Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kajian baru menilai penternakan haiwan sebagai industri yang paling mencemarkan. Pengkaji daripada universiti Amerika Syarikat, Carnegie Mellon dan Stanford mendapati bahawa pengeluaran ternakan dan ikan secara intensif di Amerika Syarikat paling besar kesannya kepada kesihatan dan pemusnahan alam sekitar apabila dibandingkan dengan inputnya kepada ekonomi. Ahli sains menganggarkan bahawa Pemusnahan Luaran Kasar (GED) ladang ternakan adalah dua kali input ladang ke dalam ekonomi. Pemusnahan Luaran Kasar (GED) diukur dengan kematian manusia pramasa akibat pencemaran udara. Dalam penternakan ayam itik, Pemusnahan Luaran Kasar adalah tiga hingga tujuh kali lebih banyak daripada input ekonominya kerana kumuhan ayam itik mengeluarkan banyak jirim zarahan halus termasuk PM2.5. Kini, PM2.5 menyebabkan 90% daripada 100,000 kematian pramasa tahunan akibat pencemaran udara di Amerika. Jadilah Vegan, Pelihara Alam untuk Selamatkan Bangsa Manusia Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi: