia mati dengan begitu saja. Banyak lagi akan mati tak lama lagi. Hati saya tak dapat rasa tenang mengetahui bahawa orang mati dengan sia-sia saja.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-09
480 Tontonan
2024-11-09
238 Tontonan
2024-11-08
598 Tontonan
2024-11-08
548 Tontonan
2024-11-08
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android