Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 3 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Baru-baru ini, kita lebih berani sekarang. Saya kata kita tak memperhalus perbuatan kita lagi dan kita tak memperhalus kata-kata kita lagi. Jadi kita memaparkan banyak kekejaman terhadap haiwan ini di (Supreme Master) TV kita. (Ya, Guru.) Ia memang mengubah sekurang-kurangnya sejuta orang menjadi vegan (Oh, wau!) (Itu berita baik!) disebabkan itu.

Pada 19 Julai: “Semoga dikasihi, bebas, mulia, selamat. Kau ialah Gurumu sendiri.” Saya kata, “Aku tahu itu.” Ini OUP. Dewata Pelindung Alam Semesta Asal. Jadi saya kata, “Aku tahu itu. Cuma menjadi Guru orang lain ialah masalahnya, dan segala masalah lain timbul disebabkan oleh itu.” (Ya.) Disebabkan menjadi Guru orang lain.

Pada 19 hb, saya kata, “Sukar dipercayai! Seekor labah-labah membuat sawang di balkoni saya di luar untuk menentang saya keluar kerana ‘Jika engkau berpindah ke luar, kedamaian akan dikecap.’” Bermakna kedamaian peribadi saya. (Ya, Guru.) Kerana saya telah kehilangannya. Jadi saya cuba berpindah ke luar lebih banyak sikit supaya lebih bebas. “Tapi maya gunakannya untuk menyusahkan aku. Akhirnya aku gunakan penyembur air dari hos untuk menghalaunya.” Sebelum itu, saya secara tak sengaja pecahkan sawangnya di satu lagi sudut balkoni, bertentangan, dan saya meminta maaf. Saya berfikir tak apa. Tapi “ia makan semua sawang pecah yang tertinggal.” Boleh percaya tak? (Oh, wau!) Biasanya apabila sawang pecah, maka ia berada di sana. (Ya.) Tapi ia makan semuanya! (Wau!) Tiada apa-apa yang tertinggal. Kemudian ia pergi ke sudut lain dan membuat sawang lain di sana, di sudut bertentangan yang berdekatan, hanya satu meter setengah dari situ. “Berpindah untuk buat sawang lain yang begitu besar,” di sudut bertentangan, “Jadi aku perlu menjemputnya supaya berpindah ke pokok. Adalah tidak adil ia buat begitu kerana aku murah hati terhadap sanak saudaranya (Ya.) sebelumnya dan sentiasanya. Jadi bukan semua labah-labah bekerja bersama aku.” Saya membaca. “Jenis lain lebih baik, lebih pemurah. Yang lebih leper, kelihatan macam ketam, lebih baik.” Itu apa yang saya tulis. Itu saja. Sekarang saya biar kamu tanya soalan. (Terima kasih, Guru, kerana berkongsi itu.) Tak apa. Ada lebih banyak lagi tapi tak apa. Kita tak dapat habiskan semua itu.

Adakah saya baca apa-apa tentang 10 Julai? (Rasanya tidak.) Pada 10 Julai, “Tupai datang dari merata tempat.” Dari gunung di mana saya beri makan sebelumnya, (Ya.) mereka datang sejauh ini untuk berjumpa dengan saya. (Wau, manisnya itu! Bagusnya itu.) Seluruh kumpulan. Kemudian saya ingat mereka lapar. Saya nak beri makan mereka dgn sesuatu. Saya berikan apa-apa saja yang saya ada tapi mereka tak makan. Mereka hanya datang untuk beritahu saya sesuatu.

