Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 7 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita perlu mendoakan apa-apa saja yang baik untuk orang. Apa-apa yang baik untuk planet ini, dunia dan haiwan, itu apa yang harus berlaku.

Soalanmu adalah mereka ialah kerabat diraja dan siapa memilih mereka, kan? (Ya, Guru.) Jika itu bukan daripada kerabat diraja. Jika spesies itu dilahirkan dalam keluarga diraja, mereka akan secara automatik mewarisi gelaran diraja. (Wau!) Ya! Kerana bangsa orang, bangsa makhluk ini seperti ikan atau haiwan lain adalah mulia. Jika ibu bapa adalah mulia, anak akan bersifat mulia, baik dan diajar sejak kecil lagi cara memerintah, cara bermurah hati terhadap orang. Kemudian ia akan secara automatik diturunkan. Jika raja, disebabkan oleh perkahwinan atau karma, perlu digantikan, meninggal atau sesuatu, maka putera atau puteri mahkota akan naik takhta, mengambil kedudukan dan kuasa itu. Okey? (Betul. Ya, Guru.) Jika tidak, maka majlis raja akan memilih seseorang. Ia tak perlulah keturunan diraja. Ia bolehlah makhluk biasa di luar keluarga diraja tetapi terkenal dengan kebaikan, kebetulan, keadilan, kemurahan dan kebijaksanaan. Maka mereka akan melantik makhluk itu menjadi ketua mereka. (Ya, Guru.)

Kadangkala mereka menculik manusia dan bawa mereka ke bawah untuk dijadikan raja mereka. (Oh!) Tetapi manusia akan rasa gembira dengannya. Cuma sekali-sekala dia perlu kembali ke Bumi kerana dia akan rindui tanahnya dan berjalan ke sana sini sikit, kemudian balik ke sana. (Wau!) Dia akan ada kuasa untuk tinggal di dua dunia. Itu akan menjadi syaratnya sebelum dia menerima kedudukan raja bangsa makhluk lain. (Oh!) (Wau!) Itu bagus. (Ya!) Itu bukan cerita pari-pari, memang macam itu. (Wau!) Ia tak berlaku setiap hari atau setiap empat tahun seperti di Amerika atau setiap lima tahun seperti negara lain tetapi ia berlaku kadangkala. (Ya, Guru.) Jika manusia itu dulu pernah dalam spesies mereka atau ada pertalian baik dengan mereka, maka mungkin juga. Okey? (Wau!) Pertalian juga, jadi bukanlah senang bagi mereka memilih sesiapa saja. Perlu ada banyak faktor yang terlibat. (Betul.) (Ya, Guru.) Saya beritahu kamu seperti cerita pari-pari, (Ya.) cerita kanak-kanak. Kamu suka itu. Betul? (Ya, Guru.) Adalah bagus menjadi seperti kanak-kanak semula, peduli apa! Baiklah. Jika saya telah cukup menjawab soalan kamu, beritahulah saya apa lagi yg kamu mahu.

