Saya tak tahu sama ada mana-mana lelaki atau wanita akan menunjukkan rasa simpati ekspresif sebegini. Kerana anjing buat begitu. Mereka lakukannya dengan sepenuh hati. Kita rasainya. Itu bukan perbuatan saja. Itu segala kasih sayang yang dicurahkan.
“Seorang puteri yatim, dijual sebagai hamba, tiba di rumah saudagar Dhanavah. Tetapi isterinya...” Ya Tuhan. Kamu boleh tahu yang selebihnya. Saya tak bacanya tapi kamu boleh tahu yang selebihnya. Seorang lagi wanita. “Tetapi isterinya, Mula menjadi ragu-ragu sebaik saja dia lihat gadis yang cantik bagai bidadari ini memasuki rumahnya. Pada saat Mula melihat Vasumati, dia nampak seorang pesaing...” Sebagaimana yang saya agak, kamu agak. “...pesaing untuk mendapat kasih suaminya.” Kita tak boleh menyalahkannya, kan? Wanita adalah macam itu. Apa yang nak dibuat? Kita sangat kasihi suami kita. Kita tak dapat memikirkan orang lain berada di sekitar, kelihatan sama, malah lagi cantik. Berita buruk. “Suaminya yang muhsin pun berasa ragu-ragu.” Suaminya tidak memikirkan apa-apa macam itu. Dia hanya rasa sangat berbelas kasihan dan bersimpati dengan gadis suci yang tak berdosa berada dalam situasi yang begitu buruk, jadi dia nak bantunya. Tetapi si suami berfikir macam itu, si isteri tak dapat mempercayainya. Jadi sekarang, “Disebabkan oleh perilaku yang manis, Vasumati berikan pengaruh ajaib kepada keluarga itu. Sifat tenang dan yakinnya mengilhamkan Dhanavah untuk memanggilnya Chandana.” Ia bermaksud kayu cendana Chandana. Kayu cendana. Kerana dia begitu suci, tak berdosa dan manis seperti kayu cendana.
Kayu cendana, orang di India hormati. Mereka gunakannya untuk upacara suci. Mereka gunakannya untuk ditawarkan kepada Santo dan Orang Suci. Mereka gunanya untuk tujuan yg sangat tinggi dan sebagai minyak wangi untuk keluarga bangsawan, puteri dan sebagainya. (Yajna. Yajna. Apabila kita menyalakan api, yajna ialah api suci. Pada masa itu, mantera dilafazkan. ) Ya. Apabila kitab dilafazkan. ( Itu dipanggil yajna. Ya. Sewaktu kita melafazkan mantera, kita melakukan yajna. ) Ya, mereka gunakan itu sebagai dupa. (Ya.) Sewaktu mereka melafazkan kitab suci, mereka menaburkan sedikit ke dalam api (Ya.) untuk ditawarkan kepada kitab. Sama seperti ia ditawarkan kepada Tuhan yang memberikan kitab, Santo atau Buddha. Oleh itu, mereka gunakannya untuk tujuan suci saja, dan sesetengah orang gunakan minyak wangi. Santo dan Orang Suci di India, jika mereka gunakan apa-apa, mereka hanya gunakan minyak wangi, serbuk atau pes kayu cendana untuk melindungi diri daripada nyamuk. Atau membuat diri berbau wangi semasa mereka perlu berinteraksi dengan orang lain. Jadi banyak anak murid berumah tangga pada zaman Buddha, sewaktu mereka datang, mereka sentiasa membawa serbuk atau minyak kayu cendana untuk ditawarkan kepada Buddha dan/atau biksu di sekeliling-Nya.
Berapakah usia anak perempuan kamu? Tiga puluh? (Dua puluh empat.) Dua puluh empat, tak hairanlah. ( Dia akan mencapai umur 24 tahun pada bulan Disember. ) Semua orang berusia kira-kira 25 tahun. Mereka hanya memikirkan diri sendiri. Itu apa yang mereka kata kepada saya. Mereka belum membesar dengan baik sehingga berusia 30 tahun. Tiga puluh, kita menjadi matang. Epal itu hilang. Kamu kehilangannya. Nasib baik, dia beri balik kepada kamu. Epal yang diberkati, kamu hargainya dengan sepenuh jiwa. Jika kamu lepaskannya, orang akan... Kamu tahu bagaimana. Mereka akan menerkamnya. Kamu takkan dapat lihat epal kamu lagi. Benar, kan? (Ya.) Kamu tahu bahawa saya tahu segalanya. Guru tahu akan segalanya.
Jadi, dah tentu, bapa angkat kedua itu juga amat memanjakannya, malah memanggilnya Chandana. Ini bermaksud kayu cendana. Jadi ini bermakna wangi, berharga, murni. (Taat.) Taat, cantik, malah suci. Mana boleh si isteri tahan. Bolehkah kamu? Mungkin tidak. Jika dia mengangkat anak perempuan yang cantik macam itu, seperti saya contohnya, saya rasa kamu takkan panggil saya Chandana. Barangkali kamu panggil saya apa saja, “Apa? Kamu, sesiapa saja, keluar dari sini.” “Isterinya Mula penuh dengan rasa cemburu. Dia rasa bunga beracun ini harus dipetik ketika masih kudup lagi.” Bunga beracun, dia panggilnya. Dia harus panggilnya anak perempuan kerana suaminya mengangkat dia, malah memanggilnya Chandana. Saya tak tahu kita wanita begitu buruk. Oh! Bertaubat. Mungkin saya akan begitu juga. Dah tentu, saya akan begitu juga. Saya tak lebih baik daripada sesiapa pun. Nasib baik saya tak bersuami supaya saya bebas daripadanya. Saya bebas daripadanya kerana saya tak bersuami, jadi saya tak perlu risau tentang itu. ( Guru bergurau. ) Saya bergurau, dah tentu. Saya ingat isteri India sangat taat, sangat patuh kepada suami mereka. Mengapa dua orang wanita ini menunjukkan yang sebaliknya? Apa yang berlaku kepada wanita India pada masa itu? Saya ingat pada masa dahulu, wanita India lebih baik, lebih patuh, lebih suka berserah daripada wanita India zaman moden. Saya dah silap. Lihatlah ini!
Mereka kata wanita India tak bercerai dengan suami. Barangkali tak terlalu benar lagi hari ini. Mereka pergi ke universiti, menemui lelaki pilihan mereka dan beritahu ibu bapa, “Sama ada dia atau tiada sesiapa pun.” Apa yang boleh ibu bapa buat? Jika tidak, mereka tinggalkan rumah. Mereka ada diploma, muda, tak terkalahkan. Mereka keluar bersama, cari rumah pangsa kecil, tinggal bersama. Dan apabila dah ada bayi kecil, mereka bawanya balik. Kemudian kamu memaafkan, sangat menyayangi dan lupakan segalanya. Dan apabila ada masalah, mereka balik ke rumah juga, kemudian kamu perlu selesaikannya. ( Sebenarnya, Guru, pada masa itu, ada amalan poligami. Dulu suami amalkan amalan poligami. Banyak suami boleh beristeri dua, tiga. ) Lepas Muslim datang atau sebelum itu? (Pada masa itu saja.) Sebelum... ( Sekarang ) Tidak. ( kita tak boleh beristeri lebih drpd satu. ) Seorang isteri saja? (Ya.) Tetapi lelaki Muslim masih boleh kahwini banyak isteri, kan? Saya nampaknya. (Ya.) (Ya, lelaki Muslim boleh.) Saya temui beberapa orang lelaki yang sudah beristeri tiga, empat. (Mana-mana Muslim...) Jadi sewaktu dia bercakap dengan saya, dia merenung saya. Saya tak lihatnya. Untuk elakkan salah faham bahawa mungkin saya nak memohon untuk kedudukan keempat atau sesuatu. Dan saya bercakap dengannya dengan wajah yang sangat serius. ( Sebab itulah mereka rasa cemburu. Sebab itulah mereka ialah musuh bagi wanita lain. ) Ah! Okey. Mengapa? Mereka boleh buat begitu. (Ya.) Okey. Tak apa. Itu bukan hal kita. Di sini kita ada satu orang saja. Satu orang dah cukup bermasalah, bukan? Saya rasa mana-mana lelaki yang ingin beristeri dua ialah lelaki yang berani. Kita perlu kata, “Wau! Wira sumber yang salah.”