Satu lagi: suatu penemuan. Kerana saya baca kisah Buddha. (Ya, Guru.) Buddha berkata sesetengah dewa pokok (Ya.) beranak juga. Saya tanya, “Bagaimana mereka melahirkan anak? Adakah mereka ada perkahwinan, suami dan sebagainya?” Mereka kata, “Tidak, mereka hanya mengeluarkan buah.” Oleh itu, semasa kita makan buah, kita juga mencederakan mereka. Saya akan bacanya. Saya tiada cermin mata. Saya perlu pakai cermin mata walaupun saya kelihatan lebih elok tanpa cermin mata, kan? Peduli apa. “Dewa pokok melahirkan anak demi hasil.” Saya tanya mereka, “Mengapa kau melahirkan anak? Adakah kau memerlukan anak?” Mereka kata mereka melahirkannya hanya untuk memberi sumbangan. “Demi hasil.” Itu apa yang mereka katakan. ‘Yield’. Y-I-E-L-D. Bermakna, agaknya, sumbangan, kan? (Ya, saya rasa begitu.) Hasil, untuk memberi. Itu buahnya. “Oleh itu, ambil buah daripada mereka mencederakan pokok. Mereka tak memerlukan pasangan untuk melahirkan anak, kuasa ghaib.” (Wau!) Saya masih ingat suatu kali saya terbaca sesuatu tentang Nabi Mahavira. Dia menasihati pengikut-Nya supaya tak ambil buah daripada pokok. Buah seperti timun, boleh. Tembikai, boleh. (Ya.) Jenis-jenis tembikai atau mungkin jenis yang hampir sama seperti buah tumbuhan menjalar dan seumpamanya. (Ya.) Saya rasa macam itu. Saya rasa sekarang dua dan dua ini bersama.

Tupai datang. Saya terlupa. Di antaranya ada pokok dan sekarang saya teringat tupai. Apabila mereka datang, mereka berlari di sekitar tempat saya untuk seketika, berdecit, bercakap dan menari, (Oh, wau!) dan memberitahu saya tentang itu. Jadi semua tupai datang menari di sekeliling. Apabila saya bercakap dengan mereka, saya kata, “Hei, apa khabar, kawan? Terima kasih kerana datang melawat.” Dan tupai-tupai meniarap. (Wau!) Mereka tak lari dari saya. Mereka hanya meniarap, senyap, hanya merenung saya dan dengar sementara saya bercakap. (Begitu comel.) (Ya.) Saya terkejut juga. Saya tak pernah lihat ini sebelumnya.

Biasanya tupai liar, apabila kita dekati mereka, mereka melarikan diri. (Ya.) Tetapi mereka hanya meniarap dengan datar di atas batang pokok. Benar-benar datar! Sedatar yang boleh, seolah-olah bersujud. (Wau!) Merenung saya dan dengar sehingga saya habis bercakap. Saya tak ingat saya beritahu mereka apa. Saya hanya... perbualan wanita, agaknya. “Terima kasih kerana datang,” dan seumpamanya. “Adakah kau lapar?” atau sesuatu macam itu. “Adakah kau makan dengan baik di sana?” atau “Kau datang tinggal di sini atau bukan?” Kemudian mereka hilang sepantas mereka datang lepas itu. Saya tak nampak mereka lagi. (Wau!) Saya ingat mereka datang tinggal di situ. Tidak, mereka hanya datang utk beritahu saya sesuatu, kemudian tinggalkan sana.

Saya kata di sini, “Sewaktu bercakap, tupai meniarap dengan datar.” Salah satu daripada mereka. Yang lain, saya tak beri perhatian untuk lihat mereka semua. (Ya.) Di depan saya saja, kira-kira 20 inci. (Wau!) Di atas batang pokok di depan balkoni saya. Sewaktu bercakap, ia meniarap dengan datar. Apabila saya lihat tupai lain, sama juga. Mereka semua merenung saya. Sewaktu saya bercakap dengan mereka, mereka semua berpusing ke arah saya dan dengar. Mereka tak berdecit lagi. Mereka tak bercakap, tak bergerak. Kemudian saya kata, “Mengapa kau meniarap dengan datar? Kelihatan sangat ganjil.” Ia kata, “Beri hormat kepada Guru.” Itu apa yang dikatakannya. (Wau!) Jadi sekarang, kemudian ia... Siapa katakan ini? Saat. Mereka juga berkata, “Semoga kau memaafkan anak murid yang derhaka.” Mereka sebut nama orang itu. Ya, saya tahu itu. Ia mendedahkan sesuatu yang mengejutkan kepada saya juga. Kita takkan tahu macam mana rupa hati orang. (Ya.) Hanya melihat di luar, kita takkan tahu.

