Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 6 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dgn ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada Mahākāśyapa kerana begitu baik terhadap saya. Kami ialah kawan dalam hayat lampau. Kami saling memperlakukan dengan baik, serasi. Terima kasih atas relik Buddha. Terima kasih atas mangkuk itu, macam mangkuk sedekah, mangkuk sedekah bagi biksu. […] Tetapi pada zaman kita, Mahākāśyapa harus faham, Buddha juga faham bahawa sangat sukar untuk keluar bagi meminta sedekah khususnya bagi wanita dan saya tak begitu muda lagi, jadi hanya makan satu hidangan sehari di rumah, dan saya perlu buat begitu banyak kerja rumah di dalam, di luar. Jadi jika saya kerap keluar untuk minta sedekah dan balik, saya tak rasa itu akan mudah bagi saya walaupun saya sangat, sangat suka akan kehidupan bebas itu!!!

Makan satu hidangan saja pun – memasak dan mencuci – saya dah rasa itu kerja yang banyak bagi saya. Kita perlu bersihkan rumah, perlu mencuci lantai, basuh selimut dan pakaian, kemudian cuci pinggan mangkuk selepas memasak, cuci dapur, perkakas dan sebagainya. Saya dah rasa terlalu banyak kerja. Saya berharap Tuhan izinkan saya menjadi breatharian semula. Itu lebih mudah tetapi saya tak boleh. Saya tak dibenarkan. Saya masih rasa sangat kesal dengan saya tak boleh jadi breatharian kerana keadaannya begitu baik ketika dulu saya ialah breatharian. Saya rasa macam berjalan di atas awan dan segalanya terasa ringan. Segalanya terasa macam tiada kerisauan, tiada sesiapa pun yang terlibat. Tiada apa-apa yang harus kita risaukan. Tiada apa-apa yang kita takuti. Kerana kita tiada apa-apa pun. Jika kita tak makan, tak minum pun, kita memang langusng tiada apa-apa pun utk ditakuti. Kita tiada apa-apa pun untuk hilang. Itu memang perasaan yang sangat, sangat selesa.

Sekarang makan sehari sekali pun, selalunya saya tak rasa apa-apa juga. Kadangkala saya rasa berselera sikit atau malah lapar tetapi jarang makanan terasa enak. Mungkin kerana apabila kita sendiri memasak, rasanya tak begitu enak. Jika orang lain memasak untuk kita, maka mungkin rasanya enak.

Saya masih ingat saya sukai makanan. Dulu saya begitu sukai makanan. Saya sentiasa ada sejenis parti kecil di dapur kecil saya. Saya ada beberapa orang jurumasak bagi memasak untuk saya, jadi saya minta mereka masak dgn banyak dan menjemput pekerja di ashram, sesetengah biksu atau biksuni. Bukan mereka semua – mereka yang datang bantu saya membaiki rumah, membaiki kereta, mencuci kereta golf atau membersihkan halaman rumah, sesuatu macam itu, jadi biksu atau biksuni, saya jemput mereka. Mereka bergilir-gilir, jadi itu sangat baik. Apabila saya makan bersama orang lain, rasanya begitu enak, begitu sedap, begitu menyelerakan. Kemudian saya terus makan dgn banyak.

Tetapi kemudiannya saya lebih suka makan sehari sekali dan semakin kurang kerana walaupun kita suka akannya, kita tak harus makan begitu banyak. Saya maksudkan saya, bukan anda. Tolonglah, buat apa yang anda mahu dgn kehidupan anda. Itu kehidupan anda. Asalkan anda tak mudaratkan siapa pun dan asalkan anda adalah vegan, saya dah rasa gembira. Tetapi jika anda nak cuba ada kesakitan yang semakin kurang – kesakitan tak nampak drpd tumbuhan, pokok atau bunga di rumah anda pun – maka anda boleh cubanya sedikit demi sedikit sehingga anda menjadi biasa dengannya. Lihat sama ada badan anda menerima tabiat baharu ini. Janganlah hentikan segalanya dengan serta-merta sebagaimana yg saya lakukan apabila saya jadi breatharian. Mungkin anda akan menyusahkan diri sendiri. Saya tak menyusahkan diri sendiri. Saya masih muda pd masa itu dan sihat. Saya banyak bekerja di tokong itu, membersih setiap hari, mencuci, memasak untuk semua orang, membantu menulis rencana untuk Ketua Biksu dan transkripsikan khutbahnya pada kertas. Beliau ada majalah atau sesuatu.

Sebelum itu, saya bertemu dgn seorang biksuni waterian, saya dah beritahu anda, di Miaoli – bukan tempat tinggal kami tetapi berdekatan di daerah sama yang dipanggil Miaoli. Jadi sejak itu hati saya teringin menjadi sekurang-kurangnya waterian atau breatharian tetapi tak dapat kerana saya perlu bercakap benar: Saya suka akan makanan! Saya masih ingat lama dahulu, Buddha beritahu saya bahawa Dia menjadi Buddha sebelum saya kerana saya terlalu suka akan makanan dan makan dengan banyak! Saya masih suka walaupun tak sebanyak dahulu. Biasanya, dulu saya tinggal bersama orang atau di tokong, banyak orang datang makan bersama, jadi itu buat kita lagi berselera makan. Semasa saya di Hsihu, Taiwan (Formosa) juga, saya jemput orang datang makan bersama saya. Jadi lagi banyak orang bersama kita lagi banyak selera makan yang kita ada dan lagi banyak kita makan.