Mana-mana lelaki, wanita yang boleh tinggal bersama separuh daripada hayat mereka, saya sudah memuja. Perkahwinan saya sangat baik tetapi dua tahun saja, lebih kurang, beberapa tahun, jadi saya tak boleh banyak berkata sama ada saya boleh teruskan atau tidak. Tapi bagi kamu yang tinggal bersama, dua orang yang tak dikenali entah dari mana – negara yang berlainan, nama yang berlainan, latar belakang yang berlainan, hidup bersama dan tinggal bersama sepanjang hidup, malah bersama 24 jam setiap hari, tidur bersama, sesetengah perkara, mereka buat bersama, jadi mereka bersama 24 jam setiap hari, saya sudah memuja kamu. Saya kagumi kekuatan kamu. Saya tak tahu sama ada saya dapat teruskan sekarang. Dulu saya hanyalah seorang wanita biasa. Saya pergi bekerja, suami pergi bekerja, balik dan saling berjumpa pada waktu malam. Hanya pd hujung minggu, pergi menari, menyaksikan filem, pergi melawat saudara-mara, pergi membeli-belah. Jadi waktu itu sangat senang dan manis. Tiada apa-apa yang nak bergaduh. Tapi sekarang saya sudah bergaduh dengan seluruh alam semesta, jadi saya tak tahu sama ada mana-mana suami boleh tahan saya atau saya boleh tahan mana-mana lelaki di sisi saya. Saya tak tahu sama ada mana-mana lelaki boleh tahan lima minit sebagai suami di sisi saya. Atau saya boleh tahan lima saat di sisi mana-mana suami. Jadi saya tak tahu. Saya lihat kamu telah lama berkahwin dan ada anak bersama tetapi masih gembira bersama. Saya memang rasa itu suatu keajaiban. Kamu ada kuasa ajaib. Memang! Kerana hari ini, saya rasa, saya tak tahu sama ada saya boleh tahan apa-apa kecuali anjing saya. Anjing saya tak melawan cakap saya. Mereka begitu bersimpati. Mereka tak pernah menilai saya, di dalam pun tidak.
Anjing saya bukan sahaja baik, mereka bersimpati, penyayang dan pemurah. Malam semalam, saya beritahu kamu bahawa saya sangat letih dan terlalu dibebani bekerja siang dan malam dengan itu, dengan segalanya yg mereka buat tanpa memberitahu saya. Semua orang nak menjadi bos. Jika saya gunakan mereka untuk seketika, mereka menjadi bos. Mereka sendiri memutuskan segalanya, dengan tak betul pun. Mereka tak beritahu saya. Hanya untuk rasa seronok atau sesuatu? Saya tak tahu mengapa. Ego atau maya? Peringkat rendah? Jadi malam semalam, saya memang rasa kecewa, kemudian saya duduk di sana, ada dokumen dan komputer di depan saya tetapi saya begitu letih sehingga geleng kepala, letak tangan di sini dan kepala pada meja dengan rasa putus asa. Secara fizikal saja. Roh saya, dah tentu, sentiasa baik, kuasa saya masih wujud. Cuma dari segi fizikal, saya letih lesu. Jadi letak kepala pada meja macam ini. Anjing saya datang mencium saya dari kepala ke jari kaki, dari jari kaki ke kepala sekali lagi dan dari kepala ke jari kaki sekali lagi. Macam mana dia tahu saya memerlukan itu? Saya tak jangkakannya. Biasanya anjing ini bukanlah anjing yang banyak mencium. Ia goyangkan ekor, datang bermanja tetapi bukan anjing yang banyak mencium. Anjing lain banyak mencium. Sesetengah anjing banyak mencium. Mereka banyak menjilat kita. Sesetengah anjing tidak. Kadangkala, sangat sedikit saja, tetapi malam semalam ia memandikan saya. Kemudian saya perlu lupakan segalanya, datang memeluknya dan berkata, “Okey, okey, cukup. Aku dah basah kuyup sekarang. Basah kuyup.” Ia teruskan, datang berbaring di atas riba saya dan berguling – belakang ke depan dan terbalik, kiri ke kanan, melihat saya dan teruskan kerja mandinya. Saya kata, “Okey, tak apa. Aku dah lupakannya, jangan risau. Aku cuma letih. Aku tak begitu susah hati. Jangan risau. Aku baik-baik saja. Lihatlah tu! Mari kita menari bersama dan...” Saya tak mahu mereka risau juga, kerana apa-apa yang saya rasai, mungkin mereka rasai. Mereka sangat sensitif. Jadi kadangkala saya sangat tertekan, risau tetapi sentiasa berbuat-buat gembira supaya mereka tak terpengaruh. Kita bertanggungjawab. Jika kita beranak, kita tak boleh sentiasa biar mereka nampak kita tertekan dan sedih kerana itu buat mereka sedih dan tertekan juga. Anjing adalah begitu juga. Jika tidak, tiada orang yang beritahu sesiapa pun. Saya tak pernah ajarnya mencium supaya boleh mendapat snek, tidak! Dan biasanya ia tak begitu banyak mencium. Ia datang mencium saya, jadi saya perlu meluncur ke bawah dari kerusi saya lalu memeluknya, kemudian kami menari, bercakap dan bernyanyi sikit, kemudian saya bawanya keluar. Kemudian kami tak apa-apa.
Saya tak tahu sama ada mana-mana lelaki atau wanita akan menunjukkan rasa simpati ekspresif sebegini. Kerana anjing buat begitu. Mereka lakukannya dengan sepenuh hati. Kita rasainya. Itu bukan perbuatan saja. Itu segala kasih sayang yang dicurahkan. Saya tak dapat terus mencuci. Saya banyak menukar pakaian selepas bersama anjing. Sebelumnya jika apa-apa yang ganjil menyentuh saya atau sesuatu macam itu, saya perlu terus pergi mencuci dan mandi, tapi tak dapat lakukannya lagi hari ini. Kadangkala saya terlupa. Saya beri makan anjing dengan tangan, kemudian ambil dan makan dengan tangan yang sama. Saya kata, “Ya Tuhan! Okey, tak apa. Engkau dah lupa satu kali, tak menjadi hal.” Atau saya keluar dan cuci, kemudian teruskan makan. Anjing mencium saya di seluruh badan. Saya tiada masa untuk mandi dengan serta-merta. Saya tak peduli lagi. Ia tak memudaratkan saya. Ini tak memudaratkan kita. Perkara lain mungkin memudaratkan kita. Emosi, tekanan boleh memudaratkan kita tetapi air liur anjing tak memudaratkan. Itu apa yang saya buat. Biasanya saya sangat bersih. Saya tak tahan dengan itu, tapi sekarang ini tak apa. Terutamanya apabila itu kasih sayang, datang daripada kasih sayang, jadi kita rasa begitu bersih. Saya begitu banyak berubah. Saya tak dapat percaya saya telah begitu banyak berubah. Bagi saya, itu perubahan yang besar. Sebelumnya, haiwan menjilat, mencium saya atau saya sentuh mereka, saya perlu terus pergi mencuci. Bukan disebabkan oleh mereka tetapi mungkin mereka bawa kuman atau ulat, apa-apa saja yang mereka katakan dalam buku. Sekarang saya tak kisah. Saya kata, “Apa-apa saja.”