(Guru, bolehkah sistem itu dicontohi oleh manusia?) Oh, saya harap! Saya harap, sayang! Saya harap seperti kamu. Supaya kita tak perlu menghabiskan berbilion-bilion atau bertrilion-trilion dolar wang titik peluh pembayar cukai setiap tiga, empat, lima, enam tahun untuk memilih presiden lain. (Ya, Guru.) Dan mungkin yang buruk. Lebih buruk daripada yang sebelumnya. Manusia tiada kebijaksanaan yang cukup. Saya begitu kesal berkata begitu. Kita ialah ciptaan tertinggi. Kita ada begitu banyak fakulti. Kita ada minda yang hebat, jadi dapat mencipta ini dan itu. Kita malah dah boleh pergi ke planet lain, Bulan dan sebagainya. Dan kita dapat lihat sejauh beratus-ratus juta tahun cahaya untuk melihat planet lain atau bintang lain, melihat keadaannya. Tetapi kita tidak baik dalam diri kita sendiri, dalam masyarakat kita sendiri. Di Âu Lạc (Vietnam) kami kata, “Thừa trong nhà mới ra bề ngoài,” bermaksud kita perlu menjaga ahli keluarga dulu supaya semua orang puas dan ada segalanya yang diperlukan. Kemudian apa-apa yang tertinggal, kita boleh berikan kepada orang lain. Dah tentu, logik, kan? (Ya, Guru.) Mengapa kita bunuh ahli keluarga dengan kebuluran atau tidak memberikan keselesaan fizikal kepada mereka untuk bantu orang lain? Mengapa? Kerana penderitaan keluarga kita sama seperti penderitaan semua orang yang lain. (Ya.) Sama juga. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jadi kita perlu menjaga ahli keluarga dulu baru boleh kita berikan kepada orang luar. (Ya.) Sama saja, kita bantu ahli keluarga atau orang luar. (Ya, Guru.) Baiklah. Jadi sistem ini belum dapat dijalankan. Saya harap ia akan dijalankan. Saya akan rasa gembira jika ia dijalankan semasa hidup saya. Atau jika seorang Presiden adalah baik. kita boleh kekalkannya. (Ya.) Kita tak boleh membelanjakan begitu banyak wang.

Pilihan raya kamu orang Amerika yang duduk di sana, negara kamu, menelan kos AS$14 bilion. (Wau!) Itu sangat banyak wang. Ya Tuhan, berapa banyak orang boleh menjalani kehidupan yang baik dengan semua wang ini jika tak dibazirkan macam itu? Dan kos keganasan, tahun lalu, mempengaruhi ekonomi dunia sebanyak kira-kira AS$14.5 trilion. Daripada itu, konflik bersenjata adalah sebanyak AS$521 bilion. Jadi lihatlah, kita harus berterima kasih kepada Presiden Trump sekali lagi, bukan sahaja menyelamatkan nyawa dengan berdamai tetapi juga menjimatkan banyak wang, banyak wang titik peluh pembayar cukai.

Ya Tuhan, dengan wang itu, seluruh negara kamu boleh makan hidangan percuma sekurangnya selama berapa banyak tahun, setahun sekurang-kurangnya, kan? (Ya, Guru.) Atau berapa banyak? Sekurang-kurangnya untuk seketika masa, (Ya, Guru.) jadi tiada orang tak berumah yang menyeret kaki pada musim sejuk, meminta sedikit baki makanan dan diganggu oleh orang kaya dan kuat, bangsa yang sama. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Negara kamu bukan sahaja membazirkan masa dalam peperangan tetapi juga dalam pilihan raya dan pilihan raya berbalahan sekarang. (Ya.)

Presiden Trump harus terpilih. (Ya.) Itu apa yang boleh saya katakan. Okey? (Ya, Guru.) Tetapi dunia ini dunia yang terbalik. Mereka tak nampak apa yang baik yang seseorang lakukan. Mereka hanya nampak apa yg mereka mahu. Mereka hanya dengar apa yang mereka nak dengar. Presiden Trump, contohnya, telah buat begitu banyak perkara baik untuk negara kamu dan dunia tetapi mereka tak kata apa-apa yang baik, tak banyak. Hanya perkara buruk yang beliau tidak buat pun. Sebab itulah beliau terlepas daripada pemecatan. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jadi sistem di dunia kita perlu berubah. Jadi jangan tanya saya sama ada sistem yang adil dan saksama oleh makhluk lain ini dapat diaplikasikan pada manusia. Okey? (Ya, Guru.) Saya harap ia boleh diaplikasikan.