Kadangkala saya tak dapat kembali kepada pakaian lama yang cantik yang mereka buat utk saya sebelumnya. Kerana biasanya apabila saya keluar ke khalayak ramai, saya perlu memakai pakaian yang saya reka bentuk atau mereka reka bentuk di syarikat-syarikat yang berlainan untuk dijual – macam saya ialah peragawati tetapi saya tiada bayaran untuknya. Jangan rasa cemburu. Dulu saya tak tahu bhw menjadi Guru, kita malah perlu bernyanyi dan menari. Dulu saya perlu buat banyak perkara dan sekarang masih perlu. Kebanyakan orang yang tahu akan reka bentuk atau barangan kemas saya, contohnya, suka akannya. Jadi saya perlu tunjukkannya.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya tidak syorkan satu hidangan sehari atau kezahidan sedangkan saya sendiri lakukannya. Saya lakukannya atas sebab yang berlainan. Saya beritahu Syurga bahawa jika saya makan sehari sekali – sementara biasanya saya dapat makan tiga kali sehari – bahawa apa-apa hidangan yang saya tak makan boleh diberikan kepada makhluk lain. Walaupun kita tak bertemu dengan orang yang lapar itu, atau mungkin hantu lapar, jika kita ada yg diketepikan dlm fikiran, makanan itu akan pergi kepada mereka dengan penghantaran yang berlainan. Mereka tak semestinya nampak saya kongsi hidangan saya dgn mereka tetapi disebabkan oleh sumpah, mereka akan mendapatnya.

Tetapi saya cuba menyedarkan anda: “Jangan menghukum badan anda.” Satu hidangan sehari takkan buat anda mendapat pembebasan dan menjadi bermakrifat, kerana ia perlu ditransmisikan oleh Guru bermakrifat. Sama seperti lilin – berikan cahaya kepada lilin seterusnya dan kedua-duanya akan menjadi terang macam itu, tetapi tanpa lilin yang menyala itu, lilin lain takkan menjadi terang, perlu ada satu lagi alat api di sesuatu tempat seperti lilin, api, pemetik api atau gas yg menyala pada dapur masak.

Mahākāśyapa sudah pun seorang zahid – begitu spiritual. Beliau belajar dengan Guru-guru lain sebelum Buddha. Jadi mengapa Beliau masih perlu mencari Buddha untuk menyedari kedudukan suci-Nya sebagai Arahant dalam masa yg singkat? Mengapa Beliau perlu buat begitu? Kerana Beliau tahu bahawa kita perlu ada Pembimbing; perlu ada Pakar; perlu ada Guru yang transmisikan Jalan kepada kita dengan Tenaga Guru padanya ini, sekurang-kurangnya pada permulaannya untuk bantu kita balik ke dalam alam dalaman, tempat asal kita. Kemudian dgn perlahan-lahan kita jalan pulang ke Rumah dari alam dalaman.

Jika kita tiada seorang Guru, Guru hidup, maka tidak kira apa yang kita buat, kita boleh kata bahawa 99% tidak berhasil. Meskipun kita dapat memperoleh kuasa meditasi seperti peramal, kuasa yoga atau sesuatu, itu bukan pembebasan sepenuh, bukan peringkat Buddha. Kita akan lahir semula di Bumi, kemudian Tuhan saja yang tahu sama ada kita masih dapat terus mengawal hidup kita dalam sifat baik, moral dan kecantikan atau tidak. Tanpa transmisi sebenar Kuasa Dalaman kepada kita untuk membuka kuasa kita sendiri, adalah sangat tipis peluangnya kita dapat memakrifatkan diri dan capai pembebasan – atau jika mempelajari kaedah lain yang tidak sesuai, bukan Yang Tertinggi.

Selepas Mahākāśyapa memanggil isteri-Nya, isteri-Nya datang belajar dengan Buddha dan dalam masa yang singkat menjadi Arahant juga. Ini bermakna sudah pun ‘Santo’. Pada zaman Buddha, kadangkala Buddha hanya bercakap dengan seseorang, atau mrk datang bercakap dgn Baginda, dan Buddha menjelaskan kepada dia, menerangkan kepada dia Kebenaran, kemudian orang itu menjadi bermakrifat dan capai sesuatu peringkat selepas bertemu dan bercakap dengan Buddha. Ini bukan disebabkan oleh khutbah atau suara Buddha. Ini disebabkan oleh Kuasa yang datang daripadanya, dan/atau Buddha akan mengajar orang itu kaedah untuk beramal juga. Mungkin Kaedah Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman, cara yang anda amalkan.

Jadi bukanlah kita boleh hanya mengulang atau belajar daripada seseorang yang lain, tangan kedua atau ketiga daripada Buddha – ini bermakna dihasilkan daripada ajaran Buddha – kemudian kita boleh menjadi bermakrifat Itu perlulah seorang Guru hidup. Banyak biksu yang lain juga seperti Ānanda dan orang lain perlu berada di bawah Bimbingan berbelas kasihan Buddha dengan Kuasa yang amat besar dari dalam diri Buddha.

Photo Caption: Hore! Satu Lagi Hari yang Indah. Syukur kepada Tuhan atas Matahari!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/10)
1
2024-07-23
6214 Tontonan
2
2024-07-24
4716 Tontonan
3
2024-07-25
4612 Tontonan
4
2024-07-26
3977 Tontonan
5
2024-07-27
3890 Tontonan
6
2024-07-28
3556 Tontonan
7
2024-07-29
3510 Tontonan
8
2024-07-30
3463 Tontonan
9
2024-07-31
3571 Tontonan
10
2024-08-01
3567 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android