Oleh sebab sekarang masa untuk makan, saya biar kamu pergi. Jom kita pergi! Jumpa lagi. ( Kami kasihi Guru. ) Terima kasih. Kasihi kamu. Kasihi kamu juga. ( Kami kasihi Guru. ) Semua buah. Orang yang tiada boleh ambilnya. Berhati-hati dengan biksu. Berhati-hati. Jangan terlanggar biksu. Mari sini. Di sana kamu tiada ke? Ada? Nah! Orang dari China boleh ambil satu. Setiap orang boleh ambil satu. Bukan mereka yang baru terima inisiasi. Jika kamu dah ada, jangan ambil lagi. Dari China, okey? Jika ada saudara dari China, mari. Jika kamu belum mendapatnya, mari ambil satu. Saya malah perlu memakai kasut tumit tinggi, bayangkan itu? Ia diperlukan dalam kerja saya. Bayangkan mana-mana kerja kita perlu pakai kasut tumit tinggi? Kerja saya. ( Terima kasih, Guru. ) Sama-sama. ( Terima kasih, Guru. ) ( Saya kasihi Guru. ) Terima kasih. Kasihi kamu. ( Saya kasihi Guru. ) Kasihi kamu. Baiklah, saya telah jalan satu pusingan. ( Saya kasihi Guru. ) ( Saya kasihi Guru. ) ( Guru, jagalah diri. ) ( Saya kasihi Guru. Jagalah diri. Semoga Guru sihat. ) Okey. ( Terima kasih, Guru. ) ( Guru, jagalah diri. Terima kasih, Guru. ) Baiklah. Pergi ambil epal dan makanan. ( Semoga sihat. ) ( Guru panjang hayat. ) Terima kasih. ( Saya kasihi Guru. )
Kamu balik sekarang? ( Tidak, kami balik lepas dua hari. ) Okey. Sesetengah orang masih di sini. Saya ada lebih banyak masa semasa bersuluk. Saya hadiri suluk selepas menyiapkan semua kerja. Jadi saya boleh habiskan lebih banyak masa bersama kamu. Saya tiada banyak masa pada hari Ahad. Jika kamu ada soalan, tulisnya. Jawapan akan datang kepada kamu tak lama kemudiannya. Maka kamu tak perlu tanya saya soalan setiap kali. ( Halo, Guru. ) Halo. Halo, komrad. Halo, komrad. Sewaktu bersuluk, saya akan jumpa dengan kamu, setiap kali sebuah negara. Sekarang tiada begitu banyak masa. Saya perlu menjaga anak murid baru. Saya perlu menjaga mereka yang baru terima inisiasi. Minta maaf. Saya sangat sibuk dengan kerja saya. Bukan di luar tetapi sangat sibuk di dalam. Saya juga sibuk di luar, tetapi tak sesibuk. Kasihi kamu semua. ( Saya kasihi Guru. ) ( Saya kasihi Guru. ) Cuba lihat saya sebanyak yang boleh. ( Halo, Guru. ) ( Terima kasih banyak-banyak, Guru. ) ( Terima kasih, Guru. ) Cuba lihat saya sebanyak yang boleh kerana ada banyak orang. Lebih banyak lihat saya. Lihat mata. ( Saya kasihi Guru. ) ( Halo, Guru. )
Nanti dulu. Saudari, kamu tak boleh jalani pembedahan ke? ( Doktor kata… ) Tidak. ( Saya tak tahu. Mereka kata tak boleh lakukannya buat masa ini. ) Di Amerika pun? Lihatlah di komputer. Lihat di internet sama ada terdapat pakar, okey? (Okey.) Jika kamu tak berduit, saya akan berikan kepada kamu. Kita wanita suka menjadi cantik. Di dalam sangat penting juga. Tetapi akan lebih selesa jika di luar cantik juga. (Baiklah, terima kasih.) Lebih yakin, kan? (Baiklah, terima kasih, Guru.) Tapi tak menjadi hal. Jika kita tiada ini, kita akan ada itu. (Terima kasih.) Okey. Kamu kelihatan sangat gembira. Kamu baik-baik saja. Kamu harus terus hidup macam ini. (Okey.) Macam ini adalah bagus juga. Faham? Lelaki takkan ganggu kita. Kurang karma. (Okey.) (Jagalah diri, Guru.) Kamu jaga diri juga. Okey. Tapi ganjil, hati saya menjadi lunak apabila nampak kamu. Saya tak marah dengan kamu. Saya marah dengan kakitangan yang tak buat kerja dengan hati nurani dan tak bertanggungjawab. Faham? (Faham.) Ini buat saya rasa malu. Jika mereka buat perkara sebegini terhadap saya... Maksud saya, jika mereka buat perkara sebegini terhadap saya, apa yang akan mereka buat di luar? Akankah mereka tipu orang lain, mendapatkan wang dan wujudkan banyak karma? Jika saya tak ajar mereka, akan menjadi lagi teruk, kan? (Ya.) Apa yang kamu rasa? (Ya. Kami berterima kasih kepada Guru.)