Saya hanya beritahu kamu supaya kamu tahu lebih banyak sikit tentang perkara yang kamu tak tahu tetapi kita bercakap tentang hal politik tapi saya tak takut untuk mengatakannya. Saya katakannya sekarang di sini juga dan semua orang yg lain dapat dengarnya. Kamu jangan berani padamkannya. OK? (Ya, Guru.) Kamu jangan berani menyuntingnya, bimbang akan keselamatan atau reputasi saya, apa-apa saja. Saya tak peduli. Faham tu? (Ya, Guru.) Kekalkannya. Okey? (Ya, Guru.) Kekalkan kata-kata saya sekarang juga. Saya telah jawab soalanmu, sayang? (Ya, Guru. Terima kasih.) Minta maaf. Mengapa pembawaan saya macam ini hari ini? Beritahulah saya. Saya cuma sedih, marah dan kecewa. Saya bukan marah. Saya hanya kecewa. Saya marah kerana banyak orang menderita dan menumpahkan darah. (Ya, Guru.) Tapi bukan sebab peribadi. Saya selamat dan baik. Meskipun saya tak selamat, saya tak baik, saya tak peduli. Faham itu? Saya perlu buat apa yang saya buat. Saya katakan apa yang saya katakan. Yang seterusnya, silakan.

(Guru bercakap tentang aura sebelumnya, warna-warna yang berlainan dan ertinya. Boleh Guru beritahu kami lebih banyak tentang topik itu? Bolehkah seseorang belajar cara membaca aura?) Oh! Wau! Itu kamu perlu adanya. Jika tidak, kamu tiadanya. Atau kamu lebih banyak bermeditasi, kemudian kamu boleh tambahkan keupayaan psikik kamu. Kamu boleh pulih drpd kehilanganmu. Sama seperti penyakit, kamu perlu pulih untuk merasa makanan yang enak semula. Sesetengah penyakit buat orang kehilangan deria rasa dan bau, sama seperti COVID-19 sekarang. Ia tak mempengaruhi semua orang dengan simptom yang sama. Tak sentiasanya demam dan sakit kepala. Sesetengah orang kehilangan deria rasa, deria bau. Ini pandemik yang sangat ganjil. Sesetengah orang hilang fikiran dan membunuh diri. Doktor yang cantik pun, muda dan sihat, membunuh diri kerana ia menjangkiti fikiran, (Oh!) (Ya, Guru.) otak.

Jadi aura, sesetengah orang dikurniai dengan itu kerana dalam hayat silam, mereka telah berlatih itu atau telah berlatih sesuatu yang meningkatkan keupayaan ini tetapi kamu tidak. Kamu berlatih sesuatu yang lain. Atau kamu telah melepaskannya supaya boleh bekerja bersama saya pada waktu krisis planet yang genting ini untuk membantu manusia, membantu planet ini. Oleh itu, kamu terus berada di sini walaupun orang tinggalkan sini, mengkritik saya atau kamu. Faham? (Ya, Guru.) Kita tak dapat ada apa-apa saja di dunia ini tanpa mengorbankan sesuatu. Saya ucap terima kasih kpd kamu sekali lagi.

Biasanya saya amat manis terhadap kamu. Bukan? (Ya, Guru.) Saya harap saya dapat masak untuk kamu setiap hari, seperti sebuah keluarga, seperti mama besar. Saya suka itu. Saya sukanya. Jenis keluarga ini, saya suka. Bagi dunia fizikal, saya suka itu. Saya memasak dan sesetengah drpd kamu memotong lobak merah, orang lain cuci sayuran. Oh, itu bagus! (Ya, Guru.) Ya. Mesra dan rapat. (Ya.) Bersatu padu. Saya sentiasa mahukan itu tetapi tak dapat. (Ya, Guru.) Tak apa. Tiada kosnya bermimpi. Betul? (Ya, Guru.) Mana tahu? Mungkin ia menjadi kenyataan. Tapi jangan mendoakannya. Okey? Kita perlu mendoakan apa-apa yang baik untuk orang. Apa-apa yang baik untuk planet ini, dunia dan haiwan, itu apa yang harus berlaku. Bukan untuk kita. (Ya, Guru.) Saya tak mendoakan apa-apa untuk diri sendiri. Kamu tak harus. Okey? (Ya, Guru.) Hanya apabila kamu terdesak, dah tentu. Maka kamu kata, “Bolehkah aku disembuhkan? Supaya aku dapat terus membuat kerja-Mu,” bermakna kerja Tuhan. Macam itu dan secara ringkas. Tuhan tidak pekak. Kamu tak perlu asyik membingitkan telinga-Nya dengan jeritan yang kuat atau mengulangi ayat-ayat kamu. Okey? (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android