Pada 11 hb, saya kata, “Tuhan yang dikasihi, macam tak percaya sesetengah manusia begitu buruk atau alami pengaruh buruk. Dan hidupku perlu sentiasa dalam kesusahan macam ini? Engkau tahu aku tak wajar alaminya, kan? Engkau beritahu aku itu juga. Baiklah. Terima kasih.” Habis.

Maksud saya, ada lebih banyak lagi tapi itu dah cukup buat masa ini. Ini ialah perkara yang kamu ingin dengar. Yang selebihnya kamu boleh tanya saya dan saya akan jawab kerana kamu telah kumpulkan soalan, kan? (Ya, Guru.) Itu bagaimana persidangan ini diadakan. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya rasa gembira. Saya rasa gembira kamu tanyakan sesuatu kerana ia sentiasanya baik untuk dunia ini. Kerana apa-apa yang kamu tanya, ia jenis soalan manusia dan banyak manusia yang lain, saudara-saudaramu suka dengar soalanmu atau jawapannya kerana mereka tak berpeluang untuk tanya saya. (Ya.) Dan baik untuk orang di dunia juga jika mereka dengar. (Ya.) Saya tak harapkan apa-apa tapi saya berdoa agar mereka dengar dan ia akan bantu mereka.

Baru-baru ini, kita lebih berani sekarang. Saya kata kita tak memperhalus perbuatan kita lagi dan kita tak memperhalus kata-kata kita lagi. Jadi kita memaparkan banyak kekejaman terhadap haiwan ini di (Supreme Master) TV kita. (Ya, Guru.) Ia memang mengubah sekurang-kurangnya sejuta orang menjadi vegan (Oh, wau!) (Itu berita baik!) disebabkan itu. Walaupun ia sangat kejam. Setiap kali saya lihat gambar kekejaman ini, saya menjerit dan menangis. Ia buat saya susah hati berhari-hari. Saya menjerit pada semua Syurga. Saya beritahu Mereka, “Perlu buat sesuatu.” Saya harap saya ada lebih banyak masa untuk... Okey, tak apa. Sekarang masa kamu, silakan. (Okey, Guru. ) Ya.

( Guru, disebabkan oleh COVID-19, 265 juta orang berisiko alami ‘pandemik kelaparan’ menurut pakar. Pengarah eksekutif Program Makanan Dunia, David Beasley memberitahu Majlis Keselamatan PBB, “Kita boleh hadapi kebuluran seperti yang tersebut dalam Injil dalam masa beberapa bulan saja.” Adakah terdapat sesuatu yang boleh atau harus orang atau anak murid buat untuk menyediakan diri kalau-kalau ini berlaku? ) Ya. Masih ingat saya baca mesej saya kepada kamu sebelum kamu tanya soalan, (Ya.) mesej pertama yang saya tulis dalam diari saya pada 24 Julai? (Ya, Guru.) Saya baru baca kepada kamu. (Ya, Guru.) Saya kata, “Sara diri sebanyak yang boleh.” (Ya.) Meskipun kamu ada balkoni, kamu tanam tanaman utk dimakan. (Ya.) Jika ada tanah, kamu tanam tanaman, tanam sayuran, tanam pokok buah. Sara diri sebanyak yang boleh. Sesiapa saja.