( Semoga Guru sihat dan cantik selama-lamanya. Semoga Guru sihat selama-lamanya. ) Terima kasih. ( Semoga Guru ceria selama-lamanya. Jagalah diri, Guru. ) Terima kasih. ( Kami sangat kasihi Guru. ) ( Guru begitu cantik. ) ( Kami sangat kasihi Guru. ) Saya perlu balik sekarang. (Okey.) ( Guru, saya akan balik esok. ) Kamu akan balik? Saya kesal juga. Datanglah lagi apabila kamu ada masa. ( Terima kasih, Guru. ) Dari China? (Ya, dari China.) Untuk mereka yang tak boleh mendapat apa yang tertinggal. Jika kamu tak bergerak dengan cepat, saya juga tak dapat buat apa-apa meskipun dengan kuasa ajaib. Saya kesal juga. Bawalah kasih sayang saya balik bersama kamu. (Baiklah.) Kasihi Guru. (Terima kasih, Guru.) Semoga orang di negaramu selamat, sihat, ceria dan tenang. (Terima kasih, Guru.) Semoga kerajaanmu berfikiran terbuka. Semoga orangmu ceria. (Terima kasih, Guru.) China menjadi semakin baik. (China menjadi semakin baik.) Saya sangat gembira juga. Saya sangat gembira juga dengan kerajaanmu berfikiran terbuka (Terima kasih, Guru. Kami berterima kasih atas berkat Guru.) dan sayangi rakyatnya. ( Semoga Guru sihat. ) Kerajaanmu juga memelihara alam sekitar dan bina banyak binaan mesra alam. ( Ya, banyak. Ada banyak perubahan. ) Kerajaan juga menandatangani kontrak untuk makanan vegan. (Ya.) Itu memang bagus. (Terima kasih, Guru.) Jika semua orang di China jadi vegan, itu akan mengagumkan. Ada terlalu banyak orang di China. Kerajaan tak dapat bekalkan semua bekalan pun. Kerajaan telah menandatangani kontrak dengan banyak syarikat vegan. Tapi ada terlalu banyak orang. Kamu tahu orang Cina sangat sukar diajar, kan? Jadi kamu jangan menyalahkan kerajaan. Sangat sukar nak ajar. Kepala tak begitu lembut, kan? Baiklah. (Terima kasih, Guru. Guru, makan dan tidurlah dengan baik.) Okey. Makan dan tidur dengan baik. Kamu bermimpi! Tapi terima kasih. Terima kasih. Saya juga harap saya boleh makan dan tidur dengan baik. Semua orang, jagalah diri. (Okey.Terima kasih, Guru.) Jagalah sebelah dalam dirimu. (Okey.) Di dalam lebih penting, okey? (Okey. Saya sangat kasihi Guru.) Kasihi kamu semua. Kasihi kamu juga. (Kami kasihi Guru. Halo, Guru.) Dapat lihat saya dgn lebih jelas di luar, kan? Jagalah diri.