Sebenarnya saya nak mengatakan ini sebelumnya dalam seruan cemas pertama kepada pemimpin tetapi terlupa. Ia tersimpan dalam fikiran saya sehingga timbul semula beberapa hari sebelum 24 Julai lagi, sehingga saya ada masa utk menulisnya dalam diari saya dan beritahu kamu sebelum saya terlupa lagi. Ada banyak perkara yang saya terlupa tulis atau tiada masa untuk tulis, malah visi spiritual atau mesej spiritual. Kamu tak tahu berapa sibuknya saya! (Ya, Guru.) Sesiapa saja yang dengar, dan anak murid, dah tentu. Tanam tanaman organik sebanyak yang boleh. Sara diri sebanyak yang boleh. (Ya. Terima kasih, Guru.) Sebab itu ada gesaan saya mahu menyampaikan mesej ini, tapi tangguhkannya sehingga hari ini. Sekurangnya kita adanya sekarang. (Ya.)

( Satu lagi soalan: Haiwan ladang cara kilang dibunuh kerana kilang pemprosesan ditutup dan ada lebihan haiwan. Akankah ini menyebabkan wabak COVID-19 menjadi lagi teruk disebabkan karma tambahan yang diwujudkan ini? ) Sama juga. Sama ada mereka bunuh haiwan untuk dimakan atau menakai mereka disebabkan lebihan, sama saja! (Ya, Guru. Benar.) Apa-apa yang kita buat terhadap haiwan, kita akan mendapatnya. (Ya.) Sama juga. Kita tak harus mewujudkan begitu banyak haiwan dengan permanian, cara buatan atau sebarang cara semula jadi, kemudian bunuh mereka. (Ya, Guru.) Atau rampas bayi mereka, rampas susu untuk bayi dan mengurung anak lembu yang kesian di dalam sangkar supaya daging mereka menjadi lembut dan bunuh mereka. Bunuh ibu, bunuh anak. Oh! (Ya, dahsyatnya.) Dahsyatnya ini. Kita buat diri kita, bangsa manusia, menjadi bangsa yang membunuh, dahsyatnya. Kita masih ingat, ketika masih kecil, kita baca banyak cerita tentang ahli sihir (Ya, Guru.) yang menunggu di dalam hutan atau sesuatu tempat bagi menggoda orang atau kanak-kanak untuk dimakan? (Ya.) Kita buat begitu juga terhadap haiwan. (Ya.) Cerita ini adalah sama juga. (Ya.)

( Bagi sesetengah pesakit, simptom-simptom COVID-19 masih wujud berbulan-bulan selepas penyembuhan rasmi. Contohnya, sukar bernafas. Sesetengah orang malah ada simptom baru: kabus otak atau letih. Adakah terdapat cara untuk sembuh sepenuhnya? ) Tidak. (Oh, wau! Ya Tuhan.) Jika mereka kurang terpengaruh, maka mereka tidak. Tapi jika mereka sudah terpengaruh, maka ia berterusan atau dorman di sana. (Ya, Guru.) Orang ingat itu hanya selesema biasa. Bukan macam itu. Saya terbaca dalam berita sebelumnya, banyak orang termasuk paderi dan sebagainya memandang ringan COVID-19, kemudian mereka sendiri juga hidapi penyakit ini dan mati. (Ya.) Sebab itulah saya asyik beritahu kamu, walaupun saya sedang bersuluk, tak harus menunjukkan diri macam ini, namun saya bimbang. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya perlu beritahu dan sesiapa yang dengar dapat menyelamatkan nyawa mereka. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Dan juga kerana pahala terlalu sedikit. Jika kita ada lebih banyak pahala, mungkin kita boleh sembuh. (Faham, Guru.) Tapi jika sudah dijangkiti dengan serius dan bertambah buruk, maka tidak. Mungkin kita ada ubat atau sesuatu untuk menghentikannya tetapi bukan sembuh sepenuhnya. (Faham.) Okey.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/11)
1
2020-08-26
42443 Tontonan
2
2020-08-27
16462 Tontonan
3
2020-08-28
14410 Tontonan
4
2020-08-29
14659 Tontonan
5
2020-08-30
13720 Tontonan
6
2020-08-31
19340 Tontonan
7
2020-09-01
11930 Tontonan
8
2020-09-02
12479 Tontonan
9
2020-09-03
14428 Tontonan
10
2020-09-04
11406 Tontonan
11
2020-09-05
11223 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android